dia macam abang aku dan kami sangat rapat. Tidur baring dan makan di rumahnya itu biasa. Sebagai abang dia kadang-kadang bertindak sebagai pelindungku dan sebagai abang dia juga menyekat aku dari menyertai aktiviti nakalnya. Aku hanya boleh menyertai aktiviti-aktiviti sihatnya. Aku yang datang dari keluarga susah memang takde baju seluar yang mengikut zaman tetapi dia memberikan baju seluarnya yang dah tak muat untukku. Dia tiada masalah wang. Bapanya taukeh.
Apabila dewasa kami masing2 mencari haluan. Tetapi aktiviti wajib aku setiap kali selesai solat raya akan mengunjunginya. Hampir setiap tahun. Rumahnya berhampiran masjid. Jika aku tak ziarah akan ada kawan2 menyampaikan pesan darinya memintaku datang.
Dia ada wang bapanya dan dari situ dia mula menjadi kontraktor kecil2an. Kemudian dia berjaya merapati seorang menteri kanan. Dia amat berbangga dengan itu. Di rumahnya penuh gambar ditampal di dinding dan di meja hiasan gambar menteri itu, gambar dia bersama menteri itu dan paling dia seronok ada gambar menteri itu sedang membetulkan tali leher yang dia pakai. Nak menggambarkan betapa rapatnya dia dengan menteri itu.
Dia kemudiannya menang Ketua Cawangan parti yang memperjuangkan Melayu. Semuanya kerana dia mampu beli sokongan. Dia ada duit. Perjuangan? Hahaha!
"Aku dengar kau kuat betul membangkang Lup? Hey! kau ikut akulah..cakap nak apa? Aku boleh tolong cakap kat Datuk."
"er..boleh kasi aku 2 juta?' jawab aku, dalam hati.
"Aku sekarang dapat projek 3 tahun makan tak abeh Lup. Bolehlah..untuk bekalan anak-anak." kata dia.
Untuk anak dia je? Bagaimana dengan anak-anak bangsa parti yang dia sertai? Apa perjuangan dia?
Kata kawan sekampungku yang rapat juga dengan aku," Dia sekarang dah buat rumah besar Lup! Dia kuasai kontrak kat daerah kita ni. Orang Melayu lain pun tak boleh cari makan. Abang Hassan tu dulu pegang kontrak makan kat asrama sekolah tu pun kena reject. Pak Mertua 'abang' kau dapat sekarang. Ada yang pernah dapat pun kena cantas, semua dia sapu! Kalau dia nak dapat aku tak kisah, tapi berapa banyak dia nak bolot sampai orang lain pun kena tendang?"
Ya! Aku sikit pun tak kisah kalau rezeki dia bertambah. Aku tak cemburu. Dia abang aku. Malah tawaran nak jadi senang pun aku tolak.(Jadi ketua cawangan pun kaya? Phh!) Tapi bagaimana orang lain yang nak juga peluang? Orang yang bangsanya ramai di dalam parti yang dia sertai.
Aku takkan putus sahabat dengan dia. Aku sayang dia. Kalau abang terbaca ini: anggaplah adik sedang menegur abangnya.
Cuma aku terfikir apa bentuk perjuangan dia? Dan pelik betapa orang2 Melayu boleh dibeli dengan duit untuk mengangkat dia menjadi ketua cawangan parti melayu.
Yang maha pelik: dia BUKAN melayu!!
8 comments:
yang paling menarik ....yang last kali tu..
gua dah kenal dah sape abg lu tu Lup... jgn bagitahu.... sebab gua dah kenal dah...
sekali lagi ulang... jgn bagitahu....
EEE...
EEEEEEEeeeeeee
eeeeeeeeeeEEEEEE
Dr Blog Anti PKR: Berita Terkini
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/gap-dalam-utusan.html
GAP DALAM UTUSAN HARI INI
semalam aku ada keluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan tian chua akan meninggalkan pkr dan menjadi ahli parlimen bebas. tian chua tak menafikan dakwaan aku itu bila dihubungi oleh wartawan utusan.klik sini
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/gempar-tian-chua-bakal-bebas.html
dan klik sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htmhttp://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/gap-dalam-utusan.html
Sumber dari Utusan yg menghubungi Tian Chua:
Tian Chua timbulkan teka-teki
KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketidakhadiran Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada sidang akhbar 10 Ahli Parlimen parti itu bagi menyatakan kesetiaan pagi ini menimbulkan teka-teki.
Malah Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi Utusan Malaysia juga tidak membuat penafian berhubung laporan sebuah laman blog yang mendakwa menerima maklumat bahawa beliau bakal menjadi wakil rakyat Bebas.
"Kena tunggu saya buat pengumuman (mengenai pendirian sebenar), tunggulah...," kata Tian Chua.
Beliau juga enggan menjawab soalan berhubung ketiadaannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR itu sebaliknya berulang kali berkata: "Tunggu masa saya buat pengumuman.''
Pengendali laman blog Gerakan Anti PKR dalam entri terbaru bertajuk 'Gempar! Tian Chua Bakal Bebas?' mendakwa beliau cukup tersentak apabila menerima maklumat berkenaan.
"Tian Chua adalah seperti bayangan 'Ezam' (Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor) dalam PKR. Sepuluh tahun hidupnya bergelumang dengan reformasi dan belantan kayu FRU, kini khabarnya dia bakal meninggalkan mentornya Anwar.
"Adakah benar Tian Chua 'berlaga angin' dengan Chua Jui Meng, hero baru yang punyai gelaran Datuk Seri? Adakah Tian Chua kecewa pengorbanannya dilupakan? Kita tunggu berita lanjut," tulisnya dalam entri itu.
Hari ini, 10 Ahli Parlimen PKR mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan kesetiaan berikutan ramalan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim bahawa beberapa lagi wakil rakyat akan meninggalkan parti itu.
KOMEN SAYA : Harap2 Tian Chua Tak lompat macam katak .Kalau dia lompat jugak .. hahhh mampuih PKR.
Tian Chua pula jadi sasaran berikutnya .. tentu Pecacai2 PKR menghambur kata2 kesat .. pembelot dan macam2 lah... Tak guna ... memang dah tahu dah orang macam ni tak boleh dipercaya lah .. macam2 tuduhan lah yang direka ...
Apa pun kalau semua ahli PKR lompat atau keluar parti satu2 nsmpai habis .. maka tak ada lagi lah pembelot dalam PKR. Maka tak kedengaran lagilah macam2 tohmahan yang direkacipta... Akhir kata .. marilah kita baca TALKIN untuk PARTI KELENTONG RAKYAT dan juga TUAN nya.
bagusla kau ada abang macam tu Lup. Tapi itulah...abang kau bukan melayu!
tapi dia boleh menyelinap masuk menjadi melayu dengan membeli melayu bangang untuk angkat dia...macam madey, bini dolah, pak arab albar-alhabsi...
dalam MCA ada melayu? Ada melayu dlm MIC?
Teringat pilem ABANG
Post a Comment