Friday, September 11, 2009

aku bukanlah superman..

ramai orang bertanya pada aku, bagaimana aku boleh kuat mempunyai dua anak cacat terlantar? Tak pernahkah aku menangis?

Ini jawapan aku,
TIDAK? Aku tak pernah menangis kerana anak aku CACAT. Sebab aku tahu hakikat dan aku yang mengkehendakinya begitu. Tiada siapa menyuruh aku menyintai seorang wanita, mengahwininya melainkan aku sendiri. Dari isteri aku mahukan anak-anak yang soleh yang kalau boleh terus ke syurga tanpa hisab. Itu doa yang aku baca dan isteriku baca sebaik saja dia dapat merasa roh "Annisa dan An-Nur" masuk ke dalam janin seusia kandungan 4 bulan. Kami yang mengkehendakinya dan Allah kurniakan kerana ia sayang pada aku. kata Pyanhabib selalu, "Tuhan sayang Kulup! Tuhan sayang Kulup!". Ya! Dia makbulkan sebagai amanah dan aku pikul amanah ini. Sebagai bapa kepada 2 anak yang bakal ke syurga. Maksud aku.. di dalam rumahku sendiri sudah ada 2 cahaya syurga yang memang terjamin ke sana. Tugas aku adalah untuk melepaskan diriku sama mengiringinya ke sana.

Kau langsung tak pernah menangis?
hahahaha!!

Aku bukanlah superman aku juga bisa nangis....

aku hanya menangis jikalau aku dapat merasa anak2 aku disayangi orang lain dengan ikhlas. Aku pernah mengintai bibik, tanpa dia sedari yang aku memerhatikannya aku dengar dia mencium bertalu-talu anak2 aku sambil berkata, "sayang busyuk sayang busyuk! Biar saya jaga kamu, biar saya jaga kamu!"..
Itu bisa bikin aku menangis kerana ada juga ahli keluarga atau kerabat-kerbat aku yang jangan kata buat begitu, sentuh pun tak pernah sepanjang 6-8 tahun usia mereka.
Terima kasih bibik, terima kasih Tuhan!

(entry ini dibayangkan sebelum ditype pada malam Al Qadar. Macamana aku tahu malam tadi malam itu?..rahsia!)

24 comments:

alang said...

intai bibik? Amboi2. Bahaya tu bro. hehe.

wakara said...

rahsia?
takleh ke dipecahkan rahsia tu?hikhik..

benludin said...

bibik itu amat berbeza wataknya dengan watak warga senegaranya yg tgh sibuk 'sweeping malaya'

Harimau-Menaip said...

Perggh.. dasat. Tuan tahu malam tadi malam Al-Qadr.

Bodoh dan ruginya aku kerana tidak bersungguh beribadat pada malam tadi. Cis..rugi!

alang said...

Tuan rimau menaip...
Rugi ke tak beriabadat malam tadi? Rasanya tk molek klau tuan rimau hanya tunggu malam Al`Qadr baru nk beribadat sungguh.

Sory ya bro, mencelah skit. :D

Webmaster@Echam said...

Huishhhh... kamu sangat tabah yop. dulu masa anak aku salu sakit dan keluar masuk wad ada kawan2 aku yg tanyer camtu kat aku. Tak nangis ke???? Bagi aku kenapa aku nak kena menangis. Patutnya aku makin kuat dengan ujian yang Allah bagi kat aku....

Pyanhabib said...

tuhan sayang kulup! tuhan sayang isteri kulup dan anak-anak kulup!

aku said...
This comment has been removed by the author.
aku said...

aku tunggu semalaman lailatulqadr dtg jumpa aku, tapi tak de.. huhuhu

moga annisa' dan an-nur cepat bleh klua.bleh beraya dikampung.

gua tabik sama lu dan isteri..
juga sama bibik..

mat said...

Jangan kamu pakai pakaian AKU.

Bikir Perak said...

Alhamdulilah Kulup Sakah anda hebat dan tabah..tersentuh hati kecil ini lantas hanya airmata yang menitis jatuh kebawah...

Hari ini aku kena bersyukur banyak2 kepada Allah Taala..dan ampunkan dosa2 ku dan kelalaian ku serta kelemahan ku ini..

aminnnnn

niche said...

Salam tuan;

"Sebab aku tahu hakikat dan aku yang mengkehendakinya begitu."

Kenyataan ini cukup menyimpulkan kepasrahan tuan terhadap hubungan Allah dengan khaliq'Nya, membezakan antara insan dan manusia,menyingkap tirai hijab yg menjadi perisai suka dan duka serta menerima hakikat 'aku yg menurut perintah'.
Mohon mf tuan....

mountdweller said...

Semoga berbahagialah saudaraku di dunia dan akhirat. Manusia yang tidak mengenal Tuhannya sahaja yang sedih dengan anugerah yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah yang Maha Tahu!

Anonymous said...

Dh dptkn genetic counselling drpd hospital ke sdare?

Amri Mat Saaid said...
This comment has been removed by the author.
Amri Mat Saaid said...

salam lup

sabar je lah lup penat lelah jage deme ada ganjaran nya InsyaAllah, aku ada seorang anak lelaki berumur 7 tahun masih belum bercakap dan hiperaktif pulak tu.Dok sekolah Nasom dah dua tahun dah, sabor lup sabor ujiaaann tu cobaaaan lup

Airmas sz said...

entry macam ni buat aku nangis

Panglipulara© said...

Lu bertuah lup, diamanahkan anak2 yg istimewa, nikmatnya keluarga lu je yg rasa...moga dipermudahkan lagi olehnya...

Samudera Tinta said...

Salam bro,

Semoga tuan terus diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cubaan.

Lailatul Qadar, malam misteri yang penuh keindahan...

kakcikseroja said...

menitis airmataku membaca entri ini...

sasquatch said...

salam... kalau ku tahu kakak dan adik ada di hosp serdang hari tu nescaya aku akan pegi menziarah kerana aku ada ke sana pada 12 sept lalu... pengalaman kulup amat menyentuh hati.. detik2 seperti ini sedang aku alami sekarang cuma dalam situasi sedikit berbeza.. kadang kala kesedihan merawan hiba di dalam hati tapi biarlah hanya diri ini yang menyedari..

Anonymous said...

salam..anda cukup tabah, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati anda sekeluarga, InsyaAllah

Anonymous said...

moga terus tabah menghadapinya...
buat bibik TERIMA KASIH kerna menyayangi anak2 ini...
moga keikhlasan bibik dibalas dengan setimpalnya...

semutzapi said...

Bro,
'tidak AKU jadikan sesuatu di dalam dunia ini tanpa hikmah di sebaliknya..'