Monday, March 15, 2010

Tuhan punya cerita..

Kerana faktor kewangan aku pernah meniaga air tebu di bulan puasa di bawah rumahku beberapa tahun lalu. Masa tu kami menyewa di sebuah flat kos sederhana. Mesin air tebu jiran punya. Dia kasi kami guna kerana abangnya yang dulu meniaga air tebu dah balik kampung. Percuma katanya, tak payah bayar. Tuhan permudahkan kami.
Aku pun potong dan mesin tebu. Malangnya mesin itu kurang baik. Tebu yang diperah tidak betul-betul sampai kering. Aku agak kerugian. Hampas tebu masih boleh diperah lagi sepatutnya tetapi penggelek mesin itu terlalu renggang dan tidak boleh dilaras lagi.
Tiba-tiba lelaki india yang membekal tebu kepadaku menghampiri.
'Awak rugilah ini macam, takpa mari ikut saya!".
Aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah kenal aku. Aku ikut dia naik lori menuju kedai besi buruknya. Jauh juga seputar 5km.
'Awak ambil itu mesin, pakailah sampai habis bulan puasa. Tak payah bayar!" kata dia. Kalau difikir-fikirkan siapa yang sudi memberi pinjam sesuatu yang mahal kepada orang yang tak dikenali tapi mungkin Tuhan hantar mereka ini untuk membantuku sebagai balasan untuk aku yang entah bila pernah membantu orang lain aku pun tak tahu.

...............................................................................................................................................................

Kereta Nissan Sunny burukku mati di tengah jalan Raub, kiri kanannya hutan. Kami dari Kuala Lipis nak balik rumah orang tuaku. Annisa masih bayi lagi. Kereta kantoi di tepi jalan adalah perkara biasa bagiku. Nissan Sunny bocor atap dan lantai, lampu menyala sebelah dan tiada air-cond itu memang selalu meragam.
Berhenti seorang lelaki.
"Marilah saya bawa kamu sekeluarga pulang ke mana kamu nak pergi. Kereta ni lain cerita. Yang penting selamatkan anak dulu." kata dia.
Kami pun menumpang dia. Sampai di rumah orang tuaku aku mengucapkan terima kasih dan menghulurkan RM20.

"Tak payah encik. Ini ikhlas. Cuma satu pesan saya: Tolonglah orang yang di dalam kesusahan"

Dia berlalu meninggalkan sejuta teka-teki.
.....................................................................................................................................................................

Suatu masa kami terlalu sengkek. Memerlukan wang sangat-sangat. Sham membelek salah satu buku akaun bank aku yang tak aktif. Mujurlah ada rm70. Jadilah!
Aku pun pergi ke bank dan isi borang keluar duit.

"tolong kemaskini buku saya ni." Hehehe! nak cover malu supaya tak nampak sengkek sangat aku mintalah apdet buku. Tanpa disangka2 dari jauh aku nampak baki akaun aku tercatat rm3000. (Aku mempunyai penglihatan yang baik kau tau? Tak rabun lagi).

"rr..berapa baki saya tu?" tanya aku berpura2 macam selamba.

"rm3000 lebih.' kata kerani bank.

"oh ya? Siapa pula yang bank-in tu?" tanya aku.

Dia memeriksa dan mendapati ada seseorang memasukkannya.
Sehingga sekarang aku tak tahu siapa yang masukkan wang atau sudah berlaku kesilapan teknikal atau tidak. Yang nyata jika berlaku kesilapan teknikal pastilah ada pemberitahuan. Yang aku agak- Tuhan punya cerita.

Sebab dalam keadaan tertentu aku terlalu pasrah dan berserah bulat-bulat. Kadang2 Sham pun pening dengan keselambaan aku.
Aku pun... (tapi janganlah purak-purak pasrah tanpa berbuat apa2 seperti tak bayar bil api 3-4 bulan dan pasrah takkan kena potong..hak hak!)

9 comments:

ummu asiah said...

cerita yang tengah tu buat meremang bulu roma....

apa-apa pun memang betul...sebab orang yang kita tolong dan benar-benar mereka juga orang yang baik-baik akan mendo'akan dengan sepenuh hati buat kita...

ISA said...

Bro,

Lebih kurang dengan nasib gua jer... hehehe....

Yang penting tawakal pada Allah... pasti bantuan akan tiba, dalam pada itu juga redha dengan ujiannya.

mosabit said...

sekarang ni bukan tolong orang susah........

tapi tolong susahkan orang.......

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tuhan sayangkan hambanya

daLyaanoon said...

balasan pada hambanya yang muhsin!

eh, mana Anynnomous?

Unknown said...

Tuan dapat tahu Tuhan punya cerita dimana ramai lagi yang tidak dapat nikmat ini. Peristiwa berlalu begitu sahaja...tanpa iktibar

Gombak said...

salam LBK,
Kalau Allah berkehendak...apapun boleh berlaku.

Ada satu kisah benar. seorg sahabat, baru kehilangan kerja... tak berduit. satu hari si isteri pesan minta belikan susu dan beras. oleh krn tak ada duit dia mundar mandir, tak balik rumah memikirkan beras dan susu anak kehabisan.....
Kisah di rumah.., tiba2 dtg sebuah kereta hantar beras dan susu. si isteri gembira. sampainya si sahabat di rumah, ditegur isteri, kenapa abg tak bg tau, minta org hantarkan barang pesanan kerumah... Si Suami tercengang...tp cepat2 cover line.. a'ah ya..lupa nak bg tau. Dlam hati seribu persoalan...SIAPA yg hantar brg tu???? ada lg cerita... beras yg di hantar oleh SESEORG tu, maka di guna lah setiap hari..., suatu hari sahabat saya tu tanya isteri..., masih banyak lg ke beras, dah lama tak beli...hampir berbulan.. jwb isteri.. "byk lg bang, masih penuh dlm tong beras kat dapur tu". Sahabat skali lg tertanya2 dlm hati.., was2 krn dah lama beras tu di guna tp tak habis2... lantas utk meyakinkan diri.. beliau ke dapur utk tengok sendiri... tau apa berlaku?? bila buka sj tong beras... hanya ada sebutir beras yg tinggal!! sahabat tercengang!! Subhanallah...!

Maimun said...

Maha Suci ALLAH dengan segala KeMulianNya . Kun Fa Ya Kun . Beruntung lah insan-insan yang Di PilihNya untuk menerima NikmatNya.

I help you, you help me wakakaka... said...

Sebagai tanda kesyukuran marilah kita membantu menyebarkan Ilmu pada mereka yang tidak mengetahui apa yang kita ketahui.