Tuesday, September 15, 2009

yang ajaib,unik dan menyampah di hari Raya..

yang ajaib bila hari raya
semua warga berpusu-pusu nak balik kampung
jangan tak bagi cuti harus ada yang meraung
walhal selalu juga balik kampung bulan-bulan biasa
jumpa juga watak-watak yang sama
itulah ajaibnya raya

menyampahnya tv dah mula tayang gelagat penyanyi
berpakaian berwarna-warni bertandak menari
kononnya itulah pengertian Eidulfitri yang suci

pagi raya bila terdengar takbir di surau sementara kaki melangkah menuju ke arahnya
nikmat dan syahdu usah kau cerita
di situlah tempat kujumpa kawan mandi sungai bersama
hari ini mereka bersolat membawa anak yang menyerupai rupa mereka
dulu-dulu waktu kami berbasikal berlumba-lumba

lepas solat sejak 20 tahun lalu tradisi ini tak pernah pudar
makan tosai dan capati di rumah Hasraf
dah jadi budaya dan ritual kami begitu
hari ini Hasraf kaya raya
menjadi ketua pemuda parti ketuanan
sedang ibu bapanya mamak apatah lagi dia
tapi uniknya kami akrab bak adik abang
kalau aku tak datang dia kan bertanya-tanya
berpesan-pesan melalui kawan dan saudara
hari raya
menyatukan kami
tetap saudara biar berlainan hati

10 comments:

aku said...

selamat hari raya utk ko, isteri dan anak2..
aku mohon maaf andai ada yg ter,ter,ter

benludin said...

tahun lepas ada kes tembak di lepih sebab polis tu tak dpt cuti...raban sungguh

-selamat hari raya bro...maaf zahir batin

sang kegelapan said...

selamat hari raye bro kulup..semoga anak2 sentiasa sihat n ceria2 selalu..

Unknown said...

Ziarah.. salam Ramadan

neslo said...

teringat kenangan di kebun getah kuala

ISA said...

Wooiittt... Sakit mata la... bro.. kepingin nak jadi Incredible Hulk ke..?

Selamat Hari Raya Kulup dan Keluarga, semoga anak2 lu segera sembuh.

Maaf Z & B.

maun said...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin buat Kulup Sakah dan Keluarga serta untuk semua pengomel...

Puasa hampir usai
Lailatul Qadar telah berlalu
Taqwa tak pernah kunjung tiba
Kerana adat melebihi syarak
Eidulfitri menjelang tiba
Bakal menjelma takbir kesayuan
Bukan takbir kemenangan
Sayu kerana menang? atau sayu kerana tak pernah menang dalam menjejaki makam taqwa.
Atau sayu tak dapat makan ketupat dan lemang di kampung

Tunsiber said...

setuju dgn Isa, sakit mata.
Ni nak jadi daun pandan ke?

uncle gedek said...

...dan ditulis dengan bergitu tampan sekali...

samsaimon said...

Salam Perjuangan dan 'Selamat Eidulfitri' kepada Saudara sekeluarga.