Memenuhi undangan Pak Amjal yang menerima menantu. Majlis perkahwinan di Restoran Amjal kat depan Universiti Malaya tu. Hai! Lama tak jumpa pak sedara tukar tiub ni. Bila dia ajak je datang kenduri anak dia ni, aku mesti datang. Otai tu! Ramai pemimpin dan reformis datang. Masa aku sekeluarga sampai sempatlah jumpa blogger Ummu Asiah dan Abang Bad yang tak habis2 sibuk dengan membantu mangsa tahanan ISA. Abang Nasir Isa, uncle Pushpa, Jonah (khairul Anuar ahmad zainuddin- yang lawan Najib kat Pekan PRU hari tu), Zunar dan Alin, Nurul Izzah dan suami, Dr. Siti mariah, abang Mat Sabu, Mahfuz Omar, Dr.Hatta, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Kari kambing jugak yang best!
Tak kenal Pak Amjal? hahaha!! Siapa boleh lupa otai kaki demo yang berani ni? Ingat dia berdiri di depan trak water canon? Ingat masa demo di kem Kemunting waktu 6 reformis ditahan ISA termasuk anak sedaranya Hishamuddin Rais? Ketika FRU dok kejar demonstran, Pak Amjal berlari ke Black Maria dan membuka pintunya agar tahanan dapat keluar? Hahaha! Yee......Pak Amjal yang samalah yang memakai bendera PAS di belakang tubuh kecilnya macam Superman dan memanjat pembahagi jalan sewaktu demo anti kenaikan tol dulu.
Apa lagi?...Ya! Otai nilah yang dihukum penjara sebulan bersama2 Mahfuz dan Salahuddin Ayub dulu kerana didapati bersalah menyertai demo haram bantah kedatangan pemain kriket Israel ke Malaysia. Ke semuanya degil tak mahu bayar denda dan memilih masuk penjara.
Tabik paras pinggang untuk Pak Amjal!!
Sebelum tu..
tiga hari aku tak sempat apdet blog. Sibuk juga. Terkejar ke sana-sini. Lepas subuh ke kafe, setelah selesai ke pasar aku ke Brickfields menjenguk konco-konco menyiapkan majalah kartun. Sebulan aku tak ke sana. Zunar dan konco-konco gembira aku kembali. Dan kami tanpa membuang masa terus bertengkar-tengkar pasal idea untuk isu depan. Aku jamin isu depan lebih kaw!
Bila aku online facebook akan ada peminat (hak hak!.. konon!) memaksa aku apdet blog. Dah ketagih dah ni, kata depa. Ceh! Aku ingat anonymous je yang minat blog ni. Terima kasih korang yang sudi jenguk blog ni.
Malam kekadang aku tak tengok internet. Letih, ngantuk dan kena bangun awal tiap2 hari. Mujur ada muazzin sukarela mengirim sms setiap pagi "Assolatu khairumminannauumm!!!". Brader Pyanhabib kuharap diberkati Allah swt kerana gerakerjanya itu.
Dalam sibuk2 tu aku masih sempat menghadiri program dan aktiviti seperti ceramah, forum, menonton, nyanyi2 dan puisi, sesekali bersidang dengan anak2 muda patriotik yang aku sayang.
Kata Gedek, "lu ni ada di mana-manalah bro! Gua hairan dengan masa lu.."
Hahah! Aku pun tak tahu macamana aku boleh ada di mana-mana? Mungkin Wak jOno boleh ajar kot? Dia pun dah aktif memblog semula nampaknya..haha!
aku, ammar, syafiqsunny, zul bumilangit, eekmal, najwan halimi, puspa rosman, sham
Penat juga tapi puas. Hidup ini terlalu singkat untuk duduk saja tanpa mahu ambil bahagian apa-apa.
Yang penting- aku nak raikan hidup.
8 comments:
Syibuk syungguh kome ye....
menyibuk
ya, setuju, lu dengan orang rumah lu macam ada bela hantu raya, seh. tak pun, bela doraemon, kasi MESIN 48 JAM SEHARI.
Konlusi nya senang, Kulup memang bela hantu raya! Tu je.
hati sedang resah fikir macam2 masalah...pastu buka pc tengok gambar yang abang bad ambil masa kenduri..hati jadi ceria...
terus buka blog LKS tengok mood yg sama...
raikan hidup..tunggu gambar blog ummuasiah pulak...
Dalam Islam .. bila umur meningkat .. warga emas ... sata2 kematian kita dah dekat .. jadi seharusnya kita bykkan amal ibadat .. bertaubat nasuha.. supay diampunkan segala dosa2 yg lampau. Hal2 duniawi harus kita kurangkan dan kalau boleh lebih kan amal ibadat untuk bekalan diakhirat nnti.
Jgnlah dibanggakan dengan seseorang yg sudia berusia berbuat DEMO kononnya nak tunjuk taring kerana kita belum tahu kebenaran itu disebelah siapa .. cuma pendapat kita sendiri yg mengatakan kita benar .. kerana apa ? ..keran kita terlalu jmud sedangkan pihak yg kita sokong itu belum pasti ada kebenarannya.
Kenapa perlu buang masa dengan hal2 dunia yg belum menguntungkan sesiapa. Bercakaran sesama Islam.
Sepatutnya ORANG BERKENAAN harus malu kepada Allah SWT kerana tempatnya bukan lagi disitu .. tapi atas Amalan kepada NYA.
Perjuangannya bukan atas nama syahid tapi atas nama Nafsu yg tidak dapat di kawal dengan AKAL.
Masih ada manusia yg ajalnya semakin dekat .. masih berdemo dijalanan sedangkan tempatnya hanya lah dimesjid dan surau .. berdemo dengan Allah semata2 kerana memohon kemapunan dan bertaubat adalah lebih mulia.
Aku mampu geleng kepala .. kerana nafsu serakah .. manusia tidak dapat membezakan yang mana satu amalan yg baik utk diri sendiri.
BERTAUBATLAH PAK AMJAL KERANA SAAT2 KEMATIANMU SEMAKIN HAMPIR..TAKUTLAH KEPADA ALLAH .. SANJUNGAN DUNIA TIDAK ADA ERTINYA LAGI .. KEMEGAHAN DUNIA TIDAK DAPAT DIBAWA KE ALAM KUBUR .. MASYAALLAH...
Post a Comment