Friday, September 11, 2009

hari ini dan semalam- bukan J.Mizan

hari ni dah 4 hari adik masuk wad 5A Hospital Serdang, kakak dah 5 hari. Kedua-dua kena sesak nafas. Kakak semakin ok semalam manakala ada sedikit pergaduhan antara aku dan doktor pasal adik. Mereka kata adik nampak teruk dan perlu dimasukkan tiub ke hidung untuk membolehkan dia menyusu. Adik masih tak bangun2. Aku menolak memasukkan tiub kerana kataku x-ray menunjukkan paru2 adik ok, dia cuma letih sebab sebelum ini teruk. Doktor perempuan pakar ni aku dah kenal tetapi dalam menegakkan pendirian masing2 kami bertekak sedikit dan banyak juga bergaduh menggunakan bahasa mata. Tenung menenung!
Aku bukan menolak kepandaian mereka tetapi akhirnya aku sendiri mesti membuat pilihan yang mana terbaik untuk kakak. Mereka akur untuk tak masukkan tiub tetapi mengingatkan risiko bahaya kalau adik tersedak ketika aku menyuapnya makan. Dia mungkin akan parah lagi. Isteriku datang dengan penuh ilham. Tak boleh menyusu ada cara lain. Dibelinya nestum dan adik mampu makan banyak, boleh buka mata dan mula menangis. sedikit tersenyum. Adik memang gitu, walau ada sesaat peluang tersenyum dia akan senyum. Macam ibu dia..
Kakak banyak mengikut aku, suka memandang jauh seolah2 berfikir.

Ronda sekejap kat lobi hospital aku ternampak sebuah tabloid yang belum aku nampak.(gambar atas)..baru kot! Ya! Aku faham tajuk headline nya bermaksud baik untuk menunjukkan kehebatan Al Quran tetapi sebagai "kitab ramalan" aku kurang setuju kerana ramalan adalah suatu yang samar dan sukar ditentukan kesahihannya tetapi kitab petunjuk kebenaran aku setuju. Kalau dia tulis bagi menggambarkan kitab ini memang tiada keraguan kesahihannya lebih 'menangkap' aku rasa!
Kosmo! ni haprak betul! Bulan Ramadhan dok cerita tahyul dan syirik. Mempercayai kekeramatan pokok yang boleh menimbulkan mudharat melebihi kuasa Allah. Makhluk yang lebih rendah martabat dari manusia diperbesar2kan. KDN patut rampas!

Aku, Jonos dan Oly di Brickfield beberapa hari sebelum tu memprotes rampasan Gedung Kartun oleh KDN

17 comments:

restless.. said...

gua doakan dua beradik tu kembali sehat.

mountdweller said...

Pak Din doakan Kakak dan Adik cepat sembuh. Allah yang memberi dan Allah juga yang menarik kembali. Sesungguhnya Allah Maha Penyembuh.

C++ said...

Bhai..

Gua doakan anak lu kembali sihat dan kalu boleh dapat bersama lu di rumah raya nih...

Apa-apa pun.. ingat pada rahmat Allah... janji Allah akan kesenangan buat lu di Akhirat kelak...

Sabar jer la....

mudz said...

Salam Al Kulup Ramadhan AlMubarak

Aku tersentuh dan sebak setiap kali yop bercerita tentang adik dan kakak.Aku simpatil Semoga yop dan isteri terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi hanya dugaan. Yop dan isteri adalah manusia terpilih....tidak ramai manusia dapat keistimewaan ini.

roslaini saad said...

Tuan Kulup...
saya mengikuti blog tuan kerana komen-komen pedas tuan tentang politik ...tak sangka pula di sebalik komen-komen tuan yang pedas. ada kisah yang begitu mengusik hati....harap tuan tabah dan sabar...Amanah Allah untuk Tuan menjanji syurga di akhirat kelak..insyaallah.,!!

Webmaster@Echam said...

Salam Lup,
Tersentuh aku tgk Kakak ngan adik dalam keadaan camtu. Aku doakan kakak dan adik cepat sehat dan boleh beraya seperti biasa.

Isa said...

Salam Bro,

Insyallah mereka akan kembali sihat seperti sediakala.

Kirim salam kat orang rumah lu.

Anonymous said...

sy doa kan adik dan kakak dimudah kan segala urusan tuhan, dan tuan sekeluarga sihat berpanjangan..amin.

Tok Tua Sakti said...

sy doa kan adik dan kakak dimudah kan segala urusan tuhan, dan tuan sekeluarga sihat berpanjangan..amin.

niche said...

salam tuan;

rahmat Allah sts meliputi hamba-hamba Nya dlm sedih dan ceria, dlm sakit dan sihat, dlm alpa dan sedar...
bersama-sama kita syukuri rahmat Allah di atas sgl kekuasaanNya...
yg pasti, kakak n adik sts dirahmati Allah yg Maha Esa....
maaf tuan....

Tunsiber said...

Terus tabah....moga cepat sembuh ye....anak-anak.

Desperado said...

Salam Bro..

Moga-moga Allah selamatkan zuriat-zuriatmu...

Anonymous said...

Aku respek ngan ketabahan ko laki bini.... Semoga Kakak & Adik cepat sembuh...Amin!

Iskandar Tiger said...

insyAllah bro......kesihatan kedua2 anakanda bro akan ok.....

Anonymous said...

salam...
moga kalian ber2 tambah mnghadapi dugaan ini...
buat adik dan kakak,moga cepat sembuh.

neslo said...

semoga kakak ngan adik cpt sembuh

Tayadih Maysia said...

salam,

tabahkan hati, cekal sentiasa Ronasina!