Monday, September 21, 2009

terima kasih Tukar Tiub, Pyanhabib dan tuan/puan!



Atas sikap memandai-mandai Pyanhabib yang mencucuk Hishamuddin Rais si Tukar Tiub mengumumkan anak aku di wad (siap bersajak lagi, ceh! Macamlah aku besor sangat) dan memandai2 bubuh no: akaun isteri aku, maka melalui blog tukar tiub saja, penderma2 telah menyumbangkan wang sehingga jumlah terkumpul hampir mencecah RM3000.
Dengan duit itu dapatlah kami membeli mesin penyedut kahak yang lama kami impi2kan untuk kemudahan anak-anak kami yang tak pandai membuang hingus dan kahaknya sendiri, sampai kadang2 sesak nafas. Mesin ini bernilai RM1200 seunit. Sepatutnya nak dapatkan yang harga RM2700 tapi tiada stok. Yang tu boleh guna bateri dan boleh dibawa ke mana2..
Duit yang lebih dapatlah kami membeli kereta sorong baru untuk kedua-dua mereka yang semakin membesar yang lebih selesa tentu harganya juga "selesa" ye tak? tinjauan mendapati seunit antara RM450-500. Kereta sorong yang dah lama berkhidmat itu sudah uzur,
Dapatlah mereka beraya seperti gambar 1Malaysia di atas..
Terima kasih kepada tuan/puan yang menderma. Ada yang derma sampai RM500. Siapa ya?

Terima kasih Tukartiub dan Pyanhabib! Sumpah gua tak pakai duit tu beli baju raya gua! Gua guna duit untung jual Gedung Kartun yang laku gile tuh!

8 comments:

Isa said...

Salam Bro,

ha..ha..ha.. Itulah gunanya kawan2, susah sama susah, senang sama senang, tak banyak sikit pun jadilah....

Sekurangnya meringankan beban. Salam Aidilfitri buat lu sekeluarga.

aku said...

alhamdulillah..
walaupun dialam maya, tapi tetap bersaudara.
saudara dialam maya..

Hasbullah Pit said...

Yang guna herbal nasal spray tu budak ni ke?

paloi bin mulau said...

kalau internet diguna utk tujuan baik maka baiklah hasilnya. rakyat malaysia memang pemurah.

Anonymous said...

SEE! THE POWER OF BLOG. PROUD TO ISYAM AND BRO PYAN, U ARE THE MAN.

BRO!
JGN RISAU,JARINGAN INILAH YANG DALAM DIAM SALING MELENGKAPI, KERNA KITA MAKAN UNTUK KAWAN BUKAN KAWAN MAKAN KAWAN!

CYS said...

Salam alKulup Shawal alMubarak.

SubhanaAllah ...anak-anak yop comel-comel & istimewa...anugerah Tuhan yop ....Harap yop tak sia-siakan anugerah ni.

Tak balik raye kat kuale ke yop? Hutan batu tak sama dengan hutan kuale, yop.

kulupSakah said...

time kasih kwn2,
isa dan aku,
ada masa mai rumah

hasbul,
yolah tu!

paloi dan anony,
bebenor tu

cys,
mike lg besor dugaan yop!

kakcikseroja said...

Alhamdulillah.. persahabatan dan persaudaraan yang tanpa batasan - tak perlu slogan.....