Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Wednesday, April 28, 2010

lesentukill

sebutir peluru dari timah dan belerang
sepucuk pistol tanpa perasaan
sebuah nyawa lupus tanda harga
setitis darah panas membara
selaut tangisan sarat duka
menjadi halal
dek sejengkal akal yang mabuk
segunung kuasa


(Al Fatihah! Jumpa esok selepas solat Jumaat 2.30 petang di pejabat Suhakam untuk sebuah solidariti)

panggilan dari UK

Kami ketawa sebaik saja aku berkata "hello" menjawab panggilannya. Spontan. Irwin sebenarnya muda setahun dari aku. Dan sebenarnya dia ingat-ingat lupa dengan aku. Fesbuk menemukan kami kembali. Katanya tak kisahlah sama ada ingat atau tidak wajah sebenar aku masa kecil-kecil dulu tapi asalkan kawan abangnya kira kawan dialah. Abangnya Kevin sekelas dengan aku sewaktu di sekolah rendah. 25 tahun dulu.

Irwin: Aku baca selalu blog dan status kau di fesbuk dan aku sangat faham apa yang berlaku di Malaysia. I'm on your side bro. I know what really happened and i was really sick of it. Sebab tu aku tak mahu balik Malaysia bro.

Aku : kau dah migrate?

Irwin : Taklah, UK ni pun bukan best sangat. Bosan juga. Semua kemudahan di sini kau boleh dapat sama dengan warganegara di sini tapi kau tak boleh 'claim' lah. Aku mulanya nak balik tapi bila tengok keadaan di Malaysia..politiknya huh! Shit man! Semakin mundur pemikiran kat sana.

Aku : haha! kau ikut perkembangan sini?

Irwin : Itulah benda pertama aku tengok bila aku on internet. Couples month ago aku ada balik tapi sesuatu peristiwa telah berlaku kepada aku dengan wife aku. Bengang betul. Aku pergi buat visa untuk isteri aku. Pehhh! Aku kena tunggu 7 jam kau tahu?

Aku : laa....

Irwin : Diorang syak isteri aku pelacur dari China. Itu yang pegawai tu cakap. Biadab betul! Bini aku mengamuk. Aku apatah lagi. Isteri aku memang chinese tapi cina German beb. Tengok kakilah sikit. Main hentam saja. Pegawai tu bukan main sombong lagi. Aku malas nak lawan lebih-lebih sebab nampak macam hampir-hampir permohonan kami gagal. nasib baik settle. Itu pun aku kena sabar banyak2. Inilah gara-gara angkara tycoon besar yang bebas macam ada perlindungan, kita yang kecil ni terkena.

Aku : Habis kau tak nak balik?

Irwin : Tunggulah dulu...... kau ingat masa kecil-kecil dulu, kita kayuh basikal mandi kolam dalam kebun getah belakang sekolah?

Aku : "Kolam tiga?"

Irwin : hahahah..ya kolam tiga. Kita masa tu tak pernah fikir warna kulit, kaya miskin, cacat atau normal. Kita main dengan gembira. Tak kenal rasuah, tak kenal diskriminasi. Anak-anak kita dah tak boleh buat begitu lagi.

Aku : Banyak yang tergadai dan hilang untuk sebuah kemajuan.

Irwin : Hey! Marilah UK! Siapkan tambang dan jangan bimbang tentang penginapan dan makan minum di sini. Aku ada. Aku sangat berbangga jika kau datang dan aku akan sambut dengan air mata kegembiraan bro. I'm so proud of u bro!

Aku : Ahh! So kind of you. Ramai kawan aku kat UK ajak ke sana. One fine day bro. Kita pasti berjumpa.

Irwin : Aku sentiasa mengalu-alukan. Take care bro. Bye!

Aku : So long man!

Monday, April 26, 2010

kembara seni

Dua malam lepas aku bermimpi memiliki cd kompilasi Rausyanfikir. Pertama kali terlihat nama mamat ni pada kulit album Ramli Sarip dengan lagu Orang Kota, lepas itu lagu "Mengejar Pelangi" dalam album Qabul kumpulan Lefthanded. Itu masa zaman rock kapak, zaman sekolah menengah. Dengarnya lagu Orang Kota ditulis oleh Art Fazil ketika usianya belum 20 tahun.

Kemudian aku pernah melihat dia bikin persembahan di pentas Central Market awal 90an dulu. Dengan gitar akustik dan tak berbaju, dia menyanyikan lagu Blues Untuk Rakyat dengan sorakan moral sekumpulan peminat yang datang dari Temasik. Sama negeri dengannya.
Aku sempat memiliki album pertama Rausyanfikir - trio Kota Singa yang dia anggotai bersama Mohd Khair Yassin dan arwah Esham Jamil. Album ini ada unsur2 rebel dan ketika rock leleh melanda dan merosakkan persada muzik tanahair mereka tampil dengan konsep sedemikian. Sungguh berani. Ghazal 2020, Satu Suara, Kaum Kanggaru dan lain2 cukup untuk menerangkan ke mana 'idealisme' Rausyanfikir. Pengaruh blues, raggae, folk dan fusion amat dirasai. Jeritan marhaen dirakam. Kaset itu akhirnya berkulat dalam rak aku. Kalau ada dijual di kedai pastilah aku akan membelinya lagi. Sehingga kini aku masih lagi mencari album keduanya yang tak sempat aku miliki. Di dalamnya ada memuatkan lagu Ali Mim Alif lam Sin (kelakar bila lagu ini dikritik dulu kerana nama Ali tak sesuai untuk seorang yang malas sebab Ali adalah nama sepupu Rasulullah. Aku tak pasti berapa ramai "Ali" dalam Pusat Serenti).
Art Fazil mengembara ke Kota London - menurut apa yang aku baca. Anda boleh tengok You tube. Di sana dia bergelandangan, mempelajari erti hidup - menjadi minoriti dan mengenal diri. Kawan aku si Ben botak adalah rakan serumahnya di Kota kelahiran The Beatles itu. Aku sangat berpesan kepada kawanku itu agar Art menerima aku sebagai rakan fesbuknya. Hingga hari ini masih belum terjawab. Hampeh!

Aku juga memiliki album "Nur' nya yang best. Dua lagunya pernah aku gunakan semasa mengarah sebuah drama pentas untuk sebuah sekolah menengah beberapa tahun dulu.
"ya Hayy ya Hayy.. Nur adalah asal asli rohani!"
Semalam aku ternampak CD Art terbaru menyanyikan semula lagu kanak-kanak rakyat seperti Ikan Kekek dan macam2 lagi. Belum ada uang untuk membeli.
Aku kagumi Art walaupun semacam masih ada 'kekurangan' atau masih belum Art mahu "curahkan sehabisnya" dalam karyanya yang membuatkan aku masih belum puas. Art macam masih mahu berselindung atau enggan berterus terang. Atau 'ilmu" dan "pengalaman"nya adalah milik peribadi yang hanya sedikit cukuplah yang cuba dia lepaskan di dalam karyanya.

Salut untuk Art!

Sunday, April 25, 2010

biar kalah asal bermaruah!

biar papa biar kalah,
kalau hari ini bodoh esok harap2 sedarlah..
yang penting ada maruah
yang penting tak lut dirasuah

kalah menang bukan ukuran
hidup mati bukan penentuan
jadilah pahlawan terus mempertahankan
barulah wira dalam perjuangan


(melembukan spr, membabikan polis dan fru, mengkerbaukan media, merasuah rakyat dan membalacikan penjilat2 , mengikat tangan lawan adalah kemenangan mutlak sang bacul. Tahniah kerana meneruskan kebaculan!)

Zaid menang di bkt fraser

maklumat ummu asiah terkini:-

pr 22
bn 15

syabas orang bukit!


ada prk lagi lepas ni katanya?.......er..

Saturday, April 24, 2010

hampir sah: BN menang besar


Wak Sembab sasar (sasau) menang majoriti lebih 6000. "jangan tanya macamana saya tahu!'

hehehe!
betul, BN menang kali ni. SPR pun cakap macam ketua cawangan umco. Polis, FRU, pukida dilembukan

tahniah! 1 lagi kerusi untuk BN.
CHEERS!

lagi dibodohkan

buletin 1.30..
"tiada pengundi hantu....."
"berjalan lancar, tiada keganasan.."

bodoh! orang kat sini nampaklah babii!
bohong tahap Apco!!
oh ye..
zionis ye tak?
SPR cakap pun macam khadam rosmah. hak hak! tan srilah katakan!

yang pelik di hulu selangor tapi BN (Barua Najib) masih mangkuk bongok!


tiba-tiba ada saluran 5. SPR tak boleh jawab..

(hahaha! Babi Nasional masih tak sedar lagi? pukimak..nak menang main kotor..dasar tak mandi junub)


geng2 3line (pukida) melembucucukhidungkan diri mereka dengan berkubang di depan kampung orang asal untuk lengah2kan orang asal keluar mengundi..
(kalau zaman dulu2 puak2 ni dipanggil - abdi hamba sahaya.
perhatikan muka depa - keruh gelap semacam. nak dakwah camana?

Friday, April 23, 2010

pesta hulu selangor



memang pesta. PRK adalah pesta di Malaysia yang sama meriahnya pesta bunga, pesta laga lembu Matador, pesta baling buah.
Tak kira anda parti apa, raikanlah PRK. Semalam di Bandar Baru Sg.Buaya ramai aku jumpa di tempat-tempat ceramah.
Ada Pak Habib (Syed Hussein Alattas). ada pelakon Shamsuddin Baslah (gambar atas-pelakon Bukit Kepong). Nampak penggiat teater dan orang kuat Istana budaya Hatta Azad Khan bersama keluarga, nampak pelakon Dharma Harun Al Rasyid dengan anak2. Pelancong politik dari serata Malaysia ada. Dari luar negara.
Memang best. Payung kami laku.

malam ni malam akhir. Ada poster terpampang di Stadium Mini K.Kubu Bharu
"Debat Anwar dengan Najib pasal APCO" malam ni.

eheh! Ye ke jadi?
Najib berpunaikah?

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor fest..

khamis: 2 petang.

dalam keadaan ngantuk lepas pekena siakap dengan abang Pyanhabib dan Kak Erin di Restoran Cina Muslim Tmn Melawati, aku memandu ke Kuala Kubu Bharu. Nasib baik Sham ikut.
Misi: mencari Ummu Asiah di bilik media PKR.

Pekan kecil Kuala Kubu Bharu selalunya sunyi. Kali ini seperti ada perayaan.

Teringat malam semalam di Sg.Buaya. Estet yang hampir keseluruhan kaum india di dalamnya menyokong PR. MIC hampir lumpuh dan terpaksa memanggil orang luar untuk mengganggu program Anwar dengan membuat bising menghalakan speaker ke arah mereka.
Penduduk estet marah kerana orang luar tunjuk samseng di kawasan mereka. Nyaris budak2 MIC berbaju "MIC Bandar Syed Putra" tak boleh keluar kerana jalan disekat. Mujur FRU datang mengiringi mereka keluar.
Memang macam ada pesta malam tu. Anak2 gadis India berpakaian cantik keluar dari kuil. Orang tua dan kanak-kanak berduyun2. Menjamu mata dan meninjau2 jualan. kanak2 membeli lampu mainan. Mula2 tak jelas pendirian politik mereka. Tak tahu sokong siapa.
Tapi sebaik saja Anwar sampai jalan terus lengang. Ke semuanya menyerbu masuk ke dalam khemah.
Aku terpaku.

Sampai di Bilik Media sembang sekejap dengan Ummu Asiah dan Gan Pei Nei, amoi cun Adun Rawang. Ummu Asiah terpaksa balik. Blogger Zorro Unmasked (gambar atas) ajak kami pekena teh. Lama tak sembang dengan dia. Dia pernah menulis pasal kami sekeluarga di blognya. Bertukar-tukar fikiran(tak bertukar2 paiplah) dari cerita politik, pasal RPK kawannya sehinggalah hal-hal keluarga dan kesihatan.
Tukar Tiub datang bawak muffin yang sedap. Tambah secawannnn lagi.

5 petang Cikgu Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK buat sidang media. baru keluar lokap dengan kawannya kerana menurunkan poster "provokasi' tanpa logo parti mana. SPR janji nak tanggalkan tapi dah 2 hari takde apa2 tindakan. Fariz dan kawan2 cuba bantu SPR buat kerja tu tapi dilokap dan didakwa hari ni (Jumaat).

video

Mereka kemudian bawa kami minum lagi. Shamsul Iskandar ketua AMK join dan sedikit bertanya kepada aku perkembangan blog2 macamana? Tentang isu PRK ini.
(barangkali dia tahu aku pernah mencuit dia, tapi dia profesional)
Aku cuba minta mereka kupas isu tempatan yang lebih dekat dengan rakyat. Sam bersemangat walaupun dia tak terpilih jadi calon sini. Anehnya ada pulak yang keluar parti kerana kecewa Sam tak terpilih.
kah kah kah!

Ke bilik media semula. Berehat sambil mengorat Ginie Lim dan Lateefa Koya. Mereka orang penting dalam Penerangan dan Komunikasi. Lateefa terpaksa main banyak peranan. Sebagai ketua penerangan - sesekali terpaksa bercakap sebagai peguam dan dalam masa yang sama bebanan tugas sebagai ahli majlis juga -
Dr. Syed Husin Ali datang sewaktu kami hampir balik. Annisa tak sihat di rumah. Demam.

kami pulang awal seputar 8.30 malam.
Petang Jumaat ni aku memandu lagi ke sana. Bersama geng2 Gedung Kartun. Sham mungkin pergi sendiri.
Jom! malam ni Tok Guru Nik Aziz di stadium.
Pyanhabib dan Pak Samad Said perform di Malam prihatin Gaza bersama Solidariti Anak MUda Malaysia, Chegubard, Nik Nazmi, Amir Shari, Nurul Izzah dan Sya reformis.

penebus dosa..

Dilarang membuang sampah. Denda rm300

"............bla..bla...jika didapati bersalah anda boleh dikenakan hukuman denda rm2000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali"



aku selalu terjumpa benda2 di atas. tertanya-tanya aku: adakah uang berperanan menebus dosa? kesalahan kau akan diampun jika hukuman ini dikenakan. Tapi jika bayar kamu lepas.
orang yang ada uang boleh bayar dan lepas. berulang2 kali pun takpe. janji bayar.

mencuri, berzina dan macam2 lagi: lepas jika kau ada uang membayar.

uang sebagai penebus dosa.
sekarang ni kalau minum arak tak yah kena rotan, cukup mendapat pengampunan sultan je.

Allah ok je..

Wednesday, April 21, 2010

kah kah





drebar bas cakap "jangan bimbang! ini kawasan gerenti BN kalah!"
sham tanya, "uncle bawak bas umno pasal apa?"
"ini cari makan punya.." kata dia.

yeahhh!!

video

kerana gentar dengan kebangkitan India estet dan sokongan mereka susut, MIC bikin kecoh dalam dewan mereka yang kosong ganggu ceramah Anwar.
Mereka ahli MIC dari luar yang cuba provoke India estet sana. Pergaduhan hampir tercetus. Polis dan FRU gagal suruh depa diam.
Kah kah kah!
video

lihat pengaruh anwar

Tuesday, April 20, 2010

perihal mabuk

hari ini kecoh pasal orang tu kaki minum, orang ni kaki mabuk..

"dan janganlah kamu dirikan solat ketika dalam keadaan mabuk"

pernah dengar, lihat dan jumpa ayat di atas?

apa maknanya?
kalau mabuk tak yah solat? Masa tak solat boleh mabuk?

jangan jadi bangang..

yang dimaksudkan mabuk ialah:-
tak sedar diri,
tak kenal diri
tak dapat bezakan betul salah
hilang pertimbangan
tak waras
khayal

mabuk paling bahaya:-
mabuk kuasa
mabuk nama
lupa asal lupa usul

kalau kaki arak - bertaubat!

mabuk free-
mabuk laut (best woo)

mabuk yang dibolehkan:-
mabuk rindukan Sang Pencipta
khayal, datang dzauk, khusyuk
mabuk hakiki!

selamat mabuk!

Sunday, April 18, 2010

"Aku dan Kamu"

sila ke blog ini untuk tengok drama pendek DIY aku..


- terima kasih Nikbinjidan.


sementara itu Dr Halili Rahmat keluar PKR masuk Umno.
Haa..........baguih! Tak dapat jadi calon pi keluar.
itu jelah harga perjuangan kamu..

hahahahahaha ! bagus bagus kimak!

lawak isnin..

ubat mata PKR
kena sita..

kah kah kah..usahasama Bikmama dengan mamak madey..

Friday, April 16, 2010

mempertahankan ketuanan melayu di hulu selangor

kata kawan aku budak umno "kita mesti mempertahankan ketuanan melayu di hulu selangor dengan mengundi komalanathan MIC. PKR menggadai ketuanan melayu."

hak hak! Sama seperti makcik2 nangis sewaktu Datuk Kamarul Bahrin menewaskan Sothi dulu. kata mereka habislah ketuanan melayu.

dan ketika Parthiban menewaskan Khalid Ibrahim di Ijok dulu mereka gembira kerana mereka telah buat solat hajat di surau agar parthiban menang.


ramal Raja Petra, Zaid bakal menang majoriti besar - lebih 3000. katanya Zaid tiada kes rasuah. amat sukar nak cari orang umno bersih rasuah. dia kaya kerana kepandaian berniaga firma guamannya. Itu takde masalah.

apa kata aku?
.............................
siapa saja menang tak kisah asalkan pilihanraya dijalankan dengan telus!

Thursday, April 15, 2010

Wednesday, April 14, 2010

yang ni aku tentang!

ada segelintir NGO dan individu yang menuntut agar identiti agama di Mykad dibuang. Contohnya mykad aku tidak tercatat apa agama aku.

yang ni aku tak setuju dan tentang habis-habisan!

identiti agamaatau akuan menganut agama apa perlu didokumenkan untuk mengelak penipuan dan penyalahgunaan.

Bulan puasa ramai yang boleh makan di khalayak ramai dan tanpa dokumen agama apa dia bebas.

Dan penghinaan besar bagi orang Islam ialah apabila kedai2 makan bukan Islam menggantung ayat Al Quran dan menyamar milik muslim untuk menarik pelanggan Islam masuk.

tak percaya - sila siasat. jangan kata ini tak berlaku. Kementerian Agama dan jabatan2 berkaitan kena pantau dan ambil tindakan.

Kalau berahim ali dan perkasanya mmemperjuangkan isu penghinaan ini aku akan sokong habis2an. noktah!

askar kobau (buffalo soldier)

menteri agama, jamil K berjaya halang kes Qazaf liwat Anwar ke mahkamah syariah.
Syabas menteri agama kerana anda yakin undang2 syariah ciptaan tuhan agama anda tidak mampu beri keadilan.
jamil K..
K untuk kobau!



opsss..apa kena mamat di atas ni? klik sini

maaf!

atas nasihat APCO dan amaran 48 jam oleh Perkasa - maka tiada entry hari ini.

kahkahkahkahkahakahakahakajahaajakakahakakahaakahakjakahakakahakjakakakakajakakjakkakakakakak
kahakahakahakahakahakahjakajahakajkaas.ksmbbabbaansnamhdsjdshsghabwrsgabamskjkak..

hak hak hak hakahakahakabakahakajakahahajha..

Monday, April 12, 2010

percayalaaaaaaaaahhh!!!

"1malayISA adalah idea sayaaaaaaa. Mana ada tiru 1israel ka 1izrail ka. Idea sayaaaaaaa. atas nasihat suami saya yang gedempol tuuuuuuu."

yang indon di bawah ni tiru sapa pulak?
sapa tiru sapa?

gambar ehsan milosuam.blogspot.com
Kisah 1

5-6 tahun dulu di sebuah cybercafe. Seorang pemuda di sebelah aku sedang leka dengan internetnya. Aku seperti tertarik untuk melihat apa yang membuat dia begitu khusyuk. Dengan buku nota dan pensil, dia mencatat sesuatu. Aku dapati dia sedang sibuk melayari web nombor-nombor ekor.

"Wah! Pandai 'chai'?" sapa aku.

" Biasalah bang. Inilah kerja sampingan saya nak dapat duit lebih. Dulu saya ada banyak saham. Masa ekonomi down, financial saya teruk dan hampir papa-kedana. Tu yang saya buat kerja ni." kata dia.

"Selalu kena ke?" tanya aku.

"Bolehlah bang. Dapat juga 3-4 ratus sebulan.

Kami terus berbual2 kosong dan bertukar2 nombor telefon. Tapi entah ke mana perginya nombor itu dan apakah khabarnya dia sekarang.
Bagaimana ya?

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah 2

Zaman Rock kapak. 80 an. Ganja dan dadah di kampung dan bandar macam Colombia. Kampung aku antara yang terpanas di daerah kami. Ramai yang mampus akibat HIV.
Fesbuk menemukan aku dengan kawan2 lama sekampung. Yang sama-sama mencari ikan laga- mandi sungai dan empangan - berbasikal sekeliling pekan - pekena ais kacang Kow Po.
Tadi chat dengan kawan baik aku.
Kami cerita pasal itu semua. (dulu sangat kuat rasis)
Pasal kami membelasah seorang budak Cina yang masuk ke dalam kawasan masjid hanya kerana dia Cina.
Pasal kami membelasah seorang mamat yang cuba mengurat adik kawan kami tapi akhirnya kami malu-malu alah sebab mamat tu kini dah jadi adik ipar dia.
Kami sembang pasal kawan-kawan kami.
Pehh! 37 tahun hidup - bukanlah muda sangat tapi tidaklah tua kan?
Pasal Azri yang pernah hilang ingatan.
Pasal Tan yang hampir maut menjadi mat gian dan berusaha keras melawannya sehingga hari ini dia berjaya pulih dan menjadi kaki surau.
Pasal Mamat yang dulunya miskin kini kontraktor yang berjaya.

- Pasal Samdol yang pernah ditikam kerana bergaduh dan kemudiannya meninggal dunia - overdose!
Al Fatihah..
Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

esok siapa pula akan pergi?

Sunday, April 11, 2010

matahari itu..


selamat pagi matahari
celik mata aku lihat kau setia menyuluh bumi
menyinari rezeki
tanpa basa- basi
matahari yang satu inilah yang menyambut Adam dan Hawa ke bumi
matahari inilah yang menyaksikan Tentera Gajah diserang ababil
kafilah Rasulullah dilindungi panas matahari inilah juga
naik turun kerajaan dunia
di bawah matahari ini
seratus dua puluh empat ribu nabi
Stalin, Lenin, Marx, Hitler, Firaun,
Gautama Buddha, Sai Baba, Guru nanak,
Amerika, Rusia, China, Kanada,
setiap inci penjuru alam
setiap batang tubuh manusia haiwan dan tumbuhan
memandikan cahayanya
rahmat dari pencipta

Saturday, April 10, 2010

rumah pink itu (part 2)

Ronasina : dah tutuplah reban ayam ni Jonos. Manalah bapak ayam dengan ayam-ayam ni pergi ha?

Jonos : Hisy! Diorang bukak kat pintu belakanglah. Tak caya kau datang pagi-pagi. Clear!


Memang aku liat nak datang opis pagi-pagi.

prolog-> rumah pink ini tidak sangat menarik perhatianku selama ini. Setiap hari melintasinya aku akan buat-buat sombong dan serius setiap kali bapa ayam terkerenyin menyapa dan mengajak aku menengok-nengok 'apa ada di dalam'.
Bukan aku sombong tapi aku tidak mahu kelihatan murah berbaik-baik dengan mereka. Kadang-kadang naluri aku mendesak aku berkawan dengan tauke daging tiga segi bacin ini. Saja nak berbual-bual. Tapi aku malas. Urusan kerjaku lebih penting. Jika ada masa bolehlah...
Selalunya rumah ini sibuk bila senja menjelang dan membawa ke larut malam. Sesekali ada juga aku lihat lelaki sewarna kulit dengan aku dan mungkin seagama berdiri di depan pintu mengacah-acah. Biasanya mereka memakai helmet. Malu barangkali dilihat aku.
Pergi mampuslah kalian. peduli hapa aku. Penat kau membanting tulang bekerja mencari uang jika mahu kau lampiaskan pati makanan hasil pencarian kau itu ke perut mereka apa ada hal dengan aku?
...
profesi yang tertua
hukuman bisakah menghalang?


* tulisan berhuruf biru adalah sepotong lirik nukilan Usop Kopratasa dalam album Amy "Magic" bertajuk Mengintai Kelawar

Thursday, April 8, 2010

tuan penasihat...

pelayan : Encik mahu minum apa?

aku : Nanti jap, er..nak minum apa ha?

Apco : Kopi ais.

aku : okey, bagi kopi ais satu! Esok Jumaat aku nak pakai baju Melayu tak?

Apco : Pakai t-shirt biasa je..

aku : baiklah terima kasih, nah! Gaji kau bulan ni...

Wednesday, April 7, 2010

bila buntu..

Tak tahu apa nak tulis hari ini. Ramai orang sangka menulis senang, kalau senang tentulah anonymous ada berpuluh ribu blog dan tak perlu menyempit kat celah-bedah blog orang lain memaki carut. Penulis mesti punyai gaya penulisan yang baik dan menarik di samping pengetahuan yang tidak sedikit. Tak dapat tidak, untuk ke arah itu - membaca adalah perkara WAJIB kerana membaca mencelikkan minda.
Lama kelamaan berblog macam dah kerja makan gaji. Tak apdet rasa bersalah sebab ada orang akan marah sambil menggigil ketagih nak yang baru.

Hari ini aku buntu - bukan takde apa nak tulis tapi kalau asyik dok tulis pasal gaduh orang politik - bosan. Anti Graviti!
Aku merayau blog Ummu Asiah - ada cerita pasal kami menebal muka menjual majalah kami di masjid Universiti Malaya. Ah! Ulama tersohor Syeikh Bahauddin Naqsyahbandi dulu walau dah jadi guru tareqat tapi masih buat part-time cuci jamban di masjid2. bayangkan jamban zaman beratus tahun dahulu. Imam Ghazali a.s sewaktu hendak berguru dengan guru tassawuf yang hanya seorang tukang kasut di pekan diminta oleh guru tersebut agar duduk di pasar dan membiarkan orang awam menyekehnya dan setiap penyekeh hendaklah diberi saguhati sebiji buah. Pehh! tujuannya untuk melunturkan ego dalam diri.



Setakat malu jual majalah, maknanya ego dalam jiwa memang tebal macam karat besilah.
Aku pergi blog pyanhabib. Huh! orang tua ni pemalas apdet. Yang sakit hatinya, tulis sikit tapi komen pembaca berjela-jela. Apa hebat sangat ke otai tu?..citttt!! Tu subuh karang mesti sms kacau aku tu..siap bang subuh lagi!

Aku pi blog Puspa. Budak sorang ni pun spesis maleh apdet blog. Tapi pasal informatif, aku tinjau2 jugaklah...lagi pun dia ni senang sikit. Suruh siapkan artikel untuk kolum dia dalam buku kami dia akan tepati janji. Sama cepatnya macam Pyanhabib dan Hishamuddin Rais. (sila faham maksud "cepat" itu).

Pastu masuk blog Wak Jono. Tahapa-hapa yang dia tulis aku tak fahamlah! sesat barat nanti! Masuk blog Benludin, Ubilepih, DolahJones, Brutal solo dan pengomen2 tegar di sini...aku buntu!

Nak merokok aku dah berhenti 7 tahun!
Nak jadi macam Mi dalam Laksamana Do Re Mi yang mencari " sabun di bilik mandi..sabun"..haram!
..ahh!!

apa entry aku nak tulis hah?????

lalu kenapa?

hari ni adik genap 7 tahun..

" Kalaulah dia normal, dah tentu dia darjah 1 sekarang." kata dia.

" Mengapa kalau dia tak darjah 1?" tanya aku.

dia diam..

Tuesday, April 6, 2010

rumah pink itu..

sudah tiga minggu aku lihat
operasi rumah merah jambu itu terhenti
ada notis penutupan perniagaan
dan pintu berkunci
tertanya-tanya aku
ke mana perginya taukeh reban dan ayam-ayamnya
di syurgakah mereka?




-Brickfield 3 April 2010

terima kasih tuan!

tulisan ini tersiar di akhbar Sinar Harian hari ini Selasa 6 April 2010 ruangan Cetusan muka surat N15 kolum Bicara Selasa Rahman Shaari. Juga di Sinar Harian Online di sini. Terima kasih tuan di atas ulasan membina dan bersifat universal.


Isu sindiran dalam kartun 'Katak'
Oleh - Rahman Shaari
Perkara di atas ialah judul buku kartun. Orang penting di belakang penerbitan buku tersebut ialah Zunar.
Kulit hadapan buku ini memuatkan gambar enam makhluk separuh manusia separuh katak, dan seorang manusia berkaca mata (si kaca mata) dan bermisai. Dapat dikatakan kulit buku ini membayangkan masalah besar si kaca mata, kerana terlalu besar penyokong harapannya telah melompat. Makhluk separuh manusia separuh katak itu kelihatan riang. Mereka berada di sekitar manusia lain yang ketawa dengan gigi panjang-panjang.
Pelukis mungkin bermaksud menyindir manusia separuh katak, tetapi tujuan tersebut teranjak ke makna lain. Kita dapat mentafsirkan betapa si kaca mata gagal menjaga orang-orang harapannya, dan mereka dengan gembiranya bertukar menjadi manusia katak. Demikianlah isu dalam kartun – 'Katak'.
Di kulit buku juga terdapat pemberitahuan bahawa sebuah kisah fitnah akan disiarkan di halaman 3 – 15. Apabila kita membaca halaman-halaman tersebut, kita menemukan kisah yang telah diketahui umum, hanya pendekatannya berbeza sedikit. Halaman 17 memuatkan kisah dua orang yang bergelar Tun berbual-bual. Tun yang berhidung panjang bertanya tentang tindakan paling bodoh yang dibuat oleh Tun berhidung besar. Tun yang berhidung besar menjawab, "Saya pecat timbalan...". Tun yang berhidung panjang berasa beruntung kerana dia ‘tak buat apa-apa.’
Saya berpandangan, kartun Ronasina di halaman 17 ini terbaik, kerana sindirannya lunak, iaitu bahawa tidak berbuat apa-apa ialah jalan terbaik bagi sesiapa pun. Tun yang berhidung besar itu menghadapi masalah kerana banyak berbuat. Perkara ini dapat dibincangkan secara panjang lebar, kerana dalam motivasi kita mendorong agar orang berbuat seperti Tun yang berhidung besar, bukan berdiam seperti Tun yang berhidung panjang.
Di halaman 29, terdapat gambar orang separuh katak melompat ke dalam ‘tong taik’. Karya ini dihasilkan oleh Enot. Kita dapati, makna daripada kisah orang separuh katak melompat ke dalam tong najis ini juga memuatkan makna yang beranjak-anjak. Pada dekad 1960-an, Abu Bakar Hamzah selaku Naib Presiden Pas ada mengatakan bahawa UMNO ialah tong najis. Dua dekad kemudian, Anwar Ibrahim selaku ketua ABIM memilih untuk menyertai UMNO. Kartun ini membawa makna sesiapa saja yang menyertai UMNO sebenarnya berpengalaman melompat ke dalam tong najis. Adakah Enot menyindir Anwar ketika melukiskan watak-watak lain?
Saya mengemukakan unsur teori anjakan makna agar karya-karya dalam buku ini dapat difahami secara bebas dan menyeronokkan sesiapa saja. Ada kemungkinan buku ini dihasilkan untuk maksud menyokong satu pihak, manakala pihak lain ditentang habis-habisan. Hasrat begitu kurang baik, dan saya yakin Zunar dan kawan-kawanya sedar. Jika terdapat makna yang personal, di sini saya berusaha mengemukakan arah kefahaman universal.
Penyebutan bahawa UMNO itu tong najis, atau ‘tong taik’, tentulah terlalu sarkastik, malah tidak sopan. UMNO, sama juga dengan Pas dan PKR, malah DAP, ialah parti politik yang bergiat dalam zaman moden, yang tebal dengan idealisme. Sebarang perlakuan atau tindakan ahli atau pemimpin parti-parti itu, bukanlah penanda sifat parti. Itu ialah tindakan individu, hasil sikap individu, kehalobaan individu dan agenda individu. Oleh itu, demi mencari kematangan politik, eloklah kita tolak sebarang gelaran yang membawa kesan sedemikian kotor kepada parti-parti politik di dalam negara kita. Secara ringkas kita katakan: Tiada parti yang buruk dan busuk. Tiada!!! Semua baik-baik belaka.
Mulai halaman 67 hingga akhir buku, kita dapat menikmati kartun 'Dari Kerana Mata'. Penulis skrip untuk kartun ini ialah Ronasina, dan tercatat juga ‘pengarah’nya, iaitu Zunar sendiri. Karya ini menerbitkan makna yang lebih beranjak-anjak.
Dua halaman awalnya, iaitu halaman 68 – 69, memuatkan gambar seorang ahli tinju sedang menjalani latihan bertinju. Pada halaman 73 dimuatkan 6 gambar seseorang yang kurus dan bertutup mata ditumbuk oleh ahli tinju tadi. Apa yang menariknya, mangsa ialah seorang yang melakukan kesilapan semasa bercakap. Di halaman 74, watak peninju yang bernama Ehem Nor memberitahu pengawal bahawa dia menumbuk mangsa kerana mangsa mengatakan sesuatu yang menghina. “Ada ke patut dia panggil aku bapa anjing? Nama bapak aku Anjang tau?”

Ternyata di sini bahawa Ehem Nor menumbuk Sang Timbalan kerana Sang Timbalan menyebutkan frasa ‘bapa anjing’. Ini ialah jawapan kepada satu tanda tanya di Malaysia, yang mungkin tidak begitu rahsia. Pada halaman 78, orang yang berhidung besar mengatakan “Sang Timbalan tumbuk matanya sendiri.” Jawapan watak berhidung besar itu menunjukkan tiada pakatan antara Ehem Nor dengannya. Jika watak itu tahu, dia akan mengatakan bahawa Sang Timbalan telah menyebutkan makian 'bapak anjing!'
Pada halaman 80, watak berhidung besar menyerahkan ‘kitab ajaib’ kepada watak lain. Bagi watak yang berhidung besar, Melayu mudah lupa, dan perjuangan belum selesai. Oleh itu, penerusan perjuangan adalah penting. Kisah tamat di sini.
Tentulah keseluruhan cerita dan maksud yang terkandung dalam buku ini dapat difahami umum. Semuanya tidak menimbulkan kesukaran, dan sudah dipercakapkan di sana sini. Kupasan ini saya kira penting untuk membaca mencari makna kedua, ketiga dan seterusnya. Karyawan yang baik tidak berhenti di takat menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak. Karya oleh pengarang yang baik adalah untuk semua – universal.
Dalam hal pemilihan kata, saya fikir kata yang bertaraf maki-hamun tidak akan ke mana, dan malangnya tidak akan ada titik akhirnya. Pyanhabib yang menulis catatan 'Gua Peduli Apa' (halaman 48), setelah mengatakan beberapa perkara secara bijaksana, tiba-tiba terlepas frasa ‘barua politik’. Frasa itu sering kita dengar disebut para ‘keliruan politik’, dan sering terlepas setelah seseorang dipengaruhi makian pemain-pemain utama politik. Dalam pemerhatian saya, terbitnya kata-kata sarkastik, baik ‘tong taik’ mahupun ‘barua politik’, adalah hasil dorongan tokoh yang bercita-cita untuk menduduki tempat tinggi, malah tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. Karyawan menggunakan kata-kata itu seakan-akan lahir daripada jiwa yang murni, padahal yang berlaku di sebaliknya ialah gangguan pengaruh dan hasutan bertalu-talu. Tanpa gangguan itu, kita tahu Pyanhabib sebenarnya lebih jauh sopan, apatah lagi beliau penyair yang berjaya.
Kisah 'Riwayat Tok Seri Jantan Takubin' dapat dianggap satira yang baik. Hishamuddin Rais selaku penulis yang berpengalaman dapat menjaga emosi dalam melaksanakan kerja penciptaannya. Watak Awangku, atau disebut juga ‘si Awang’ ialah padanan daripada watak Hang Nadim dalam ‘Singapura Dilanggar Todak’. Watak ini mengambil bahagian yang kecil, tetapi amat berkesan. Kata-kata yang dipilih oleh Hishamuddin sesuai dengan satira jenis ini.

Buku kartun seperti ini elok dipermaju. Saya tidak akan sanggup terlepas pandang jika Zunar berusaha menerbitkan buku seperti ini seterusnya. Rakyat Malaysia perlu mempunyai sejumlah karya pilihan, dan mereka akan memilih yang disukai. Selain itu, saya terfikir, andai orang yang dianggap ‘katak’ atau ‘separuh katak’ oleh Zunar dan rakan-rakannya menghasilkan karya, bagaimanakah pula isi karyanya itu? Jika dia menghasilkan karya dalam genre kartun, saya dan sejumlah yang lain, amat suka membacanya.

Monday, April 5, 2010

mana yang satu?

Dia : Sekejap KulupSakah, pastu Ronasina, kejap Wak Jono. Kau ada berapa nama sebenarnya?

Aku : 99..

Dia : Nak pakai yang mana satu?

Aku : Mana yang "Satu"?

Dia : Berbelit-belitlah kau ni! Cepatlah, nak pakai yang mana satu?

Aku : Yang tiada huruf dan suara boleh?

Dia : Arghhhhhhhh!!! Kenapa kau ada banyak nama?

Aku : Sebab aku masih mencari 'diri' aku yang sebenarnya.. ia duduk pada namakah atau
apa?

Dia : (mamai)


nota: aku sedang berusaha memilih 'sedikit' tulisan terbaik dalam blog ini (kebanyakannya coretan yang bukan pasal politik) dicampurkan dengan beberapa tulisan aku yang tak pernah tersiar serta beberapa sajak yang pernah aku hasilkan untuk aku bukukan. Sambil tu cari modal untuk cetak. Agak2 ada orang nak beli ke?

Sunday, April 4, 2010

haiya 'alal falah

"Saya nak jadi askar besar nanti mak."

"toksahlah anak mak. kau sorang je anak lelaki. kalau kena tembak nanti menangislah mak."

aku memadamkan niat. mungkin cita-cita tu hanya kerana teruja dengan vic morrow dalam combat.

waktu sekolah rendah aku terlihat rekod peribadiku dan di situ tercatat cita-citaku apabila dewasa hendak menjadi doktor, pilot dan entah apa-apa lagi. Tak ingat itu permintaanku sendiri atau cikgu yang sengaja bubuh.

sekolah menengah dilema melanda nak jadi apa? Kilang elektronik tumbuh macam cendawan. Atau kerja di Proton?

"Kau jadi cikgu jelah." kata apak.

"Ha'ah." kata mak. "Apak kau dulu pun sikit lagi nak jadi cikgu tapi tak habis sekolah."

aku masuk maktab. Tension satu semester. Betulke apa aku nak buat ni? Tup-tup berjaya aku habiskan.

beberapa tahun kemudian aku buat outcampus untuk ijazah. Dua semester aku cabut.

Hari ni aku masih memikir aku nak jadi apa.
"Jadilah apa kau nak jadi. Jadi kau!"
"Hidup ini singkat. Jadi diri kau!"

Haiya 'alal falah! (marilah menuju kejayaan)
la haula wala quwwata illa billah (tiada daya upaya aku melainkan Allah)
Haiya 'alal falah! (marilah menuju kejayaan)
la haula wala quwwata illa billah (tiada daya upaya aku melainkan Allah)
Allahu akbar Allahu akbar! (Allah Maha Besar Allah Maha Besar)
La ilaha ilallah! (tiada Tuhan selain Allah)

Apa kejayaan? Mengapa tiada daya upaya pula ketika melaungkan ajakan menuju kejayaan?

Friday, April 2, 2010

Moeha dengan watak lakonannya..

Ingat Moeha yang aku tulis tentangnya sebelum ini? Kalau anda malas klik di sini aku ringkaskan yang Moeha adalah anak saudara Pak Habib (Syed Hussein Alattas - penulis buku politik) yang mempunyai tumor di dalam kepalanya. Tumor mengenai saraf mata menyebabkan Moeha tidak dapat melihat lagi. Kakinya juga sudah kebas dan dia bergerak menggunakan kerusi roda. Moeha masuk wad sebulan kerana didapati ada batu di hempedunya. Sewaktu pegawai perubatan cuba mengeluarkan batu tersebut, pankreasnya tercedera. Risiko untuk kena diabetes agak tinggi bukan disebabkan sikapnya yang tak jaga kesihatan tetapi disebabkan pankreasnya telah dicederakan dengan tidak sengaja.

Semalam dia telefon Sham, katanya hendak makan di kafe kami tetapi kafe sudah tutup (kami cuma beroperasi 7-00 pagi - 7.00 malam). Lalu dia datang rumah ditemani Nizam, adiknya yang sangat sabar menjaganya dengan baik.

Berdepan dengan Moeha selalunya membuat aku kehilangan kata-kata. Aku tak mahu mengucapkan "Sabar! Ini semua dugaan, pasti ada hikmahnya nanti." Ini bukan kata-kata yang baik bagi aku. kalau tak sabar dia takkan bertahan macam itu dan masih boleh tertawa riang walaupun menceritakan keperihannya yang bermain dengan ajal.
Ini pengalaman aku. Aku sendiri tak suka bila orang menyuruh aku sabar kerana mempunyai dua anak istimewa. Maaf! Cari kata-kata lain.

Moeha baru dua hari keluar wad dan akan masuk lagi selepas ini. Masuk dan masuk sampai bila tak tahu. Dia menceritakan kesakitan yang amat sangat sehingga berguling2.

Moeha mencium Annisa dan An-Nur sambil diperhatikan adiknya Nizam yang sangat hebat dan sabar.

8 malam tadi Nizam sms bagitahu Moeha sangat sakit perut. Dia tanya mana nak dibawa selain hospital. Kami minta dia datang ke tempat kami kerana di sini ada perubatan alternatif. Pertengahan jalan tayar keretanya pancit. Sham menunggu dengan resah. Mujurlah sampai dan sedikit lega selepas itu.

Moeha,
abang tak tahu nak cakap apa. Tapi kau seperti tahu yang kau hanya melakonkan watak yang diberikan di dunia ini. Itu yang selalu kau ungkapkan dan kau raikan.
"Asalkan Allah redha dengan kita."
kata azimat Moeha.

Get well soon!

Thursday, April 1, 2010

Wira tak didendang


Di fesbuk tadi aku tertonton gambar terkini kartunis Fatah (gambar atas) yang terkenal dengan watak A.Mamud dalam Gila-Gila dahulu. Oh ya! Hari ni 1 April majalah tersebut genap 32 tahun. Lama betul bertahan walaupun persembahannya sekarang hambar dan tawar. Sayu hati melihat kartunis legenda ini. Terkenang aku akan stroke lukisan kemelayuannya, nostalgia 60an zaman Pop yeh yeh, Beatles dan Rolling Stone. Fatah berdiri dengan sendiri. Abang kepada komposer Manan Ngah dan J.Nagoya (arwah Jalil Ngah) ini hidup sederhana hari ini. Kecik2 dulu aku pernah terbaca di majalah Gila-Gila yang Fatah selamat dibedah ketumbuhan dalam kepalanya. Beliau kemudian terus berkarya dan sempat juga menghasilkan lukisan-lukisan akriliknya. Lukisan gambar Amy Search bersaiz besar karyanya pernah aku lihat di akhbar terpampang di studio Manan. Fatah kemudiannya menghidap sakit tulang belakang. Sesuatu harus dilakukan untuk abang Fatah yang boleh dikira legenda.
Beberapa hari yang lalu pula Zunar menulis tentang Ujang yang tidak boleh berkarya menggunakan namanya kerana nama "Ujang" sudah menjadi hak milik MOY (Mohd Othman Yusof - kini Adun Kukup, Johor) tokey majalah Ujang dan Apo.
Apa halnya? Berikan keadilan kepada Ujang. Jika kamu mahu pegang hakcipta nama majalah, silakan tetapi untuk kartunis Ujang berkarya menggunakan namanya sendiri yang dia gunakan lebih lama dari usia majalah tersebut takkan tak boleh?

Kalau tak benarkan kartunis Ujang terbitkan majalah guna nama "Ujang" okeylah tapi berikan dia guna nama dia. Okey? Dulu majalah "Ujang" tu popular kerana orang mahu tengok karya kartunis Ujang. Ingat tu...
bak kata kartunis Gandum yang mengajuk dialog pengawal berbangsa Sikh dalam Seniman Bujang Lapok "Dia punya nasib dia makan, kita punya nasib kita makan. Apa salah kita makan sama2?".

Persatuan kartunis kena tengok.
(maaf kalau entry budak kartunis setahun jagung ini menyinggung sesiapa. Aku ikhlas)