Friday, September 4, 2009

siapa 'special'?

adik belasah coklat..

kakak minum choc shake..
Dah lama tak bawak anak aku berjalan-jalan. 2 malam lepas kami berjalan-jalan sambil makan2 selepas berbuka. (bukan malam tadi, malam tadi kami belasah sate bersama-sama Abib,Pyanhabib dan Abdullah Jones, masing2 bawak bini dan berlaku sopan depan bini. Kidol dan Rodzi blah awal).
Sewaktu duduk minum, ada seorang makcik menitiskan air mata tengok dua anak aku yang disorong dengan kerusi roda..
Dia kata," kamu berdua ada dua anak istimewa. Saya pun ada. " Dengan linangan air mata dia ceritakan seorang anak lelakinya yang berusia 20an menjadi pondan yang suka bersolek. Sejak kecil kecenderungannya dah begitu dan tak boleh dikawal. "Suami kakak, kakak dan anak2 yang lain cukup tertekan dan malu dengan jiran sekeliling. Kering air mata akak ni dik! Susah kami nak terima kenyataan, cuba bayangkan ia terjadi dalam keluarga adik sendiri!"
Aku tak mahu hina pondan, aku cuma sampaikan pandangan seorang ibu. Menangis sungguh dia. Tekanannya sedikit mengendur bila emaknya berkata nak buat apa lagi? Nak bunuh anak kau?

"Anak istimewa kau sekurang-kurangnya tak lukakan perasaan!" sambungnya lagi.
Aku terasa kopi yang kuminum kelat dan amat pahit!

18 comments:

Harimau-Menaip said...

Sukar juga kalau saya menjadi Tuan.

Saya tabik spring kat Tuan. Semoga dipermudahkan kehidupan Tuan sekeluarga.

Webmaster@Echam said...

sesungguhnya kamu org yang tabah yop. teman doakan kebahagian sluruh keluarga kamu.

Tunsiber said...

Dalam senyum berbintikan janggut sejemput kau tu....ada cerita lain yg aku tak tau....kau tabah bah....jgn berubah....

roslaini saad said...

Dari permerhatian..kebanyakkan orang yang mempunyai anak istemewa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT...Moga Allah beri kesabaran dalam membesarkan anak-anak amanah Allah ini....

Pyanhabib said...

tuhan rahmati bapak kulup sekeluarga.
(makcik tu patu nangis jauh-jauh)

benludin said...

lu bikin gua sebak...
tahniah kerana lu seorg ayah yg tabah...

gedek! said...

sweet

mamai said...

memang istimewa....

C++ said...

Gua respek sama lu bhai... respek sesungguh....

Moga Allah memudahkan lu didunia dan diakhirat....

maun said...

Dalam hati hanya lup dan isterinya yang tahu...tak de komen!!sabar atas sabar tu amat sukar cuma akhlak luhurnya yang buat lup sabar dari bercerita pada umum tentang derita,kesusahan, kesedihan mengenang keadaan anak-anaknya. Ini sukar melainkan ada kesabaran yang kuat..baik sangka kepada kerja Tuhan bertahun-tahun bukan kerja yang senang...tak semua dapat melaluinya melainkan yang diberi kekuatan yang special.

Sebenarnya kulup sakah dan isterinya tu yang special....

mudz said...

Salam Al Kulup Ramadhan Mubarak

Tak tahu aku nak kata apa ...bahu yang memikul lebih tahu dari mata yang memandang..

Mereka Hanya memerlu kasih-sayang untuk terus menghirup udara bumini.

aku said...

.....
moga murah rezeki

aney azri said...

salam kulupsakah,

rintangan hidup dunia.

fawi said...

apa2 pun kena bersyukur...semoga tabah. Ujian bg setiap makhluk pastinya berbeza2. yeop kuale kat mana.. teman di kota lame

daLyaanoon said...

Moga ALlah rahmatiAl-Kulupi skeluarga...Amin!

sepol utusan said...

god bless u n ur fmly bro

ubilepih said...

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama anda sekeluarga.

niche said...

salam tuan,

natijah dr ilmu-yakin ke ainul-yakin dan strusnye haqqul-yakin menjadi 'AKU'.....