Sunday, May 12, 2013

pakatan rakyat (huruf kecil) dan tak berpakatnya Pakatan Rakyat

PRU13 menyaksikan 'pakatan rakyat' (dengan ejaan huruf kecil) bukan Pakatan Rakyat (baca: gabungan tiga parti politik) berkongsi azam untuk menumbangkan regim umno dan Barisan Nasional. Rakyat telah berpakat memilih Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang lebih setengah abad menggigit dan memijak. faktor Anwar Ibrahim sebenarnya tak dapat dinafikan telah menanam keyakinan rakyat untuk melakukan perubahan.

Namun Pakatan Rakyat gagal menumbangkan Barisan Nasional biarpun angka peratusan dan undi popular menunjukkan mereka mengatasi. Ya! Tolaklah penipuan licik Suruhanjaya Pilihanraya. Sudah bertahun-tahun dibuktikan temberangnya badan konon bebas itu tetapi hakikat yang lain juga patut diterima ialah kegagalan Pakatan Rakyat berpakat seperti rakyat menyebabkan mereka tewas, kehilangan Kedah, gagal menawan kembali Perak malah ada nama-nama besar dalam politik tanahair tersungkur.

Terus menuju ke maksud tulisan ini apabila kecohnya isu siapa Menteri Besar Selangor. Pergeseran tercetus apabila PKR bergeser sama ada Khalid Ibrahim kekal atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru. Berbagai hujah itu ini di mana-mana termasuk di kedai kopi, kedai dobi, twitter dan facebook membincangkan (lebih tepat bergaduh) siapa lebih layak. Terlupa mereka bahkan Pas pun tiba-tiba lupa mereka adalah pemilik asal kerana kelebihan kerusi. Di sini pujian harus diberikan kepada Pas kerana sedia mengorbankan kerusinya jika Khalid Ibrahim sudi menerajunya.

Kem Azmin mendakwa proses menentukan Menteri Besar ini tidak mengikut kaedah mesyuwarah, tidak menghormati dan melanggar kaedah biasa kerana perbincangan perlu diadakan. Zuraida di dalam temubual melalui telefon di Antarapos mengutuk pemimpin Pas seperti Dr Rani yang menyebut awal-awal Khalid Ibrahim calon sesuai. Kata Zuraida, mengapa gila kuasa? Biarlah perbincangan diadakan dahulu kerana kerusi itu kerusi PKR (di sini timbul tanda tanya siapa yang menentukan kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR walaupun PKR kurang kerusi). Hujah ditimbulkan lagi dengan dakwaan sepatutnya PKR menang lebih tetapi Pas mengkhianati perjanjian di Dun Kota Damansara sementara PSM curang di Dun Semenyih.

Berbalik-baliklah isu dan pokok poin pergaduhan. Disambut pula Sany Hamzan dari Pas Hulu Langat bahawa PKR harus sedar itu kerusi Pas. Nah! Lihat. Apa pun pusingnya jelaslah, rakyat dan penyokong bawahan tidak pernah ada agenda selain menjatuhkan regim sehingga berperang dengan jentera BN bermati-matian pada hari PRU menahan pengundi hantu, menghalang peti undi haram. Rakyat dan ahli bawahan ikhlas. Yang di atas berkelakuan keanak-anakan. Inikah pemimpin?

Tentang apa yang dikatakan Azmin perlu ada mesyuwarah, itu betul. Tetapi ketika hendak memilih calon PRU adakah parti bermesyuarat dengan cabang? Atau mengutip sahaja laporan Ketua Cabang yang kadang-kadang belum tentu betul dan punya agenda tersendiri. Paparon sendiri menyaksikan sendiri 'game' dan tertutup dengan sombongnya pintu rundingan ketika membawa isu cikgu Lee disingkirkan dari Dun Kajang. Itukah keadilan, demokrasi yang Anwar tawarkan kepada rakyat?

Selasa ini dikatakan sah Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan disebut-sebut juga kali ini tanpa setiausahanya Faekah dan Arfa yang tidak disenangi orang-orang parti. Perisik politik juga melaporkan kem lain dari PKR cuba mencadangkan tiga nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk pilih yang mana satu layak sebagai MB. Mereka ialah Nik Nazmi (Dun Seri Setia), Shuhaimi Shafiei (Dun Sri Muda) dan Azmin Ali (Dun Bukit Antarabangsa). Benar atau tidak, entah.

Bagaimanapun pemimpin parti politik Pakatan Rakyat harus meminta maaf kepada rakyat kerana berlakunya pergeseran yang menyebabkan kerugian. Keegoan telah meranapkan impian rakyat. Hadi Awang patut meminta maaf kerana memburukkan beberapa calon PKR dengan isu pil kuda dan ahli PSM sebagai sosialis yang sesat berasulkan Lenin dan Marx serta mengambil tindakan disiplin ke atas ahli Pas yang mengganggu calon dari Pakatan Rakyat yang lain. Jika dia selaku presiden yang mengeluarkan watikah, wajib memohon maaf. Zuraida juga mesti memohon maaf kepada anggota yang lain dan menarik kenyataan yang kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR. Itu pun jika mereka menghayati slogan pilihanraya Pakatan Rakyat iaitu 'Demi Rakyat'.

6 comments:

Anonymous said...

Tuhan tahu majoriti rkyat itu kudus..

Tuhan maha2 tahu yg konon2 nya nak memimpin itu adalah 'budak2'RAKUS!

Tengok jer lah camner 'budak2'UG gganu kedah perlis mengurus..last2 sumenya hancuss!BUNGKUS!

Skrg pengaruh 'budak2'UG gganu yg bengap'LEMBAP(IQ bwh parr) yg terkinja2 dipanggil ularrrRmak(umno respek dorang sbg ulam2 aka ulam2'MAK)dgn gelojoh TAMAKrakus seolah2 dirasuk hantu dah brjangkit pulak kat 'budak2'UG kelantan?

alahai..kemaruk 'budak2' tamak
alahai..'budak2' PRASAN sbg ulamak?
alahai..tengok jer ler kelaku "budak2"TUA bangka yg sgt2 haprak!

dah jd "budak2" BANGKA mana tahu berpakat & MUAFAKAT..tamak'GELOJOH rakus dengki KHIANAT itu jer yg mmpu mrk buat utk rkyat..palat!
memang palat!

Anonymous said...

Apa ape jelah. Kemenangan bukan ketentuan kita. Usaha yg dilakukan bukan menjamin kejayaan. Usha mesti dijlnkan. Usaha semata2 tanpa pertolongan drpd Allah tidak akan kemana mana. Jadilah pejuang Allah.

noor zaim aziman said...

ape kene mengene dengan gambar che guevara tu ? haha

Anonymous said...

I was recommended this blog by my cousin. I'm not certain whether this post is written by him as no one else understand such distinctive approximately my trouble. You're wonderful!

Thank you!

My homepage: dry scalp treatments

Anonymous said...

Appreciate the recommendation. Let me try it out.


Feel free to surf to my page; Tattoo Removal cream reviews

Anonymous said...

I absolutely love your blog and find many of your post's to be what precisely I'm looking for.
Does one offer guest writers to write content in your
case? I wouldn't mind writing a post or elaborating on a lot of the subjects you write related to here. Again, awesome weblog!

my homepage - refinishing hardwood floors