Wednesday, March 31, 2010

jom malam ni jom!

PELANCARAN Isu Dalam Katak peringkat Negeri Sembilan mlm ini (31 Mac), jam 8 malam di Simpang Tiga, Kg Batu, Rembau. TAARAN ISTIMEWA full set: Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun & Isu Dalam Katak, cuma RM30 satu set...tinggal 100 set saja...sbb PDK dah hampir habis stok


aku ada di sana!JOM!!

Tuesday, March 30, 2010

Nota dari seorang Adik (Khaeryl Benjamin's sister)



Today at 3:16pm
Speak With Me.

March 26, 2010 22:43

by Elza Irdalynna


On March 11th, he was arrested at his apartment's parking lot in Segambut. Police brought him to an apartment he rented in Kepong, and after entering, claimed that in that residence, he possessed 800grams of cocaine, and 140grams of methamphetamine, and accused him of processing and trafficking, putting him under the risk of being charged under Section 39B, which carries the death penalty.On March 12th he was remanded for 7 days. When my parents inquired if we can engage a lawyer, the Investigation Officer told us "No need".On March 17th, after our family waited more than an hour, we were allowed to see him for the very first time, under supervision.Again my mother asked if we should get him a lawyer, again the I.O advised against it, claiming "Lawyer tak boleh buat apa-apa sekarang. Buang duit je. (Lawyer can't do anything now. It's simply a waste of money)."On March 18th, his remand was extended another 7 days. The magistrate inquired why there was no lawyer present for him, and whether he was made aware he had the right to a counsel of his choice. He replied "No." Therefore, he requested for one, and only nine hours later, did the I.O call to inform my mother, who promptly engaged Amer Hamzah Arshad.But the very next day, the police used their Executive authority under Section 28A that vetoed his right to a counsel. All requests made by our lawyer to visit him was denied.Only after we complained to SUHAKAM, did the police allow Amer to visit him.On the last day of his remand.After the investigations were concluded.For only 15 minutes.On March 25th, he was brought to court, and charged under Section 12(2) for possession of 0.24grams of metaphetamin in his Segambut residence. Nothing the police claimed they found in the Kepong residence, the cocaine and shabu that was "already packaged to be distributed" or the so called "cocaine processing mini-lab" was brought to court.Because there WAS none.He was released on bail. A trial date was set. He was so close to being free, and seeing his 4 year old son again.But as he was signing the papers of his release, the Plainclothes were outside waiting.Not two steps after he came out of the bail department, without any explanation, they re-arrested him. Amer was restrained from protecting him, and only after Amer repeatedly asked them to show their I.D, did they do so. Still, no explanation was given to the family. We were merely told to go to the Headquarters and speak to Inspector Kang. The same guy who claimed my brother possessed the cocaine they NEVER found.He never saw us, he was "in a meeting." He wasn't too occupied to give the press a statement, but was unavailable to see us.We were told by the new I.O for this case, and the DSP (the guy who signed the papers denying my brother the right to a counsel) that they are detaining him for 60 days under the Special Preventive Measures Act (LPK), after which, they could further detain him for 2 years if found guilty.Guilty according to THEM. For under this act, it is a detention without trial, like the Internal Security Act. Any information gathered from "witnesses" and "investigations" will never be disclosed to him or his lawyer, or the court. He will also not be able to defend himself against any allegations. Under this act, he will never have his day in court.On March 25th, my brother, Ben, was denied his Constitutional rights.For 2 weeks, our family went through hell. Sleepless nights, press waiting outside our door, Ben had asthma attacks after the police delayed themselves in acquiring the requested medication for 3 days, mama suffered chest pains and lost her voice.We felt it was all worth it, for we would be able to have him back.But now, a new nightmare has begun.Whether or not Ben is guilty, should not be for the Police to decide. If they HAD the evidence to strengthen their warrant for re-arrest, why was it not brought to court? Why is Ben not given a chance to defend himself? How can we ever know the authenticity of these so called witnesses and their statements? If there were ANY to begin with?Under this act, I could simply be caught for any crimes of drug offences the police accuse me of, because they can claim they have enough information (even if they have absolutely nothing) and detain me. For 60 days, for 2 years, and even EXTEND it after.Acts like this and the ISA are licenses for ARBITRARY arrest and detention. Anytime. Anywhere. Anybody.My family and Amer will not back down. We will fight for Ben's right. We will speak up for all of those who were silenced before us, who will be silenced hereafter.But we seek your help. In any way at all, help us fight this. Re-post this, write on your blogs, write to your local representative, to our newspapers, and together we shall use our voice, our art, our space, to stand up not just for Ben, but for all our rights.Liberty is a Constitutional right. It's time to get it back.
foto: mat kepoh
sumber: status FB Puspa Rosman

Monday, March 29, 2010

kita mesti terus hidup!

Macam-macam kita kena buat untuk terus hidup. Asalkan halal, bermaruah dan anda bahagia. Bukan dipaksa, terpaksa atau kerana itu kerana ini. Tapi kerana engkau mahu buat! Jumaat lepas Pelancaran kempen Selamatkan Malaysia di stadium mini Kuala Kubu Bharu.

Gambar di bawah aku dan kartunis Zunar berjalan dari seorang ke seorang menjaja buku terbaru kami "Isu Dalam Katak" yang cukup laris malam tu. Aku dapat saksikan pengaruh kartunis Zunar. Aku tak tahu berapa tahun perlu aku ambil untuk jadi begitu. Tak mengapalah, cuma adalah sekerat dua yang datang beritahu aku yang mereka selalu baca blog ni. Terima kasih!


Sebelum itu buku "Isu Dalam Katak" dilancarkan oleh Dr. Syed Husin Ali , Timbalan Presiden PKR yang terus tegar dan cekal dalam kesederhanaan.
Cubalah korang teka, "orangGilak" mana yang jadi katak tu...
keesokannya, Sabtu aku diundang mengeteh dengan Anwar. (baca entry sebelum ni) dan malamnya aku menjadi pengerusi majlis di Beranang. Tak sangka dewan penuh sesak sampai ke luar walaupun pada mulanya sekitar jam 9.30 malam orang boleh dikira.
Sebelum-sebelum itu aktiviti Bengkel Asas Melukis Kartun dijalankan. Terasa menjadi cikgu sekolah rendah pulak..
Melayani si Faris 5 tahun yang petah macanm orang besar. hahaha!
Kena berhati2 cakap dengan bebudak ni. Silap cakap depa menangis...
Aktiviti luar pintu (out door). Melukis persekitaran.
Aku pun tak pasti pasaipa aku posing macam tu..(gambar atas)
Dua beradik. Si adik (kiri) betul2 mencabar kesabaran aku. Suka mengacau. Nasiblah takde anak sesiapa kena sekeh. Haha!
Jonos mengajar Lia melukis sambil berdukung.
Siapa kata aku tak penyayang?


foto ehsan: Alin Zunar, Dalyanoon dan Zanchi Lim

Sunday, March 28, 2010

Secawan teh sepinggan pesembur bersama 'Dia".

"Abang! Abang ikut saya ngeteh Sabtu ni kat NZ depan KLCC okey? 2 petang." ajak Syafiqsunny.

"Hisy! Malaslah. Buat apa?" jawab aku.

"Jomlah jumpa 'twittub' kami. Bole abang tulis sikit dalam blog nanti." rayu Syafiq.

Syafiq yang ajar aku pasal facebook dan twitter. Aku ada twitter tapi haram tak pernah buka. Tak reti. Tahap celik IT aku cuma 2 markah lebih baik dari Pyanhabib.

"Jom twitter bang. Facebook ni umno je main." racun Najwan Halimi. Aku terpempan. Apa-apaan ini?

Memandangkan aku lapang awal petang tu (malamnya aku kena jadi pengerusi majlis ceramah Azmin di Beranang pulak) dan ada benda boleh aku tulis, aku gagah untuk hadir. Syafiq dan Najwan macam adik aku sendiri. Tak mahu hampakan mereka.

Sampai saja di NZ aku terasa asing dan tak mengenali sesiapa melainkan Syafiq, Zul Bumilangit dan Eekmal. Aku tak tahu Najwan akan hadir. Dialog2 dia di atas diucapkan setelah dia sampai. Haha! Aku mati kutu. Maklumlah, orang takde twitter. Aku tak mahu duduk dalam bilik tempahan tu dan menyertai Syafiq di tepi jalan dengan 2-3 kerat orang kuat program.

"Dia ondaway, 5 minit lagi sampai." kata Eekmal kepada Syafiq. Syafiq ketawa sambil menunjukkan handsetnya yang sedang melayari twitter. Dia sedang chat dengan 'orang itu' dengan mengatakan apakah sesuai 'orang itu' lepak di restoran mamak NZ. 'Orang itu' memjawab yang dia dah mangli. Dia tak kesah sebab dia anak jati Penang.

"Yang kelakarnya dia panggil aku 'bro'. Kah kah!." Syafiq ketawa.
Lima minit kemudian dia sampai. Jeng jeng...

Kami mengiringi dia masuk. Orang awam yang sedang mengeteh tergamam melihat dia masuk selamba. Ada yang berbisik.
"Hensemlah Datuk Seri!" Jerit seorang anak muda yang sedang minum dengan kawannya.
Anwar bersalam dengan beberapa orang yang menegurnya sebelum masuk ke dalam menemui 'rakan-rakan twitter Anwar Ibrahim'. Setiap rakan twitter ditampalkan dengan kertas pelekat di baju mereka untuk mudah dikenali termasuklah Anwar. Aku saja takde. Seorang pelayan restoran itu meminta sticker nama pserta yang tidak hadir dan dengan bangga menempel sticker tersebut di bajunya. Dia mahu jadi geng juga.
Sesi ramah mesra bermula. Anwar makan pesembur sambil melayani rakan2 twitternya yang aku tak pernah jumpa. Bukan orang parti. Berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Macam2 yang ditanya- hal politik, isu peribadi, harapan mereka dan idea2 kreatif. Najwan suruh aku tanya Iman (anak perempuannya) solo lagi ke? Ahaha!
Di sinilah aku dapat lihat keperibadian Anwar. Dia melayani siapa saja dan orang tidak merasa kekok dengannya. Dia memandang tepat ke arah orang yang bertanya. Terkadang ada pendapat berbeza tetapi dia rasional. Semua hadirin aku lihat puas hati.
Seorang bekas Timbalan PM. pernah memangku PM dan sekarang ketua Pembangkang Malaysia masih sempat bertwitter, menjawab email dan berfesbuk. Tak payah upah orang lain. Macamana pimpinan parti yang lain, yang muda2 tak mampu contohi dia? Sibuk sangatkah?

Dulu aku pernah tinggal berdekatan dengan seorang reformis yang pernah ditahan ISA. Aku sangat teruja tetapi apabila kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya berhari Raya (sudah buat appointment), aku sangka aku akan dapat bertukar2 fikiran dan berkongsi sesuatu yang berharga- rupa2nya hampeh!
Selesai saja makan spagheti, dia dan isterinya tergesa2 ke dapur berduet membasuh pinggan.
lepas tu tiada perbualan sebab dia asyik tersengih2 syok khusyuk layan filem tamil kat tv. Ceh! Sedangkan Anwar dulu sewaktu dibebaskan masih sanggup menerima tetamu beribu dan bersalaman dengan mereka dalam keadaan ketika itu dia sakit belakang. Ini yang harus dicontohi. Ada yang masih belum jadi YB aku tengok dah timing. Porah!!
Oh ya! Reformis seangkatan Ezam yang aku maksudkan tadi dah lompat parti dah...

Friday, March 26, 2010

Jomm!!

9Malam ni 27 Mac 2010 Sabtu di Dewan pekan Beranang..

Ceramah isu terkini "Selamatkan Malaysia!"

penceramah: Azmin Ali - Naib Presiden PKR
sdr. Azan - (MP Indera Mahkota)

emcee ; KulupSakah

Thursday, March 25, 2010

masih mahu berdalih

Dia kawan baik yang baru kenal. Pesara jabatan kerajaan. Knowledgeble (isy! Terspeaking lak. Berpengetahuan tinggi). Selalu datang makan di kafe kami, dia suka makan cekodok.

Sembang punya sembang rupa-rupanya dia umno. Aku tak kisah sebab bagi aku dia ada alasan yang cukup kuat untuk dia percaya dengan parti itu. Ini analisis aku. Bukan macam sesetengah mangkuk yang sokong umno tapi nak huraikan umno tu apa pun menggelupur babi tunggal. Hujah dia ilmiah tentang peri pentingnya Islam ditegakkan di Malaysia tapi (ada tapilah) Islam Melayu..konsep Islam Melayu kata dia. Dan fakta2 yang diberikannya cukup bagus. Aku akui betul tapi sayangnya ia hanya fakta. kalau betul umno buat begitu memang baguslah, tapi hmmmmmmmmmmmhh!..

Kadang-kadang point dia sealiran dengan aku. Dia kata Anwar gini, Nik Aziz gitu, politik Hadi Awanglah bagus apabila mengkritik MP Australia yang mempersoalkan badan kehakiman Malaysia. Dengan suasana mesra aku membetah dia..

Dia : Nik Aziz orang Kelantan, kau taulah orang Kelantan ni dia punya kenegerian huh! Hj Hadi bagus, mengapa mesti orang luar masuk campur akan sistem kehakiman kita? Anwar dulu pun tak buat apa-apa masa Tun Salleh Abas dipecat Mahathir? Mengapa sekarang sebok lawan kerajaan?

Aku : Mengapa marah Anwar yang tak buat "apa2" tetapi diam terhadap Mahathir yang "buat apa2'?

dia tersengih.."bagi teh o ais lagi satu!"
Dia : Lihat apa jadi bila DAP ambil Penang? Kg buah Pala kacau bilau..tanah Melayu dah dipenuhi Cina! DAP tahu asal dari mana?

Aku : Tahu..PAP (People Action Party) Singapore. Tapi bang, DAP baru perintah 2 tahun. BN perintah 50 tahun lebih hinggakan tanah Melayu tinggal 3% di Penang. Hanya tinggal Balik Pulau. Waktu itu kerusi umno lebih banyak tapi mengapa beri pada Gerakan? Siapa yang khianat Melayu?

Dia ; (diam) Ku Li satu hal. Konon sebok dia yang terlibat waktu perjanjian petronas dulu. Bila Kerajaan jawab "mengikut undang2 jika minyak berada 3 batu nautika luar pantai Kelantan, maka itu bukan hasil Kelantan." Mana dia nak sorok muka?

Aku : Oh ya! Itu tercatat dalam Akta ordinan Darurat 1969 yang mengatakan sempadan Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai.

Dia : Ha yelahh!

Aku : Tapi dalam Akta Ordinan Darurat 1979 menyebut bahawa 'Akta Ordinann darurat 1969 dengan ini terbatal". Maknanya undang2 tu dah mansuh bang!'

Dia : Eh! Takkanlah kerajaan nak tipu begitu? kalau ada dokumen boleh saya tengok..

Aku : Sekarang takde, tapi abang boleh cari atau surf di internet.

Dia tak menjawab tetapi untuk menyedapkan hati dia hanya berkata, "isy! mmacam2 politik ni.."


Kemudian kami terus membebel2 pasal moral sehinggalah kejadian pecah rumah yang semakin berleluasa di kediaman persekitaran kami. Kami menceritakan pengalaman kami bagaimana kedai aku tahun lepas dimasuki pencuri. Begitu juga dia menceritakan perihal kejadian di rumah adiknya.

Dia : Pencuri ni patut ditembak je, geram betul. Orang susah2 cari rezeki dia senang saja rompak. Kita berasa tidak aman.

Aku : Selagi manusia rasa angkuh dan mengaku lebih pandai dari Allah selagi itulah kacau-bilau berlaku. Allah dah bagi penyelesaian dah tentang bagaimana nak cegah kecurian ni dalam Al Quran, siap dah semua. Dia menciptakan manusia maka Dia tahulah cara nak menyelesaikannya tapi kita tak mahu mengaku. nama Dia kita nak pertahankan tapi hukum Dia tak mahu! hudud, Qisas dan takzir dah ada dalam Quran.

Dia tersenyum, manis..

mahalnya sesuap nasi..

Bayangkan anda seorang wanita tinggal di lembah pergunungan yang jauh terpencil. Hendak ke pekan mengambil masa berhari-hari merentas gunung. Tapi anda terpaksa keluar. Suami anda sudah meninggal dunia. Hilang tempat bergantung. Mujur ada adik beradik anda yang sudi memelihara anak anda yang masih merah. Kerana adik anda bukan orang kaya dan masih seorang manusia. Anda harus keluar bukan ke kota tetapi lebih jauh dari itu. Mengharung samudera yang penuh badai dan gelora. Kata mereka ada peluang di sana. Di negara lain yang sangat asing bagi anda. Tutur bicara, adat resam dan budayanya. Mencari peluang bekerja dan meraih sedikit uang untuk meneruskan hidup demi anakanda tercinta yang dititipkan kepada saudara. Tidak rindukah anda kepadanya? Hilai tawa, tangis, keletah manjanya. Sihatkah dia? Selamatkah dia? Mujur teknologi sekarang mampu menghubungi dia dengan telefon bimbit.
Tapi kita di sini meninggalkan anak beberapa jam saja pun sudah gelisah. Cuba kita jadi mereka sekejap.

* entry ini ditulis jam 2 pagi sambil menyusukan An-Nur yang merengek lebih dua jam ketika aku dah pun tidur. Satu kerja yang dah lama aku tak buat. Kisah di atas adalah kisah bibik si An-Nur dan kakaknya Annisa. Setahun bekerja baru hari ni dia demam.

Wednesday, March 24, 2010

Ada apa pada kami?

Dengan sedikit kebolehan yang ada dan kudrat dariNYa, maka kami seperti gambar di bawah:-


telah menghasilkan komik "Dari Kerana Mata" skrip aku, pengarah Zunar dan lukisan Oly. Grafik oleh Naza dan warna oleh Orangorang...
menghimbau kembali sejarah Anwar ditumbuk matanya dulu..ingat mahafiraun kata dia tumbuk mata sendiri? Hahah!

Juga dibongkar sejarah lama sama ada fakta di dalam mahkamah mahu juga akuan bersumpah. Ia akan terpahat dalam sejarah.
Wikipakdia tentang spesies katak yang baru ditemui di Malayisa...

klik poster di bawah untuk korang menghadiri majlis kami.

Monday, March 22, 2010

taktik melemahkan 'fizikal' Anwar

Anwar sudah tua. Fizikalnya tidak lagi segagah semangatnya. Kata orang jika spiritual kuat, fizikal akan kuat juga. Tetapi sama ada jasadiah itu mampu membawa semangat dalaman -belum pasti. Ini disedari musuh. Melemahkan semangat ampuh Anwar adalah mustahil. Anwar terkenal sejak dulu lagi semangat juangnya. Ini amat difahami musuh tetapi anehnya, sahabat sendiri gagal menghayatinya.
Membuat semula perancangan menjatuhkannya melalui kes liwat, memborong katak-katak, melabelkannya dengan pelbagai gelaran seperti pengkhianat, agen itu ini atau menggunakan anjing bayan barua menyalak bukan bertujuan mendera mentalnya - tetapi fizikalnya. Biar Anwar penat ke hulu ke hilir sibuk, sehingga badannya lesu dan kesihatannya terjejas.
Setakat melemahkan moral dan semangat ia akan gagal. Mengapa aku mengatakan begitu? Mari kita kaji kekuatan semangat beliau.
Sewaktu mahasiswa lagi, ketika demonstrasi di Baling yang menyaksikan kebangkitan mahasiswa, kerajaan begitu tergugat. Ramai yang ditangkap. Mereka yang panas terpaksa melarikan diri dan bersembunyi (termasuk Hishamuddin Rais - tetapi itu ketentuan yang membuka lembaran yang lain). Tetapi Anwar memilih tidak bersembunyi dan tampil di balai polis untuk melihat kawan-kawan yang ditahan sama ada baik atau tidak keadaan mereka. Di balai Anwar ditangkap dan ditahan ISA.
Aku paling menyampah kalau orang kata Anwar gelojoh, kalau dia diam sudah pasti dia akan jadi PM sekarang. Ini hujah bebal. Apakah anda pasti Mahathir akan letak jawatan hari ini jika semua ini tak berlaku? Lihatlah Mahathir hari ini masih terus meroyan. Dan percayalah, kalau dia tahu keadaan begini, nescaya dia tidak memecat Anwar. Anwar memilih untuk tidak diam kerana jelas bertentangan dengan prinsipnya. Ketika krisis ekonomi melanda teruk, kekayaan negara dicabul untuk membantu menyelamatkan kroni sedang pada waktu yang sama biasiswa pelajar di luar negara ditarik. Anwar protes. mahathir menyinga bila Anwar selaku Menteri Kewangan enggan meluluskan penggunaan wang Petronas 1.8 billion untuk menyelamatkan syarikat kapal Mirzan Mahathir. Anwar diminta berhenti atau menghadapi risiko.
Kalau Anwar pengecut, semua yang berlaku hari ini tidak akan berlaku. Diam, undur diri seperti Musa Hitam atau Ghafar Baba saja. Tetapi mengapa dia sanggup lawan raksasa? Orang yang kerdil akan terkencing dengan pertuduhan gila dan hukuman penjara. Semua ini bukannya mudah. Ramai yang mengaku pejuang tumbang selepas dipenjara dan ditimpa kesusahan. Orang yang dilihat alim hari ini pun silap2 terbarai selepas diISAkan. Tetapi Anwar lawan dan terpaksa membayar harga yang mahal. Ditangkap, dibelasah dan diaibkan. Dipenjara. Beliau boleh bebas pada hari pertama lagi jika Wan Azizah pergi menyembah Mahathir dan 'deal' tetapi mereka tidak tunduk dengan makhluk.
Apabila Anwar bebas, dia boleh pilih untuk bersara dan tidak bergiat semula dalam politik lantaran serik dengan apa yang dia alami. Tetapi dia pilih untuk terus mara dan pilihanraya lalu menyaksikan BN tergugat dan hampir hilang kuasa. Sebab itulah taktik melemahkan "fizikalnya" perlu diteruskan.
korang pikirlah sendiri, maleh nak tulis lagi sama ada dalam bentuk lawak atau bahasa yang tinggi.....

MENGAPA ENGKAU BODOH?

Ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertemu dengan ulama tersohor, Yusuf al-Qaradhawi untuk menjelaskan kes sebenar.

Katanya, perjumpa
an itu perlu memandangkan pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.

"Ini dibuat untuk mencipta pandangan di kalangan rakyat, satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan.

Katanya lagi beliau akan menyerahkan kandungan ucapan Yusuf al-Qaradhawi yang disalahtafsir dan diedarkan ke masjid-masjid di seluruh negara.

“Saya nak minta kementerian dalam negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak (mockery).

"Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar," katanya ketika membahaskan usul junjung kasih ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

katak oh katak mengapa engkau BODOH?
Macamana aku tak bodoh, sebab aku BAHALIOLBANGANGBANGSAT!
BAHALIOLBANGANGBANGSAT!
BAHALIOLBANGANGBANGSAT!

Apalah punya bodoh nak mampius katak ni..banyak mentedarah lalat Vincent Tan kot?

Ingat tak konspirasi 98 dulu, Madey (si mamak yang katak ni kata kalau dia masuk balik UMNO maknanya dia dah jilat punggung mamak telo labuh ni) telah hantar beberapa tokoh agama umno jumpa Dr Syeikh Yusof Qardhawi perihal isu liwat ni dan mengatakan apa yang Madey cakap adalah benar apa jawab Syeikh?
Sila balik baca Quran dulu.
Mengapa tokoh agama ni gagal 'mempergunakan" ulama tersohor ini? Mengapa mereka Anwar berjaya perdaya Syeikhul Azhar ni? Apa hebat Anwar dan apa bangangnya uladalamsemak Umno dulu?
senang saja beb..ikut Al Quran!
kalau banyak sangat alasan maknanya kamu tak yakin dengan Al Quran yang tertera dalam Rukun Iman. Tak percaya Al Quran bermakna tak percaya Allah, Rukun Iman pertama. langgar Rukun maknanya batal Iman.

Berapa kali nak bagitahu, "sumpah" adalah perkara terakhir selepas semua pendakwaan dilakukan mengikut apa yang digariskan Al Quran.
Mengapa takut nak bawa ke mahkamah Syariah?
hah Jamil Khir?

Ular oh "ulardalamsemak"
mengapa nak makan katak?
macamana aku tak makan,
aku dengan katak memang makanan babi!

Saturday, March 20, 2010

Bersatulah anak muda!

Aku tidaklah rapat dengan mereka sangat tapi pernahlah duduk ngeteh semeja. Anak-anak muda ini ada karisma sendiri dan mempunyai tokoh kepimpinan yang mampu melapisi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran warisan pemimpin2 senior. Secara kebetulan mereka semua datang dari parti yang sama dan harus diakui dalam kancah politik, parti lain seperti PAS atau DAP tidak dapat memunculkan anak-anak muda yang berani selain dari Ketua Pemuda dan Timbalannya. Aku juga tak nampak ketokohan "suara ketiga" dari NGO2 atau pertubuhan2 seperti ABIM atau apa jadah pertubuhan belia lagi. Kadang2 jemu juga dengan politik kepartian, tapi mana lagi nak cari?

Aku rimas melihat 'orang-orang' keliling pemimpin muda ini yang sebok bertekak tentang siapa anak muda yang patut pimpin, siapa berpengaruh atau apa-apa pun. Boikot program dialah, pulau itulah. Bosan. Bosan macam cibai!
Kadang2 apabila aku duduk dengan salah seorang dari mereka aku dilabel orang itu, geng dia ni. Pundeklah korang! Tak paham2 lagi kah?
Aku tak bergayut dengan mereka tapi aku SAYANG mereka. Mereka pun akan kata aku ni tak termasuk dalam 'buku' mereka. Ini catatan ikhlas aku berdasarkan pendapat budak2 AMK. Mendengar kata2 kawan sekeliling korang bukan boleh percaya sangat ye tak?..Biar aku yang takde apa2 kepentingan ni bagitahu. Sila berlapang dada kalau nak jadi pemimpin:-



Shamsul Iskandar (Sam) Ketua AMK terlalu dilihat sebagai politikus. Elitis. Jauh dengan anak-anak muda yang bukan kaki politik. Tanggapan ini Sam harus kikis. Anak muda tak suka pergi ceramah. Cari mereka di tempat-tempat mereka selalu ada. Senang cakap, Sam dilihat macam YB sebelum jadi YB. Agak memalukan apabila Khairy berpesan kepada anak-anak muda AMK supaya menukar ketua mereka kerana "takde fight"lah. Brader Sam, ini cabaran buat anda. (Bila nak belanja aku minum daa?)
Chegubard berpengaruh. Kalau bukan Khairylah lawan dia di Rembau, harus dia menang. (Khairy pun main samseng). Nyawa PKR di Negeri Sembilan di tangan dia dan geng dia. Kenyataan ini tak keterlaluan bagi aku. Jangan cerita banyak tapi buktikannya melalui program anda. Dia buat. Dalam AMK dia digelar one man show atau lone ranger.
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin kalau tak hebat masakan diberi peluang lawan Najib PRU dulu. Aktif semenjak belajar lagi. Tapi kata kawan2 Jonah perlu susun sikit kerjanya. Tak tahu ke mana dia nak bawa.
Amiruddin Shari (Adun Batu Caves) bijak. Bintangnya cerah. Kata kawan2 dia YB yang senang runding. Ketokohan ada.
Nik Nazmi diorang panggil "poyo". Tak tahu mengapa reformis marah sangat dengan dia ni. Pada aku dia budak genius. Muka dia muka "penat study".Kah kah! Kau kena respek juga pengetahuan adun Seri Setia ni.
Hasmi Hashim pernah bertanding lawan Sam. Dia bawa "Agenda Pencerahan'. Dia kata dia tersepit dengan 'imej'. Orang politik anggap dia seniman tapi bebudak seni anggap dia politikus. Pidato dia hebat. Selesa juga bersama dia. Tapi Hasmi kena kerja lebih kuat.

Tapi kalau mereka bersatu (bebudak keliling mereka kenalah usahakan ini) aku rasa Malaysia bergegar!!
Ini pandangan ikhlas, korang jangan kecik hati sebab aku lebih tua dari korang. Korang adik-adik aku. haha! Dan satu perkara yang aku kena bagitahu korang, "aku tak mampu menandingi kehebatan korang semua"

"BERSATULAH BEB!"

Friday, March 19, 2010

Thursday, March 18, 2010

Untuk kawan2 REFORMIS...

sebelum mula, suatu perkara yang ingin aku katakan pada kawan2 reformis,
yang aku kenal
yang aku pernah kenal
yang aku tak sempat kenal
yang aku belum kenal
yang aku masih kenal
yang kenal aku
yang tak pernah kenal aku
yang sejak 98
yang sesudah 98
yang masih berhingus waktu itu
yang sebelum-sebelum 98
yang baru sertai tapi teguh berdiri
Aku tabik kalian!

Kawan
teruskan perjuanganmu
kerana perang ini masih jauh
pedulikan si pengkhianat
zaman nabi sudah lahir makhluk begitu
depan tunduk belakang menyudu
busuk hati diselindungi manis mulut
mati Tok Janggut pun angkara pembelot
kerana diri bertuhankan perut

Kawan
aku tahu kamu susah
banyak yang telah kau korbankan
aku juga terkial hari ini
mencari sesuap nasi
siapakah lebih miskin dari Isa a.s
siapakah lebih berat cubaannya dari Rasulullah s.a.w
berbanggalah dengan nasi murah di pingganmu yang bermaruah
jangan terliur daging panggang di pinggan ungu dan merah
biar atap rumah bocor
melihat wang air liur tak kecur
biar lantai retak seribu
tapi tembok kejujuranmu
kukuh dan jitu

Kawan
tak salah kau meminta-minta
kerana sememangnya kau layak begitu
tapi jangan kau simpan harapan seribu
kelak kau kan kecewa
pedulikan mereka jika kau rasa mereka lupakan kita
perjuangan ini bukan untuk mereka
jangan lupa iktibar Uhud
leka mengumpul harta kerana menyangka kemenangan di mata
sedang musuh bangkit semula
menendang kepala

Kawan
jangan kau fikir perang ini mudah
belum tentu esok kita kan menang
mungkin kita tak sempat melihat kemenangan ini
seperti Umar Tan
atau lelaki semuda Salman (terkorban dalam kemalangan tiga hari sebelum PRU 12)
Mungkin kemenangan manis bahagia
milik anak kita
yang mewarisi perjuangan suci
ayahanda bondanya

kerana kalah menang
Dia tentukan
tugas kita hanya lawan

LAWAN TETAP LAWAN!

Salut juga untuk pejuang sejak 1511 hingga Merdeka

Tak abih lagii bengap dulu?

'Kami serah memo, bukan melancong ke Putrajaya' (Malaysiakini)
Salhan K Ahmad
Mac 18, 10
7:13pm
Orang Asli bukan sekadar berjalan-jalan ke Putrajaya semalam tetapi membawa harapan yang sangat besar, kata presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut.

Beliau berkata demikian bagi menolak kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal semalam yang mengatakan masyarakat tersebut bukannya berdemo di putrajaya tetapi sekadar mengunjungi pusat pentadbiran negara itu untuk melancong.

Mengulas lanjut, Majid berkata kenyataan itu mungkin dikeluarkan Shafie berdasarkan persepsi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu terhadap usaha yang dilakukan Orang Asli bagi mempertahankan hak mereka.

"Itu kenyataan yang tidak berapa tepat. Mungkin dia salah cakap dan perlu diperbetulkan. Itu persepsi dialah, tapi tujuan kita sebenarnya serius untuk serahkan memo kepada perdana menteri dan juga kepada beliau," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kan aku dah kata, baghal pedal tu bengap! Nak menipu Melayu.
Woi!! Kaum asal pun lebih cerdik sekarang, kau nak tipu sapa bahalol?
Dulu masa jadi menteri pasar, harga ayam pun tak leh kawal. Buat kenyataan harga tak naik tapi hakikatnya rakyat pergi pasar berang harga ayam naik. Mangkuk ni bukan tahu apa. Sesekali turun spot check siap bawak jurukamera dan wartawan, memanglah peniaga semua jadi baik tetiba.
Mangkuk!

kulupSakah: teringat dulu di perhimpunan agung umno dia kata madey maksum. Bodek tahap tenuk!

Wednesday, March 17, 2010

jangan macam tak sekolah!

Sebaik memarking (aduh bahasaku!) motosikal di Brickfields (aduh nama tempatku..padang batu-bata) aku berjalan menuju ke pejabat. Bukan aku tak mahu parking motor berhampiran pejabat yang tiada ruang untuk motosikal parking, tapi malas kena saman. Saman hari itu pun tak bayar lagi. Leceh kalau DBKL kaya.
Tiba-tiba (Ya! Memang selalunya tiba-tiba atau bahasa dulunya sekonyong-konyong) aku terdengar suara orang menjerit-jerit. Ceh! Pegawai penguatkuasa (ketuanya)..(berapa banyak kurungan dalam ayat-ayat aku daa) sedang menjerit2 memarahi seorang pelanggan warung. Dipendekkan ceritanya begini, (untuk elak banyak sangat kurungan....eh! Kurungan lagi) warung tu meniaga takde lesen, ada orang komplen dan pernah diberi amaran tetapi masih belum menghentikan operasi lalu mereka datang nak angkut khemah warung ni. Pelanggan buta ni terus memaki ketua pegawai penguatkuasa ni.

"Saya hormati pak cik yang lebih tua dan saya hormati pak cik yang OKU. Bukankah saya datang cara baik tadi, bagi salam kenapa maki saya? saya datang dengan uniform dan bukan pak cik yang bayar gaji saya. Saya jalankan tugas saja. Menggigil saya pak cik buat saya begini!". dia mengarahkan anak buahnya mengambil gambar dan mengangkut khemah tersebut. Seorang lelaki buta cuba berdiplomasi dengannya dan dia kelihatan tenang. Tetapi wajah kecewanya tetap tak hilang. Pak Cik buta tadi hanya diam saja, barangkali tersedar akan kekasarannya. Aku tak sempat dengar macamana pak cik buta tu memakinya tapi aku rasa mesti kaw punya sampaikan dia berkata "Allah jadikan kita begitu muhasabahlah diri.". Dan pak cik buta tu tak melawan dah.

"Kalau nak laporkan ke pihak atasan, silakan. Nama saya sekian..sekian..." dia menyebutkan namanya. Yakin kerana dia sedang menjalankan tugasnya dengan betul agaknya. Dia juga menerangkan kepada lelaki buta yang cuba berunding itu yang surat komplen sampai kerana warung ini menghalang bangunan orang. Aku memandang sekeliling dan terdapat juga warung pacak yang lain tapi tiada kena apa-apa. Ada pilih kasihkah?

"Tumpang tanya tuan. Gerai lain tak mengapakah?' tanyaku.

"kalau ada lesen tak mengapalah encik." jawabnya lembut.

Aku terdiam tak kata apa-apa. Ya! Aku faham dilema dia. Antara tugas, tanggungjawab dan timbangrasa.
Dalam keadaan ekonomi sakit ni memang ramailah terpaksa meniaga tapi fikirkan dulu lokasinya selamat atau tidak, mengganggu atau tidak dan janganlah buat kotor.
Begitulah kita. Kadang-kadang bertindak macam tak sekolah.Kita renovate rumah tanpa pelan. kemudian bila disaman mulalah mencarut-carut. Kita potong barisan dalam kesesakan jalan, bila kereta bergesel kita bergaduh dengan orang. Kita pergi membeli -belah, oleh kerana nak senang kita masuk parking tempat OKU. Bila dimarah kita melenting.
Minta projek, bila tak dapat kita lompat parti.

Jangan macam tak sekolah!

Syabas orang asli!

Orang asli sudah turun mempertahankan hak mereka. Melayu "bogus" je masih bangang alias bahalol. Bila rumah sendiri diroboh untuk dibina kondominium tokey lintah darat baru mengamuk menyesal. Tau tak "bogus" tu hapa? Ops... kalu dah bangang nak buat cemana?






tu mesti nak kata orang asli terpedaya dengan hasutan pembangkang. Anak felda terpedaya, mahasiswa terpedaya..asal tentang mereka, semuanya terpedaya..
yang tak terpedaya cuma beruk dan siamang je...

Tuesday, March 16, 2010

mana lagi......

Sewaktu memandu hendak ke pekan, tiba di sebuah taman perumahan kesesakan lalulintas berlaku. Ada polis trafik mengawal jalanraya. Beberapa orang lelaki bermotosikal ber-vest hijau flourescent mengiringi budak-budak sekolah berlari. Oh merentas desa rupanya. Cikgu-cikgu menjaga check point memikul tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan anak murid terjamin. Silap kejadian pasti disaman ibu bapa.

Kesian....dulu masa kami bersekolah, merentas desa memang benar-benar merentas 'desa'. Tiada kenderaan lalu lalang dengan sesak yang bila-bila masa boleh menggilis kami.

Aku berdiri di balkoni rumah dan memandang ke bawah. Kolam renang sudah lebih setahun tidak berfungsi kerana airnya telap. Anak-anak jiran tak dapat bergembira mandi-manda.

kesian juga.... dulu kami tak kenal kolam renang, kami kenal sungai, tali air, lombong. Percuma! Mandi bogel je.. balik rumah ikut pintu belakang cepat-cepat mandi takut bapak dapat kesan mata merah dan kulit berkepuh. Oh ya! Zaman ni rumah pun takde pintu belakang.

"Woi! Janganlah asyik mengeram telur je..jom kita main futsal malam ni! Sorang RM5 je dah" ajak kawanku.

Dulu kami ada banyak ruang main bola. Padang sekolah, dalam kawasan masjid dan kat laman rumah. Tak payah bayar. Bola pun apa punye. Sekarang ni sekolah ada pengawal, masjid berkunci dan laman rumah penuh kereta.

Mana lagi anak-anak nak bermain? Sepak bola, bergusti dan main rounders di Playstation sajalah. Usah cakap nak bikin layang-layang sendiri. Kalau buat pun kena pi main kat Kepong..huh!
(Mujur Annisa dan An-Nur hanya main muzik)

kaukus kepala bana!



KUALA LUMPUR: Pembentukan kaukus oleh anggota Parlimen bebas boleh menjadikan mereka sebagai blok kuasa ketiga dalam Parlimen selepas anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata tujuh anggota Parlimen bebas itu boleh menjadi kuasa penentu dalam perkara-perkara yang memerlukan undi dua pertiga. "Mereka menjadi pasukan yang mengkritik atau menyokong kerajaan, saya sokong pembentukan kaukus ini sebab mereka kini mempunyai anggota yang ramai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim yang juga wakil Bebas semalam yang mengusulkan satu kaukus anggota Parlimen Bebas ditubuhkan bagi menguatkan kedudukan barisan itu di Parlimen.

kaukus kepala bana apa?
pasukan neutral? Kepala hotak hang. Semua orang tau puak tu umno jadian.
Yang mencadang- kaki gila projek dan kaki bisnes gelaran Datuk, sekor lagi katak perkasa konon ketuanan melayu tup-tup jadi ceo Vincent Tan, sekor lagi loyar kuat kelentong- mula2 janji nak kosongkan kerusi utk Anwar pastu bila nak confirm betul2 dia hilang ghaib, katak cina tu pulak kaki judi, ..
Kaukus konon! kaukus tu "katak kukus" kot?

Monday, March 15, 2010

Tuhan punya cerita..

Kerana faktor kewangan aku pernah meniaga air tebu di bulan puasa di bawah rumahku beberapa tahun lalu. Masa tu kami menyewa di sebuah flat kos sederhana. Mesin air tebu jiran punya. Dia kasi kami guna kerana abangnya yang dulu meniaga air tebu dah balik kampung. Percuma katanya, tak payah bayar. Tuhan permudahkan kami.
Aku pun potong dan mesin tebu. Malangnya mesin itu kurang baik. Tebu yang diperah tidak betul-betul sampai kering. Aku agak kerugian. Hampas tebu masih boleh diperah lagi sepatutnya tetapi penggelek mesin itu terlalu renggang dan tidak boleh dilaras lagi.
Tiba-tiba lelaki india yang membekal tebu kepadaku menghampiri.
'Awak rugilah ini macam, takpa mari ikut saya!".
Aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah kenal aku. Aku ikut dia naik lori menuju kedai besi buruknya. Jauh juga seputar 5km.
'Awak ambil itu mesin, pakailah sampai habis bulan puasa. Tak payah bayar!" kata dia. Kalau difikir-fikirkan siapa yang sudi memberi pinjam sesuatu yang mahal kepada orang yang tak dikenali tapi mungkin Tuhan hantar mereka ini untuk membantuku sebagai balasan untuk aku yang entah bila pernah membantu orang lain aku pun tak tahu.

...............................................................................................................................................................

Kereta Nissan Sunny burukku mati di tengah jalan Raub, kiri kanannya hutan. Kami dari Kuala Lipis nak balik rumah orang tuaku. Annisa masih bayi lagi. Kereta kantoi di tepi jalan adalah perkara biasa bagiku. Nissan Sunny bocor atap dan lantai, lampu menyala sebelah dan tiada air-cond itu memang selalu meragam.
Berhenti seorang lelaki.
"Marilah saya bawa kamu sekeluarga pulang ke mana kamu nak pergi. Kereta ni lain cerita. Yang penting selamatkan anak dulu." kata dia.
Kami pun menumpang dia. Sampai di rumah orang tuaku aku mengucapkan terima kasih dan menghulurkan RM20.

"Tak payah encik. Ini ikhlas. Cuma satu pesan saya: Tolonglah orang yang di dalam kesusahan"

Dia berlalu meninggalkan sejuta teka-teki.
.....................................................................................................................................................................

Suatu masa kami terlalu sengkek. Memerlukan wang sangat-sangat. Sham membelek salah satu buku akaun bank aku yang tak aktif. Mujurlah ada rm70. Jadilah!
Aku pun pergi ke bank dan isi borang keluar duit.

"tolong kemaskini buku saya ni." Hehehe! nak cover malu supaya tak nampak sengkek sangat aku mintalah apdet buku. Tanpa disangka2 dari jauh aku nampak baki akaun aku tercatat rm3000. (Aku mempunyai penglihatan yang baik kau tau? Tak rabun lagi).

"rr..berapa baki saya tu?" tanya aku berpura2 macam selamba.

"rm3000 lebih.' kata kerani bank.

"oh ya? Siapa pula yang bank-in tu?" tanya aku.

Dia memeriksa dan mendapati ada seseorang memasukkannya.
Sehingga sekarang aku tak tahu siapa yang masukkan wang atau sudah berlaku kesilapan teknikal atau tidak. Yang nyata jika berlaku kesilapan teknikal pastilah ada pemberitahuan. Yang aku agak- Tuhan punya cerita.

Sebab dalam keadaan tertentu aku terlalu pasrah dan berserah bulat-bulat. Kadang2 Sham pun pening dengan keselambaan aku.
Aku pun... (tapi janganlah purak-purak pasrah tanpa berbuat apa2 seperti tak bayar bil api 3-4 bulan dan pasrah takkan kena potong..hak hak!)

Friday, March 12, 2010

aku 2-3 hari ni dan Pak Amjal..(kemaskini ahad)

Ahad 14 Mac:
Memenuhi undangan Pak Amjal yang menerima menantu. Majlis perkahwinan di Restoran Amjal kat depan Universiti Malaya tu. Hai! Lama tak jumpa pak sedara tukar tiub ni. Bila dia ajak je datang kenduri anak dia ni, aku mesti datang. Otai tu! Ramai pemimpin dan reformis datang. Masa aku sekeluarga sampai sempatlah jumpa blogger Ummu Asiah dan Abang Bad yang tak habis2 sibuk dengan membantu mangsa tahanan ISA. Abang Nasir Isa, uncle Pushpa, Jonah (khairul Anuar ahmad zainuddin- yang lawan Najib kat Pekan PRU hari tu), Zunar dan Alin, Nurul Izzah dan suami, Dr. Siti mariah, abang Mat Sabu, Mahfuz Omar, Dr.Hatta, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Kari kambing jugak yang best!

Tak kenal Pak Amjal? hahaha!! Siapa boleh lupa otai kaki demo yang berani ni? Ingat dia berdiri di depan trak water canon? Ingat masa demo di kem Kemunting waktu 6 reformis ditahan ISA termasuk anak sedaranya Hishamuddin Rais? Ketika FRU dok kejar demonstran, Pak Amjal berlari ke Black Maria dan membuka pintunya agar tahanan dapat keluar? Hahaha! Yee......Pak Amjal yang samalah yang memakai bendera PAS di belakang tubuh kecilnya macam Superman dan memanjat pembahagi jalan sewaktu demo anti kenaikan tol dulu.
Apa lagi?...Ya! Otai nilah yang dihukum penjara sebulan bersama2 Mahfuz dan Salahuddin Ayub dulu kerana didapati bersalah menyertai demo haram bantah kedatangan pemain kriket Israel ke Malaysia. Ke semuanya degil tak mahu bayar denda dan memilih masuk penjara.

Tabik paras pinggang untuk Pak Amjal!!



aku dan Jonah bersama anak masing2

Sebelum tu..
tiga hari aku tak sempat apdet blog. Sibuk juga. Terkejar ke sana-sini. Lepas subuh ke kafe, setelah selesai ke pasar aku ke Brickfields menjenguk konco-konco menyiapkan majalah kartun. Sebulan aku tak ke sana. Zunar dan konco-konco gembira aku kembali. Dan kami tanpa membuang masa terus bertengkar-tengkar pasal idea untuk isu depan. Aku jamin isu depan lebih kaw!


geng konco:- aku, kak erin, israq, pyanhabib, oly, jonos, sham, art, orangorang dan syafiqsunny


Bila aku online facebook akan ada peminat (hak hak!.. konon!) memaksa aku apdet blog. Dah ketagih dah ni, kata depa. Ceh! Aku ingat anonymous je yang minat blog ni. Terima kasih korang yang sudi jenguk blog ni.

Malam kekadang aku tak tengok internet. Letih, ngantuk dan kena bangun awal tiap2 hari. Mujur ada muazzin sukarela mengirim sms setiap pagi "Assolatu khairumminannauumm!!!". Brader Pyanhabib kuharap diberkati Allah swt kerana gerakerjanya itu.

Dalam sibuk2 tu aku masih sempat menghadiri program dan aktiviti seperti ceramah, forum, menonton, nyanyi2 dan puisi, sesekali bersidang dengan anak2 muda patriotik yang aku sayang.
Kata Gedek, "lu ni ada di mana-manalah bro! Gua hairan dengan masa lu.."
Hahah! Aku pun tak tahu macamana aku boleh ada di mana-mana? Mungkin Wak jOno boleh ajar kot? Dia pun dah aktif memblog semula nampaknya..haha!


aku, ammar, syafiqsunny, zul bumilangit, eekmal, najwan halimi, puspa rosman, sham

Penat juga tapi puas. Hidup ini terlalu singkat untuk duduk saja tanpa mahu ambil bahagian apa-apa.


aku, pengamen nikbinjidan, musisi amerul afendi dan aktivis teater fared ayam


Yang penting- aku nak raikan hidup.

Tuesday, March 9, 2010

apa cerita ni?


apa cerita ni? cuba klik sini

Monday, March 8, 2010

pencapaian babi diutamakan, rakyat dilembukan

CUKAI IMPORT BUGGY GOLF DIMANSUH - Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.Najib Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.Selain itu, langkah itu juga mampu menjana pendapatan negara apabila lebih 200 kelab golf di negara ini berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong asing untuk bermain sukan itu


rakyat yang bangang tahap bahalol masih tak nampak lagi? untuk orang kaya yang main golf dapat keistimewaan..
rakyat terbanyak kena GST..

Sunday, March 7, 2010

Tuhan sayang Moeha..

gambar di bawah ialah Moeha, 31. Anak saudara penulis buku politik- Pak Habib (Syed Hussein Alattas). Blog Moeha di sini

3 bulan tidak apdet blog membuat Sham tertanya-tanya apakah khabarnya Moeha. Rupa-rupanya dia dah hampir 10 hari terlantar di wad 7u, PPUM. Dikesan ada batu karang di hempedunya. Sewaktu batu disedut ambil dari dalam badannya, pankreasnya pula tercedera. Akibatnya dia sudah lebih sebulan tidak boleh makan.
Sebenarnya Moeha ada tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan tersebut mengenai saraf penglihatannya dan dia tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kedua kakinya juga sudah kebas. Aku akui kehilangan kata-kata sewaktu mengunjunginya tadi. Moeha manusia hebat. Dia kelihatan lebih sihat berbanding bertemu beberapa bulan lalu selepas kimoterapi. Dia ceria dan kuat semangat. Tiada cerita sedih darinya.
"Ini pengalaman baru saya!" katanya.
"Selepas pankreas saya sembuh, pembedahan merawat batu hempedu akan dijalankan. Dan kata Doktor mungkin saya akan pakai lampin juga selepas itu. Hempedu fungsinya memproses lemak. Mungkin saya akan terkena cirit-birit sejam selepas makan. Well, itu pengalaman baru dalam hidup saya nanti, hahahah!"

Lihat, dia masih boleh ketawa. Begitu juga apabila menceritakan peluang sembuh tumornya.
"Doktor kata susah, tapi Doktor bukan Tuhan. Hahaha!". "Ini hidup kita, asalkan God bless us!"
Oleh kerana tak boleh makan, Sham hadiahkan teddy bear. Dia ketawa. "mesti adik saya yang taruk bear ni dalam kereta nanti!". Moeha sebenarnya dilahirkan kembar. Kembar perempuannya telah meninggal dunia 10 tahun lalu kerana barah payudara. Aku terkedu lagi.

Abang kagum dengan kau Moeha! Tuhan sayang kamu..
korang klik kat atas tadi, bacalah blog Moeha dan kenali insan hebat ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebelum tu kami ke KONVENSYEN PR Selangor.


seronok bergambar dengan pengacara majlis yang dulunya selebriti tv3, Zanirun Baba (kanan). Yang tongah tu Muiz, kawan dari Hulu Langat.

Saturday, March 6, 2010

niaga unta


dunia dunia..
niaga orang lebih untung dari niaga unta..

mufti pon dah pandai kelentong..
hampeh!!!

dahlah yb2 yang keluar kata demi agama dan bangsa pun kaki kelentong....

mari kita kelentong mengelentong kentong ngentong!
lelong lelong ya habibi ya sheikh ya maulana ya sidi ya amri..

ya harus ya sani
wa ampu sana wa ampu sini

Friday, March 5, 2010

mencari perbezaan















uji IQ anda dengan mencari perbezaan gambar ini. Aku dah cuba tapi gagal !