Saturday, September 26, 2009

jagoan..

Ramai yang masih belum mengenali kumpulan Dendang Anak dari Kuala Terengganu ini namun mereka sebenarnya mempunyai pengikut tersendiri. Irama Nusantara yang mereka bawakan cukup unik dan berjiwa. Amat mengejutkan apabila nama mereka sudah mengharum di nusantara ini. Di Indonesia mereka mempunyai pengikut. Bagai sebuah kumpulan 'spesis melayu terakhir' mereka tampil dengan cara yang jarang diterokai. Meyakinkan!
Aku berpeluang menjemput mereka membuat persembahan pada 1 ogos hari itu di Shah Alam dan ternyata ia cukup memberangsangkan. Melihat anak-anak muda berambut gondrong berpakaian serba hitam tenggelam dalam dzauk memainkan instrumen mereka bagai melihat kumpulan tarekat sedang melakukan upacara ritualnya. Gema "La Maujud Illallah!" membuat aku menggigil. Mempunyai beratus koleksi lagu ciptaan sendiri sejak lebih satu dekad penubuhannya, ,mereka jauh dari dunia glamour. Demo tapenya telah menjelajah seluruh nusantara tetapi proses pembikinan album mereka belum siap lagi kerana penghasilan yang cukup teliti dan berkualiti. Agak sukar mencari sebuah kumpulan "total package" yang benar-benar membawa irama nusantara menjalinkan unsur tradisional dan moden, memainkan karya-karya yang menyentuh keindahan dunia melayu dan juga kerohanian.
Aku tak mahu cerita lebih, cuba klik sini dan lihat , dengar, hayati dan rasakan 'rohnya'..
rasakan! Rasakan!


video

6 comments:

Anonymous said...

Depa ni kebanyakannya bekas atau penagih dadah. ketua depa ni namanya ustaz zul. Dia ni pernah buat kerja pelarikan anak dara org (doktor) pi buat bini. kesian doktor tu dan keluarganya..

Malaysian said...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

kulupSakah said...

anon, kau silap org kot? depa ni dari terengganu, yang kau maksudkan tu Qawwam kot, yg pernah bersama erma fatima tuu..

tapi apa masalahnya di sini? tak relevan punnn!!

(harap Raja Bad dari Dendang Anak baca entri ni dan jawab)

Anonymous said...

Dendang anak ni asalnya dari budak2 Qawwam la. Dulu memang pernah erma fatima join dgn diorang dan merancang nak buat album. Aku respek gak kat depa ni tapi cara ajaran depa ni buat aku konfius.

Anonymous said...

Dendang anak ni asalnya dari budak2 Qawwam la. Dulu memang pernah erma fatima join dgn diorang dan merancang nak buat album. Aku respek gak kat depa ni tapi cara ajaran depa ni buat aku konfius.

Term Papers said...

Amazing and exciting post. Well done. Keep it up.