Sunday, May 10, 2009

blahlah lu!

Beberapa bulan lalu seorang kenalanku mengirim sms nak pinjam wang untuk memulakan bisnes. Walaupun aku kaki pokai demi nak melihat seorang kawan memulakan bisnes, aku pinjamkan "separuh" dari jumlah yang dipinta.

Masa berlalu. Dan apabila satu ketika aku memerlukan wang, aku pun mengirimkan sms meminta kalau-kalau dia boleh membayarnya. Senyap dan sms tak berbalas. Kuulang sms beberapa hari kemudian pun tak bersambut. Tak mengapalah..

Suatu hari aku cuba menelefonnya untuk bertanya khabar, bukan pasal duit tapi panggilanku tak berjawab. Yang terdengar hanya nada panggilan yang berbunyi orang bersalawat. Tiba-tiba dia menghantar sms- Aku cuba bayar malam ni. Bagi masa sikit, busy nih!"..
Ah! Bukan pasal duit tapi takpelah...

Setelah beberapa hari aku dapati akaunku masih tidak bertambah, aku diam saja. Tetapi apabila dua hari lepas seorang kawan lain hendak memohon meminjam wang kepadaku, aku teringat balik dia ni. Manalah tahu kalau dia bayar bolehlah aku tolong kawanku yang seorang lagi. Dua sms dan satu panggilanku tidak dijawabnya. Aku bengkek! Mula teringat kata-kata Sonny dalam filem A Bronx Tales, " Dengan harga pinjaman itu dia telah meletakkan 'nilai ' dalam persahabatan ini dan dengan harga itu kau telah membuat dia berambus dari hidupmu".

Aku pun sms kepadanya- "Untuk membuatkau tak serba-salah dan aku tertunggu2, maka aku sedekahkan wangku dan kau tak perlu bayar. Wang boleh dicari. Aku cuma mahukan keikhlasan dan terima kasih kerana mengajarku makna keikhlasan dan pengorbanan!". Aku pun membuang namanya dari senarai dalam telefon bimbitku.

Ya! Wang boleh cari. Tin aluminium tepi jalan boleh dijual untuk dapat duit atau biniku boleh jual karipap, tapi aku mahukan kejujuran- sesuatu yang semakin hilang..

Mungkin kalian tak setuju dengan tindakanku sebagaimana aku sendiri. Aku ada prinsip dan prinsip ini kadangkala membuat aku hilang kawan dan saudara. Tapi prinsip ini juga membuat aku dapat lebih ramai kawan lagi. Aku juga ada berhutang dengan seorang kawan dan jumlahnya pun banyak juga. Tetapi setiap kali aku ada wang dan ingin membayar, dia mati-mati akan menolak sampai aku naik pelik, maklumlah sementara ada duit aku bayarlah- nanti kalau dia perlukan duit dan ketika itu aku pokaikan susah, tapi dia jawab,"Kau jangan bimbang! Tak payah bayar lagi, tak payah!' (mungkin dia ni wali kot).

Apakah aku serik? Oh Tidakk!! Aku akan cuba membantu mana-mana kawanku. Sahabat adalah harta abadi dan aku mahu terus hidup bersama harta-harta abadi ini. Seperti kata kawan lamaku Cheng Ho sewaktu kami makan bersama minggu lepas, "tidaklah menjadi suatu kehebatan jika kau menderma dalam keadaan kau jutawan, tetapi kau seorang yang amat mengkagumkan jika kau masih mampu menderma dalam keadaan kau seorang fakir!"

RAIKAN HIDUP!

19 comments:

Kakcik Seroja said...

Tuan KS..
teman amik catatan mike ni letak dlm blog teman tau...

(dah amik baru kabo ni...)

abgBro said...

bro..

menyepah kwn yg mcm kwn lu tu bro..

tp kwn yg mcm wa payah nk jompaa..

kalu jompa, wa senang ckit!

Shalehudin said...

Bro LKS..
Bagi la henpon no kat wa.. nak sms nie..
Wa layak gak jadi kawan baik..

Tinta Hitam said...

Lup,

Teman pun same kene camtu.Anyway kita tgk balik niat kita masa dia nak pinjam..Last last sekali anggap halal aje lah.

Bila difikirkan wang seratus dua tu tak byk mana kalau nak dinilaikan dgn persahabatan.

Dai tak mau bayar tu masalh dia.Kurang kurang kita dah dpt pahala ibadah..

Don Ubi said...

Kes kwan Keh dgn projek ikan tu itulah mendenya...tak reti menilai persahabatan si Dewair tu..

ISA said...

Bro...

Wa pun kena camtu juga..., tapi yang ini jemaah masjid dan jiran lagi...

dah setahun senyap jer... dan wa pun tak pernah bersuara...

mamai said...

itulah namanya hidup bro....kawan tumpang senang mmg ramai bro...apa pun tindakan bro mmg aku puji...sedekah ajer dari kita pening kepala...mungkin one fine day kita tak tahu

Anonymous said...

aku dulu rasanya lagi teruks
kwn nak dealing bisnes guna tepon opis aku
bil aku bayor untung dia kaut
nak gi jumpa datuk2 pinjam baju aku - teruih jadi harta karun dia!
nak belanja makan datuk2 mintak duit aku - teruih songlap senyap!
aku bg doploh hengget dia carut
tak cukup bayor bil hotel
aku suh depa makan roti canai tepi jalan takmau
sedangkan aku dah lama tak mampu ngeteh
bini aku bising2
aku marah
aku kata takpa takpa
arini ari dia
sok lusa giliran kita dia tentu sibuk nolong
kawan yg sebaik kita
hari ini
dah berhari2
aku cari dia
bukan pasal hutang
yg mmg aku dah terlupa pun jumlahnya
tp surat bangkrap c aku nih
gara2 dia yg pernah aku selamatkan
suatu waktu dulu
tiba2 hari ini dia dah jadi bayang2
boleh nampak tp tak boleh dipegang
aku call dia depan rumah dia
yg ada dua biji kereta baru
tp dia kata dia tak ada
sedangkan dua biji mata aku nampak dia ketawa2 dgn isterinya
dgn anaknya sambil belek2 benda yg nampaknya baru
macam mana hari ini tiba2
dia boleh tak nampak aku
yg duduk sebu dlm sebuah besi berkarat dibandingkan pagar rumah dia yg berkilat?

hahahaaaa....
doa aku biarlah aku ini makhluk terakhir
yg sesuwey begini
bila budi sudah tidak berbody
aku betul2 bagai hingus hijau yg hanya layak dihembus
keluau..keluau....

doaku belum makbul lah!
bila hari ini
ada kulup sakah
yg tapaknya menjejak
jejak2 ku
huhuhuuu...

CYS said...

LKS

Aku berkenan dgn cara LKS...niat sedekah aje...yakin kalau sesuatu hakmilik kita...ia akan kembali kepada empunya. Tuhan tu maha adil.

CYS

Anonymous said...

kulup sakah
kulup sakah...
membaca labun mu adakalnya aku berdekah-dekah
ada saatnya mataku gerimis membasah
aku kdg ingin bertemu
tapi biasalah....
aku ni pemalu....

anyway aku salute
keputusanmu yg mmg tak kalut
buang saja org2 yg kau sangka harta itu
kedalam longkang2 lecit kumbahannya
kerana masih banyak parit2 kering
yang bersih
yang boleh kau airi
dgn peluh jujurmu
dgn sendu ikhlasmu

sesungguhnya
tidak sedikit pun
engkau merugi
takkan merugi
kau yakin janji Allah kan
yg tak pernah berdusta
tak pernah mendustai

andai tidak didunia
disyurga kau dinanti
pasti nanti

Master Yoda said...

Sedih bro ade kwn mcm ni....

D**n....

Anonymous said...

kulup sakah
aku simpati
tp cuma di sini
yg tak bawa erti

kerana aku bagai terasa
kau ibarat pengemis tanpa meminta2
bagai pesakit tak perlu ubat

kau sebenarnya kaya
yg tak berharta
kau mungkin dhaif
dalam naif

duit itu daki
yg membusuk di kaki
tp tanpa ringgit
mmg terasa dia punya perit
mmg sakiiiiiitt!

Anonymous said...

Tahniah bro, nilai PERSAHABATAN lah yang sangat mahal pada hari ini. Jarang kita melihat orang berkawan hingga tahap BERSAHABAT. Kepada para pengulas, fahami apa yang bro kulup cuba sampaikan, NILAI PERSAHABATAN.

Kita sering dengar perkataan PARA SAHABAT ketika bercerita sirah Rasulullah. Sahabat adalah seorang yang sanggup susah dan senang bersama (biasanya susah). Dengan nilai persahabatan yang dilandaskan keikhlasan, sukar pihak lawan untuk mengalahkan kita kerana segala kelemahan dapat ditutupi.

Fahamilah seni bersahabat, anda akan rasai nikmat hidup di dunia. Sukar untuk diperjelaskan panjang lebar, yang pasti saya sudah merasai.

aloha2 said...

tu la jenis kawan nak pekena kawan...tak jadi kawan pun takper...buat sial saja...

aku ingat lagi cakap atuk dulu...yang nak kenakan kita kawan juga...klau orang yang tak kenal susah nak kenakan kita sebab konpiden level kita tuh kurang

Pyanhabib said...

tuhan sayang kamu, kulup!

kulupSakah said...

kawan2ku semua,
tu bukan kawan sangat, kenalan je..baru jumpe sekali dua dah nak meminjam..takpelah..kasi halal jelah!harap dia boleh tido lena dgn menipu

Din,
bak alamat emel nanti aku taruk nombo henfon

alang said...

haha. Setiap orang ada perangai sendiri. Aku pernah jumpa. Orang yg byk sgt duit, tapi liat nk bayar utang kawan2. Padahal tak byk mana pun utang tu. Dunia2.

BUJANG SUSAH said...

ijin menggopy ya lup...?

Anonymous said...

Kulup, kulup...

yang baik dari Allah, yang tak baik dari kita sendiri...

tak payah la nak bercerita tentang kehitaman hati kawan anda. cuba renung dan lihat di dalam hati kita sendiri. setiap kejadian adalah ujian Allah.

mungkin atas keterlanjuran kita sendiri, yang pernah kita lakukan menyebabkan hati 'insan' lain pernah terluka.

jangan salahkan kawan tu kalau anda dah terkena. nak buat camana, anggaplah ini ujian atas kesilapan kita sendiri.

dunia ni pun hanya pinjaman....