Tuesday, October 21, 2008

memang perosak imej PR!

cerita Mat saman Kati pasal jual pasir di Perak memang merosakkan imej PR..walaupun ada unsur sabotaj kerjaan negeri janganlah tutup mulut je..atau mulut penuh pasir?

itu cerita di sana..ingat tak entry aku bulan puasa haritu tentang penganjur karnival Ramadhan kajang oleh syarikat Langat Care yang ada kaitan dengan PAS? Mereka mengenakan sewa mahal gila RM3000 pada tapak 10'X10' dengan janji yang macam2..(sila semak entry tersebut kalau lupa).. Penyewa yang berniaga di situ meminta sewa dikurangkan kerana penganjur gagal melaksanakan janji2 mereka tetapi tak dilayan. Akhirnya dengan bantuan adun Kajang dan ahli2 majlis, penganjur yang degil tak mahu turun padang ni akur dan memberi diskaun RM500 kepada penyewa dan meminta mereka menuntut semula wang mereka selepas raya nanti..

Aku dapat panggilan telefon penyewa-penyewa ni bagitahu mereka hanya dapat diskaun RM200 saja bukan RM500 seperti yang dijanjikan. Ada penyewa yang bersumpah haramkan dunia akhirat duitnya..

tulahh...Umno conquer pasar Ramadhan dan karnival tahun2 dulu marah...nak coba2 tapi takde pengalaman..pastu pi 'sub' dekat company lain kepunyaan seorang Datuk dari Bangi (dah tentu Umnolahh)..dengar khabor datuk tu sudah tukar Mercedes baru beb.. lu dapat apa? dapat sumpah seranah! bikin malu je..MTD, Adun Bangi dan Ahli Parlimen Hulu Langat serta ahli majlis dari PAS nasihatkan lah sikit kawan kamu ni..kalau bercakap bohong, berjanji dimungkiri dan amanah dikhianati itu dah penuhi ciri2 munafik!..orang DAP pun malu dengar isu ni kerana bikin rosak imej PR!
er..ada rakan kat Bangi bagitahu pasar-pasar malam di Bangi akan dirombak semula dan orang2 Pas bercadang nak ambil alih tanpa berbincang dengan kawan2 PR yang lain. Betulke?

8 comments:

Anonymous said...

setakat ni baru dapat 200. yg baki 300 tu tak tahu la bila..katanya akan call tapi takde pun..

dah la hari tu meniaga diorg tak apply permit..habis semua dapt surat saman mpkj..

yb pun mcm takde kuasa jer..

yg sakit atinya, dari awal proses mohon tapak lagi dah mcm2 belit sana sini..bila tanya budak pompuan kt sureco tu, katanya tak tau apa2..kena tanya management..

minta2 lingkup la mengundi skali lagi

matcomot said...

banyak lagi cita yang hang tak tau.
driver YB PAS pun sibuk nak jual konsesi balak yang dia dapat.

hehehehe........keluar mulut rimau,terpeluk naga rupanya....

ada masa kita berlabun di kedai kopi aku cita pada tan sri kulup sakah

Anonymous said...

tolong korek betul2 cite ni, kalau boleh biar la ada bukti hitam putih...

sebelum kudis ni bernanah dan membusuk, kita kena cantas!!

no mercy bagi orang yang cakap tak serupa bikin...

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

matsamankati said...

Kalau nak bukti hitam putih...pi kutip taik cicak.

Orang yang berkuasa kena prihatin pada semua permasalahan rakyat. Jangan la bila rakyat komplen, kena suruh bawak semua bukti.

Dah la kena tipu..kena buat kerja cari bukti... kalau semua cukup..tak payah komplen dah..repot kat BPR je.

BPR memang seronok kalau nak cekup orang PR.

Unknown said...

Kerajaan negeri perak sekarang dok buat ape?

rumah dikerobek tidak sedar ke?

Pok Nik Klate said...

memang pembohong dari dulu lagi ..nak buat macam mana lagi bro.?

Anonymous said...

Dalam masa satu atau dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat di kesemua negeri yang ditakbirnya adalah masa untuk rakyat menilai prestasi kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita tidak mampu menunggu hingga ketahun ketiga atau keempat kerana pada ketika itu rakyat telah membuat keputusan samada kita bolih mentadbir atau tidak.

Term Papers said...

Interesting text, enjoyed and many thing learn through this text.