Sunday, May 31, 2009

Kak Min, takpelah..teruskan meronggeng sepat!

tahniah kak min,sedekah je wang pertaruhan tu..
keep on ronggengin'!

*asal perkataan ronggeng pun wrong gang)

Saturday, May 30, 2009

telur orang kahwin!

Aku baru balik dari sebuah majlis persandingan saudara aku di sebuah dewan serbaguna. Setelah makan minum dan bertanya khabar aku pun pulang dengan dibekalkan tuan rumah buah tangan dalam paper bag gula-gula, manisan dan kuih.

Ya! Buah tangan begitu agak popular menggantikan bunga telur warisan tradisi lama kita dahulu. Mungkin orang tak berapa ambil pot sangat tentang buah tangan ni, asalkan buah tangan sudahlah sebagai penghargaan tuan rumah. Orang Melayu memang memuliakan tetamu seperti yang diajarkan Islam. Tapi bagi aku budaya memberi bunga telur ni kurang difahami mahu pun dihayati orang kita sekarang melainkan sekadar cenderamata pelengkap majlis. Tok nenek kita dulu bijak pandai orangnya dan segala amalan sebenarnya mempunyai makna tertentu.
Telur bagi mereka lambang 'kesuburan'. Pemberian telur yang dihias dengan bunga bertangkai atau diletakkan di dalam bekas yang cantik mempunyai simbolik makna agar mempelai dikurniakan kesuburan memiliki zuriat penyambung warisan adat bangsa dan agama, juga menyuburkan kasih sayang antara suami isteri, keluarga dan saudara seagama. Menyuburkan minat mendalami ilmu. Ini hakikat makna "bunga telur". Ia bukan lucah disebabkan air dari telur nak bercantum dengan sel telur sang hawa.
Mungkin orang akan berkata memberi manisan atau gula2 sekarang juga ada makna simbolik agar segala-galanya "manis" dan menyenangkan. Tetapi telur itu melambangkan keaslian (originality). Ia tak perlu lagi dibancuh itu ini agar menjadi manis. Ia adalah lambang permulaan sebuah kehidupan. Di dalam telur ada sebuah kelahiran. Ada kesucian dan ia mulus!
Sebab itu telur penyu boleh dimakan akan tetapi apabila sudah menetas, penyu sudah jadi haram.

nota serius:
(jangan merepek dengan aku bertanya soalan bodoh mengapa telur ular, buaya atau yang lain tak boleh dimakan? Fikirlah sendiri, takkan tak boleh fikir.. nak berlawak pun cari masa lain)

Friday, May 29, 2009

pulanglah USTAT!


(sekadar gambor hiasan, takde kena mengena dengan cerita di bawah, tih tih tih!)


Satu Malaya heboh apabila penceramah bebas Ustat Alkulup yang juga bekas penyanyi irama thrash metal tidak pulang ke rumah sehingga isterinya Puan Dewi Ayu tampil menemui pihak media mengadu hal. Ibu kepada 8 orang anak ini berkata ustat Alkulup sudah 3 bulan gagal dihubungi. Dipercayai juga ini ada hubung kait dengan gossip panas hubungan cinta ustat Alkulup dengan Wahdeeya, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Wakatsini" dan irama lagu padang ragut.
Sebagai sebuah akhbar yang gemarkan cerita rumahtangga, cerai-berai seperti kisah pemain badminton negara yang mengaku tak pernah cret bekas isterinya atau penyanyi pop lelaki yang terlajak mendayung walaupun dah lafaz cerai, kami telah menghantar wartawan kami KulupSakah untuk menerjah ustat Alkulup yang dikatakan tidur di masjid Seri Petaling. Dan kami berjaya mendapatkannya sewaktu beliau sedang pekena mihun sup sambil membaca buku "Panduan menjadi suami mithali" karya beliau sendiri.

KS : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, ustat! Kenal ana?

Ustat : Waalaikumussalamwarahmatullahitaalawabarakatuh, wamaghfiratu! Mana boleh tak
kenal, datang pun ana dah tahu pasal apa!

KS : Tau takpe! Nak tanya sikit, betulke dah 2 bulan ustat tak balik rumah?

Ustat : sebelum tu..Alhamdulillahirabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala asrofil anbia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain....er sebenarnya dah 3 bulan!

KS : Pasaipa tak balik ustat? Burung pun tau balik sarang, kerbau seharian di bendang pun
bila senja balik kandang juga sebab stim bau garam dalam timba.

Ustat : Ana sebenarnya bukan tak nak balik cuma..er..aa..anu..emm..

KS : Lupa kat mana rumah?

Ustat : Ya! Lupa..tu yang tidur sini je..hihihi! (ketawa hambar)

KS : Kesian 8 orang anak tu..bini pun cun lagi..apakah ini ada kena mengena dengan gossip
cinta ustat sama Wahdeeya?

Ustat : Ana ada telefon sama Wahwah (nama manja Wahdeeya) suruh dia sabar dan tabah
hadapi dugaan ini!

KS : Aik? Sama Wahdeeya ustat ada call tapi bini ustat tak dapat hubungi ustat dah 3 bulan?

Ustat : err..aa..ohh! Itu dah lama, lepas gambar kami berdua kutip tapak sleman tepi pantai
tersebar di internet dan akhbar..dah lama juga tak contact Wahwah!

KS : Ustat masih sayang lagi isteri dan anak2?

Ustat : (terdiam lama dan kemudian mengesat air hidungnya yang meleleh) Ini dugaan bagi
Allah Subhanahuwataala kepada ana, kepada keluarga ana, rakyat Malaysia dan juga
wartawan seperti enta yang sebok nak tahu dalam kain orang, jaga kain sendiri dulu!

KS : Pulak! Ana pun kena jugak? Ini kerja ana, melariskan akhbar walau apa cara sekalipun
agar boss ana gembira dan bagi bonus hujung tahun.

Ustat : Beginilah! Sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaikinya. Bumi mana yang
tak ditimpa hujan. (sambil mengalunkan lagu seperti dalam ceramahnya selama ini)

KS : Betul betul betul! Ok ye Ustat, terima kasih bebanyak!

Ustat : eh nanti dulu! err..ada nombor Salleh Yaacob tak? Saja nak minta tips sikit sebagai
suami mithali bukan suami menyesali!

KS : Entah tak tau!

Thursday, May 28, 2009

SAYA TAK MAHU HENTAM NAJIB!!


INTERBIU EKSKLUSIF KulupSakah DENGAN DIRINYA SENDIRI!

KS 1: Apa khabar Encik KulupSakah?

KS 2: Soalan bodoh yang sentiasa ditanya oleh artis-artis kepada pasangannya ketika bertugas menyampaikan anugerah di majlis penyampaian anugerah. Kalau dah boleh berlabun ni sihatlaa...

KS 1: Ops maaf! Mengapa sejak akhir-akhir ni saudara kurang menulis tentang politik?

KS 2: Politik kepartian ya! Tetapi politik sosial adalah perkara yang mesti diketengahkan. Politik kepartian tidak mengembangkan minda rakyat dan tidak mencambahkan keuntungan kepada ummah kerana politikus ini selalunya bertekak pasal jawatan, pangkat dan kedudukan mereka sendiri saja. Mereka bak bebudak kecil yang bergaduh mengatakan baju merekalah yang paling cantik berbanding lawan yang lain.

KS 1: Jadi, lebih menumpukan kepada kritik sosial?

KS 2: itulah politiknya. Apa yang berlaku hari ini adalah berkaitan dengan dasar politik dan sistem. Sistem dan dasar yang tempang akan membuat masyarakat pincang.

KS 1: Contohnya?

KS 2: Mat Rempit. Kenapa mereka lahir? Kita selalu terus saja menyalahkan mereka tanpa memikirkan siapakah yang melahirkan mereka? Siapakah yang menciptakan mimpi-mimpi indah merempit dengan membawa dan memperagakan motosikal ke sini? Ini satu hal..Kalau kita tengok dasar perumahan yang tak sempurna juga mengalu-alukan tumbuhnya gejala ini. Rumah kos rendah kecil sehingga mereka tidak selesa di rumah, hendak bermain sudah tiada kawasan permainan kerana ruang lapang sudah dipenuhi dengan kereta-kereta penghuni yang parking. Malah di sesetengah tempat akan di bina bangunan khas untuk parking saja. Ruang permainan? Tiada! Nak main bola kena pergi bayar kat gelanggang futsal yang mahal. Jadi merempit adalah salah satu kegiatan yang percuma dan menyeronokkan selepas dibuai mimpi2 menarik oleh kaum pemodal.

KS 1: Bukankah tugas di rumah adalah tugas ibu bapa? Mengapa pula kerajaan yang dipersalahkan?

KS 2: Betul tetapi ibu bapa terlalu sibuk untuk survival. Mereka sejak belajar lagi sudah dibebani hutang oleh kerajaan seperti PTPTN dan apabila bekerja mereka dilambakkan dengan hutang bank, kereta, rumah, bil-bil dan segala macam kos lagi. "Kemajuan" bermaksud kau harus tinggalkan anak-anak dan pergi bekerja untuk mengisi tembolok keluarga. Maka runtuhlah institusi keluarga apabila kemajuan didefinisikan bulat-bulat mengikut Barat. Keluarga tiada pengisian, jiwa kosong dan akan rosak.

Kerajaan Najib

KS 1: Saudara dilihat kurang menghentam Najib (PM baru) berbanding era Pak Lah yang kadang kala kritikan saudara sampai ke tahap carut-carutan dan agak sarkastik! Mengapa? Adakah Najib bagus sebagai PM?


KS 2: Sarcastic? Hahaha!! (ketawa sambil memberus gigi) Saya tidak mahu menghentam Najib kerana Najib adalah PM yang paling tak popular dalam sejarah malaysia. Pak Lah walaupun hampeh pada saat-saat akhir pemerintahannya tiada siapa dapat menafikan kehebatan popularitinya sewaktu menjadi PM. PRU 2004 adalah kayu ukurnya yang menyaksikan BN menang besar selain faktor pengundi hantu. Hihihi! (menjelirkan lidah seperti pontianak). Tetapi Najib sehingga hari ini terkial-kial mencari formula untuk merebut kembali kasih sayang rakyat Malaysia kepadanya. Bermacam-macam program dibuat termasuklah berjalan kaki di Chow Kit. Hahaha!!
KS 1: Mungkin ada yang tak setuju dengan saudara kerana berpendapat ketika dia lemahlah patut dilanyak secukup rasa?
KS 2: Saya tiada masalah jika mereka terus membelasah Najib, tak jadi hal. Blog masing-masing, masing-masing punya hallah! Cuma bagi saya, rasa tak seronok pulak belasah lawan yang dalam keadaan lemah. Sunan Kalijaga, mentor saya pernah berpesan dalam tulisannya janganlah mengasari lawan yang dalam keadaan lemah. Ini juga ajaran Islam. Hahaha!
Krisis Perak
KS 1: Apa pandangan saudara penyelesaian terbaik krisis di Perak
KS 2: Apa pun penyelesaiannya tidak akan menyenangkan pihak yang kalah. Bagi saya menang kalah tak penting, tetapi "perjalanan" krisis inilah yang penting untuk dinilai oleh rakyat yang tak bengong atau yang tak pernah mengambil tahu soal politik negara selama ini. Seluruh dunia sedang memerhatikan lawak purbakala ini. Ia bagi saya seperti perlawanan tinju. Walaupun kelihatan BN menumbuk bertubi-tubi tetapi dia sebenarnya sedang cedera dan hampir tumbang. Tumbukan bertalu-talunya itu sebenarnya makin melemahkan staminanya sendiri berbeza bagi PR yang seakan-akan mendapat "spinach" setiap kali mukanya ditinju. Ia seakan api yang makin membakar semangat PR.
KS 1: maknanya PR semakin kuat? Kalau begitu apa kata saudara hentam PR pulak kerana PR semakin kuat. Bukankah itu polisi saudara?
KS 2: Oh tidak! PR tak kuat! Belum pernah sesaat pun PR memerintah Malaysia. Menjadi kerajaan di 4 buah negeri belum cukup kuat. Kita kena bantu beri peluang untuk mereka buktikan bahawa mereka kerajaan yang baik untuk rakyat.
KS 1: Ada juga blogger PR yang belasah PR? Apa pandangan saudara?
KS 2: Macam saya kata tadi, blog sendiri, sendiri punya pasallah. Asalkan kutukan tu untuk memberi kesedaran dan kebaikan akhirnya berpihak kepada rakyat takpalah. Saya ada juga dihubungi blogger pro PR dari Selangor yang mengajak saya belasah PR Selangor, saya suruh mereka teruskan tetapi dalam masa yang sama bantulah juga PR kerana mereka tidak mendapat liputan media. Tolong sampaikan maklumat tentang apa yang telah mereka laksanakan kepada rakyat seperti bekalan air percuma, TAWAS, Program Tuisyen percuma yang mana ramai yang tak tahu ni. Bagi saya setahun PR adalah jauh lebih baik dari 50 tahun BN memerintah. Inilah yang dibasuh oleh Dr. Badrulamin kepada saya dan rakan-rakan yang merungut tentang PR kepadanya. Kita kena akui itu, 50 tahun BN sungguh memalukan berbanding 1 tahun PR!!!
KS 1: Nampaknya saudara takut juga mengkritik PR?
KS 2: Tidak! Tidak! Tiada "fear and favour" dalam hal ini.! Lawan tetap Lawan!
KS 1: Terima kasih saudara! Silalah minum teh ni!
KS 2 : Jangan nak merapu. Teh tu aku yang belanja!


Wednesday, May 27, 2009

siri bercakap dengan Jins part2..

Kawan aku, seorang guru sedang mengajar bila mana seorang lelaki menjerit-jerit memanggilnya dari luar kelas.
"Rizal! Rizal! Mari keluar kejap!" jerit mamat ni yang sebenarnya suami kepada salah seorang guru wanita yang bertugas di sekolah yang sama.

Rizal mengisyaratkan supaya tunggu sehingga waktu mengajarnya habis. Dan apabila waktu mengajarnya tamat dia mendapatkan mamat tu.
"Kenapa dalam ramai-ramai cikgu kat sekolah ni kau bomohkan bini aku? Tak de orang lain ke?" jerkah mamat ni. Rizal yang isterinya juga cikgu mengajar di sekolah yang samadi situ agak terkejut.
"Isy! Bila pulak saya bomohkan? banyak kerja lain lagi saya tak siap, takde masa nak pi jumpa bomoh aihh!" jelas Rizal.

Isteri mamat ni memang dikatakan agak pelik kelakuannya sejak akhir-akhir ni. Sering kemurungan dan kadang2 seperti dirasuk.
"dah tiga bomoh kami jumpa semuanya mengatakan yang membuat bini aku ni cikgu sepejabatnya yang berbadan besar macam kau!!" sang suami terus menuduh.

Rizal memang guru yang cool. Dia menjawab, "Takpelah! Saya doakan awak suami isteri bahagia dan dijauhkan dari segala kezaliman.

Rizal berceritakan hal ini kepadaku. Walaupun Rizal totok Umno tapi aku baik dengannya dan aku respek juga dengan ketenangannya. Cuma aku cakap padanya, "Kau memang baguslah Rizal, tapi kalau aku kena macam tu aku akan suruh dia bawak aku jumpa bomoh puaka tu, biar aku seligi telinga dia. Tak pun aku bawak lawyer dan suruh bomoh tu buktikan aku sihirkan dia. kalau dia gagal, aku saman dia RM50 juta baru dia tahu langit tinggi rendah."

Rizal ketawa berdekah-dekah. Sehingga hari ini aku tak tahu perkembangan seterusnya. Oh Ya! Bab nak nyekeh bomoh ni memang aku ada pengalaman peribadi..keh keh keh!

(komputer aku disampuk jin virus, terpaksa tulis kat CC. Aku bawak pi jumpa kawan aku si bomoh IT, Osmang Serawak- kata dia ada orang santaukanvirus kat komputer aku sebab marah dengan blog ni..Hisy!! Terpaksalah Osmang campak ke laut jin virus ni dan reformat komputer aku..harap2 komputer aku siap direincarnation esok supaya aku terus boleh berblog!)

Monday, May 25, 2009

tumpang kentut boleh? (balada untuk OKT yang mogok lapar di Perak)

pakai baju kuning, oren dan putih kena tangkap..paling baru pakai hitam kena cekup. Berada di KLCC kena tangkap, mengeteh dan merojak di restoran pun kantoi..
Tak nak makan pun kena tangkap?
huh! Gila...
Nasib baik kentut masih dihalalkan..

POTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 24, 2009

Aku, jin dan bomoh! (siri bercakap dengan jin pt1)

(aku lupa dari blog mana aku dapat gambor ni..TERIMA KASIH! Jelas ketuanan melayu perlu dipertahankan di sini)

Beberapa kerat kawan2 aku yang masih setia menikam ekor mengajak aku menyertai mereka pergi jumpa seorang bomoh di Pahang Barat. Aku sebenarnya malas layan puak-puak yang ni. Masing2 dah ada anak dara tapi perangai tak berubah. "Alah! Kami bukannya nak merompak, ni ikhtiar jugak! Kan Tuhan kata kalau nak kaya kena ikhtiar asalkan tak khianat orang dah le.." kata si Zamri (bukan MB Perak).

"Palahotak hang! Judi bukankah haram di sisi agama?" kataku.
"Di sisi je..bukan di dalam!" loyar buruk jugak Mat Lias ni.

Perangai pedajal aku memang tak pernah berubah dan aku mengajak Mat Jipang, seorang lagi kawan baikku yang tak main nombor untuk mengikut geng2 penanam saham KTM ni (Kuda, Toto dan Magnum). Mat Jipang ni sekepala dengan aku sejak kecik lagi, memang kaki pedajal. Kali ni kami plan nak test power bomoh ni.

Dipendekkan cerita kami pun sampai kat rumah bomoh ni. Bomoh ni akan menurun dan bininya pula akan jadi orang tengah atau moderator dalam bual bicara puak2 ni dengan jin yang dah masuk dalam perut bomoh ni. Bini bomoh memberi amaran agar jangan sesiapa pun merokok apatah lagi rokok gudang garam. Semua pakat patuh menurut macam telur dicucuk kemuncup. Aku tak kisahlah sebab aku tak merokok. Bomoh ni pun mulalah menurun, tahapa benda kes tah sesekali dia bersin, sesekali dia mendepakan tangannya, sesekali menggelepar macam ayam kena sembelih kalaupun tak macam cipan kena liwat.

"Ops! berat jugak ni! Susah sikit nak nampak nombor! Kena lebihkan pengeras!" kata jin dalam perut bomoh (atau bomoh dalam perut jin?)tu. Suaranya memang garau sikit. Macam Hattan.

"Berapa nak lagi?" tanya Mat Lias penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Jarang aku tengok Mat Lias lemah lembut dengan manusia, tapi dengan jin kemain lagi.

"emm..taklah banyak sangat..emm!" Bomoh berulang-ulang kali mengatakan "taklah banyak sangat" sampai Mat Jipang naik angin lalu menengking,"Yalah!! Kot ye pun cakaplah berapa???" Kawan2 yang lain menggelupur ketakutan dengan tindakan Mat seolah-olah menengking jin adalah satu kebiadaban. Bomoh dan jin yang menginap dalam tubuhnya tu pun nampaknya kelihatan terkejut. Aku tergelak perlahan tapi suaraku mengganggu bomoh tu barangkali sehingga dia menjeling ke arahku.

"er..tambahlah seratus lagi!" kata bomoh tergagap-gagap.

Mat Jipang mendengus lalu membakar rokok. Bini bomoh menegur,"jangan hisap rokok!".
"Pasai apa tak boleh?" Mat Jipang membuntangkan mata dan tiba2 jin tok bomoh berkata,"takpa! Dia boleh hisap!"
Aku tergelak lagi, kali ni lebih kuat. Bini bomoh agak kurang senang dengan aku dan Mat Jipang. Kawan2 pun menjeling2 ke arah kami sambil mengerutkan dahi.

Lebih kurang 20 minit bomoh tu pun sedar semula apabila jinnya dah keluar dari tubuh (mungkin pergi cybercafe kot, type entry baru kat blog dia). Bomoh berkata,"biarlah aku terus terang Zamry! Lain kali kau janganlah bawak encik berdua ni! Susah aku!" Dia merujuk "encik berdua" tu kepada aku dan Mat Jipang. "Kau datang lain kali jelah!" kata bomoh yang kelihatan agak bengang.

Kami pun pulang. Zamry dan Mat Lias bersungut2 sebab kami gagalkan misi mereka. Aku bukan apa, masa mula2 dia nak menurun tu ada ke patut dia berserapah memuja jin sambil berkata "Marilah ke mari dampingi aku yang hina dan budak-budak yang penuh kesialan di tubuh mereka ini!" tu yang aku terbakar, aada ke patut dia kata aku sial. Apa lagi aku pun bantai berzikir "Lailaha Illallah!" dalam hati. (Perkataan Allah tu aku keraskan sikit). Yang Mat Jipang pulak bantai baca ayat Kursi dalam hati tah berapa ratus kali tah.
Camnalah bomoh ni tak kantoi..

kah kah kah!

Saturday, May 23, 2009

GULA-GULA, RACUN, FANTASIA dan UANG!



Apa khabar USA? Apa khabar Zionis? Masih boikot KFC, McD dan Coca cola?
Masih menangis akan nasib Palestin?
sAMBUNG semula menangis selepas air mata habis diperah Akademi Fantasia..
dan ASTRO bersama sekutunya sibuk mengira wang..
Bebudak yang diracuni 'fantasia' indah-indah itu akan hanyut tenggelam bersama yang lainnya seperti sebelum ini...
Mungkin mereka nak ajar bahawa kuasa rakyatlah yang menentukannya sama ada kamu bagus atau tak, sms yang mana kamu suka! MAKKAL SAKTHI!

Al Fatihah buat Osman Ghani ..

Aku baru je kenal arwah ni 2-3 bulan lalu. Akan duduk semeja dengan kami dan sesekali memetik gitar Meor dan mendendangkan beberapa buah lagu. Antaranya lagu Ding Ding Gale nyanyian Allahyarham Sudirman yang menurut versi asalnya berkisarkan seorang penagih dadah yang tertangkap.
Terbaca dari blog Meor Pestajiwa (dan juga gambar di atas dipetik dari blog Meor) yang beliau meninggal dunia Rabu lepas 20 Mei 2009. Seorang seniman rakyat yang selesa dengan kehidupan sederhana seperti hari-hari akhirnya di CM. Yang tinggal hanyalah sejarah dan sebuah lagu ciptaannya nyanyian Rahim Maarof "Lizawati".

"Oh Liza..Lizawati! Engkaulah pujaan hati!"

Al fatihah!

Friday, May 22, 2009

ketuanan nasi lemak!

Hari-hari dan dah bertahun mengeteh di restoran Kadir ni. Pendek kata kalau kami cakap mamak Malbari ni sepupu kami dah tentu orang percaya punya. Tapi Kadir tetaplah Kadir. Jangan harap ada diskaun atau dia nak bagi minum free walaupun sekali. Kawanku Ajis beberapa tahun lepas pernah mengusahakan kilang mee kecil-kecilan dan menawarkan diri untuk membekalkan mee kepada Kadir. Harammm!! Tak mahu ditolongnya sedara seagama dia. Sesekali musim durian kalau kita nak jual kepadanya pun haram dia nak beli.
Seorang mak cik pernah nak minta sedikit ruang tepi restorannya untuk jual otak-otak pun dia tak bagi. Kah kah kah! Apa punya ketuanan daa, nak niaga di tanahair sendiri pun nak kena minta izin pendatang!

Tapi kami tetap pengunjung restoran dia. Tahapa ke sedap sangat pun tak tahulah!

Sejak ekonomi tak berapa segar ni banyaklah orang berniaga. Menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi-tepi jalan. Depan restoran dia je ada 3-4 gerai. Kadir pening!

"Kau pikirlah Lup! Aku bukan nak dengki, ini rezeki masing-masing! Tapi susah jugaklah aku! Walaupun customer bungkus nasi lemak dan order minum kat sini tapi aku terjejas jugaklah! Diorang tak bayar sewa, tak bayar pekerja, tak pakai elektrik dan air! Aku kena bayar semua tu!" keluh Kadir.

"Eleh! Kau import pekerja dari India dan bayar murah2! Kerja macam nak mati, kos makan depa murah je. Kalau kau ambil orang sini dengan bayaran yang baik tentu kurang masalah. Peluang pekerjaan untuk rakyat bertambah!" kataku.

"Orang Melayu pemalas Lup, kerja tak bersemangat! Curi tulang pandai, tak boleh kena marah sikit, merajuk terus blah! Macamana aku nak ambil?" Kadir berceloteh.

"Siapa kata Melayu malas kerja? Kau tengok bebudak Melayu kerja kat KFC, McD, Pizza ke apa ke sikit punya produktif dan cergas apa? Sebab apa? Sebab tempat2 tu diurustadbir dengan baik dengan gaji dan kemudahan yang baik. Ada EPF lagi. Kau tak boleh buat gitu? Ini kau je yang nak untung! Orang nak tumpang niaga kat tempat kau, kau halang! Customer tetap kau nak jadi pembekal mee kau tak nak bantu, sekarang masa kau pulak susah- rasakanlah bagaimana mereka susah! Sama-samalah kongsi peluang!" aku belasah si Kadir.

"Oklah! Tapi macamana dengan gerai-gerai nasi lemak yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni?" nyata sebenarnya Kadir tak senang walaupun tadi dia juga yang kata rezeki masing2.

"Lantak depalah Kadir! Ini tanah tumpah darah depa! Hak depalah nak cari rezeki di sini. Depa tak curi harta kau!". Aku bangun dan belahh!

Sungguh tah kenapa aku sesekali hangin juga bila bangsaku diperlekehkan di tanah sendiri. Aku rasa ketuanan nasi lemak perlu juga dipertahankan!

cakap-cakap rakyat..

siapa rakyat?
mana rakyat?
kalau tiada rakyat masakan ada wakilnya?
kembalikan 'rakyat' kepada rakyat!


p/s catatan ni dibuat kerana 'sesuatu' telah berlaku... seperti kisah 'plaza rakyat' sebelah puduraya yang dah bertahun2 terbengkalai sebelum KLCC berdiri megah lagi. Begitulah nasib rakyat!

Seniman jalanan penjual daging..


seniman dan pemuzik jalanan (apatah lagi yang buta) dikategorikan sebagai peminta sedekah sehinggakan pernah mereka dicekup Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Bapok, mak nyah dan sesundal yang 'mengamen' di tepi jalan dan belakang lorong apa cerite? Tak pi cekup?
opsss..mereka itu pun seniman/seniwati @ primadona juga ye tak?
atau barangkali mereka dikategorikan ssebagai penjual daging?

kata KulupSakah: Pundeekk!!

Thursday, May 21, 2009

kerbau kerbaulah jua..

sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot (bukan Mat Comot) lah dia. Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.
Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..
di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal...

Wednesday, May 20, 2009

enampuluhsembilan..

Seperti biasa aku keluar rumah pagi-pagi kerana percaya pagi pintu rezeki terbuka. (pelacur pun buka kedai subuh-subuh). Agak terkejut apabila mendapati lif apartmentku bersih dan tiada contengan atau luahan di dindingnya. Bau rokok dalam lif sudah tiada seolah-olah faham papantanda dilarang merokok tertampal di situ. Lif pula berbau perfume.
Di tempat letak kereta juga kelihatan teratur. Tiada kereta parking bertindih dan menghalang kenderaan lain. Aneh tetapi aku tak hairan semua itu. Aku terus memandu dan singgah di Restoran Nasir untuk bersarapan. Orang kita memang tiada masa bersarapan di rumah, kalau sempat pun tetap akan minum di luar. Rutin!

Selepas membuat pesanan makan minum aku duduk di suatu sudut yang menghadap ke jalanraya. Tidak jauh dariku ada sekumpulan anak muda rugged duduk mengeteh sambil berborak. Ada gitar disandar di dinding. Aku terdengar juga topik perbualan mereka berkisarkan asal-usul muzik dan hubungkaitnya dengan sejarah penaklukan Islam di Andalus. Ada kitab Muqaddimah Ibnu khaldun di atas meja mereka.

Di sebelah kiri pula aku nampak sekumpulan orang tua lelaki berketayap, bersongkok dan berpakaian "agama" sedang ketawa besar berbual sesama mereka. Perkataan lucah dan kotor-kotor lancar keluar dari mulut mereka. Salah seorang dari mereka sengaja mengangkat majalah lucah tinggi-tinggi dan membacanya dengan kuat. Matanya menjeling-jeling tajam ke arahku sambil menyeringai menampakkan tunggul-tunggul gigi dan gusi hitamnya.

Seorang lelaki berdada tinggi dan berjalan lenggang lenggok melintas dan disiulkan oleh sekumpulan orang tua tadi. Lelaki berbuah dada itu memuncungkan mulutnya. Di belakang mejaku ada seorang lelaki berpakaian kemas berkot dan bertali leher sedang makan..er..seperti bangkai tikus di dalamnya. Tekakku terasa mual! Khakk tuihhh!!

Aku berlari ke tandas sebab rasa nak muntah teramat sangat. Aku membasuh muka dan merenung ke dalam cermin. Mataku merah dan kulit muka terasa kotor berlumpur. Aku terasa nak melompat apabila dua orang manusia keluar dari tandas sambil ketawa mengilai. Aku dah cukup yakin yang aku tak salah masuk. Ini tandas lelaki dan dua orang yang keluar dari tandas yang sama itu pun lelaki, cuma ketawanya kedengaran lembut. Aku merenung zip seluarnya yang kelihatan agak leper tetapi aku disergah mereka. "Apa tengok? Tak pernah tengok pantat?"...

Aku terus berlari keluar menuju ke keretaku. Terus aku memecut dengan laju tanpa menoleh lagi. Sewaktu sampai di selekoh tajam 2 km dari rumahku aku hilang kawalan apabila seekor kucing kurap melintas dan.....

"Apahalnya abang ni? Tak pasal-pasal tergolek jatuh katil ni? " tegur isteriku..

...Masya Allah!

Tuesday, May 19, 2009

tak selesa berBM? Boleh blah!

aku ke Dewan Sivik MBPJ tadi menyaksikan upacara pelancaran web TV Selangor dan hari kebebasan akhbar dunia di Selangor. Kemudiannya ada Panel Diskusi & Konsultasi Awam terhadap Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat.

Tak kisahlah apa pun dan aku boleh faham kalau program tu dibuat dalam bahasa apa pun tak menjadi soal. Tapi apabila pengerusi majlisnya (Tricia Yeoh- pegawai penyelidik MB) pada awalnya menyatakan diskusi ini boleh disampaikan dalam BM atau BI bergantung kepada keselesaan panelis, maka aku jadi bengang!
Dan dah tentulah program tu terus jadi 100 peratus bahasa Inggeris- maklumlah dari Bar Council, dari Centre for Policy Initiatives, ada wartawan bebas, dari Transparency International dan juga dari Centre for Independent Journalism.

Soalnya mengapa mesti berkata , "Mengikut keselesaan panelis?"
Selesa atau tak selesa, kena berusaha untuk menyelesakannya!! Kita rakyat Malaysia setuju bahawa Bahasa Melayu bahasa rasmi, mengapa mesti wujud kata-kata selesa atau tak selesa?Bagaimana dengan audien yang tak selesa dengan B.I dan mahukan BM? Campak mereka keluar?
Siapa lagi yang nak cakap BM dan di lobang jamban mana lagi nak cakap BM?
Kadang-kadang aku lihat orang2 dalam PR pun tak berapa berat sangat isu BM ni, hanya ambil kesempatan politik saja seperti isu PPSMI. Hanya PAS saja nampak mengambil serius akan isu BM ni. PKR sekarang makin dilihat elit terutama era pasca pembebasan Anwar bila mana ramai golongan atasan (ek eleh) berduyun-duyun masuk dan tersengih2 setiap kali Anwar hadir di mana-mana majlis. Tah dari lobang busut mana mereka keluar selepas menyorok waktu zaman belantan dan gas pemedih mata menjadi makanan bebudak jalanan dulu.

Telah beberapa kali seminar, forum atau program anjuran SUK Selangor aku lihat dah jadi program Bahasa Inggeris (aku maleh nak komen apa bangsa dan agama ahli2 panel yang selalu dijemputnya, itu tak jadi masalah) dan aku lihat hadirin yang nak bersoal jawab tetapi tak berapa fasih B.I menjadi agak rendah diri, takut jadi low class. Berbahasa Melayu seakan duduk di kelas kedua. Ya! Mungkin anda tak rasa begitu, tapi begitulah jadinya!

Patutlah seorang ahli majlis dari Sepang (orang PAS) dulu mengamuk kerana majlis dah jadi majlis berbahasa Inggeris, cuma dia tak bijak berbicara sehingga menyentuh isu rasis.
Aku rasa kerajaan Selangor juga patut buat kempen "BERBAHASA MELAYU" dalam majlis-majlis rasmi seperti , di tempat-tempat awam dan sebagainya.
Kenapa, tak boleh? Malu? Haii..Kempen berbahasa Inggeris sehari dalam seminggu yang dibuat mereka di sekolah2 pun boleh kenapa kita tak boleh buat pulak?
Jadah betull!! Cubalah kita jadi trendsetter! (well, u know i can speak english very well too ).
Ayuh! Suruh mamat dan minah berkot dan tie (bukan kot + tie= kote) tu menjadi selesa berbahasa Melayu pulak!

*lagi satu, kawan2 reformis yang selalu bersungut2 tak diberi peluang tu, sila kemukakan proposal lengkap anda beserta kos-kosnya dan BERANILAH naik ke SUK bertemu kawan2 lama yang dah jadi Exco dan YB tu untuk berbincang pasal idea dan projrk kamu, jangan malu dan rendah diri. Cuba tengok adakah kamu dilayan baik dan berbincanglah dengan baik.Ini kerana orang lain yang takde kena-mengena selamba je jumpa dan boleh dapat peluang. jangan cakap kat belakang je, pergi terus.
Pelancaran web Tv selangor ni salah satu kejayaan 'kawan2' yang pandai mencipta peluang (bukan merebut peluang)

Monday, May 18, 2009

Sampahseni: Sebuah karya agung dari Najib!

BN tak masuk PRK Dun Penanti?..ah! Najib sedang memainkan permainannya. Permainan apa? Karya siapa?Ya, sebuah karya agung dari dia seperti di bawah ni. Rahmat Haron boleh tafsir!



*diambil dari blog Dr.Wahab Arbain

PM yang bijak dan smart!



HARI INI DALAM SEJARAH,

sebuah parti yang memerintah Malai sei aa selama lebih setengah kurun tak mahu masuk bertanding pilihanraya kecil Dun Penanti..

Tahniah PM baru!

HIDUP GLOKAL MENGGLOKAL!

(jangan membazir wang, pi shopping lagi baguih! baik punye kopek!)

one malaya beer promotion!

one malaya? (OM) a malaya cafe..promosi baik punye..
minum sekole mabuk tujuh lautan!
hahaha! Malay sei aa!

Sunday, May 17, 2009

samseng taik minyak bangang!

Meor kelihatan agak terganggu konsentrasinya sewaktu mengamen petang tadi. Nik dan Black pun rasanya begitu kerana berdekatan mereka ada sekumpulan anak muda yang rata-ratanya datang dari "tempat lain". Namun mereka terus menyanyi walau sesekali anak-anak muda yang mabuk dan memekak ini akan menyampuk seolah-olah mempermainkan mereka.

Satu demi satu lagu dimainkan dan persembahan makin rancak dengan kehadiran Syed Imran (adik Siso Kopratasa) yang turut sama mengamen. Anak-anak muda semakin bising dan semakin mabuk. (kata Black minum sekole mabuk tujuh kole). Aku sound salah seorang dari mereka "korang ni bisinglah!" dan dia yang agak baik sedikit hanya tersengih tapi tidak pula menyampaikan kepada grup mereka yang sebenarnya turut merimaskan pengunjung yang lain.

Aku, isteri dan anak-anak kemudiannya berpindah tempat duduk di belakang mereka 'busking' bersama brader Sham dan Saimi. Isteri aku ternampak salah seorang dari mereka ada pisau tetapi kawan-kawan mereka menyuruh mamat ni simpan. Syed yang sedang berjalan dari tempat duduk ke tempat duduk bikin 'potter' agak terkejut apabila mamat tu berkata,"duit takde brader, tapi ni adalah!' katanya sambil menunjukkan pisau di pinggang. Syed buat tak tahu aje sambil meneruskan persembahan.

Entah apa jinnya tiba2 salah sorang mamat ni mengejar seorang Mat Bangla dan mencekak lehernya lalu menumbuk. Mat Bangla yang tak tahu apahal ni terus berlari puntang-panting sambil dikejar dua tiga taiko mabuk ni. Aku terus bangun dan menyuruh mereka jangan bikin kacau di sini dan salah seorang dari mereka cuba memelukku seakan-akan menyatakan takde apa-apa, cuma Mat Bangla tu terlanggar bahu mereka tadi. Nik sempat berkata kepada mereka,"Kesianlah mamat tu sorang, korang ramai!".

Mamat ni tak puas hati dengan Nik dan cuba mengganggu Nik. Brader Sham dan Saimi panas lalu mendapatkan taiko-taiko mabuk ni. Panggilan sudah dibuat kepada bouncer CM. Mamat yang paling mabuk ni mula menjerit dan membuka talipinggangnya berkata,"Siapa? Siapa yang nak gaduh dengan aku?" tanpa dia sedari bouncer2 CM dah sampai di belakangnya. Sekali tempeleng dan cekakan bouncer2 tu cukup untuk menyenyapkan taiko2 ni.. Brader Saimi dan Sham sempat juga "menguruskan" geng-geng taiko yang lain agar berambus dari situ. "Ini CM tau! Jangan jadi taiko di sini!" jerit otai berdua ni. Aku pun panas hati apabila melihat mereka mula mengganggu persembahan kawan2ku dan juga mengacau suasana hingga menggelisahkan orang awam.
Bouncer2 CM menghantar mereka ke balai kerana mendapati mereka juga menyimpan senjata.

Potong stim punya pasal, kami pun memberhentikan persembahan dan pergi mengeteh di CM. Cuma lawak pulak mengingatkan mamat-mamat mabuk tujuh kole tu, ingatkan hebat benor, disergah sekali terus menikus.

Kami yang dah lebih 35 tahun (ada yang dah 50 tahun) hidup ni kesal kerana kekacauan begini tak sepatutnya berlaku di sini.. di tempat kami mencari rezeki, di tempat kami sayangi, kami bertemu jodoh di sini, kami membesar di sini, mengharung hidup hingga kami masih hidup hari ini.

Tolong jangan bikin pai-say!!
Jangan ganggu kami!

Saturday, May 16, 2009

1pm: ke CM

jom ke CM, tengok Meor, Black, Nik dan geng busking!!
Hidup seniman rakyat!!

Friday, May 15, 2009

dia guruku!

kepada insan yang telah mengajarku:-

alif itu lurus
A itu ngangkang, B buncit dan C itu cilok,
yang ajarku hitam dan putih, yin dan yang
syurga dan neraka
tuhan dan hantu
yang pinjamkan kucermin
yang lempar taik
yang kalungkan mutiara

SELAMAT HARI GURU!

NIZARMANIA!

KulupSakah kata:

"NIZARMANIA!!"

zambry?
Lu pikir le yop, gua maleh!

Thursday, May 14, 2009

Nizar punya penangan!!

13Mei 2009 jam 9 malam aku dan isteri sampai di Dewan Sivik MBPJ (dulu tempat bebudak AF buat konsert sini..). Terpaksa parking kat bangunan sebelah pasal penuh sesak. Terlepas nak tengok ucaptama Anwar yang lebih awal.

Memang ruang dewan penuh sesak. Satu demi satu ucapan disampaikan oleh tokoh-tokoh tertentu. Aku terus terang cakap aku sebenarnya dah overdose dengan ceramah ni, maleh nak dengor. Cuma kekadang hadir kerana ingin berjumpa kawan-kawan seangkatan yang gerenti ada. Aku pulak secara peribadi tak pernah dengor secara live Nizar berpidato dan malam itu memang gilaa!!
Sebaik saja nama Nizar diumumkan untuk berceramah aku yang berada di luar berasa gemuruh apabila mendengar suara sorakan yang padu bergema dari dalam dewan. Sungguh aku rasa lain macam. Paling mengejutkan apabila aku lihat orang-orang di luar tak kira bangsa dan umur berlari dengan laju masuk ke dalam untuk melihat dan mendengar Nizar. Mereka berlari bagai dikejar anjing. Bulu roma aku meremang apabila Nizar mengucapkan ayat Al Quran sebagai intro ucapan di hadapan penyokong pelbagai bangsa dan agama. Nah! 13 Mei 40 tahun sesudah 1969 menyaksikan perpaduan yang lebih jitu.

Penyair Rahmat Haron membulatkan mata kepada aku sambil aku mengangguk-angguk kagum dengan pengaruh luar biasa Nizar. Persis sokongan terhadap Anwar. Tapi ini Nizarmania!

Aku tak dengar sampai habis bila mana termakan hasutan brader gua Pyanhabib yang mencucuk jarum mengajak aku menyopping bundle di Danau Kota. Lewat punya pasal aku dan isteri membatalkan (menangguhkan shopping bundle) tetapi kami suami isteri bersama Pyanhabib dan isterinya bergotong-royong mengghaibkan lamb chop ke dalam perut di Island Red Cafe, Danau Kota (harap nama kafe tu betul, aku dah lupa sebab mabuk sangat.. hehe!)

fuh! Nizarmania..
peh! lamb chop mania...
pergh! Bundle..

(tahapa ke majalnya internet dan telefon rumah aku senyap sunyi takde signal apa-apa..maka entry ni ditaip di CC, kalau kat rumah boleh aku upload gambar orang berlari-lari menyerbu masuk dewan sewaktu Nizar berucap)

Tuesday, May 12, 2009

dari Sungai Perak mudik ke syurga!

"maharaja cina membina tembok besar untuk membenteng istananya dari diserang musuh. Tapi tentera mongol dapat juga menewaskannya tanpa merobohkan tembok besar tersebut!" kata Cheng Ho.

"malah tembok besar cina masih kukuh hingga hari ini!" kata aku.

"untuk meruntuhkan tamadun tak perlu meruntuhkan tembok bangunan. Cukup sekadar memecahkan tembok kejujuran pada hati manusia. Pengawal tembok besar tersebut dirasuah dan ia membenarkan tentera mongol masuk menyerang! Runtuhlah tamadun!" kata Cheng Ho.

"Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimahnya juga berkata jika mahu lihat runtuh bangunnya sesebuah negara, lihatlah anak mudanya!" kata aku.

Kami kemudiannya sama-sama mengalunkan Stairway to heaven- Led Zeppelin di atas jambatan Sultan Iskandar diiringi deru arus Sungai Perak yang lesu.

mamposss!

mampos 1

menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
mampossssss!

- pyanhabib 12 mei 2009 8:20pm

mampos 2

jahanam (wail! wail!)
jahanam (wail! wail!)
habeas corpus
habeh kapeh
masuk angin keluar asap pus pus!
mampossssssss!!!

- KulupSakah 12 mei 2009 8:25pm

Monday, May 11, 2009

golongan "tikus" dalam Malaysia!

"Sistem kita dah hancur Lup. Dasar pecah perintah formula penjajah diteruskan kerajaan untuk memastikan mereka terus berkuasa, mereka tak mahu rakyat berbilang kaum bersatu maka itu mereka ditakut-takutkan dengan ancaman perkauman!" kata Cheng Ho.

"Aku dah biasa membebel bab tu, bosanlah!" aku mendengus.

"Takdelah Lup. Sistem yang bobrok akan terus hancur, tapi Cina macam aku tak boleh cakap sebab aku akan dilihat rasis!" Cheng Ho macam kecewa. Ada seketul batu membebani dadanya yang mahu diluahkan.

"Anak sedara aku cukup berbakat sebagai pemain bola tampar, dengan fizikal tinggi lampainya serta skil individunya dia bercita-cita untuk bermain mewakili negara satu hari nanti. Abang aku cuba memohon sekolah projek sukan di Bukit Jalil tu untuk anaknya. Ya dapat! Tapi bukan pengkhususan bola tampar sebaliknya sebagai olahraga!"

"pasaipa pulak?" tanya aku.

"Diorang kata kuota untuk bukan bumiputera dalam pengkhususan bola tampar dah penuh!" kata Cheng Ho.

"pulak! Hampeh kunyit betul..tapi apa salahnya terima je olahraga?" tanya aku.

"Ini bukan masalah syok sangat nak masuk sekolah tu! Ini soal potensi Lup! Sebab tu kita tak maju ke mana-mana. Orang yang benar-benar berbakat dan berminat diketepikan hanya kerana sistem dan peraturan yang langsung tak menguntungkan diamalkan. Tah sapa yang bikin peraturan ni dan untuk apa ia dipertahankan aku pun tak tahu. Sistem tak betul, tapi bila dikupas ia akan jadi macam isu perkauman! Mengapa isu bumiputera atau bukan bumiputera diambilkira dalam misi untuk menaikkan nama negara? Kami ni rakyat apa? Bayar cukai untuk negara mana? Nicol David main squash untuk bangsa diakah? Hanya kerana nak kekalkan kuota bumiputera, maka Naib canselor universiti mesti Melayu dan akibatnya universiti kita tercorot di mata dunia!"

"bukan masalah rasis ini masalah kronisme! Bukan soal bumiputera ..Aku sebagai bumiputera pun masih tak faham apa yang dimaksudkan dengan hak-hak istimewa! Naik bas pun bayar penuh juga, masuk tandas awam pun sama! Warga asing Nepal, Myanmar, Indon, Filipina dan India pun dapat kemudahan air percuma di Selangor walhal mereka ni tak bayar cukai, tiada dokumen dan lebih malang lagi mereka membawa duit kita mengalir ke luar. Apa istimewanya? Orang miskin di Malaysia tak dapat peluang pekerjaan kerana tergugat dengan warga asing yang dikerah masuk macam "buffalo soldier" ke negara kita oleh puak kapitalis. Mereka dibayar murah dan diberi tempat tinggal dan makan ala kelas kambing. Orang kita tak dapat bekerja!"

Cheng Ho mengakui kebenaran kata-kataku. "Di negara-negara maju mereka menguatkuasakan akta pendapatan minimum bagi pekerja di negara mereka. Aku tak faham kenapa Malaysia tak berani tetapkan pendapatan minimum untuk kaum pekerja di Malaysia mestilah sekurang-kurangnya RM1200 sebulan. Ini menghalalkan pengambilan pekerja-pekerja asing ke mari. Mereka ini kebanyakannya tiada identiti dan bebaslah mereka buat jenayah. Kau tau Lup di negara kita sudah ada beberapa kategori rakyat malaysia. Golongan kaya, sederhana, miskin dan ditambah satu lagi..golongan "tikus"!

"Tikus?" aku terbeliak.

"Ya! Dalam rumah kita selain kita dan keluarga kita menetap di dalamnya ada juga makhluk lain menumpang seperti lipas, cicak dan tikus. Malaysia pun begitu. Tikus inilah yang semakin banyak dan bakal merosakkan dan meminggirkan "tuan rumah". Aku tak menolak bahawa satu hari nanti anak-anak kita silap-silap terpaksa merempat ke negara lain untuk mencari makan macam mamat Nepal tu!" kata Ho sambil menunjuk ke arah guard Nepal di depan kami.
Tiba-tiba muka aku rasa tebal macam ditepek stokin, gelabah!

hitam dah jadi putih

tolong! tolong! lolong sang lotong
terkejut beruk tergaru-garuk
terpancut cenekah yang sedang bermukah
kongkang menggelupur terkengkang-kengkang

melelas pijar telur dan jubur bagai dilumur sambal belacan

hoii!!
hitam dah jadi putih
hoi!!
hitam dah jadi putih
tanggallah jubahmu beruk
jangan dok tersengih-sengih!

Sunday, May 10, 2009

blahlah lu!

Beberapa bulan lalu seorang kenalanku mengirim sms nak pinjam wang untuk memulakan bisnes. Walaupun aku kaki pokai demi nak melihat seorang kawan memulakan bisnes, aku pinjamkan "separuh" dari jumlah yang dipinta.

Masa berlalu. Dan apabila satu ketika aku memerlukan wang, aku pun mengirimkan sms meminta kalau-kalau dia boleh membayarnya. Senyap dan sms tak berbalas. Kuulang sms beberapa hari kemudian pun tak bersambut. Tak mengapalah..

Suatu hari aku cuba menelefonnya untuk bertanya khabar, bukan pasal duit tapi panggilanku tak berjawab. Yang terdengar hanya nada panggilan yang berbunyi orang bersalawat. Tiba-tiba dia menghantar sms- Aku cuba bayar malam ni. Bagi masa sikit, busy nih!"..
Ah! Bukan pasal duit tapi takpelah...

Setelah beberapa hari aku dapati akaunku masih tidak bertambah, aku diam saja. Tetapi apabila dua hari lepas seorang kawan lain hendak memohon meminjam wang kepadaku, aku teringat balik dia ni. Manalah tahu kalau dia bayar bolehlah aku tolong kawanku yang seorang lagi. Dua sms dan satu panggilanku tidak dijawabnya. Aku bengkek! Mula teringat kata-kata Sonny dalam filem A Bronx Tales, " Dengan harga pinjaman itu dia telah meletakkan 'nilai ' dalam persahabatan ini dan dengan harga itu kau telah membuat dia berambus dari hidupmu".

Aku pun sms kepadanya- "Untuk membuatkau tak serba-salah dan aku tertunggu2, maka aku sedekahkan wangku dan kau tak perlu bayar. Wang boleh dicari. Aku cuma mahukan keikhlasan dan terima kasih kerana mengajarku makna keikhlasan dan pengorbanan!". Aku pun membuang namanya dari senarai dalam telefon bimbitku.

Ya! Wang boleh cari. Tin aluminium tepi jalan boleh dijual untuk dapat duit atau biniku boleh jual karipap, tapi aku mahukan kejujuran- sesuatu yang semakin hilang..

Mungkin kalian tak setuju dengan tindakanku sebagaimana aku sendiri. Aku ada prinsip dan prinsip ini kadangkala membuat aku hilang kawan dan saudara. Tapi prinsip ini juga membuat aku dapat lebih ramai kawan lagi. Aku juga ada berhutang dengan seorang kawan dan jumlahnya pun banyak juga. Tetapi setiap kali aku ada wang dan ingin membayar, dia mati-mati akan menolak sampai aku naik pelik, maklumlah sementara ada duit aku bayarlah- nanti kalau dia perlukan duit dan ketika itu aku pokaikan susah, tapi dia jawab,"Kau jangan bimbang! Tak payah bayar lagi, tak payah!' (mungkin dia ni wali kot).

Apakah aku serik? Oh Tidakk!! Aku akan cuba membantu mana-mana kawanku. Sahabat adalah harta abadi dan aku mahu terus hidup bersama harta-harta abadi ini. Seperti kata kawan lamaku Cheng Ho sewaktu kami makan bersama minggu lepas, "tidaklah menjadi suatu kehebatan jika kau menderma dalam keadaan kau jutawan, tetapi kau seorang yang amat mengkagumkan jika kau masih mampu menderma dalam keadaan kau seorang fakir!"

RAIKAN HIDUP!

apa khabar tun lah!

apa khabar tun lah?
lama tak dengar cerita
buat apa sekarang?
sibuk jaga cucu?
jom ngeteh kat cm kalau ada masa
masuklah kelab kami
kelab daki dunia!

Friday, May 8, 2009

JANGAN BUNUH AKU!

JANGAN BUNUH AKU (jeritan sang bahasa melayu)

Tolong!
jangan bunuh aku
Jangan tolong bunuh aku
Aku mahu hidup
hidup mahu aku
aku mahu terus hidup
walau nafas kian semput
walau wajah kian kerepot
berilah aku menumpang
di bilik kecil di rumahku sendiri
kerna aku masih mahu hidup
selagi aku tidak dibunuh..
tolonglah...
jangan bunuh aku!

Perak: Mesej dari Tuhan!

Sesiapa pun yang waras dan tak kira apa anutan fahaman/ideologinya akan tertawa melihat peristiwa berebut pisang di Perak. Satu dunia menontonnya dan sekali dalam seumur hidup anda dapat menyaksikan semua ini di depan mata. Di Malaysia!

Malaysia ada pelbagai kaum dan pembentukan politik kepartaiannya telah memisah-misahkan kaum ini dari bersatu kerana jika mereka bersatu maka tamatlah episod kuasa kuku besi pemerintah. Meneruskan dasar pecah dan perintah penjajah adalah cara terbaik untuk terus berkuasa dan menjajah. Rakyat dimomok-momokkan dengan ancaman ketidakstabilan politik dan diminta mencontohi semangat perpaduan kaum parti komponen pemerintah (walhal pemimpin2 ini bersatu kerana kepentingan perut sendiri).

BN, PAS, DAP dan PKR adalah gergasi dalam politik Malaysia. Rakyat telah menolak BN yang berkuasa terlalu lama dan dirasakan mereka menindas rakyat. Apabila BN kalah teruk mereka memainkan isu survival ketuanan Melayu dan mengajak PAS bersatu.

Mengapa Perak? Mengapa tidak Kelantan atau Pulau Pinang? Di sana boleh dibakar isu perkauman kerana Kelantan majoritinya Melayu dan cina menguasai Pulau Pinang.

Haha..inilah mesej dari Tuhan (boleh panggil Allah ke? Maklumlah Allah dah jadi milik peribadi kumpulan tertentu saja). Perak tempat asal PAS dari Bukit Semanggol dan hari ini DAP menjuarai Perak. Krisis ini tiba-tiba merapatkan PAS dan DAP dengan Nizar menjadi wiranya. Mereka gagal dalam usaha melaga-lagakan kedua-duanya. Tiba-tiba Pakatan Rakyat berjaya meyakinkan seluruh Malaysia yang mereka mampu bersatu menerajui Malaysia dengan lebih bergaya. Pelantikan Sivakumar sebagai Speaker memecah tradisi dan mengejutkan Melayu kerana tidak pernah perkara ini berlaku tetapi lihatlah, Allah mempunyai caranya untuk mengajar manusia. Kalaulah bukan Sivakumar yang sukar dibeli itu menjadi speaker sudah lama Perak ditawan BN semula dengan cara jahat yang mudah tetapi hari ini ia terpaksa menipu dengan cara yang amat kotor. Dan mereka juga memilih India menjadi speaker. Mana dia tukang protes sebelum ini?

Sayugia diingatkan, sekiranya ber......ah! Malehlah nak tulis berat2..bosan!
korang pun tahu apa akhirnya tulisan ini kan? Layan jelah beruk dan...

Raikan Hidup!

kenapa aku ditangkap?

"kenapa saya ditangkap tok?" tanya Hamid sambil menggeliat kesakitan apabila pergelangan tangannya digari..

"sebab kau pakai baju hitam!" jawab polis.

"habis tu, saya yang tak berbaju ni kenapa pula ditangkap?" protes Subramaniam.

?????????.........

Thursday, May 7, 2009

AWAS! Anda telah melakukan jenayah!

mulai hari ini berhati-hatilah mengeteh atau mengopi atau menyirapbandung di warung2 atau restoran atau di pencaus;
kerana melepak di sana merupakan satu kesalahan yang boleh membawa anda menaiki trak atau black maria atau radio car
dan mungkin berpeluang menginap di lokap hancing!

Raikan hidup!!

Apa ceghite ni ustat?

Tak payah sebok2 pasal beruk di Perak, dah beruk nak buat camane?
Cuba layan gambar ustat rock nih dengan kekasihnya!

Ustat pun layan "pusat islam" ke? korang boleh tengok lagi di OH BULAN!

tiba-tiba teringatkan bebudak Carburetor Dung direjam pemuda pas dulu..
Ustat ni camana?
Aku takde nak komen ape sebab nak pi tengok beruk kat Perak jap!

BERUK betull!!

ish ish ish!
Gelojoh betul beruk tu...
beruk tu gelojoh betul,
dia kata pisang tu pisang dia, dahan tu dahan tempat dia bergayut
bodoh betul beruk tu
apasal beruk tu tak malu ?
terloncat-loncat dengan telur dan kote menggelembir mengikut rentak loncatan
beruk jenis apa ni?
beruk kacukan babi memang hamlau!
menjilat jubur sendiri hobi utama..
BABI BETUL BERUK NI!
beruk betul BABI NIH!


(ini luahan tanpa perancangan, takde sketch takde plan..main taip ikut sedap tekak je..)

Wednesday, May 6, 2009

WANG, KUASA DAN PENGARUH adalah GURU anak-anak kita!

"Bila perempuan beranak, anak keluar dari mana cikgu?"
Dan kami dalam kelas Tingkatan 1 Utara ketawa malu-malu, terkejut dan kelucuan apabila cikgu Sains menjawab, "Di sini!" sambil menunjuk gambar alat kelamin wanita pada buku kerja Sains. Yang bertanya tu adalah seorang pelajar cina perempuan yang sudah menjangkau 14 tahun .
Hari ni , pada tahun masehi 2009 adakah dalam usia 14 tahun masih ada bebudak yang tak tahu bagaimana bayi keluar? Kalau seorang dua tak tahu tak mengapa, ini sekelas?

Ahh! Hari ni anak-anak kita menjadi dewasa dengan cepat kerana apabila buka saja mata di dunia ini, mereka sudah dapat melihat babak cium, bergomol-gomol di kaca tv, hidup mewah dengan pakaian warna-warni, menjadi kaya segera dengan memenangi program nyanyi2 dan berlakon. Lama kelamaan ini menjadi biasa dan bukan perkara pelik lagi.

Lorenzo Anello (lakonan Robert DeNiro yang juga pengarah filem A Bronx Tale ini) begitu risau dengan perkembangan anaknya yang terdedah dengan pengaruh persekitaran di kejiranannya. Dia bekerja sebagai pemandu bas. Anak-anak kecil di situ termasuk anaknya begitu kagum dengan Sonny, ketua samseng di situ yang mempunyai ramai pengikut dan mereka menjalankan kegiatan-kegiatan haram seperti berjudi dan berhibur. Dia mahu anaknya Calogero belajar di sekolah tetapi Sonny(lakonan hebat Chazz Palminteri) mengajar anaknya 'bersekolah' di jalanan. Tentang falsafah kehidupan.
Semua orang mahu bersahabat dengan Sonny tapi Calogero diterima sebagai anak didik Sonny kerana sewaktu disoal polis adakah Sonny telah menembak lelaki di tepi jalan depan rumahnya, Calogero telah menyelamatkan Sonny dengan menjawab "tidak" padahal dia nampak jelas Sonny menembak lelaki tersebut.

Sejak itu sehinggalah meningkat remaja,Sonny akrab dengan C (nama timangan Calogero yang diberikan Sonny dan amat disukai Calogero) dan mengajarnya tentang kehidupan. Tentang wang, kuasa dan pengaruh. Banyak pelajaran dan pengajaran berlaku termasuklah mempraktikkan teori Machiavelli. Timbul juga persoalan yang manakah anda pilih dalam kehidupan ini terhadap penerimaan masyarakat kepada anda- disukai atau ditakuti?

Walaupun dia seorang ketua samseng, tapi Sonny tidak mengajar C menjadi jahat sebaliknya memahami "peluang" (oppurtinity) yang ada dan jangan mempersia-siakannya. Dia selalu berpesan jangan contohi dirinya. Banyak falsafah dalam cerita ini seperti frasa "nobody cares' (tiada siapa yang peduli). Seperti contohnya C amat marah dengan seorang budak yang berhutang $20 dengannya. Apabila dia menagih hutangnya budak itu selalu berdalih dengan pelbagai alasan dan ketika C cuba hendak mengejarnya, Sonny berkata, "Biarkan dia! Dengan harga $20 dia sudah berambus dari hidupmu kerana dia tu hampeh!". Dan juga apabila C menyatakan yang dia sangat meminati Mickey Mantle pemain Softbol, Sonny mengubah persepsi C dengan berkata "Jika bapak kamu susah nak bayar sewa rumah, adakah Mickey yang banyak buat duit itu akan tolong? Jangan harap! Lupakan dia!" dan C terus melupakan idolanya itu. Perlahan-lahan juga C renggang dengan bapanya. Dia sudah malu menemani bapanya memandu bas dan cuba meyakini bapanya yang Sonny menjaganya dengan baik. Bapanya cuba membuktikan yang orang yang membanting tulang bekerja sepertinya adalah wira keluarga dan bukan orang seperti Sonny. Mereka bukan sayangkan Sonny tetapi takutkannya.

Banyak percanggahan ajaran antara Sonny dengan bapanya yang mengelirukan C (juga kita) tetapi tak semua pendapat bapanya betul. C yang terpikat dengan gadis negro direstui Sonny tetapi fahaman kolot bapanya tidak bersetuju dengan perhubungan itu.

Sewaktu mayat Sonny terbujur dalam keranda di gereja kerana ditembak, Lorenzo melawatnya dan berkata kepada mayat Sonny "Aku tak marah kamu, tapi aku bengang apabila kamu mengajar anak aku menjadi dewasa dengan cepat, mengajarnya mengenal baju, wang dan kuasa."..

Aku menonton filem ini berkali-kali dan yang paling berkesan padaku ialah ungkapan
"The Saddest Thing in life is Wasted Talent!"

Tuesday, May 5, 2009

jadilah macam bebudak!

aku, Tim dan Cheng Ho masa darjah 5 (agak-agak yang mana kami?)

Tim, kawan aku sejak sekolah rendah (gitaris sebuah band underground) sms aku nombor Cheng Ho- kawan baik aku sejak sekolah rendah yang secara tak sengaja dia terserempak di kompleks membeli belah. Pantas saja aku hubungi dia yang dah lama terputus hubungan. Panjang kami berbual, kisah-kisah zaman bebudak hinggalah tentang perkembangan hidup dan kerjaya hari ini. Lebih memeranjatkan- hasil perbualan beberapa minit itu dengan jelas dapat membongkar peribadi masing-masing. Ya! Ternyata kami masih sekepala sejak kecil lagi.

Cheng Ho (haha! Nama pun macam pahlawan zaman Melaka) mengusahakan perniagaan sendiri yang katanya walaupun pendapatannya agak kecil berbanding bekerja dengan sebuah syarikat dulu, ternyata dia bahagia kerana yang paling penting baginya adalah "kebebasan pemikiran" dan tidak terikat dengan rantai-rantai yang mengheret kebanyakan warga Malaysia menjadi robot yang tidak sempat berfikir. Bekerja, dapat gaji, bayar bil, beranak-pinak, memikirkan hutang-hutang kereta dan rumah, sekolah anak dan seperti itu adalah "lorong" yang telah diatur oleh sistem hari ini sehinggakan kalau kita tidak tergolong dalam kumpulan itu kita akan dianggap ganjil.
Bagi dia keikhlasan, kebebasan berfikir dan keadilan telah hilang dan semakin pupus. Dia risau anaknya nan seorang itu tidak dapat mewarisi nilai itu lagi. Dasar pecah perintah makin kuat diamalkan dan paling bahaya katanya rakyat Malaysia tak kira apa bangsa baik Melayu, cina, India atau yang lainnya terlalu ramai bersikap tak ambil peduli. Inilah bahaya. Takut satu hari nanti kita "mati rasa' (senseless).

Aku segera teringat lebih 25 tahun dulu kami begitu akrab. Dia akan berbasikal ke rumah aku lebih kurang 5 km hanya untuk membaca majalah Gila-Gila dan bertukar majalah Loo Foo Chi dengan aku. Kadang-kadang aku menonton video di rumahnya (video masa tu ibarat Mercedez bagi orang Melayu- jarang yang memilikinya). Tiada prejudis perkauman,atau diskriminasi agama, gender, tiada kepentingan peribadi kerana dunia budak-budak adalah "bermain" dan kalau dunia itu dicabut daripada budak-budak maka budak-budak akan menjadi 'bengong' seperti Michael Jackson yang terpaksa meninggalkan zaman bermainnya ketika kanak-kanak kerana sibuk menyanyi.

Aku rasa kita kena contohi budak-budak kerana budak-budaklah manusia paling ikhlas dalam dunia ini.Tak munafik. Kalau tak suka dia mengamuk, kalau suka dia ketawa. Mereka tak berpura-pura. Patutlah anak-anak kecil suka dengan aku kot? Sebab nur keikhlasan terpancar di muka aku..kah! kah!
Well Cheng Ho, yaaamseeenngg!!!

Sunday, May 3, 2009

kalau macam tu lebih baik baik macam ni!

PAS bergaduh dengan PKR kerana berebut siapa nak bertanding di DUN Penanti. PAS rasa dia yang layak sebab calon-calon PAS terbukti setia pada perjuangan (setakat muZAKARah atau muqabelalah) takde hal punya. Tak khianati perjuangan macam PKR. Memang betul tak khianat tapi projek kroni pun lajuuu je berbanding parti PR yang lain..Isy! Jangan nipu le..orang pun tahu.. PKR mendakwa pengaruh merekalah yang mencetus tsunami politik pada PRU lepas.. dalam PKR sendiri bermacam-macam fahaman ada..banyak rimau. Kalau pegang Malaya nanti rimau2 ni akan tunjuk taring dan akan cuba jadi jaguh. Tak caya tengoklah nanti.

Hah! Eloklah tuu!! Bergaduh! Berlagak rasa diri lebih hebat..belum tawan Malaysia dah berlawan. Kalau menang esok bertumbuk pulak sapa yang layak jadi PM, TPM dan lain-lain..

Kadang-kadang aku rasa lebih baik begini..PR menang 5 negeri selebihnya BN. Lain kali tukar pulak, BN amik 5 negeri selebihnya PR..jangan bagi mana-mana menang besar nanti berlagak besar kepala!!

*Aku sebenarnya secara peribadi suka PAS memerintah tapi bukan dengan "pimpinan" yang ada sekarang. Aku menyenangi Tok Guru dan tokoh2 yang depa gelar "Puak Erdogan". Kenapa? Aku punya sukalah, aku ada pandangan sendiri sebagaimana orang lain pun ada pandangan masing2.. tapi kalau ada plan nak muZAKARah, aku ucapkan Piiraahhhh!!!

p/s: sdr Lutfi, betulke sale HARAKAH merudum sebulan dua ni?

Saturday, May 2, 2009

wira lepas hujan!

dia kata dia wira (dia kata)
dia kata dia pernah berperang (dia kata)
dia kata matanya buta kerana dibedil
tapi waktu gadis melintas kulihat lidahnya tersentil
dia kata dia sama di medan juang
menghunus keris dan pedang
sumpah aku pernah lihat dia menangis di balik tembok
lututnya menggeletar mukanya monyok
dia wira katak bentong
melaung-laung selepas hujan
waktu kemarau dia sebenarnya duduk dalam lobang
menikus membacul menggentel telur
hari ini dia muncul
mengaku menyepak kepala musuh berlumur darah
katanya dia yang menikam
dialah wira
wira katak bentong

Catatan hari ini!


3.30 petang -
aku ke Brickfield berjumpa sifu Zunar. Komuter tidak sesak dari stesen berhampiran rumahku maka aku dapat duduk. Selang satu kerusi seorang wanita awal 40an (aku agak) kulihat agak gelisah. Dia kemudiannya berpindah tempat duduk di sebelah gadis Arab (pelajar kot) setentang denganku dan beramah tamah dengan si Arab itu. Rupa-rupanya dia seorang usahawan MLM barangan kemas yang cuba memancing pelanggan. Ya! Siapa kata nak meniaga susah? Dalam tren pun bisa asalkan mahu dan tak malu..tuntutan hidup!

4.05 petang-
berjumpa sifu dan menyerahkan hasil kerja 'seni' (konon!) dengan harapan tiga bulan lagi ia akan bertukar menjadi modal untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak-anakku. Selepas itu aku berjalan kaki dari Brickfield menuju Central Market. Punyalah nak berjimat! Ceh! Berpeluh juga sebab dah lama tak bersai'e, badan pun dah berat. Oh ya! Aku punyai rekod peribadiku sendiri pada November 1990 berjalan kaki tengah panas dari Coliseum ke Seksyen 4 Wangsa Maju melalui Jalan Pahang, Setapak, Jalan Genting Klang...masa tu poket hanya ada seposen! Padan muka nak tengok filem Mat Som walhal poket hanya ada RM 5..kat kampung yelah tiket tak sampai RM2..KL masa tu dah RM4..

Rekod kedua dari Dewan MCA Ampang (1992) ke Bandar Tun Razak tengah malam lepas nonton konsert sulung M.Nasir- Gong Impian. Menggelabah juga dikejar anjing. Ironiknya Mat Som dan konsert tersebut membabitkan brader Pyanhabib. Kah kah!

4.30 ptg-
Menonton Meor, Nik, Syed dan Black busking di CM. Dengan iringan tiupan blues harp Ninjaseni, suasana amat menjadi dan lumayan! Kami kemudiannya mengeteh bersama2 ditemani blogger Jasadbeku, Bro Sham dan lain-lain. Kami ternanti-nanti juga kalau-kalau seorang pengomen blog yang ada "jurusan agama" tu hadir untuk bertukar fikiran tapi tiada. Lain kali gamaknya! Kami mengalu-alukan kedatangannya. Uniknya kami datang dari latar belakang berbagai watak dan peranan tetapi bisa duduk semeja berbincang dan berbual. Barangkali ada satu persamaan kami- "marhaenis!"

8.30mlm-
tren sampai ketika sayup-sayup azan Isyak dari masjid Negara. Masih dapat tempat duduk tetapi suasana berubah apabila tiba di stesen Mid Valley. Aku bangun memberi duduk kepada seorang ibu yang mendukung anak. Bukan nak masuk bakul tetapi bisikan ngeri di telingaku berkata,"Kalau kau cacat suatu hari nanti jangan harap orang nak bagi duduk kat engkau nanti!"..aku jadi takut dan bangun!

Terhibur juga melihat beberapa pasangan kekasih berpeluk-pelukan . Letih berdiri agaknya membuatkan mereka syok menggesel-gesel sesama sendiri. Ah! Bercinta memanglah indah..beromen macam tak sempat nak tunggu sampai ke destinasi..

9.30mlm-
menjemput isteri yang macam Siti Khadijah padaku di kedainya. Anak-anak dah mengantuk, terus pulang ke rumah.
Raikan hidup!

Friday, May 1, 2009

debat Kulup dengan Doktor Mata pasal PPSMI!

Doktor mata ni bukan orang lain dengan aku. Sepupu aku punya anak. Pangkat anak sedara aku. Mungkin kerana teloq dia senak bila melihat aku pakai t-shirt rekaan lentera jiwa yang bertulis "Jangan Bunuh Bahasa Ibunda" maka dia tiba-tiba bersuara.

Dr : Bukanlah sampai nak bunuh bahasa Ibunda tetapi memang Bahasa Inggeris sekarang
adalah bahasa ilmu, tak dapat tidak kita kena setuju dengan PPSMI.

Oh! Aku nak bagitahu sebelum itu, anak sedaraku ini beristerikan doktor juga dan tiga anak mereka yang masih kecil (pangkat cucu sedaralah..kih kih! aku dah jadi 'datuk') diajar dengan Bahasa Inggeris sampai cakap Melayu pun tunggang langgang. Jika anda nak berkomunikasi dengan anak-anak ini dengan bahasa Melayu, anda akan menghadapi kebuntuan)

KS : Kenapa tak yakin dengan bahasa Melayu yang dulunya adalah lingua franca di
rantau Asia Tenggara? Dan berapa ramai Jurutera, Doktor seperti kamu yang lahir
tanpa PPSMI?

Dr : ya! Tapi pendedahan awal adalah perlu di peringkat sekolah supaya apabila di U nanti
mudah! Di U semuanya dalam bahasa Inggeris!

KS : Berapa ramai daripada seluruh anak Malaysia yang akan ke U? Yang tercicir lebih
ramai! Berapa ramai pulak bebudak U tu terrer bebenor bahasa Inggeris? Kamu dulu
adakah mak bapak kamu ajar bahasa Inggeris di rumah? takde kan? Tapi mengapa
kamu pandai? Sebab kamu belajar bersungguh-sungguh! Aku tengok anak kamu tu
cakap Melayu pun tak fasih sampai atuk dan nenek dia susah nak cakap dengan dia!

Dr : Bagi saya, saya perlu siapsediakan anak saya dengan cabaran hari ini. Supaya dia
senang kemudian hari.

KS : Itu bagus tapi kamu nampaknya telah membuatkan anak kamu menghadapi masalah
'identiti'! Dia beridentitikan Melayu pada dokumen pengenalannya tetapi kelihatan
dia bukan Melayu. Kenapa kau perlu berbahasa Inggeris sepenuhnya dengan dia?

Dr : Di nursery dan di sekolah dia akan berjumpa kawan2 Melayu dan dari situ dia akan
berbahasa Melayu dan lama kelamaan akan fasihlah.

KS : Terbalik kot pulak? hahaha!! Sepatutnya kau ajar dia bersopan santun. Datang
bersalam dengan orang tua, ajar dia di rumah tok dan neneknya mesti cakap Melayu,
makan jangan membazir- jamah sikit lepas tu tinggal, kau cedoklah nasi tu sikit saja
kalau nak lagi tambahlah..ini tidak! Kau ikutkan aje perangainya sampai aku tengok
kau terhegeh-hegeh melayan dan mengikut kerenahnya.

Dr : Wah! Ayah Chik (gelaran aku) berceramah pulak? Saya dah pergi "Parenting Course"
lah! Motivater hebat-hebat adalah rujukan saya..

KS : Wahai Doktor! Motivater bagi aku "illusion" kerana ia hanya teori. Insan ini hidup dan
kamu tak boleh guna satu-satu teori untuk semua manusia. Ia barangkali berkesan
pada sesetengah orang tapi tidak pada yang lainnya. Pada aku "practical" yang
terbaik. Sejarah menyaksikan juga ramai motivater ni gagal dengan anaknya sendiri.
Ini kerana "anak" adalah harta kurniaan yang paling mencabar dan ramai yang akan
jadi lalai dan perasan hebat kerana anak!

Dr : Itu pendapat Ayah Chik!

KS : Kau sendiri tak boleh melihatkah? Kenapa ramai yang hancur? Sebab tak ikut ajaran
Nabi. Nabi suruh manjakan anak sampai 6 tahun. 7 tahun suruh sembahyang kalau
degil sampai 10 tahun, rotanlah dia. Ini psikologi. Rotan pun Psikologi. Sampai 15
tahun umurnya, berkawanlah dengan dia! Masa ni rotan dah tak guna! sebab tu kalau
tak buat step masa kecil2 dia akan liar masa remaja. Bila cikgu rotan sebab biadab,
marah! Nak saman cikgu dan berkata "aku pun tak pernah rotan dia kamu pula yang
memandai rotan anak aku!"? Itu dah menunjukkan bodohnya kita sebagai muslim.
Yang nabi suruh berkawan dengan anak apabila mereka dah sampai 15 tahun bukanla
bermakna ikut kemahuan mereka. Kalau mereka hip-hop kamu pun pakai hip-hop.
Tapi 15 tahun mereka adalah 15 tahun yang kita dah bentuk mengikut sunnah. Baru
lah indah!

Dr : Itu saya tahu! Tapi kadang2 idea tu dah ketinggalan dah tak boleh pakai. Ini zaman
moden kita kena ikut peredaran zaman!

KS : Betullah tu! kata Nabi "anak kamu akan lahir berbeza zamannya dengan kamu, maka
didiklah mereka mengikut zaman mereka!" ha! Tak betul tu? Sebab Islam memacu
zaman bukan Islam mengikut zaman! Adakah kamu risau anak kamu tak reti
berbahasa Inggeris?

Dr : ya memang! Kerana zaman sekarang akan ketinggalanlah kita jika tak tahu bahasa
Inggeris!

KS : Kamu tak risau dia tak pandai bahasa Arab? Bahasa Al Quran? Orang barat dulu
mengupah dengan mahal penterjemah-penterjemah ilmu Al Quran ke dalam bahasa
mereka kerana nakkan ilmu! Bahasa Al Quran adalah bahasa Akhirat!


Dr : (terus menonton tv dan buat-buat tak dengar)