Thursday, April 1, 2010

Wira tak didendang


Di fesbuk tadi aku tertonton gambar terkini kartunis Fatah (gambar atas) yang terkenal dengan watak A.Mamud dalam Gila-Gila dahulu. Oh ya! Hari ni 1 April majalah tersebut genap 32 tahun. Lama betul bertahan walaupun persembahannya sekarang hambar dan tawar. Sayu hati melihat kartunis legenda ini. Terkenang aku akan stroke lukisan kemelayuannya, nostalgia 60an zaman Pop yeh yeh, Beatles dan Rolling Stone. Fatah berdiri dengan sendiri. Abang kepada komposer Manan Ngah dan J.Nagoya (arwah Jalil Ngah) ini hidup sederhana hari ini. Kecik2 dulu aku pernah terbaca di majalah Gila-Gila yang Fatah selamat dibedah ketumbuhan dalam kepalanya. Beliau kemudian terus berkarya dan sempat juga menghasilkan lukisan-lukisan akriliknya. Lukisan gambar Amy Search bersaiz besar karyanya pernah aku lihat di akhbar terpampang di studio Manan. Fatah kemudiannya menghidap sakit tulang belakang. Sesuatu harus dilakukan untuk abang Fatah yang boleh dikira legenda.
Beberapa hari yang lalu pula Zunar menulis tentang Ujang yang tidak boleh berkarya menggunakan namanya kerana nama "Ujang" sudah menjadi hak milik MOY (Mohd Othman Yusof - kini Adun Kukup, Johor) tokey majalah Ujang dan Apo.
Apa halnya? Berikan keadilan kepada Ujang. Jika kamu mahu pegang hakcipta nama majalah, silakan tetapi untuk kartunis Ujang berkarya menggunakan namanya sendiri yang dia gunakan lebih lama dari usia majalah tersebut takkan tak boleh?

Kalau tak benarkan kartunis Ujang terbitkan majalah guna nama "Ujang" okeylah tapi berikan dia guna nama dia. Okey? Dulu majalah "Ujang" tu popular kerana orang mahu tengok karya kartunis Ujang. Ingat tu...
bak kata kartunis Gandum yang mengajuk dialog pengawal berbangsa Sikh dalam Seniman Bujang Lapok "Dia punya nasib dia makan, kita punya nasib kita makan. Apa salah kita makan sama2?".

Persatuan kartunis kena tengok.
(maaf kalau entry budak kartunis setahun jagung ini menyinggung sesiapa. Aku ikhlas)

12 comments:

C++ said...

Bhai...

Betul tue... tak sepatutnya Ujang ditekan begitu... undang-undang ditentukan oleh orang yang punya banyak duit... hampeh tul...

Kesian la gua tengok gambar bro Fatah tue...

Gua baca majalah GG sejak dari mola lagi... memang best... cuma sekarang nih dah ader kureng pasai otai-otai semua dah banyak yang blah...

Apa-apa pun... thanks sebab highlight benda nih...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku lahir gila gila dah ada
tapi aku ikut gak certa fatah ni

author faethal said...

Aku terkejut Fatah masih ada. Keliru dengan arwah Rashid Asmawi.
Fatah dengan karya A.Mamud..
Arwah Rashid Asmawi Fom Taiping With Love..

Anonymous said...

boikot je majalah orang gila kuasa tuh... kepala bana dia nama orang pun dia nak... artis nama siti tah berapa ramai tak jadi hal pun...
macam mana dia buleh hak milikkan nama pulak ye?? sedang sting pun tak mampu nak hak milikkan sting dot com dulu... pasal sting tu perkataan biasa, bukan nama khas untuk dia sorang je...
nama ujang ni pun kira nama common la bagi orang n9.

Oghang Ba Ado said...

astgahfirullah... henh..

Kartunis Gandum® said...

ni semua akai jarman. orang penat penat cipta nama...

cuuuuih!

Unknown said...

salam tuan..

tergezut gak aku nengok perihal lagenda GG nih.. antara otai yg bikin karya paling mengesankan sanubari..

ya.. betul kata2 yg ko taip tu.. sesuatu harus dilakukan oleh gang2 sekartun..

prihal otai ujang lak.. hmm.. parah nih..
bisa tutup periuk rezeki org lain.. tak bagus la itu mcm.. stakat limit kat yg sket2 tu dah ler kan.. teruk btul aa..

OncEUponAtIMe said...

assalam...

aku satu sekolah ngan ujang. cerita dia memang sedih. aku peminat setia GG dan stop lepas UJANG kuar...geng lama dia gayour rock menjadi pujaan SMBK dulu sampai gaya tulis pun kitaorang ikut...
apa berlaku pada ujang amat sedih dan wajar dibantu oleh persatuan. dia takde duit. lepas ujang stop ...habis semua member kitaorang stop beli...sebab karya ujang celop tu hampas...sama jugak dengan cerita DIN BERAMBOI...sapa tau citer ni tau lah...

assalam

nasib kita said...

fatah menderita sakit
ujang dinafikan haknya
sabar jelah
itu semua jalan kesyurga

kepada ujang
nasib dia,dia kaya
nasib anda,dizalimi
walau tak dapat makan sama2
anda bertuah...

kulupSakah said...

nasib kita,
sabar tu memangla sabar, itu depa pun tahu.

Pak Oncu said...

bubuh jer Jang,,,,,,

Jenama said...

Sabar pun ada hadnya, sabar bukan bererti kita biarkan dijijak mempertahankan hak kena juga beb teringat pesan tok guru aku aku dah sampai biarkan orang pijak kepala bukan sabar namanya tu ...tapi bodoh hahahahahahaha