Friday, May 22, 2009

cakap-cakap rakyat..

siapa rakyat?
mana rakyat?
kalau tiada rakyat masakan ada wakilnya?
kembalikan 'rakyat' kepada rakyat!


p/s catatan ni dibuat kerana 'sesuatu' telah berlaku... seperti kisah 'plaza rakyat' sebelah puduraya yang dah bertahun2 terbengkalai sebelum KLCC berdiri megah lagi. Begitulah nasib rakyat!

5 comments:

maun said...

Salam Lup,

Rakyat dah menjadi kerbau yang tahu hanya sekadar memakan rumput kemudian dibedal, dilibas untuk dipergunakan...

Rakyat sudah tidak ada keramatnya, bagai kerbau di cucuk hidung, pemikirannya telah beku, jumud sebab pemimpin mementing diri. Berteku disudut kekerdilan mempercayai daulat tuanku yang sudah hilang, dibuai pemimpin retorik sepanjang zaman dengan perbuatan, perkataan dan hati berciri munafik....

Bagaimana mahu bangun kalau semangat rakyat sudah tiada bila kekerdilan telah berkecamuk dibenak hati, kemerdekaan tidak pernah muncul walau 50 tahun zahir sudah merdeka, bila budaya hanya cakap di kedai kopi terus hidup subur bertemankan kelaian beberapa kertas palsu dan kemudian melayari mimpi esok yang indah menjadi keutamaan seolah itulah kehidupan, bila yang beriktikaf di masjid lebih suram berbanding kemeriahan di shopping kompleks dan kedai kopi...hakikat dimana rakyat tidak akan ditemui...

Kerakyatan rakyat telah hilang bila perasaan kesenangan sudah melampui atas segala..Keperitan sebuah Keluarga Gerilya sudah lama hilang dari ingatan rakyat....Bagaimana dikembalikan..ombak rakyat sudah menjadi buih bila gelombang itu diisi oleh pemimpin yang bukan berjiwa rakyat...

mamai said...

rakyat tak ada yang ada one malaysia...

maun said...

Salam Mamai,

One malaysia tu maknanya boria, kalau peribahasanya, masuk kandang kambing mengembik, kalau masuk kandang One Malaysia, alamatnya jadi kepala taik le, yang keluar hampas je...

D'ayo said...

Plaza Rakyat tak siap-siap sebab 'Wakil-Wakil Rakyat' tak gie situ balik jumpa rakyat... dia orang siapkan cepat-cepat KLIA sebab kat situ dia orang balik jumpa rakyat

ps... tapi ada juga rakyat terjumpa wakil-wakil rakyat yang gie situ balik jumpa rakyat... itu baru betul-betul wakil rakyat tapi dia orangpun tak leh buat apa, sebab dia orang tergolong dalam kategori wakil rakyat minority...

Nunca Caminaras Solo said...

Melayu dilayukan olen pemimpin sendiri.. Mana ada pemimpin lain yang sanggup menghebohkan kekurangan kaumnya sendiri..

Dah jadi stereotaip.. Melayu malas, Melayu mudah lupa, Melayu hisap dadah.. Semua yang dihebohkan pasal kekurangan Melayu.. Sampai orang lain dah samakan Melayu dengan sifat-sifat negatif nie..

Pemimpin pemerintah pun suka sebab dengan cara ini, makin ramai Melayu mundur dan senang untuk mereka kudakan.. Sebab itu buat PPSMI utk menyukarkan lagi peluang Melayu luar bandar..

Sebelum zaman 90-an, DEB memang dijalankan secara betul.. Pelajar berpotensi luar bandar dari seluruh negara dikumpulkan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP).. Masa itu xde ramai pun anak orang kaya di satu-satu SBP..

Cuba tgk sekarang.. SBP penuh dengan anak orang kaya.. Sistem dulu dah betul, datang sorang pemimpin Mamak 'improvise' jadi huru-hara.. Dah2 berkokok seluruh negara perkecilkan Melayu..

Aku cakap pasal pendidikan sebab ini antara jalan paling tepat untuk menolong masyarakat Melayu yang serba kekurangan, PELAJARAN.. Melayu luar bandar bukan nak berebut memohon pinjaman tabung TEKUN berpuluh ribu ringgit, mereka cuma nak peluang untuk anak mereka bersaing di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih teratur.. Dengan adanya pendidikan, Melayu diluar bandar akan menjadi lebih berjaya..

Melayu, Melayu.. Makin layu bawah pemerintah Melayu..