Sewaktu memandu hendak ke pekan, tiba di sebuah taman perumahan kesesakan lalulintas berlaku. Ada polis trafik mengawal jalanraya. Beberapa orang lelaki bermotosikal ber-vest hijau flourescent mengiringi budak-budak sekolah berlari. Oh merentas desa rupanya. Cikgu-cikgu menjaga check point memikul tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan anak murid terjamin. Silap kejadian pasti disaman ibu bapa.
Kesian....dulu masa kami bersekolah, merentas desa memang benar-benar merentas 'desa'. Tiada kenderaan lalu lalang dengan sesak yang bila-bila masa boleh menggilis kami.
Aku berdiri di balkoni rumah dan memandang ke bawah. Kolam renang sudah lebih setahun tidak berfungsi kerana airnya telap. Anak-anak jiran tak dapat bergembira mandi-manda.
kesian juga.... dulu kami tak kenal kolam renang, kami kenal sungai, tali air, lombong. Percuma! Mandi bogel je.. balik rumah ikut pintu belakang cepat-cepat mandi takut bapak dapat kesan mata merah dan kulit berkepuh. Oh ya! Zaman ni rumah pun takde pintu belakang.
"Woi! Janganlah asyik mengeram telur je..jom kita main futsal malam ni! Sorang RM5 je dah" ajak kawanku.
Dulu kami ada banyak ruang main bola. Padang sekolah, dalam kawasan masjid dan kat laman rumah. Tak payah bayar. Bola pun apa punye. Sekarang ni sekolah ada pengawal, masjid berkunci dan laman rumah penuh kereta.
Mana lagi anak-anak nak bermain? Sepak bola, bergusti dan main rounders di Playstation sajalah. Usah cakap nak bikin layang-layang sendiri. Kalau buat pun kena pi main kat Kepong..huh!
(Mujur Annisa dan An-Nur hanya main muzik)
8 comments:
aok sempat main kondang kondi weh?
satu lagi main lastik para getah gelang? UBI
kahkahkah..
kepong sahaja diwartakan kawasan main layang-layang
kahkahkah..
kepong sahaja diwartakan kawasan main layang-layang
UBI Lepis betul ke PM 1Malaysia nak turun lepis hari minggu ni.?
dengar khabar peruntukkan sambutan menjankau RM1 juta.?
ermm..buat susah org nk main bola aje kat padang besar..
dah..kena pindah main kat padang sek wan ibrahim..
zaman hidup kita sudah berubah bro yang tak berubah hanya UMNO ajer hahahaha pasal depa dari dulu kini dan selamanya...sama
anak-anak main badminton dlm rumah je. Padang permainan jauh, halaman sempit... emmm apa lg... rumah macam tongkang pecah la...!
'Main mata' aci tak, bro?
hahaha..masuk ikut pintu belakang
takut kantoi mata merah mandi sungai.time cuti sekolah mmng best g mandi sungai ramai-ramai
Post a Comment