Monday, April 12, 2010

Kisah 1

5-6 tahun dulu di sebuah cybercafe. Seorang pemuda di sebelah aku sedang leka dengan internetnya. Aku seperti tertarik untuk melihat apa yang membuat dia begitu khusyuk. Dengan buku nota dan pensil, dia mencatat sesuatu. Aku dapati dia sedang sibuk melayari web nombor-nombor ekor.

"Wah! Pandai 'chai'?" sapa aku.

" Biasalah bang. Inilah kerja sampingan saya nak dapat duit lebih. Dulu saya ada banyak saham. Masa ekonomi down, financial saya teruk dan hampir papa-kedana. Tu yang saya buat kerja ni." kata dia.

"Selalu kena ke?" tanya aku.

"Bolehlah bang. Dapat juga 3-4 ratus sebulan.

Kami terus berbual2 kosong dan bertukar2 nombor telefon. Tapi entah ke mana perginya nombor itu dan apakah khabarnya dia sekarang.
Bagaimana ya?

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah 2

Zaman Rock kapak. 80 an. Ganja dan dadah di kampung dan bandar macam Colombia. Kampung aku antara yang terpanas di daerah kami. Ramai yang mampus akibat HIV.
Fesbuk menemukan aku dengan kawan2 lama sekampung. Yang sama-sama mencari ikan laga- mandi sungai dan empangan - berbasikal sekeliling pekan - pekena ais kacang Kow Po.
Tadi chat dengan kawan baik aku.
Kami cerita pasal itu semua. (dulu sangat kuat rasis)
Pasal kami membelasah seorang budak Cina yang masuk ke dalam kawasan masjid hanya kerana dia Cina.
Pasal kami membelasah seorang mamat yang cuba mengurat adik kawan kami tapi akhirnya kami malu-malu alah sebab mamat tu kini dah jadi adik ipar dia.
Kami sembang pasal kawan-kawan kami.
Pehh! 37 tahun hidup - bukanlah muda sangat tapi tidaklah tua kan?
Pasal Azri yang pernah hilang ingatan.
Pasal Tan yang hampir maut menjadi mat gian dan berusaha keras melawannya sehingga hari ini dia berjaya pulih dan menjadi kaki surau.
Pasal Mamat yang dulunya miskin kini kontraktor yang berjaya.

- Pasal Samdol yang pernah ditikam kerana bergaduh dan kemudiannya meninggal dunia - overdose!
Al Fatihah..
Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

esok siapa pula akan pergi?

3 comments:

AbnormalSuam said...

kau pun dah kena sindrom terkenang semasa dulu gak ker?

Hahahaha... welkam to the club...

patutlah arwah tok wan aku, kalau bercerita, dia akan mulakan dengan, 'dulu-dulu...' dan topik yang paling suka dia ceritakan ialah bab dia ngurat sampai last-last kena kahwin ngan arwah tok aku... perghhhh...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

perigi la dulu saya tukang antar dan gali kah kah

hg_kasturi said...

Sama2lah ingat nak mati .. bila manusia ingat nak mati .. maka manusia itu takut .. takut kerana kejahatannya belum mampu utk menebus dosa2 ..