Tuesday, March 2, 2010

mampuihlah depa

"percayalah pada naluri. Ia dari nurani. Bisikan yang pertama di dalam hati kau itulah bisikan kebenaran. Ia suci sebelum dikotorkan dengan bisikan lain. Kau kena faham antara nurani dan sanubari!' pesan Tok dulu. Sebab itu aku selalu percaya pada naluri dan naluri selalunya betul. Cuma kecetekan ilmu untuk menafsirinya membuat aku selalu terlewat. Atau aku bersifat husnuzan?
mungkin...
bukan aku nak kata..entah kenapa aku memang tak suka dari dulu lagi muka-muka katak lompat ni sejak mereka di dalam PR lagi. Ada yang sombong dok sebelah aku tak nak bertgur sejak jadi YB, pastu asap rokok berkepul2 kat muka anak aku. Yang sorang lagi penuh ciri2 racistnya. Dalam satu siri ceramahnya pernah dia tersasul menyebut perkataan "keling" dan lepas tu gelabah nak cover. satu demi satu dah keluar hari ini.
Ada lagi muka2 yang aku tak berkenan masih di dalam.

Ahh!! Aku wajib bersangka baik.
Namun jika pokok petai akan pupus di Malaysia disebabkan barua2 ni lompat ke BN, aku akan menangis. Jika tidak....pi mampuihlah hang!

kulupSakah : nak lompat dari parti Tupperware ke parti Underware.

7 comments:

ISA said...

Ya... betulllll...

maun said...

Itu le susahnya kalau pemimpin tak mengenal hati nurani...maka dalam politik Malaysia akhirnya akan berlaku episod lompat si katak lompat...baguih jugak... frog cleansing!!!

ali said...

Peh. Isap rokok kek muko anak mmg kurang ajar yg bersangatan.

hg_kasturi said...

SIKULUP LUNCAI MENULIS ..
MAMPUIHLAH DEPA
"percayalah pada naluri. Ia dari nurani. Bisikan yang pertama di dalam hati kau itulah bisikan kebenaran. Ia suci sebelum dikotorkan dengan bisikan lain. Kau kena faham antara nurani dan sanubari!' pesan Tok dulu. Sebab itu aku selalu percaya pada naluri dan naluri selalunya betul. Cuma kecetekan ilmu untuk menafsirinya membuat aku selalu terlewat. Atau aku bersifat husnuzan?
mungkin...
bukan aku nak kata..entah kenapa aku memang tak suka dari dulu lagi muka-muka katak lompat ni sejak mereka di dalam PR lagi.

Syukur Alhamdulillah .. Hang baru sedaq ..dari fantasi ... ilusi dan juga mimpi. Apa pun jangan terpedaya dengan bisikan hati yg pertama kerana kerana syaitan boleh terjah bila2 masa yg dia suka. Bisikan pertama bukan bererti bisikan kebenaran .. hanya naluri yg bertopangkan AKAL shj yg dapat membezakan baik dan buruknya sesuatu kebenaran itu.

Aku masih ingat seorang manusia durjana yang Riak .. Takabur .. Ego .. dengan Naluri yang bertopangkan syaitan dengan bangganya telah mengistiharkan 16 sept 2008 akan terjadi peralihan kuasa kerajaan yang akan diterajui oleh PR (Pakatan Reput). Berbagai2 usaha dijalankan dengan bantuan pihak yahudi .. untuk cuba menghasut ahli parti BN untuk MELOMPAT parti.
Inilah KAEDAH yasng diguna pakai oleh Parti Kelentong Rakyat semata2 untuk memenuhi nafsu serakah dan gila kuasa.

Namun Allah SWT lebih berkuasa dari KETENTUAN MANUSIA DURJANA ITU SENDIRI.Justeru itu harapan tinggal harapan .. ibarat angan2 mat jenin .. terpukul dengan sikat ego .. riak dan takabur itu maka BN langsung tidak menghadapi sedikit pun masalah malah tunjangnya semakin kuat untuk membela orang2 melayu tanpa campur tangan Yahudi Laknat.

Akibat dari sikap mereka ini kemungkinan besar Allah SWT menurunkan berbagai2 BALA keatas manusia durjana ini.Wallahuallam bisawab...
Krisis dalaman bertali arus sehingga membawa kepada perpecahan yang serius. Ramai ahli tertinggi parti telah lompat parti. Dan yang terbaru .. utk pengetahuan SIKULUP LUNCAI : Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini umum keluar PKR kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas - Utusan

Maka sekarang Parti Kelentong Rakyat semakin tenat dan haru biru. Apa pun alasan yang diberikan .. beberapa pihak termasuk lah SIKULUP LUNCAI mengutuk keran serta menghina mereka yang lompat parti menjadi Parti bebas dan bukan BN .. sy ulang sekali lagi BUKAN BN.

Apa pun hakikatnya Paku Dulang Paku Serpih ... Ada satu lagi .. Meludah " ketepi pun " akhirnya terkena juga Muka sendiri.

Inilah bahananya akibat dari tindakan kita yg sering menyalahkan orang lain.. menghina .. menghasut .. mencerca .. memaki hamun dengan kata2 kesat .. mencarut dan sebagainya.

Aku teringatlah satu masa dulu .. kata seorang ahli PAS .. "kita kalau buat dosa .. kdg2 Allah SWT akan bayar CASH kat dunia .. tak payah tunggu bila kita mampus" (lebih kurang la )
Bagi aku .. nak percaya atau tidak .. itu Allah SWT punya KERJA dan kita harus faham.
Bukannya UNDI PAS MASUK SYURGA.

Kepada SIKULUP LUNCAI inilah IKTIBAR yang harus diterima akibat dari kejumudan kita terhadap seseorang yang kita AGUNG kan.

Akhir kata : SERKOPLAH UNDERWARE KEMUKA SIKULUP DAN BUAT DEMO DIJALANAN. ITULAH HARAPAN BANGSA ANDA..

Anonymous said...

jaga jaga... hg_kasturi sdg meludah ke langit.... jgn dekati..nanti terpercik..!

hg kuda said...

mari dah hg kasturi tunjuk hero.. lari2... air liur dia... euwww

Anonymous said...

YANG AKU HERAN SANGAT2 .. LUDAH KETEPI PUN BOLEH KENA BALIK ..ISK ISK ISK ...

APA PUNYAK HAPRAK PECACAI DAP. NAK TANYALAH SIKIT .. PECACAI SIKULUP NI ORANG ISLAM ATAU YAHUDI ..