Friday, May 1, 2009

debat Kulup dengan Doktor Mata pasal PPSMI!

Doktor mata ni bukan orang lain dengan aku. Sepupu aku punya anak. Pangkat anak sedara aku. Mungkin kerana teloq dia senak bila melihat aku pakai t-shirt rekaan lentera jiwa yang bertulis "Jangan Bunuh Bahasa Ibunda" maka dia tiba-tiba bersuara.

Dr : Bukanlah sampai nak bunuh bahasa Ibunda tetapi memang Bahasa Inggeris sekarang
adalah bahasa ilmu, tak dapat tidak kita kena setuju dengan PPSMI.

Oh! Aku nak bagitahu sebelum itu, anak sedaraku ini beristerikan doktor juga dan tiga anak mereka yang masih kecil (pangkat cucu sedaralah..kih kih! aku dah jadi 'datuk') diajar dengan Bahasa Inggeris sampai cakap Melayu pun tunggang langgang. Jika anda nak berkomunikasi dengan anak-anak ini dengan bahasa Melayu, anda akan menghadapi kebuntuan)

KS : Kenapa tak yakin dengan bahasa Melayu yang dulunya adalah lingua franca di
rantau Asia Tenggara? Dan berapa ramai Jurutera, Doktor seperti kamu yang lahir
tanpa PPSMI?

Dr : ya! Tapi pendedahan awal adalah perlu di peringkat sekolah supaya apabila di U nanti
mudah! Di U semuanya dalam bahasa Inggeris!

KS : Berapa ramai daripada seluruh anak Malaysia yang akan ke U? Yang tercicir lebih
ramai! Berapa ramai pulak bebudak U tu terrer bebenor bahasa Inggeris? Kamu dulu
adakah mak bapak kamu ajar bahasa Inggeris di rumah? takde kan? Tapi mengapa
kamu pandai? Sebab kamu belajar bersungguh-sungguh! Aku tengok anak kamu tu
cakap Melayu pun tak fasih sampai atuk dan nenek dia susah nak cakap dengan dia!

Dr : Bagi saya, saya perlu siapsediakan anak saya dengan cabaran hari ini. Supaya dia
senang kemudian hari.

KS : Itu bagus tapi kamu nampaknya telah membuatkan anak kamu menghadapi masalah
'identiti'! Dia beridentitikan Melayu pada dokumen pengenalannya tetapi kelihatan
dia bukan Melayu. Kenapa kau perlu berbahasa Inggeris sepenuhnya dengan dia?

Dr : Di nursery dan di sekolah dia akan berjumpa kawan2 Melayu dan dari situ dia akan
berbahasa Melayu dan lama kelamaan akan fasihlah.

KS : Terbalik kot pulak? hahaha!! Sepatutnya kau ajar dia bersopan santun. Datang
bersalam dengan orang tua, ajar dia di rumah tok dan neneknya mesti cakap Melayu,
makan jangan membazir- jamah sikit lepas tu tinggal, kau cedoklah nasi tu sikit saja
kalau nak lagi tambahlah..ini tidak! Kau ikutkan aje perangainya sampai aku tengok
kau terhegeh-hegeh melayan dan mengikut kerenahnya.

Dr : Wah! Ayah Chik (gelaran aku) berceramah pulak? Saya dah pergi "Parenting Course"
lah! Motivater hebat-hebat adalah rujukan saya..

KS : Wahai Doktor! Motivater bagi aku "illusion" kerana ia hanya teori. Insan ini hidup dan
kamu tak boleh guna satu-satu teori untuk semua manusia. Ia barangkali berkesan
pada sesetengah orang tapi tidak pada yang lainnya. Pada aku "practical" yang
terbaik. Sejarah menyaksikan juga ramai motivater ni gagal dengan anaknya sendiri.
Ini kerana "anak" adalah harta kurniaan yang paling mencabar dan ramai yang akan
jadi lalai dan perasan hebat kerana anak!

Dr : Itu pendapat Ayah Chik!

KS : Kau sendiri tak boleh melihatkah? Kenapa ramai yang hancur? Sebab tak ikut ajaran
Nabi. Nabi suruh manjakan anak sampai 6 tahun. 7 tahun suruh sembahyang kalau
degil sampai 10 tahun, rotanlah dia. Ini psikologi. Rotan pun Psikologi. Sampai 15
tahun umurnya, berkawanlah dengan dia! Masa ni rotan dah tak guna! sebab tu kalau
tak buat step masa kecil2 dia akan liar masa remaja. Bila cikgu rotan sebab biadab,
marah! Nak saman cikgu dan berkata "aku pun tak pernah rotan dia kamu pula yang
memandai rotan anak aku!"? Itu dah menunjukkan bodohnya kita sebagai muslim.
Yang nabi suruh berkawan dengan anak apabila mereka dah sampai 15 tahun bukanla
bermakna ikut kemahuan mereka. Kalau mereka hip-hop kamu pun pakai hip-hop.
Tapi 15 tahun mereka adalah 15 tahun yang kita dah bentuk mengikut sunnah. Baru
lah indah!

Dr : Itu saya tahu! Tapi kadang2 idea tu dah ketinggalan dah tak boleh pakai. Ini zaman
moden kita kena ikut peredaran zaman!

KS : Betullah tu! kata Nabi "anak kamu akan lahir berbeza zamannya dengan kamu, maka
didiklah mereka mengikut zaman mereka!" ha! Tak betul tu? Sebab Islam memacu
zaman bukan Islam mengikut zaman! Adakah kamu risau anak kamu tak reti
berbahasa Inggeris?

Dr : ya memang! Kerana zaman sekarang akan ketinggalanlah kita jika tak tahu bahasa
Inggeris!

KS : Kamu tak risau dia tak pandai bahasa Arab? Bahasa Al Quran? Orang barat dulu
mengupah dengan mahal penterjemah-penterjemah ilmu Al Quran ke dalam bahasa
mereka kerana nakkan ilmu! Bahasa Al Quran adalah bahasa Akhirat!


Dr : (terus menonton tv dan buat-buat tak dengar)

13 comments:

Baginda Reformasi said...

haahaha mesti dr tu mulut die terkumat-kamit sambil tgk tv... die pun tak tau ape sebenarnye anak die nak... heheh pandangan sy B INGGERIS itu perlu, tak dinafikan keperluan nye pada masa hadapan... tapi tak perlulah matematik dan sains diajar dalam bahaasa inggeris... knp tak ajar sejarah dan geografi dalam bahasa inggeris? back to square 1, untuk mengajar ahasa inggeris spya lebih baik... matapelajaran bahasa inggeris itu sendiri perlu di perkasakan... bahasa malaysia perlulah dibanggakan...

revrie said...

Adik saya produk PPSMI jugak.
Tapi fasih je Bahasa Melayu. Siap boleh mengaji lancar lagi. Baru tingkatan 2.

Pentingnya kena seimbang lah. PPSMI tak salah bagi saya.
Jadi salah pada siapa? Haa ini yang kita tak tahu ni.

alang said...

haha. Tak tahan bila budak tu ckp dah pi parenting course.haha. Tapi kan bro, aku rasa mcm kat tengah perbualan ni mcm dah terkeluar dari topic ppsmi la.hehe. Yang bab manjakan anak tu. Apa kaitan dengan PPSMI? Ala bro, lu ckp je kat dak tu, pemimpin Mahathir kesayangan dia pun kecik2 dulu kat sekolah mana ada PPSMI.hehe.

Congak-One said...

Kerajaan dah sediakan banyak peluang pendidikan. Kenapa dikata tercicir? sebab kita tak gunakan peluang pendidikan denagn baik, masa kat sekolah sepatutnya belajar sungguh2,ini tidak,ramai yang main2..sampai bila nak maju macam ni. Ramai yang berjaya dapat masuk ke U sebab usaha mereka dan bantuan kerajaan.

kulupSakah said...

baginda razak eh..reformasi..hehe,
bahasa Quran apahal?

revrie,
adik kita bagus, baguslah..tapi bukan semua budak sepintar adik kita..

alang,bukan terkeluar topic tapi kesal kerana ada org kita bersungguh2 ckp inggeris dan percaya B.I menjamin masa depan di dunia..

congak one,yg dikatakan tercicir bukan kerana main2 tetapi kerana potensi manusia berbeza. Kita dikatakan bodoh kalau hgagal akademik tetapi bagaimana dgn skill? Budak yg tak pandai akademik mempunyai skil vokasional yg tinggi. Tapi tiada tempat utk mereka di IPT..
saluran utk mereka hampir tiada

Anonymous said...

ciss...nak jadi org putih le konon speaking sampai x ble cakap b .melayu..tapi konek duk sunat jugak..tu bukan tanda melayu islam gak ka?

sepol utusan said...

kesian teman nengok dokter tu ckp mcm bertuankan base inggeris adlh sgale-galenye...

menyokong pnuh cara2 mendidik anak yg bro KS sbutkan...

gua bole cong anak dokter tu mesti liat nk solat hahahaha...

Master Yoda said...

Salam..

For me,dua2 kene seimbang...

Ape2 hal, tuk bebdk yg blajar samada rendah atau menengah,check balik diri...

Ase2 bingai B.I tue,usaha lebih sket...Jgn dok ikut kengkwn yg genius....Blaja ikut stail sendiri,bkn kwn...Tak kira la bahasa ape yg korg gune tuk subjek tu,ade usaha, tawakkal,insyaALLAH...

Gua pon blaja SAINS ngan MATH dlm B.M (mase SPM) dan dlm B.I (mase kat U), so alhamdulillah...

As gua ckp, ...Tak kira la bahasa ape yg korg gune tuk subjek tu,ade usaha, tawakkal,insyaALLAH...

kulupSakah said...

bukan bahasa tertentu yg membawa ilmu, ilmu dtg dgn bahasanya sendiri,Habil mendapat ilmu mengebumikan Qabil melalui burung..apa bahasa yg digunakan?

buatpe kalut dgn PPSMI?

Master Yoda said...

Tu bahasa isyarat namenye....

Pandang alam, pikir...

Anonymous said...

bebudak ni ada otak cayo..ada yg beku..kalau yg otak cayo tu, boleh masuk pelajaran..tak aperlah..boleh le bangga jadi produk psmi..idok riso..tapi yg beku ni..ramai bilangannya..terutama di kampung2..hulu..anak org asli..kalo udoh jem dekat bhs ingeris, dah tentu jem matematik..sekaligus jem le sains..tu yang masalah problem nyer tu..

Term Papers said...

I'm going to work on it...I'll see if I can come up with something... This is really fun.

Jerry said...

Really impressed! Everything is very open and very clear explanation of issues. It contains truly information. Your website is very useful. Thanks for sharing. Looking forward to more!

Term papers