Sunday, May 24, 2009

Aku, jin dan bomoh! (siri bercakap dengan jin pt1)

(aku lupa dari blog mana aku dapat gambor ni..TERIMA KASIH! Jelas ketuanan melayu perlu dipertahankan di sini)

Beberapa kerat kawan2 aku yang masih setia menikam ekor mengajak aku menyertai mereka pergi jumpa seorang bomoh di Pahang Barat. Aku sebenarnya malas layan puak-puak yang ni. Masing2 dah ada anak dara tapi perangai tak berubah. "Alah! Kami bukannya nak merompak, ni ikhtiar jugak! Kan Tuhan kata kalau nak kaya kena ikhtiar asalkan tak khianat orang dah le.." kata si Zamri (bukan MB Perak).

"Palahotak hang! Judi bukankah haram di sisi agama?" kataku.
"Di sisi je..bukan di dalam!" loyar buruk jugak Mat Lias ni.

Perangai pedajal aku memang tak pernah berubah dan aku mengajak Mat Jipang, seorang lagi kawan baikku yang tak main nombor untuk mengikut geng2 penanam saham KTM ni (Kuda, Toto dan Magnum). Mat Jipang ni sekepala dengan aku sejak kecik lagi, memang kaki pedajal. Kali ni kami plan nak test power bomoh ni.

Dipendekkan cerita kami pun sampai kat rumah bomoh ni. Bomoh ni akan menurun dan bininya pula akan jadi orang tengah atau moderator dalam bual bicara puak2 ni dengan jin yang dah masuk dalam perut bomoh ni. Bini bomoh memberi amaran agar jangan sesiapa pun merokok apatah lagi rokok gudang garam. Semua pakat patuh menurut macam telur dicucuk kemuncup. Aku tak kisahlah sebab aku tak merokok. Bomoh ni pun mulalah menurun, tahapa benda kes tah sesekali dia bersin, sesekali dia mendepakan tangannya, sesekali menggelepar macam ayam kena sembelih kalaupun tak macam cipan kena liwat.

"Ops! berat jugak ni! Susah sikit nak nampak nombor! Kena lebihkan pengeras!" kata jin dalam perut bomoh (atau bomoh dalam perut jin?)tu. Suaranya memang garau sikit. Macam Hattan.

"Berapa nak lagi?" tanya Mat Lias penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Jarang aku tengok Mat Lias lemah lembut dengan manusia, tapi dengan jin kemain lagi.

"emm..taklah banyak sangat..emm!" Bomoh berulang-ulang kali mengatakan "taklah banyak sangat" sampai Mat Jipang naik angin lalu menengking,"Yalah!! Kot ye pun cakaplah berapa???" Kawan2 yang lain menggelupur ketakutan dengan tindakan Mat seolah-olah menengking jin adalah satu kebiadaban. Bomoh dan jin yang menginap dalam tubuhnya tu pun nampaknya kelihatan terkejut. Aku tergelak perlahan tapi suaraku mengganggu bomoh tu barangkali sehingga dia menjeling ke arahku.

"er..tambahlah seratus lagi!" kata bomoh tergagap-gagap.

Mat Jipang mendengus lalu membakar rokok. Bini bomoh menegur,"jangan hisap rokok!".
"Pasai apa tak boleh?" Mat Jipang membuntangkan mata dan tiba2 jin tok bomoh berkata,"takpa! Dia boleh hisap!"
Aku tergelak lagi, kali ni lebih kuat. Bini bomoh agak kurang senang dengan aku dan Mat Jipang. Kawan2 pun menjeling2 ke arah kami sambil mengerutkan dahi.

Lebih kurang 20 minit bomoh tu pun sedar semula apabila jinnya dah keluar dari tubuh (mungkin pergi cybercafe kot, type entry baru kat blog dia). Bomoh berkata,"biarlah aku terus terang Zamry! Lain kali kau janganlah bawak encik berdua ni! Susah aku!" Dia merujuk "encik berdua" tu kepada aku dan Mat Jipang. "Kau datang lain kali jelah!" kata bomoh yang kelihatan agak bengang.

Kami pun pulang. Zamry dan Mat Lias bersungut2 sebab kami gagalkan misi mereka. Aku bukan apa, masa mula2 dia nak menurun tu ada ke patut dia berserapah memuja jin sambil berkata "Marilah ke mari dampingi aku yang hina dan budak-budak yang penuh kesialan di tubuh mereka ini!" tu yang aku terbakar, aada ke patut dia kata aku sial. Apa lagi aku pun bantai berzikir "Lailaha Illallah!" dalam hati. (Perkataan Allah tu aku keraskan sikit). Yang Mat Jipang pulak bantai baca ayat Kursi dalam hati tah berapa ratus kali tah.
Camnalah bomoh ni tak kantoi..

kah kah kah!

21 comments:

alang said...

Aku ketawa membaca entre ini.hahaha. Orang kita....

P/s lawa la bro gambar tu.haha.

Anonymous said...

gambar macam kat pj state je tu

rahmat haron said...

angan2/ mimpi2/ khayalan2 hidup bahagia
dibeli dengan harga minimum RM 1, malaysia boleh semua mesti bayar, nak kencing berakpun terkadang kena bayar.

tapi kalau setakat akhirnya dapat angan2/mimpi2/khayalan2 hidup bahagia
buat apalah sampai nak kena jumpa bomoh menurun jin?

Anonymous said...

Ha ha...gambo mamat tu baru balik semayang jemaat atau baru nak gi semayang jemaat...

Apa pun pakai samping tak semestinya beriman.

kuang kuang kuang...

Pocong

mamai said...

bro lu punta citer mmg lawak bro...hiburan pagi isnin aku....tu saper yang pakai baju melayu siap sampin ngah beli nombor....

armzeli said...

memang tajam hang punya writing ni bro...wa suka dgn lu punya post..every morning wa mesti klik kat lu punya blog...ia membuat wa berfikir.....good job bro..

KAPITAN MELAYU said...

Satu sindiran seloka yang menakjupkan
tulah..sosial kehidupan orang MELAYU (bukan semuanya)

KTM tu ...maknanya sebegitu rupanya
baru lah faham.....agaknya siapa tokeynya...ada orang Melayu lagi ke

Dan yang pakai samping tu...orang Jabatan Agama kot...

Muga sindiran ini memberi iktibar buat kena semua...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Anonymous said...

salam lup,

masa niaga aku teruk dulu, duit ngam2 utk idup lebih sari, ada sekor manusia bwkkan aku bomoh mintak pelaris,aku yg bingai masa tuh ikut jer, kata bomoh tu nk tlg aku, lps dia menurun (demi Allah jiwa aku mmg menentang tp aku tak daya menentang masa tuh), aku diminta bayor 70 hengget, ko bygkanlah duit byk tu aku boleh sambung nyawa anak isteriku seminggu tp aku terpaksa derma kat org yg janji nk tlg aku, janji apa? nambah sesak ada ler...

aku dah tobat dah lup, takkan aku dekati lg makhluk dajal camtuh lg
akujanji.

masa aku di medan dulu, ada sorg hambaAllah tanya aku, "pak, mau main bontot nggak?" Ya Rabbi, berpinau mata aku lup, ropanya main bontot tu main ekor, ceh! tp lup, sedajal2 aku - main bontot ker main ekor ker mmg aku tak pernah coba, betulll...wlp pernah satu hari isteri aku kejut tgh mlm, dia kata ada sorg lelaki tua pakaia serba putih, janggut pjg memutih dah tunjuk satu tongkat arah dia sambil berkata,"kau dpt empat, empat kali!!!! berpeluh2 isteri aku masa ceritakan mimpinya tuh tp aku pujuk dia tido semula.

lat dua tiga ari aku nengok kat iklan yg ada gambor kuda tu, no yg pertama naik ialah 4444! bukan sekali tu tau lup, byk kali ulang plak tuh, tp Alhamdulillah, sket pun aku tk nyesal....

kulupSakah said...

kata Joseph si Jesus Muslim (rujuk watak mamat ni dlm entry lama)
kalau kau seorang yg beriman dan disayangi Tuhan, kau coba main pun jgn hrp nak menang malah 1 nombor pun tak sangkut, tapi kalau kau bercita2 nak bertuhankan Iblis, kau boleh menang walaupun tak selalu..

Sax-Gold Ent said...

Best... LAWAK bro

cdanhash said...

baik punya labun... bior bebenor yeop...

Ahmad Tarmizi said...

Aku pernah tulis pasal gambar melayu yang beli toto tu tahun lepas. Gambar tu memang asli dan diambil pada Hari Raya Aidilfitri 2007. Baca kat sini http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2008/07/

kulupSakah said...

oh..tarmizi punya blog ye..
terima kasih kerana kerja gila anda! hehehe!

AloyCaricature said...

bro..setahu aku la,
bomoh nombor ni selalunya rumah dok dalam hutan..buruk pulak tu..
hahaha..lawak crita ni.

Snowflake said...

Salam bang Kulup,
Terbongkang ketawa baca bang Kulup nye entri, pastu baca si anon punya comment, makin terbongkang. Apa da.... cool bro.
Wassallam

benludin said...

aku penah terserempak mamat sebelah
aku masa sembayang jumaat nak bagi sedekah masjid tekeluar tiket ekor...rabak jemaah..da mcmana Allah nak turun bantuan..ha..ha

Anonymous said...

Tengok dari jauh mcm Najib je.. cuba nasib manalah tahu dapat 6/52
Orang kite ha ha ha lawak lawak

Term Papers said...

Nice stuff, it is good to read the text.

yanmaneee said...

stephen curry shoes
supreme clothing
curry 7 shoes
jordan 11
pandora
off white outlet
moncler outlet
golden goose outlet
kd shoes
golden goose

sothosh said...

zeal replica bags 9a replica bags replica bags ebay

Anonymous said...

r6o76g6m49 r6p73s5k72 r9z43v0l81 m4t66i1y97 f8x66n4b66 u0m01p3e20