Tuesday, May 21, 2013

dari Jinjang

jika kau mahu penjarakan kami
bina saja tembok jeriji sepanjang pesisir pantai
dari Perlis sampai Sabah
jika kau mahu kurung kami
dirikan saja tembok besar cina keliling Malaysia 
katakan pada tuhanmu kau mahu hidup selamanya
katakan pada tuhanmu kau mahu menggantikannya
jika kau mahu penjarakan tubuh kami
jika kau mahu cengkam fikiran kami
kau silap
kami akan ajar kamu apa itu tuhan
kami akan ajar kamu apa itu neraka
jika kau mahu penjarakan kami
bina saja tembok sepanjang pesisir pantai
jika kauu fikir kami akan takut
kau silap
kami akan keluar menembusi lubang-lubang angin
dan bangkit memancung kamu
aku harap kau boleh tidur malam ini
kerana selepas ini kau tidak mampu melakukannya lagi

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aemaaKiDbQk
(21 Mei 2013 deklamasi spontan sempena solidariti untuk Adam Adli depan Lokap Berpusat Jinjang)

3 comments:

Anonymous said...

Bro,

Gua doakan TT selamat dalam jagaanNya. Sampaikan salam perjuangan padanya jika kau ketemu dia nanti. Katakan padanya, kami sentiasa menyokong perjuangan rakyat.

Salute pada yang berani.

Anonymous said...

Bro. Apa jadi dgn TT? Mana dia hilang.

revolt 505 said...

Salam, bro. Aku nak cadangkan sikit pada engkau. Bila ada pemimpin pakatan kena tangkap kita buat kempen serah diri beramai-ramai atas tanda sokongan dan kita buat rekod dunia. Serah diri kat balai polis beramai-ramai bagi penuh lokap, polis tanya kenapa serah diri kita cakap rasa bersalah dan bertanggungjawab sebab dengar ceramah dan perhimpunan pakatan rakyat. Kalau polis taknak tangkap kita pakat berkampung sekitar kawasan..