Friday, September 4, 2009

gempar di bulan pose!

"Tolongg!! Tolongg!!"..
Ceh! Perut tengah lapar tengah hari buta ni ada pulak yang menjerit minta tolong. Bergegas aku capai golok dan turun ke tingkat bawah, rumah jiran yang mana tak pasti. Memang semenjak dua menjak ni apartment aku kecoh dengan pecah rumah. Semalam jiran sebelah sempat menjerit sebab nampak kelibat manusia dok tengah memanjat nak masuk rumah dia. Penyidai kain mudah alih aku pun kena rembat bulan lepas. Hampeh betul! Nak sidai kain pun korang pakai penyidai curi ka?

Sampai tingkat bawah Kak Norma mengisyaratkan aku diam dan dia menunjukkan ke rumah tingkat yang bawah lagi.
"Syy! Takde apa-apa, laki bini bergaduh! Tak payah campur," katanya.

Aku pun belahh! Tapi laki bini gaduh apasal pulak sang suami yang menjerit mintak tolong?
...........:)

12 comments:

jOnOs said...

Entri nakal.

wakara said...

aku syak laki tu kena tindih dengan bini.

muraisenja said...

looohh laki yg mintak tolong.... agaknya bini dia bagi ala2 smashhdown gitu kot

benludin said...

bini paksa laki dia buat 'kerja' disiang hari?

mamai said...

kau rasa bini dia ada macam r^^^^H tak hehehe takut dia guna C4

Pyanhabib said...

kerja mengerja dan dikerjakan!
(mau pose stret tige bulan tuh...)

Anonymous said...

bkn 3 bln bro pyan...2 bln je...@ 60hari...tp x tau la kot2 ada wahyu baru turun

aku said...

bini nak tambah pose 3 bln, laki tak sanggup..
tu yg jerit tu
hahaha

Tunsiber said...

Aku dah terbayang-bayang, kira camane pahala pose nih?

mudz said...

Salam Al Kulupsakah

Aku muskyil..ditengahhari buta ...dibulan posa pulak....ada suami menjerit mintak tolong....macam kes bik mama aje....

Pyanhabib said...

anon,
2 bulan @ 60 hari?
fuh, lega sebulan!

mountdweller said...

Tersepit kot?