Sunday, May 5, 2013

Kenapa PR gagal menang?

Analisisnya panjang. Sudah tentulah kerana lapan tuntutan Bersih terhadap SPR itu tidak dipenuhi. Senarai pemilih tak bersih, dakwat, undi pos, pengundi hantu, akses media dan sebagainya. Itu semua tahu.

Ternyata kemasukan pengundi hantu sedikit sebanyak dapat dipatahkan petugas. Cuma taktik pengundian awal dan undi pos gagal dikekang.

Tapi,
Kelemahan pentadbiran kerajaan PR Kedah telah menyumbang kepada kegagalan besar kemenangan sehinggakan kawasan selamat seperti Pendang kalah, Kulim-Bandar Baharu tewas. Nama-nama hebat Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Mahfuz kalah. Bukan sedikit orang menegur kelemahan ini tetapi kedegilan menteri besar dan penyokong membuta tuli untuk mengambil iktibar akhirnya memusnahkan impian.

Juga pertindihan calon PR akibat tamak dan besar kepala merugikan. Kebebalan ini tak boleh dimaafkan.

Hari ini sudah ada desas-desus penyokong Pas minta kerusi MB Selangor kerana jumlah kerusi banyak. Kecemerlangan Tan Sri Khalid Ibrahim bukan soalnya tetapi kerusi banyak membuatkan mereka menuntut.

Bayangkan jika PR menang Putrajaya apa yang nak dituntut?
Mujur kalah.

Padan muka!

Paparon - berbangga Selangor mantap sukar digugat

17 comments:

Malaysiabaru said...

haram vabi hadi vabi sjak dulu liabiliti kpd suatu 'pergabungan' dia one man show ( dgn bini bini dia la) kalah dah satu kebiasaan dah bagi hadi

PAS paling teruk dlm pakatan 2 naib presiden mapuh kerah !!!

vabi punya ularmak paslu

Anonymous said...

klu pr nak kekal selangor.. lets tan sri khalid sambung.. klu tak selangor pun bakal jadi seperti kedah kekeke...

C++ said...

Bhai Fendi @ PapaRON 97...

Ini semua usaha berterusan yang dibuat oleh agen BN dalam PR... terutamanya yang ramai bercambah kat YuGi.... hehehe

Anonymous said...

PAS tolong jgn jd tamak.Jgn jdkan jumlah kerusi utk dpt jawatan MB.Tan Sri sudah terbukti berjaya menjalankan tugas & kerana tu rakyat Selangor masih terus menyokong beliau.

antahberantah said...

Betul tu Pas lebih krusi....jgn tamak sangat. TS Khalid dh trbukti mempunyai track rekod yg cemerlang. Kita perlu TS Khalid meneruskan khidmatnya. Belajarlah drp kekalahan Kedah. Kedah satu contoh yang sangat baik utk dijadikan iktibar. Orang tamak selalu rugi.

Anonymous said...

betuikah kekalahan itu hak milik kekal pakatan rakyat?.dulu sekarang dan mungkin..huh ..huh huh huaawwaaaaa!!

Anonymous said...

amboi komen berapi,kome ada tolong tangkap bangla ke sembang melayu.....usah buat spekulasi yg bukan2,sampai lupa tipu dan rasuah siang hari pru13.

sendiri mau ingat,masih baru sedo2 je 2-3 ekor melompat vabi...jaga2 ye pemimpin Pas,jgn ulang melompat.

hukum karma,usah tunjuk sana-sini semua kena

muhasabahlah,bodo punya milayu.

-polling agent Dap

Unknown said...

aku sokong pas sejak zaman sekolah lg tp aku lebih suka ts khalid jd mb lg,berilah jawatan pd yg layak bukan pd yg tamak,bt penyokong pas selagi ada beberapa pemimpin pas mcm harun taib harun din ni jgn mimpi kita boleh ke putrajaya

Anonymous said...

setuju tan seri khalid kekal MB,dah terbukti berjaya mengurus selangor dengan jaya dan cemerlang. org Pas jangan kecik hati kalau calun dari Pas x terpilih jadi MB,ambik iktibar dari kejatuhan negeri Kedah.

Anonymous said...

Saya rasa biar TS Khalid jadi MB , kerana beliau mempunyai kredibeliti yang tinngi . Ini meletakkan paksi komponen PR berada disetiap negeri seperti PAS di Kelantan , DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor .

Anonymous said...

Nasib baik bukan PAS yang menang banyak kat parlimen, kalau tak DSAI pun tak leh jadi ketua pembangkang...

COBOL

Anonymous said...

PAS jangan bongkak dan sebagai parti Islam, anda perlu menunjukkan sikap yang tidak tamak kepada kerusi MB, perlu mempamerkan semangat kerjasama yang tinggi dan mempamerkan akhlak dan politik Islam kepada rakan gabungan yang lain. Kita baru sahaja berjaya memecahkan fahaman sempit yang dah lama disuburkan oleh UBN dalam pilihanraya ini. Lagipun pakatan rakyat dalam pilihanraya baru berlalu ini dipimpin oleh TS Khalid berhadapan dengan PM DS Najib dan beliau telah jelas berjaya dalam tugas itu. Saya juga penyokong PAS dan sepanjang PRU dakwat pen saya tidak pernah saya bazirkan kepada BN masa memangkah undi. Tetapi kedegilan pucuk pimpinan PAS dan kepimpinan PAS Kedah pada kali lebih memberi kesan kepada saya daripada kekalahan PAS Kedah. Semoga ianya menjadi iktibar buat kita semua

Anonymous said...

akak orang pas tapi akak sokong tan sri kalid terus jadi mb sebab takut selangor jadi mcm kedah
kak nor

Anonymous said...

PAS kena berhati2 waktu ni syaitan berkeliaran menganggu hati pemimpin parti, cuba relax tenang dan jangan cepat melenting, suara ahli kena dengar dan fikirkan. Jgn terlalu ghairah akibatnya boleh mendatangkan penyesalan.

dak kampo said...

Maaf cakaplah.geng yu gi dah berjaya tikam chegubard di sg acheh..

Anonymous said...

Kena paham betul2. Anwar target putrajaya dan sanggup merisikokan kerusi dun pkr di selangor. Kalau tak kerana penipuan dah tentu anwar jadi pm dan boleh beri pas ambil selangor. Jadi pas kena kompromilah. Kaji faktor kecemerlangan ts khalid dan kaji balik faktor mb pas di kedah n trengganu 1999. Kalau nak tengok selangor berkubur dlm pru 14, silakan. Satu lagi, Mana ada sejarah diktator ditumbangkan dlm pilihanraya..

Anonymous said...

Baru nak pilih menteri besar, dah gaduhkan?. Belum lagi bila nak pilih PM. Kata parti pakatan, tapi bendera lain2. Yang Melayu, Islam, pulak lupa mudah lupa asal kita. Belum lagi terkena. Bila dah terkena baru tahu. Kita dah lupa sejarah. Tak sedar diri di peralatkan. Sedih tengok orang Melayu macam ni...Banyak mush dlm selimut, tapi kita masih lagi hanyut..Ya Allah sedarkanlah kami..