Saturday, May 23, 2009

Al Fatihah buat Osman Ghani ..

Aku baru je kenal arwah ni 2-3 bulan lalu. Akan duduk semeja dengan kami dan sesekali memetik gitar Meor dan mendendangkan beberapa buah lagu. Antaranya lagu Ding Ding Gale nyanyian Allahyarham Sudirman yang menurut versi asalnya berkisarkan seorang penagih dadah yang tertangkap.
Terbaca dari blog Meor Pestajiwa (dan juga gambar di atas dipetik dari blog Meor) yang beliau meninggal dunia Rabu lepas 20 Mei 2009. Seorang seniman rakyat yang selesa dengan kehidupan sederhana seperti hari-hari akhirnya di CM. Yang tinggal hanyalah sejarah dan sebuah lagu ciptaannya nyanyian Rahim Maarof "Lizawati".

"Oh Liza..Lizawati! Engkaulah pujaan hati!"

Al fatihah!

6 comments:

alang said...

Pulanglah seorang seniman sejati.
Yang tidak kisah tentang nama dan populariti. Moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Illahi.

Din said...

Alfatihah..
Bahagianya hanya keikhlasan hidup..

Harimau-Menaip said...

Al-Fatihah...

Oohh..ini dia pencipta lagu Lizawati. Teringat zaman kecik-kecik dulu.

Malaysian said...

Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak???
Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.

read more @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-rayuan-hari-ini.html
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

kulupSakah said...

pi mampuihlah!

lanterajiwa said...

jawapan yang paling baik dari KS... gelak aku... hahaha...