Aku tidaklah rapat dengan mereka sangat tapi pernahlah duduk ngeteh semeja. Anak-anak muda ini ada karisma sendiri dan mempunyai tokoh kepimpinan yang mampu melapisi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran warisan pemimpin2 senior. Secara kebetulan mereka semua datang dari parti yang sama dan harus diakui dalam kancah politik, parti lain seperti PAS atau DAP tidak dapat memunculkan anak-anak muda yang berani selain dari Ketua Pemuda dan Timbalannya. Aku juga tak nampak ketokohan "suara ketiga" dari NGO2 atau pertubuhan2 seperti ABIM atau apa jadah pertubuhan belia lagi. Kadang2 jemu juga dengan politik kepartian, tapi mana lagi nak cari?
Aku rimas melihat 'orang-orang' keliling pemimpin muda ini yang sebok bertekak tentang siapa anak muda yang patut pimpin, siapa berpengaruh atau apa-apa pun. Boikot program dialah, pulau itulah. Bosan. Bosan macam cibai!
Kadang2 apabila aku duduk dengan salah seorang dari mereka aku dilabel orang itu, geng dia ni. Pundeklah korang! Tak paham2 lagi kah?
Aku tak bergayut dengan mereka tapi aku SAYANG mereka. Mereka pun akan kata aku ni tak termasuk dalam 'buku' mereka. Ini catatan ikhlas aku berdasarkan pendapat budak2 AMK. Mendengar kata2 kawan sekeliling korang bukan boleh percaya sangat ye tak?..Biar aku yang takde apa2 kepentingan ni bagitahu. Sila berlapang dada kalau nak jadi pemimpin:-
Shamsul Iskandar (Sam) Ketua AMK terlalu dilihat sebagai politikus. Elitis. Jauh dengan anak-anak muda yang bukan kaki politik. Tanggapan ini Sam harus kikis. Anak muda tak suka pergi ceramah. Cari mereka di tempat-tempat mereka selalu ada. Senang cakap, Sam dilihat macam YB sebelum jadi YB. Agak memalukan apabila Khairy berpesan kepada anak-anak muda AMK supaya menukar ketua mereka kerana "takde fight"lah. Brader Sam, ini cabaran buat anda. (Bila nak belanja aku minum daa?)
Chegubard berpengaruh. Kalau bukan Khairylah lawan dia di Rembau, harus dia menang. (Khairy pun main samseng). Nyawa PKR di Negeri Sembilan di tangan dia dan geng dia. Kenyataan ini tak keterlaluan bagi aku. Jangan cerita banyak tapi buktikannya melalui program anda. Dia buat. Dalam AMK dia digelar one man show atau lone ranger.
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin kalau tak hebat masakan diberi peluang lawan Najib PRU dulu. Aktif semenjak belajar lagi. Tapi kata kawan2 Jonah perlu susun sikit kerjanya. Tak tahu ke mana dia nak bawa.
Amiruddin Shari (Adun Batu Caves) bijak. Bintangnya cerah. Kata kawan2 dia YB yang senang runding. Ketokohan ada.
Nik Nazmi diorang panggil "poyo". Tak tahu mengapa reformis marah sangat dengan dia ni. Pada aku dia budak genius. Muka dia muka "penat study".Kah kah! Kau kena respek juga pengetahuan adun Seri Setia ni.
Hasmi Hashim pernah bertanding lawan Sam. Dia bawa "Agenda Pencerahan'. Dia kata dia tersepit dengan 'imej'. Orang politik anggap dia seniman tapi bebudak seni anggap dia politikus. Pidato dia hebat. Selesa juga bersama dia. Tapi Hasmi kena kerja lebih kuat.
Tapi kalau mereka bersatu (bebudak keliling mereka kenalah usahakan ini) aku rasa Malaysia bergegar!!
Ini pandangan ikhlas, korang jangan kecik hati sebab aku lebih tua dari korang. Korang adik-adik aku. haha! Dan satu perkara yang aku kena bagitahu korang, "aku tak mampu menandingi kehebatan korang semua"
"BERSATULAH BEB!"
9 comments:
SOKONG BRO!!!KADANG2 AKU PUN X PAHAM NGAPE BOSS2 AMK NI MCM X LEH BERSAMA,PADAHAL 1 KAPAL...MASING2 ADA KELEBIHAN...APE PUN,MUSUH KITA UBN...BERSATULAH ANAK MUDA...
mmg pemimpin amk mampu gegar malaysia... mereka semua hebat tapi tak hebat kalau tak bersatu...bersatulah masing2 ada kelebihan.. tu belum cerita pelapis amk yg ramai juga hebat.
hebat saja tak guna sdr...
tapi belum diuji
tengok apa jadi pada ezam n geng
kat mana dia skrg?
so far cekgu bad ok
bila dapat jawatan,pangkat
kesenangan hidup
kita tak tau
apakah dia akan terus setia
ingat!umno/bn sentiasa mengintai
sama2 kita doakan tabah dengan ujian...
soal ezam aku reservw tak mahu cerca dia sebab aku tak melangkah jauh macam ezam..
bagi aku kalau hanya bising saja tapi tidak melangkah garisan merah seperti ezam lebih baik diam.
kalau anda selari dengan dia, diuji seperti dia dan masih kekal bertahan hari ini maka kamu layak cerca dia.
aku?
sumpah..apa yang aku buat tak terlawan debu perjuangan di lubang hidungnya..
hat nih aku setuju 4500%
terserlah akan kejujuran tuan punya blog....
D'ayo
jumpa d'ayo tadi
Lokman Nor Adam?
Aku pun terpikir-pikir dari dulu ada ke penganti Anwar Ibrahim jika sudah penat berjuang? Yang aku nampak Saifuddin dengan Yusmadi.
Bila aku dapt info ni dari kau baguslah...ada pelapis lagi.
Aku pun setuju kata-kata kau...kelebihan yang tuhan beri dah ada... tinggal nawaitu aje...bersatu adalah lagi bagus.
Post a Comment