Tuesday, May 19, 2009

tak selesa berBM? Boleh blah!

aku ke Dewan Sivik MBPJ tadi menyaksikan upacara pelancaran web TV Selangor dan hari kebebasan akhbar dunia di Selangor. Kemudiannya ada Panel Diskusi & Konsultasi Awam terhadap Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat.

Tak kisahlah apa pun dan aku boleh faham kalau program tu dibuat dalam bahasa apa pun tak menjadi soal. Tapi apabila pengerusi majlisnya (Tricia Yeoh- pegawai penyelidik MB) pada awalnya menyatakan diskusi ini boleh disampaikan dalam BM atau BI bergantung kepada keselesaan panelis, maka aku jadi bengang!
Dan dah tentulah program tu terus jadi 100 peratus bahasa Inggeris- maklumlah dari Bar Council, dari Centre for Policy Initiatives, ada wartawan bebas, dari Transparency International dan juga dari Centre for Independent Journalism.

Soalnya mengapa mesti berkata , "Mengikut keselesaan panelis?"
Selesa atau tak selesa, kena berusaha untuk menyelesakannya!! Kita rakyat Malaysia setuju bahawa Bahasa Melayu bahasa rasmi, mengapa mesti wujud kata-kata selesa atau tak selesa?Bagaimana dengan audien yang tak selesa dengan B.I dan mahukan BM? Campak mereka keluar?
Siapa lagi yang nak cakap BM dan di lobang jamban mana lagi nak cakap BM?
Kadang-kadang aku lihat orang2 dalam PR pun tak berapa berat sangat isu BM ni, hanya ambil kesempatan politik saja seperti isu PPSMI. Hanya PAS saja nampak mengambil serius akan isu BM ni. PKR sekarang makin dilihat elit terutama era pasca pembebasan Anwar bila mana ramai golongan atasan (ek eleh) berduyun-duyun masuk dan tersengih2 setiap kali Anwar hadir di mana-mana majlis. Tah dari lobang busut mana mereka keluar selepas menyorok waktu zaman belantan dan gas pemedih mata menjadi makanan bebudak jalanan dulu.

Telah beberapa kali seminar, forum atau program anjuran SUK Selangor aku lihat dah jadi program Bahasa Inggeris (aku maleh nak komen apa bangsa dan agama ahli2 panel yang selalu dijemputnya, itu tak jadi masalah) dan aku lihat hadirin yang nak bersoal jawab tetapi tak berapa fasih B.I menjadi agak rendah diri, takut jadi low class. Berbahasa Melayu seakan duduk di kelas kedua. Ya! Mungkin anda tak rasa begitu, tapi begitulah jadinya!

Patutlah seorang ahli majlis dari Sepang (orang PAS) dulu mengamuk kerana majlis dah jadi majlis berbahasa Inggeris, cuma dia tak bijak berbicara sehingga menyentuh isu rasis.
Aku rasa kerajaan Selangor juga patut buat kempen "BERBAHASA MELAYU" dalam majlis-majlis rasmi seperti , di tempat-tempat awam dan sebagainya.
Kenapa, tak boleh? Malu? Haii..Kempen berbahasa Inggeris sehari dalam seminggu yang dibuat mereka di sekolah2 pun boleh kenapa kita tak boleh buat pulak?
Jadah betull!! Cubalah kita jadi trendsetter! (well, u know i can speak english very well too ).
Ayuh! Suruh mamat dan minah berkot dan tie (bukan kot + tie= kote) tu menjadi selesa berbahasa Melayu pulak!

*lagi satu, kawan2 reformis yang selalu bersungut2 tak diberi peluang tu, sila kemukakan proposal lengkap anda beserta kos-kosnya dan BERANILAH naik ke SUK bertemu kawan2 lama yang dah jadi Exco dan YB tu untuk berbincang pasal idea dan projrk kamu, jangan malu dan rendah diri. Cuba tengok adakah kamu dilayan baik dan berbincanglah dengan baik.Ini kerana orang lain yang takde kena-mengena selamba je jumpa dan boleh dapat peluang. jangan cakap kat belakang je, pergi terus.
Pelancaran web Tv selangor ni salah satu kejayaan 'kawan2' yang pandai mencipta peluang (bukan merebut peluang)

13 comments:

al amin said...

abang kulup

teman rasa elok kita hilangkan seko-seko
para munapik ni

teman rasa letih dah ngikut orang politik ni, kebanyakannya cakap pagi tak boleh pakai dah tengah hari, usahkan hingga ke peteng.

tidak menjadi korban kepada pengorbanan dan tidak dimahkotakan pahlawan.

kematian itu pasti,
tapi biarlah bermakmana.

Ros said...

Balun lagi bro..
Org bangang mana boleh jadi pemimpin orang yang cerdik..

Din said...

Salam bro..
Aku ingatkan spesis ni dah pupus masa zaman jepun dulu..

kulup sakah said...

spesis ni bukan setakat tak nak cakap BM je, bahasa ibunda depa sendiri pun tak berapa nak cakap dah..sebok cakap B.I je..

aku tak kesah bab terrer cakap B.I tu tapi mengenepikan BM dalam majlis2 di Malaysia tu mengecewakanku..

Anonymous said...

Sapa Tricia Yeoh..tuu!!
Hoi..awat bahasa melayu ni teruk sangat ka tarafnya..awat chokia sangat ka sampai rakayat negara sendiri tak boleh nak bercakap bahasa rasmi negara sendirii!!woiii
korang jaga sikit..nak jadi yb ka apa ka...mau fasih bahasa melayu dulu..kalu tak bole blah macam umno jugak!!

Nunca Caminaras Solo said...

Masa Black 14 anniversary kat Kg Baru, Anwar ada cakap nak mengutamakan Bahasa Melayu.. Boleh sapa-sapa yang rapat ngan dia bagi peringat kat dia.. Hisham Rais ka..

Dia kena ingat, yang kena sembur dulu masa Reformasi kebanyakan orang biasa.. Nak harap geng-geng yang berkot dan bertali leher nie, dulu depa kat belakang jek.. Habaq kat dia balik, dia la nie dikelilingi oleh orang yang ada kepentingan dan bukan berjuang untuk rakyat..

Hang baik ngan Hisham, suh dia habaq kat AI..

PERKASAKAN BALIK BAHASA MELAYU

aku said...

yo tenan seng bok omong kui bro..

iam_khufu said...

Yang aku heran puak2 yang nak sangat bahasa inggeris ni la yang menyokong bermati-matian bible dalam bahasa melayu, penggunaan bahasa melayu dalam risalah berbentuk agama dan macam2 lagi. Tapi bila buat Forum atau beri ucapan dalam bahasa inggeris. Tak pulak aku larang nak belajar bahasa Inggeris atau bahasa Pygmy sekalipun tapi agak2 la. Takkan sesama rakyat Malaysia nak berbahasa inggeris. B. Inggeris penting untuk bahasa ilmu konon tapi mana puak2 yang kerajaan hantar belajar kat luar negeri. Mana hasil daripada ilmu yang mereka dapat dapat masa di luar negara dulu yang 100% belajar dalam bahasa inggeris. Setakat buat cerpen dalam bahasa inggeris memang skor A la, tapi suruh tulis pendapat pasal bidang ilmu masing2 terketar tangan. Macam tu ke hasil kerajaan perabis duit berjuta2 suruh puak2 ni belajar ilmu bersumberkan dari tulisan bahasa inggeris tapi tetap macam tu juga selain dapat kerja dalam bidang masing2. Yang jadi masalah di Malaysia ni ambik teknologi mat saleh tapi tak pernah nak kembangkan(ada tapi tak banyak) ikut acuan sendiri dengan menggunakan pakar tempatan. Kalau ada masalah pada teknologi tu panggil balik mat saleh suruh dia betulkan. Kalau macam tu sampai kiamat Malaysia ni harapkan mat saleh memanjang. Sekarang ni aku tengok, bidang agama je yang orang melayu berjaya kembangkan tapi bidang lain kurang sikit dan ada sesetengah sektor tu tak berkembang langsung.

Kalaupun bahasa inggeris penting untuk perdagangan tapi bahasa sendiri pun penting jugak. Bila Malaysia ni mula aktif meniaga ke China dah pulak nak kan orang pandai cakap Mandarin. Hairan bin ajaibnya kalau orang dari China datang sini tak pulak susah2 orang cina belajar cakap melayu tetap jugak dia cakap bahasa mandarin. Macam tu jugak hantar orang ke France kena belajar cakap France tapi bila orang Peranchis datang sini tak pulak dia kena cakap melayu.

Tengok la manual barang elektrik atau perisian komputer korang tu. Dalam tu tak ada bahasa melayu. Bahasa asing yang ada dalam tu antaranya bahasa thai. Boleh je kalau tak reti bahasa inggeris nak pergi berdagang ke Luar negeri asalkan ada produk yang baik dan kualiti. Eh boleh je Ahmadinejad berucap kat Columbia University pakai bahasa Iran cumanya bila seorang pemimpin yang berkarisma cakap dalam bahasa yang tak di fahami oleh pendengarnya dan perlukan penterjemah, ucapan tu akan jadi tak menarik. Kalau nak ajak orang menerima pendapat kau, lebih baik guna bahasa orang tu tujuan untuk meraikan dan menghormati mereka sebab tujuannya ko nak bagitahu bahawa apa yang ko bawa dan katakan itu baik. Bab berdagang dan berniaga pulak orang tu sendiri yang akan menilai sama ada barang ko tu baik atau buruk. Kalau barang tu tak berkualiti cakap Inggeris macam William Shakespeare pun kena reject.

kakcikseroja said...

wakakaka.. me no spik inglis la tuan ks...

mamai said...

hehehehe mana pie program bahasa baku yang dok kecoh satu masa dulu....dah beku ker

lanterajiwa said...

kadang-kadang aku tengok orang Pakatan Rakyat dah serupa macam orang Pekembar bila dah dapat kuasa...

dah tak ingat dah kenkawan yang sama-sama berkorban masa susah payah sebelum jadi yb... ini aku rasa sendiri bila aku propose projek 'Malam Pesta Jiwa II' yang aku jangka akan diadakan pada akhir tahun lepas setelah kitaorang buat pada bulan Ogos tahun lepas... aku dah siap bagi paper work pada Exco Kebudayaan... tapi macam haram jadah... tak de action langsung... elok pun Pakatan Rakyat hancur kat Perak... bagi peringatan... biar sedar yang mane kawan... yang mane lawan...

elok jugak tukar perkataan Pakatan Rakyat kepada Pakatan Bangsat...

Panglipulara© said...

Salam hormat, selamat petang bro...agak remeh isu yang diutarakan ni, kalau dapat dikongsi pengisian Diskusi & Konsultasi Awam terhadap Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat, mungkin lebih membawa manfaat...

kulupSakah said...

penglipur lara,
salam hormat,
saya tetap menganggap isu bahasa bukan isu remeh walaupun saya menyampaikannya dalam bentuk "bongok"..

tentang diskusi tu begini sajalah boleh disimpulkan....
labuuuuuuuuunnnnn jelahhhhhhhh!