Sunday, March 28, 2010

Secawan teh sepinggan pesembur bersama 'Dia".

"Abang! Abang ikut saya ngeteh Sabtu ni kat NZ depan KLCC okey? 2 petang." ajak Syafiqsunny.

"Hisy! Malaslah. Buat apa?" jawab aku.

"Jomlah jumpa 'twittub' kami. Bole abang tulis sikit dalam blog nanti." rayu Syafiq.

Syafiq yang ajar aku pasal facebook dan twitter. Aku ada twitter tapi haram tak pernah buka. Tak reti. Tahap celik IT aku cuma 2 markah lebih baik dari Pyanhabib.

"Jom twitter bang. Facebook ni umno je main." racun Najwan Halimi. Aku terpempan. Apa-apaan ini?

Memandangkan aku lapang awal petang tu (malamnya aku kena jadi pengerusi majlis ceramah Azmin di Beranang pulak) dan ada benda boleh aku tulis, aku gagah untuk hadir. Syafiq dan Najwan macam adik aku sendiri. Tak mahu hampakan mereka.

Sampai saja di NZ aku terasa asing dan tak mengenali sesiapa melainkan Syafiq, Zul Bumilangit dan Eekmal. Aku tak tahu Najwan akan hadir. Dialog2 dia di atas diucapkan setelah dia sampai. Haha! Aku mati kutu. Maklumlah, orang takde twitter. Aku tak mahu duduk dalam bilik tempahan tu dan menyertai Syafiq di tepi jalan dengan 2-3 kerat orang kuat program.

"Dia ondaway, 5 minit lagi sampai." kata Eekmal kepada Syafiq. Syafiq ketawa sambil menunjukkan handsetnya yang sedang melayari twitter. Dia sedang chat dengan 'orang itu' dengan mengatakan apakah sesuai 'orang itu' lepak di restoran mamak NZ. 'Orang itu' memjawab yang dia dah mangli. Dia tak kesah sebab dia anak jati Penang.

"Yang kelakarnya dia panggil aku 'bro'. Kah kah!." Syafiq ketawa.
Lima minit kemudian dia sampai. Jeng jeng...

Kami mengiringi dia masuk. Orang awam yang sedang mengeteh tergamam melihat dia masuk selamba. Ada yang berbisik.
"Hensemlah Datuk Seri!" Jerit seorang anak muda yang sedang minum dengan kawannya.
Anwar bersalam dengan beberapa orang yang menegurnya sebelum masuk ke dalam menemui 'rakan-rakan twitter Anwar Ibrahim'. Setiap rakan twitter ditampalkan dengan kertas pelekat di baju mereka untuk mudah dikenali termasuklah Anwar. Aku saja takde. Seorang pelayan restoran itu meminta sticker nama pserta yang tidak hadir dan dengan bangga menempel sticker tersebut di bajunya. Dia mahu jadi geng juga.
Sesi ramah mesra bermula. Anwar makan pesembur sambil melayani rakan2 twitternya yang aku tak pernah jumpa. Bukan orang parti. Berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Macam2 yang ditanya- hal politik, isu peribadi, harapan mereka dan idea2 kreatif. Najwan suruh aku tanya Iman (anak perempuannya) solo lagi ke? Ahaha!
Di sinilah aku dapat lihat keperibadian Anwar. Dia melayani siapa saja dan orang tidak merasa kekok dengannya. Dia memandang tepat ke arah orang yang bertanya. Terkadang ada pendapat berbeza tetapi dia rasional. Semua hadirin aku lihat puas hati.
Seorang bekas Timbalan PM. pernah memangku PM dan sekarang ketua Pembangkang Malaysia masih sempat bertwitter, menjawab email dan berfesbuk. Tak payah upah orang lain. Macamana pimpinan parti yang lain, yang muda2 tak mampu contohi dia? Sibuk sangatkah?

Dulu aku pernah tinggal berdekatan dengan seorang reformis yang pernah ditahan ISA. Aku sangat teruja tetapi apabila kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya berhari Raya (sudah buat appointment), aku sangka aku akan dapat bertukar2 fikiran dan berkongsi sesuatu yang berharga- rupa2nya hampeh!
Selesai saja makan spagheti, dia dan isterinya tergesa2 ke dapur berduet membasuh pinggan.
lepas tu tiada perbualan sebab dia asyik tersengih2 syok khusyuk layan filem tamil kat tv. Ceh! Sedangkan Anwar dulu sewaktu dibebaskan masih sanggup menerima tetamu beribu dan bersalaman dengan mereka dalam keadaan ketika itu dia sakit belakang. Ini yang harus dicontohi. Ada yang masih belum jadi YB aku tengok dah timing. Porah!!
Oh ya! Reformis seangkatan Ezam yang aku maksudkan tadi dah lompat parti dah...

13 comments:

joegrimjow said...

baru baca buku pasal kuasa internet n ada cite pasal twitter ni
xtau plak ada rakan geng twitter anwar
hehe

karisma dia susah nak dicontohi

pyanhabib said...

oleh kerana tahap celik IT gua lebih dua markah ATAS lu, maka tolong beritahu, restoran NZ dah wujud depan klcc?

mamai said...

orang yang baik tetap di pandang baik biar ada yang bercerita yang tak baik

author faethal said...

Hahaha..bro Kulup.
PyanHabib dah jawab dah pasal 2 markah lebih tu...
Hehehe..

Lu orang memang sempoi!

jOnOs said...

Pasal perjumpaan tu, aku akan kata, " Ceh!"

Pasal IT, 2 X 5 je la korang berdua.

Kah kah kah!

Nota : Semalam, PWTC. Pesta Buku Antarabangsa. Tingkat atas, Najib sibuk-sibuk di ITNM.

Tingkat bawah, depan Dewan Kedah/Johor, Zunar sibuk-sibuk melayan peminat beli ISu Dalam Katak.

Dalam dewan, Pyanhabib dari atas pentas terjun sebelum bersajak. Berlari keluar capai majalah promosi atas pentas.

Gamat 1 dewan. Kah kah kah!

abgBro said...

gua igt 'Dia' tu Fauziah Latiff muahahahaa...

tp kan bro ats kebolehan keterampilan kebijakan daya pimpinan DS itu lah 'Dia' sentiasa jd mangsa dengki khianat aniaya oleh 'geng2' jahat!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku nak juga .. hari juga aku sign up twitter...

kulupSakah said...

joe,
betul bro! (dia panggil syafiq bro kau tahu?)

pyanhabib,
beratus NZ sekalipun tapi kalu ada mamat tu bakhil nak belanja gua tak guna jugak..

mamai,
gitulah adatnye

author,
semua yg dia nk ckp dia tuleh atas kertas pastu anak dia tukang masuk dlm blog atau fb..dia bukan saja buta it tapi tak tahu komputer tu hapa..hak hak!tak caya tanya jonos..

abgBro,
kalu jiwa dia kecik dia surrender dah..

brutal,
aparaa lu..lembab!

daLyaanoon said...

mujurlah dia tak menang ADUN Dusun Tua tahun 2004

Term Papers said...

Awesome. It is amazing how some people come up with cool ideas.

Term Papers said...

it's great to see fresh, creative ideas that have never been done before.

Term Papers said...

Thanks, I like this post it is very good and informative. I am sure that this post will be very helpful.

Anonymous said...

aru baca buku pasal kuasa internet n ada cite pasal twitter ni
xtau plak ada rakan geng twitter anwar
hehe

>>>karisma dia susah nak dicontohi<<<

mmg susah punnn hang nk ikut cara dia .. isk isk isk ... senak perut hang sat gi...