Tuesday, May 7, 2013

salut untuk Tok Guru Nik Aziz

23 tahun menerajui Kelantan tanpa tercalit satu sen pun tuduhan penyelewengan rasuah dan salahguna kuasa,  Tok Guru Nik Aziz kali ini mengundurkan diri. Nik Aziz selama menjadi Menteri Besar bukan setakat menggembleng tenaga bersama para exco dan pimpinannya membawa Kelantan ke mercu kejayaan, malah Tok Guru satu-satunya Menteri Besar yang mendidik dan menyuburkan 'rohani' rakyat.

Jangan anda nafikan kemajuan Kelantan. Sila ke Kota Bharu. Kecuali anda penagih siaran televisyen BN dan anda bodoh, anda akan dapati Kelantan sungguh maju. Pengangkutan bas ekspresnya sentiasa penuh. Penerbangan Kota Bharu ke Kuala Lumpur pergi balik setiap hari penuh. Dalam keadaan kemajuan modenisasi, Kelantan masih mengekalkan adat tradisi. Rumah-rumah kampung masih terdiri. Kain batik dan semutar, dikir barat, wayang kulit, mak yong tetap ada. Juga industri makanan tradisional, perusahaan tekstil terus kekal.

Dan Tok Guru di rumah yang sederhana itulah dia tinggal. Bagi aku, ahli politik itu boleh cakap apa sahaja tentang perjuangan, berserak suara jeritkan kemiskinan, kuat melaungkan kesederhanaan tetapi untuk mengukur kejujuran laungan itu - lihatlah rumah mereka. Nafsu memiliki rumah inilah yang sukar ditahan dan rumahlah lambang peribadi sosok insan.

Salut untuk Tok Guru. Dia bukanlah sempurna tetapi siapa lagi pemimpin hari ini mampu menandinginya? Kekuatan rohaninya dikongsi seluruh rakyat.

Allah berkatimu!

Paparon - Bila Anwar nak kotakan janji bersara jika Pakatan Rakyat gagal tawan Putrajaya? Kita tidak sabar menunggu.

5 comments:

C++ said...

Bhai Fendi @ PapaRON 97

Memang gua pon respek Nik Aziz... stakat nih belum ader MB dalam Malaysia yang boleh menandingi dier... yang paling hampir pon masih agak jauh...

Err.. pasai Anwar Ibrahim tue... hahaha... lupakan la... dier takkan brani nyer...

dak menawo said...

Satu persoalan,adakah pengganti beliau boleh benar2 menggantikan beliau..satu harapan aku,jgn jdi macam bekas MB Pas kedah,terpelanting dek keangkuhan sendiri..ini hakikat,jgn nafikan..

Anonymous said...

Lup. Ko memandai nak DSAI bersara, pkr dah cukup kuat ker tanpa DSAI? Aku nampak ko sentiasa ada dimana mana ceramah DSAI. Takut nanti tak ramai crowd. Azmin belum cukup kuat pengaruhnya. Izzah masih bertateh. Syamsul iskandar belum ready. Siapa lagi?
PAS mereka dah terlalu ramai pelapis. Tak mengapa tokguru berehat. Lagipun tokguru pilih 23 thn berkhidmat serupa mcm rasullullah. Akupun tak sanggup lihat tokguru difitnah lagi.

Anonymous said...

Yg memilih penggantinya adalah tgna sendiri. Takkan tgna nak merisikokan kelantan. Insyaalah

Anonymous said...

Yup... Aku setuju. Tanpa anwar rasanya pkr xkan kemana. Pengaruh anwar cukup bsr dlm pkr. Tanya la penyokong pkr nape dorang sokong pkr. Wlau pelbagai faktor diberi, ttp anwar mjadi salah satu faktor yg mendorong mereka sokong pkr. Belum ada icon lain yg mampu mengantikan anwar dlm pkr. Ini reality...