Sunday, April 11, 2010

matahari itu..


selamat pagi matahari
celik mata aku lihat kau setia menyuluh bumi
menyinari rezeki
tanpa basa- basi
matahari yang satu inilah yang menyambut Adam dan Hawa ke bumi
matahari inilah yang menyaksikan Tentera Gajah diserang ababil
kafilah Rasulullah dilindungi panas matahari inilah juga
naik turun kerajaan dunia
di bawah matahari ini
seratus dua puluh empat ribu nabi
Stalin, Lenin, Marx, Hitler, Firaun,
Gautama Buddha, Sai Baba, Guru nanak,
Amerika, Rusia, China, Kanada,
setiap inci penjuru alam
setiap batang tubuh manusia haiwan dan tumbuhan
memandikan cahayanya
rahmat dari pencipta

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

di bawah matahari itu juga emak aku berjemur ..mencari sesuap nasik

gedek! said...

Nothing like the sun ~ Sting (1987) Album yang berbaloi jika diulang dengar...