Wednesday, September 16, 2009

jangan tambah garam!!

Dolahjones tak bagi tulis sedih2 dan banyak sms aku terima mengatakan menangis baca entry aku pasal bibik tu..okeylah!
dua hari lepas, budak mastika telefon nak mintak buat story pasal family aku. editor mereka shahidan jaafar (tak jauh dari rumah aku) yang suruh cari aku. mungkin lepas raya punye isu kot..(dulu 80-90an aku baca majalah ni tapi bile asyik dok cerite hantu je sekarang takdelah..)

budak tu tanya aku apakah yang susah bile ade anak yg cacat?
aku jawab sebesar kuman pun tadak susah..

ada tak macam2 orang cakap?
ha..itulah yang susah, melayan cakap orang dan fitnah yang datang bukan dari jauh tapi dari kaum kerabat sendiri inilah kesusahan yang amat akbar. nak tolong jangan harap, lagi ngutuk adalah! kalu kite menangis sedih lagi depa seronok..

berikut adalah beberapa dialog yang pernah aku lafazkan..

situasi 1 (dialog aku dengan bekas boss tempat kerja)

boss: saya harap en.kulup tidaklah membawa masalah peribadi ke tempat kerja seperti panas baran dan bertindak tak rasional disebabkan masalah anak cacat ni ya?

aku: saya sedar boss! Saya tahu ini semua dugaan, kataku sambil menghentak meja. Sejak itu dia ada sedikit fobia dengan aku..(ceh! orang saja melawak je,dia gelabah apahal?)

situasi 2 (dialog dengan tah sapa-sapa yang jumpa tepi jalan)

X: mungkin anak awak ni kenan kot? sedara saya pun ada juga anak camni (dialog camni mesti ada) tapi sebab dia kenan ular!
aku : habis anak saya kenan apa? babi ke monyet? cakaple terus terang, saya tak tahu..
X:( muka mesti merah padam punye..)

situasi 3 (dialog dgn ramai org dan pernah juga ada kaunselor datang tanpa diundang)

X: sabarlah en.kulup.Ini semua dugaan Tuhan. Ada hikmah di sebaliknya dan Allah akan bagi pahala pada encik nanti.

aku: Ya! Terima kasih kerana faham, boleh tak saya namakan awak sebagai penjaga mereka jika saya dan isteri saya mati? sebab jaga mereka ada hikmah dan banyak pahala!'
X: {menggelabah beruk}

situasi 3 (dengan otai2 yg macam pandai)

X: mungkin anak ni jadi begini disebabkan saka. tok nenek kite kadang2 mungkin ada ilmu yg bukan bukan.kita mana tau!
aku: kalau tak tahu jangan banyak cakap! saya keturunan ulama, moyang saya paling atas seorang nabi..Nabi Adam!
X: (muka macam tikus basah)

**maaf kawan2..jawapan2 dari aku bukanlah kerana aku sombong atau angkuh, cuma lain kali berhati2 dan berfikirlah sebelum berkata supaya orang tak tersinggung. Dan satu lagi nak bagitahu dengan bongkaknya "laukku dah cukup masin, tak perlu engkau tambah garam!".

13 comments:

Din said...

Salam Tuan,
Terlebih garam buat darah tinggi..

maun said...

Ucapan-ucapan "candu" sememangnya membosankan dan kadangkala menjadikan masin garam menjadi payau dan kelat....

kulupSakah said...

sebab tu jangan tambah..ia dah cukup!cukup sedap!

Tunsiber said...

ko bukan baran ....lop, ko BERAN...I

aku said...

gua tak bleh cakap apa2
sebab gua takde garam
gua tak bleh nasihat apa2
sebab lauk lu dah cukup masin..

gua tak bleh nak semangatkan lu
sebab semangat lu lebih dr gua
gua tak bleh nak suruh lu tabah
sebab lu lu lebih tabah dr gua

apa yg bleh gua buat adalah..
gua layan ngan lu...

Webmaster@Echam said...

bro kulup,
Jawapan tu mmg gua respek beb. Nampak angkuh tapi jawapan tulah yg paling tepat utk org2 camtu....

mamai said...

aku suka cara kau cakap direct..

ini bahagian kau
bahagian aku lain pulak saper tahu..

kerja dia..dia yang lebih tahu

Anonymous said...

semuanya ada hikmah...... cuma yg terpilih mendapat ujian......Syabas bro.......

Anonymous said...

Salam Tuan Kulup...

Aku ni penjengok setia blog ko tp tak pernah nak bagi komen, aku lebih suka menghayati dr berbicara.

cuma satu je aku pinta itu pun jika tidak keberataan...

Sakit mata la bro...tukar la warna lain....mata aku jadi kabur sepas baca n3 ko...mohon maaf...dgn izin

joyah_laser said...

depa tak rasa pun lauk hang, mcmana depa nak tau masin ka tidak..jadi bila depa ingat tawar , depa bagi lah garam sikit, tak payahlah hang nak melenting . anggap saja niat depa baik..kadang2 garam tu hang sendiri yg taruk..bila buruk sangka dengan niat orang tu yg jadi darah tinggi..hehehe

Pyanhabib said...

pulok doh!

kulupSakah said...
This comment has been removed by the author.
niche said...

salam tuan,

sikap 'angkuh' itu menjadikan kita insan yg prihatin akan diri kita serta hamba-hamba Allah disekeliling kita kerana kita 'tahu' tahap 'keangkuhan' kita itu, meskipn natijahnya, dipandang biadap....

hanya jauhari yg mengenali manikam, manakala yg kurang arif tetap melihat intan serta mutiara persis kaca, berkilau-kilauan hanya di mata....

mohon maaf tuan...