Tuesday, May 7, 2013

Anwar gagal!

Penipuan PRU13 yang sangat jelas dan kotor menyaksikan gagalnya Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional walaupun laporan risikan menyatakan kerajaan baru akan dibentuk.

Namun hakikat yang perlu ditelan ialah tiada satu kerajaan diktator jatuh melalui pilihanraya. Ini fakta.

Keputusan pilihanraya ini wajib ditolak. Jika diterima bermakna kita mengiktiraf penipuan ini. Setakat ini Anwar berulangkali menegaskan menolak keputusan PRU tetapi tidak sangat disambut oleh yang lain apatah lagi yang menang.

Sudah sedap menang, tipu pun tipulah. Di sinilah kita dapat lihat wajah sebenar apakah perjuangan itu hanya untuk mendapatkan kerusi dan jawatan atau benar-benar ingin menumbangkan sebuah rejim yang korup dan bobrok. Tiada suara mengajak protes sebuah penipuan.

Nahe! Nahe! Nahe!

Inilah dalil untuk mengukur sebuah keikhlasan. Ternyata Anwar nampak wajah sebenar kawan-kawan yang mengaku berjuang tetapi selesa apabila sudah menang.

5 comments:

Anonymous said...

Anwar bukan sudah menang? Nurul bukan sudah menang? Anwar berang bukan krn pilihanraya... ttp beliau berang krn x dapat jawatan perdana menteri. Malahan jawatan MB Selangor juga telah berpindah kepada Parti Pas. Khalid Samad n Azmin sedang brdebar2 siapakah yg bakal dilantik MB Selangor. Soal PM.. bukan keutamaan lagi bg mereka. Utk survival anwar dlm politik, beliau terpaksa mengheret org awam di Kelana Jaya utk mencapai cita-citanya. Setidak2nya, rakyat melupakan kata2 bhw beliau akan bersara dlm dunia politik. Percayalah.. rakan2 dlm pakatan tidak ikhlas utk membantu anwar... cuma utk menjaga hati seorang bekas banduan

Bekas penyokong tegar Khalid Ibrahim

Anonymous said...

Anon 3:42,

Anda hanyalah bekas penyokong tegar Khalid Ibrahim,

jika anda benar-benar seorang pejuang, takde keluar komen bodoh.

kalau anda bodoh seorang, teruskan. jgn igt rakyat yg lain bodoh. apatah lagi rakyat di Klang Valley.

Kami tolak penipuan. kali ini, akan lawan habis-habisan. sampai bila nak tunggu !

Anonymous said...

Cetek sungguh politic knowledge saudara. Anon3:42

Anonymous said...

Anon 3:42 suara orang kecewa dan lemah semangat juangnya. Adakah benar beliau bekas penyokong tegar khalid ibrahim. Rasanya khalid ibrahim harus malu mendapat penyokong seperti beliau. PR dah menang kalau tak kerana penipuan. Kami di bangi tetap berdiri teguh dibelakang saf kepimpinanDSAI

Anonymous said...

Dr kenyataan anon 3:42 ni,cukup jelas dia ada lh penyokong tegar Noh Omar.Kalau Noh Omar di kata kn kurang cerdik,pencacai ni faham2 je lh!Tk payah aku sebut.