Wednesday, May 29, 2013

Salut anak muda berani!

Safwan Anang (kiri) dan Adam Adli dua anak muda dalam gerakan mahasiswa yang sama naik, sama bersaing dan sama berani. Tidak sedikit mata mengecil mencemuh mereka kononnya perjuangan tak jelas, anak muda gopoh dalam mencari kemasyhuran.
Kalau gopoh memintas jalan, gopoh juga jatuh tersungkur. Kita masing-masing punya peranan dalam hidup ini. Dalam tuntutan menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman ada seribu jalan dan sejuta cabang. Masing-masing keluar dari lubang masing-masing mengikut jalan sendiri dan keyakinan serta kepandaian sendiri. Lakukan peranan sendiri. Jika tidak berdaya usah perlekeh orang lain.
Aku yakin anak muda ini tahu dan sedar. Aku yakin mereka faham. Mereka sudah nampak apa yang diperjuangkan. Ketahanan adalah ujian terberat.
Waktu muda masa terbaik. Sudah berusia banyak beban, banyak kumpul harta, ada anak, badan lemah mulalah banyak halangan dan alasan.

Salut atas keberanianmu!

Paparon - bukan pejuang, hanya buat apa yang rasa mampu buat.

2 comments:

Anonymous said...

Bhai...

Selain mereka itu sendiri istiewa, ibu-bapa dan keluarga mereka juga istimewa... jujur saja, aku yang dah 40 tahun plus plus nie, mak aku masih menasihati aku... janganlah nak berdemo-demo nie, tak yahlah nak dengar ceramah-ceramah nie... tapi aku langgar je (pergi tak bagitahu dia)... maaf mummy...

Mohamad Nabil said...

Aku tak muda, tapi aku cukup suka orang orang muda macam dia nie. Salute untuk mereka yang berani!!!