Tuesday, September 15, 2009

kemenangan jadah mende?

Selalunya hari raya dikatakan hari kemenangan umat islam yg telah berjaya berlapar dahaga berpuasa pada ramadhan, hari itu mesti diraikan..
Puasa hanya berlapar dahaga? Bagaimana mereka yang berlapar dahaga berpuasa dari makan, tapi masih laparkan kuasa dan nama, dahagakan harta dan pangkat? Kemenangan jadah hapa yang diraikan? Kemenangan pada sebuah kekenyangan? kalau kenyang mengapa masih terus meratah?

..kalau puasa itu yang dimaksudkan, biarlah aku tak berbuka sampai mati!
Amin!

6 comments:

benludin said...

ada juga berposa...tapi tgk blue...haha

mountdweller said...

Salam sdr. kulup

Nampak hanya segelintir manusia yang menang. Dengan nafsu pun tak pernah menang. Kalau menang tidak adalah pula sumpah seranah, tempelak menempelak dan hentam menghentam di bulan Ramadhan ini.

Nampkanya yang laparkan kuasa dan kedudukan mengatasia segalanya.

aku said...

kemenangan meratah!!!
hahaha

maun said...

Jangan keras sangat lup..berjuta gi training taqwa..ada setengah 1 hari je dah gagal..dan ada pula sampai 10 hari pertama, ada yang 10 hari kedua..ada yang sampai malam lailatul qadar je..ada yang sampai hari memasak..itu le namanya Melayu..penyudah taqwa iktiqaf didepan Tuhan.ate bila nak dapat..baju raya nak dicari..santan, serai, daging lembu untuk rendang nak di buat, dodol nak dikacau..maka gitu le adanye!!!

sang kegelapan said...

itu bukan puasa! itu kuasa bang kulup! memboroikan perut dengan khazanah negara..

Term Papers said...

Thank you for writing this article. Very interesting.