Wednesday, April 27, 2011

part 3: sahabat gua

"mengapa kamu tinggalkan aku terkontang-kanting seorang bersolat?" rungut aku.

"Bukankah kami ada? Hahaha! Solat itu penyaksian, menyaksikan diri batin. Mungkin diri zahir kami semua fana dan larut ke alam solat menyebabkan kau tak nampak. Sebenarnya ada. Batin di luar zahir di dalam. Eheheh! Jangan ambil serius, bergurau je." Darwis sudah pandai berjenaka.

"Yalah! Tiba-tiba je aku lihat aku seorang diri sedangkan aku sedang berjemaah." rongos aku sedikit pongah.

"Bukankah kau juga sedang berjemaah? Dengan 7 anggota 5 indera dan 1 jiwa kau sendiri?" sampuk Sufian.

Aku terdiam sekejap. "7, 5, 1?....7 + 5 + 1 = 13?"

"Ya, 13 rukun sembahyang tu ada pada kaulah.. Bila kau mendirikan solat 13 rukun tertegak dengan 13 yang kau sebut tadi. 7, 5 dan 1 itulah. Rukun pentingkan?"

"mestilah penting. tak cukup rukun tak sah solat. Macam rukun nikah, takde perempuan atau takde saksi tak jadilah nikah, haha.." aku berjenaka.

"Rukun sembahyang pertama berdiri tegak. Kalau orang kudung macamana? Bukankah dia tak boleh berdiri tegak? Tak sahlah sebab tak ikut rukun.." tanya Sufian.

"Ah! Kan Tuhan Maha Pengasih, Dia suruhlah solat duduk. pahalanya tetap sama walau tak ikut rukun berdiri tegak." kata aku.

"Kah kah!" ketawa Darwis, aku terkejut dia tak pernah ketawa sejak aku berkenalan dengannya.
"Si kudung itu memanglah tak boleh berdiri tegak tapi dia wajib juga berdiri tegak kalau tak solatnya tak sah. Yang wajib berdiri tegak adalah keyakinan yang haq dalam mentauhidkan Yang Maha Esa. Keyakinan itu yang wajib berdiri tegak, tidak ragu-ragu. Bukan tubuhnya. Jasad tak mampu tegak tapi jiwa mampu. La syarikalahu wabiza lika umirtu....."

sufian menyampu ketawa sebelum berkata " rukun yang seterusnya menghadap kiblat. Bagaimana jika kau diikat di sebatang pokok sedang kau masih wajib bersolat tapi kau diikat dan tidak menghadap kiblat?"

"Kan Tuhan Maha Mengasihani. Dia tahulah kesulitan hambaNya." jawaban selamat dari aku.

"Itu jawaban orang tak mahu berfikir tapi mengaku pandai. haha! Maaf aku bukan mengata kau tapi orang lain." Alif yang tiba-tiba muncul terus membelasah aku.

"Kiblat adalah arah penyatuan. Ramai-ramai menuju ke arah yang satu, mengesakanNya. Tertambat di pokok pun boleh asalkan hati kau berkiblatkan keesaan, bukan berkiblatkan taghut dan duniawi." Kata Alif.

Kali ini aku kena teruk. Tiga orang belasah aku. Aduh!

"Sudahlah, dah lewat malam ni. Pergi tidur. Letih kau aku nampak." kata Darwis.

Aku bangun melangkah, berhenti dan bertanya. "Nyamuk banyak tak kat sini?"

"Nyamuk pun nak cari makan juga. Izinkanlah dia menghisap sikit darah kau. Beritahulah dia jangan bising-bising, hisap saja darah aku yang kotor dan jangan beri aku penyakit." Sufian ketawa tapi aku rasa macam perli aku saja.

"Binatang buas?" tanya aku lagi.

"Orang yang taat dengan kekasih akan juga disegani makhluk lain." jawab Alif. "Pernah suatu subuh kami tersedar harimau kumbang tidur nyenyak dan manja dalam dakapan bapa aku."

aku ngeri. "Kamu semua tak tidur ke?" tanya aku.

"Kami hanya baring. Tidur bermaksud tak sedar. Wahai orang-orang yang berselimut......" Darwis buat lawak juga.

Malam itu aku tertidur juga tetapi agak lewat. Dari perbaringan aku, aku melihat mereka memuja kekasih dengan berbagai cara mengikut selera mereka. Pak Fakir hanya duduk diam termenung jauh tak berkelip, Alif memukul rebana mengalunkan lagu-lagu memuja. Adakalanya dia seperti mabuk dan dzauk, menari-nari sambil melaungkan nama sang kekasih. Darwis sujud tak angkat kepala langsung,berjam-jam. Ibrahim solat tak henti-henti. Muhammad dan Adam tidur saja.

Aku terasa kelopak mataku panas. Hatiku sayu. Aku cuba menyembunyikan esakanku dan akhirnya aku terlena dalam esakan.

(belum habis)

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
bro lu ciluk post wak jono

kulupSakah said...

wak jono pon kena tibai gak ke?

aku said...

brutal, wak jono gi suralaya tamau balik..

Cikli said...

wah best depa ni tak perlu bayar camry setiap bulan

sharouk said...

Terasa kembali makam tasawuf lewat dulu, kini.....

maun said...

Salam Lup,

Boleh cari duit buat novel tasawwuf ni...huhu

Batin di luar zahir di dalam..bila sarung keris sudah menjadi keris dan setajam keris begitu lah adanya..cuma bukan keris Umngok..

Siapa yang mampu sampai kesitu...seorang dari sejuta? Al- Ghazali mengatakannya makrifah tertinggi, Al Hallaj dikatakan sesat kerana itu. zat bertemu Zat, badan di bumi hati dilangit, perkataannya zikir, perbuatannya zikir, diamnya zikir, duduknya zikir,tidurnya zikir malahan projek malam harinya pun zikir,,,sunnah terbesar dari Penghulu Nabi

Niat solat 13 rukun disimpul menjadi 3 rukun atas perbuatan, perkatan dan hati..Rukun pertama Niat...niat tu di hati...hati dimana, umpama kunci di dalam rumah tergantung didinding ke, atas meja ke, atas tv ke dan apa pula kerja nye. Kalau tak tahu bagaimana nak sah solatnya..

Setiap amal dengan ilmu..beramal tanpa ilmu tu bodoh, berilmu tanpa amal itu sesat,..tu yg ustaz2 cakap...belajar perbuatan dan perkataan solat supaya ilmu dan amal menjadi ibadah, tapi sayang bab hati untuk solat tiada siapa mahu mensyarahkan...solat zahir dan batin tidak selari dan mejadi pincang..

Segala perbuatan dan perkataan bukan dari hati menjadi cacat bahkan boleh terbatal dan terkadang menjadi dosa kerana jalannya atas gerakan nafsu semata, Nafsu itu kegelapan dan kejahatan..bagai semut hitan diatas batu hitam dalam malam yang gelap pekat..seolah kebaikan tapi sia-sia, hati itu cahaya dan kebaikan, bak kata Nabi, baik hati baik lah segala..hakikatnya hati tidak pernah jahat yang menjadi jahat apabila sudah tertempelnya nafsu dipadang hati..

Penat sudah mengembara dari alam syahadah ke alam nafsu, ke alam aqal, ke alam iman, ke alam roh, maka aku ketahui mengikut Nabi dengan sunnahnya itulah jalan terbaik dan penghabisan untuk mencapai makam pergantungan sebenar-benar kepada Allah, maqam makrifah tertinggi, yakni Tiada daya upaya melainkan dari Allah dan tiada Tuhan melainkan yang namaNya Allah...

Sybilla Khalil said...

yang mengerti menitiskan mutiara dari mata...

Cempaka R.Minta said...

hii
uncel..
bila baca ,banyak yg cempaka kena belajar dan ambil tahu