Wednesday, January 6, 2010

Nak ikut Nabi pun salah..


Kepada pencinta nama "Allah untuk orang Islam" masalah ini dah hampir selesai. Keputusan menangguhkannya adalah satu kemenangan kepada mereka yang mana mereka sendiri bikin isu dan nampak seperti merekalah jua penyelamat. Tahniah..

Aku ada satu lagi isu yang perlu kau orang perjuangkan iaitu menarik balik larangan memakai kopiah putih dan jubah di dalam sektor awam atau di jabatan kerajaan.

Kakitangan awam yang beragama Islam tidak dibenarkan memakai serban, kopiah putih dan berjubah. Apa masalahnya? Sikh boleh berturban dan Hindu boleh me"nandek" di dahi tapi kita nak berserban tak boleh.

Jangan bagi aku hujah bodoh mengatakan dalam Islam taklah wajib pakai jubah, kopiah atau serban. Aku tahu. Yahudi pun berjubah berserban. Aku tahu. Jangan cakap kat aku dalam Islam yang penting pakaian itu bersih, sopan dan menutup aurat. Aku bukan mangkuk. Masalahnya Rasulullah saw suka memakai serban dan apa salahnya orang Islam nak ikut fesyen Nabi mereka? Tak bolehkah? Pakai kot dan tali leher di tengah iklim panas terik jadah hapa? Ikut fesyen tu boleh pulak? Hormatilah minat orang lain. Jatuh salah pula dari sudut kod etika berpakaian di jabatan kerajaan. Berdosa dari kacamata kod tu..

Serban yang dipakai Rasulullah saw itu sangat diminati oleh pencinta Muhammad kerana serban berbentuk huruf "miim" iaitu miim awal Muhammad. Dijunjung di kepala nama kekasih Allah itu tanda cinta yang sangat tinggi lagi suci. Yang salah pasai apa?

Pernah dalam satu kursus yang dihadiri kawan2 sejabatan aku ada seorang penceramah profesor kangkung memberi ceramah sebab tak boleh pakai kopiah putih adalah kerana putih cepat kotor. Mujurlah aku tak pergi dan memang sengaja aku ponteng sebab aku tahu kes camni akan ada punya. Kalau aku ada mahu aku suruh dia cadangkan kalau dia mati jenazah dia dikebumikan dengan kain kafan biru, merah atau hitam sebab putih akan cepat kotor. Cakap jelah pakai kopiah putih nampak macam orang Pas.

Kangkung mangkuk kangkung bodoh!

nota: aku tak suka pakai serban. Aku suka pakai snow cap sebab kampung aku ada salji.

32 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya sapa pun tk salah dalam kod etika berpakaian. Cuma kita sendiri yang cari masalah. Dan nak bagi tau nasib baik suruh pakai pakaian.. kalau telanjang..kes naya.
Mmg tak salah kalau nak ikut nabi .. tapi kena faham lah juga .. tak ikut nabi pun tak salah... tak haram pun. Kod etika berpakaian pun bukan nampak aurat .. susah sgt kah nak ikut peraturan orang lain.

Harimau-Menaip said...

Salam Tuan Empunya blog.

Saya sering tertanya-tanya kenapa orang kita lebih takutkan orang yang berjubah dan berserban dari orang yang bertali leher. Jika yang mengetuk pintu rumah itu berserban, seboleh-boleh mereka nak menyorok. Ini kerap berlaku apabila teman2 tabligh melakukan ziarah.

Jawapnnya, rakyat telah "dibasuh otaknya" oleh propaganda RTM di zaman Mahathir.

Persoalan yang Tuan kemukakan ini memang benar.

Namun, bab Herald, kita tidak sependapat agaknya.

Biarlah ia tidak sependapat asalkan kita tidak bermusuh-musuhan.

Wallahualam.

shamshul anuar said...

Saudara Harimau Menaip,

Saya tak fikir begitu. Kenapa salahkan Dr Mahathir atau propaganda RTM?

Yang jadi masalah ialah tingkah laku. Itu yang paling penting. Orang melayu sulka meniru dari segi luaran.

Saya tak hina orang berserban dan berjubah. Ramai kawan saya juga berserban. yang jadi masalah ialah ramai berserban berjubah konon nak ikut Sunah Nabi. tetapi malangnya tingkah laku tak ikut akhlak rasulullah.

Mereka berjubah berserban tetapi memaki hamun orang yang tak sefahaman politik dengan mereka. Ada yang jadi riak. Seolah-olah mereka lebih mulia hanya kerana pakaian.

Ringkasnya tak jadi masalah jika nak berjubah berserban. Tetapi lebih molek ikut akhlak Nabi Muhammad jika mahu berserban. Nanti tak pasal-pasal Islam dipandang serong.

Kepada ahli takbligh, kita tak hina mereka. Namun pastikan mereka bersih kerana pandangan ramai mereka tak utamakan kebersihan.

uncle gedek said...

Woit! Snow cap ada chop 'meriam' = kool...!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
bang kulup

orang buat cerekarama mesti tau macam mana nak habiskan

libas jangan tak libas

Anonymous said...

salam kulupsakah,

persoalan lama yg didiamkan mereka..

benludin said...

bersongkok boleh pula ye...

AnakSemuaBangsa said...

fesyen nabi ada aura bed..
ramai yg takut..
terutama kpd pejuang kepala lembu..
nmpak dari jauh terus cepat2 lari..
dier org goyang bed...

kulupSakah said...

anonymous,
cuba baca betoi2 entry aku..aku dah cakap awal2 jangan tak salah kalau tak ikut nabi..tapi apakah salah kalau orang nak berpakaian ikut nabi?

memang tak susah ikut peraturan tapi kenapa peraturan mesti macam tu? Mengapa peraturan mengiktiraf kot dan tali leher pakaian rasmi..ikut piawai siapa? Buang masa kalau dapat komen kodi macam ni

Harimau-menaip,
perbezaan pendapat patut diraikan.

Shamsul,
orang tak pakai serban pun ada yang memaki hamun. tu belum masuk bab org berpakaian resmi makan rasuah

gedek,
"loose cannon"

b.tan said...

salam,
bro, bukan kopiah putih dan serban berjubah saja dia orang 'allergik', dengan warna hijau pun dia orang takut tapi komen si anon tu: 'tak ikut nabi pun tak salah', memang salah. habis kalau tak ikut nabi nak ikut sape? membuat kenyataan biarlah berhati-hati walau ia hanya menyentuh tentang etika berpakaian sama ada untuk urusan rasmi atau pakaian rutin seharian. harap maklum. wassalamu.

mamai said...

aku sokong kau bro...camner islam nak cemerlang kalau yang orang islam itu tak nak berjuang

Anonymous said...

Kpd b.tan : Harap janggut saja yg panjang tapi AKAL pendek. Kita brbincang tentang kod etika berpakaian.Jadi disini kalau tak ikut sunnah berdosa kah dalam etika berpakaian ??

Kulup sakap : bercakap macam haprak.
Kalau dah itu peraturan dan tak menyalahi hukum2 syarak .Ikut resmi orang lah selagi tak berdosa. Tak payah lah nak salah orang lain .. cermin2 diri kita dulu .. yang paling utama perangai kita kenalah ikut sunnah.
PERANGAI KULUP SAKAH MACAM MANA ?? IKUT SUNNAH KAH ???itu baru perangai belum lagi perwatakan .. penampilan diri serta tuturkata.
Kalau KulupSakah ada ciri sebegini..Alhamdilllah. Yang penting LIDAH mau jaga..budaya mencarut ..menghina ..mengeji ..menaibkan orang lain bukan Sunnah.Nabi pun tak suruh.

Kesimpulan : Sebenarnya KulupSakah dan teman2 yanmg lain bukan ikut Sunnah Nabi ..tetapi Sunnah Ala Melayu.

kulupSakah said...

anonymous,
terima kasih kerana labelkan aku.
Amin..

(er...ko xde blog ke? nyebok kat blog orang je..tak reti menulis kot)

solo mum said...

berkopiah tak bole kena tindakan tatatertib... tu biasaaaa
yg ber"skirt" mini tu ok plak....

abgBro said...

bro bak kate pepatah, sygkan Allah sunnah Nabi dilarang2 kan...

maka itu gua sokong 100% jika geng2 umno wat demo besar2an tuntut pakaian sunnah dibenarkan di jabatan2 kjaan.

lambang petronas dulu bulat putih ditengah hijau di tepi sejak jaman reformasi kjaan arah tukauu...fobia beb! hahaha

maun said...

Sunnah Nabi elok digalakkan contoh berkopiah atau berserban...dapat pahala paling senang dan tak putus-putus...macam iklan celcom..berbaloi-baloi!!!!. Boleh gak transfer kat mak bapak. Sunnah Nabi level 1...

Pasal akhlak tu tinggi sangat levelnya..perjalanannya jauh dan sukar..dapat akhlak level satu pun jadilah..tak suka perkara keji,mungkar dan bidaah tapi suka Sunnah Nabi dan peraturan Allah itupun dah bagus...

azmie said...

anon tu jenis pandai tak leh ikut, bodo tak leh diajar.
1. kata dia tak salah nak ikut nabi. abis apa cerita budak kena buang sekolah pasai pakai serban - DIDAPATI BERSALAH mengikut kod etika persekolahan. bebuih dah mulut org kata nak ikut sunnah.
2. dia kata tak haram pun. serban ni di haramkan pemakaian semasa sessi persekolahan - ni hukum umno.
3. lepaih tu di kata pulak bukan nampak aurat. ni dia kena refer balik arahan nazri aziz pasal style pemakaian tudung di mrsm. sebelum tu kena ngaji dulu bab aurat ni.
4. buah last dia, susah ke nak ikut peraturan org lain. dia kena jawab 1 soalan dulu. susah ke nak ikut peraturan Allah? (bukan setakat bab pakai serban je ni)

satu soalan utk mr/ms anon. susah sangat ke nak menaip nama. kalau taip huruf A pun dah ok.

Unknown said...

salam..woi anom,,hang kata 'susah sgt kah nak ikut peraturan orang lain',.aku nk tanya mu ssh sgt kah nk bg org berpakaian ikut sunnah Nabi S.A.W???

Anonymous said...

kulup sakah dan teman2:
Nntilah aku buat satu blog khusus yg tk meyebelahi sesape.Blog dgn domain sendiri lagi afdal. Tak suka guna blog dari blogger tajaan yahudi. Ini prinsip kita kalau menghayati Islam sebenar.
Apa pun bro .. kritik tetap kritik .. asal cilinya cili padi .. tetap pedas .walaupun tk reti menulis .. tp bisanya tetap ada. ketemu lagi bro...

sham said...

anony,

kena bezakan kritikan bisa dengan kritikan hampas....

kau tau hampas... hampas....

Tok Perak said...

"Anonymous said...

kulup sakah dan teman2:
Nntilah aku buat satu blog khusus yg tk meyebelahi sesape.Blog dgn domain sendiri lagi afdal. Tak suka guna blog dari blogger tajaan yahudi. Ini prinsip kita kalau menghayati Islam sebenar.
Apa pun bro .. kritik tetap kritik .. asal cilinya cili padi .. tetap pedas .walaupun tk reti menulis .. tp bisanya tetap ada. ketemu lagi bro..."

..AYAT YG AKU BOLD TU YG SYOKNYA TU..HAHAHA..PERINSIP KEPALA BANA DIA ..YG DIA GUNA KOMPUTER TU BUKAN YAHUDI PUNYA KER, KOMPONEN DALAM PC TU BUKAN YAHUDI PUNYA PRODUK KER....NAK MENGHAYATI ISLAM SEBENAR KONON..AII PEEEEEERAH..!

Anonymous said...

TOK PERAK muncul lagi .. kali ini menyerupai Dajjal bertopengkan manusia .. atau mungkin dari suku sakat KAFIRIN !!!
Manusia yang layak disamakan dengan haiwan yang tidak punya AKAL untuk berfikir dengan waras .. Nama saja Islam tapi penuh dengan kekufuran.Engkau memang layak di panggil YAHUDI.

Anonymous said...

apasal lu tak promote ceramah umum tempat lu malam ni.

husam dan dr zul la,mesti aku pergi punya

kulupSakah said...

aku tak tau..aku ke Perak dan Penang (Jumaat sampai Ahad)

Tok Perak said...

Anonymous Anonymous said...

TOK PERAK muncul lagi .. kali ini menyerupai Dajjal bertopengkan manusia .. atau mungkin dari suku sakat KAFIRIN !!!
Manusia yang layak disamakan dengan haiwan yang tidak punya AKAL untuk berfikir dengan waras .. Nama saja Islam tapi penuh dengan kekufuran.Engkau memang layak di panggil YAHUDI.

January 7, 2010 8:12 AM

... Mak aih..!Naya sungguh sesiapa yg mengguna nick Tok Perak nie..silap aku nampaknya..serupa dgn sesiapa yg memakai nama Haji Taib..sebab satu lorong habih semua terkena.

Anon nie pakai serbu tak tentu hala ni pasai apa tak tau..awat fobia sangat dgn nama Tok Perak nie..! Dengor nama Tok Perak jadi meroyan semacam pulak..

Cuba bawa bertenang kalau dah sedor diri tu lebih islam dari Tok Perak pun jangan la lompat semacam saja. Tu yang nak kena .. PEEEERAH..TU..!

RajaLintan® said...

ANON January 7, 2010 4:08 PM

LUW XYAH CTER LA CILI KE REMPAH KE...SEKARANG LU BUKAK JE BLOG LU, MUNGKIN LU RASA LU LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN YANG GUNE DOMIAN BLOG...
SETAKAT NAK MELALAK DILUAR PAGAR LU GI MELALAK KT BLOG PRO YAHUDI/UBN. ITU TEMPAT LU CARI MAKAN...

b.tan said...

salam,
bro kulup, seronok aku baca komen dan ulasan dalam blog lu ni! tapi yang paling best ' harap janggut saja yang panjang tapi AKAL pendek'. hahaha!!! terima kasih, terima kasih di atas kata-kata dari si anon tu semoga ianya tak menjadi kenyataan.
wassalamu.

daniel john said...

Real success comes in small portions day by day. You need to take pleasure in life's daily little treasures. It is the most important thing in measuring success.


Term papers

http://www.siapaallah.blogspot.com said...

Assalamualaikum saudara/i.
Lihat penerangan SIFAT 20 & kalimah NAFI ISBAT.

Satu penjelasan kaedah BARU, UNIK, RINGKAS, PADAT & sangat MENARIK.
Elok diwar-warkan sebagai satu metode DAKWAH.

http://www.siapaallah.blogspot.com
(buka melalui google.com)

abulhakim said...

Assalamualaikum saudara/i.
Lihat penerangan SIFAT 20 & kalimah NAFI ISBAT.
Satu penjelasan kaedah BARU, UNIK, RINGKAS, PADAT & sangat MENARIK.
Elok diwar-warkan sebagai satu metode DAKWAH.
http://www.siapaallah.blogspot.com
(buka melalui google.com)

Unknown said...

Benarrr... xpelah... yg xsetuju tu kita doakan mereka dpt taufik utk ikut kekasih Allah swt. Yg penting kita jaga percakapan, penglihatan , percakapan yg akan mempengaruhi pemikiran. Allah.

Anonymous said...

Kita lihat nanti dalam kubur. Orang yang tentang sunnah rasul atau orang yang menangkan sunnah rasul akan berjaya.

Daripada :Ishak