Wednesday, May 20, 2009

enampuluhsembilan..

Seperti biasa aku keluar rumah pagi-pagi kerana percaya pagi pintu rezeki terbuka. (pelacur pun buka kedai subuh-subuh). Agak terkejut apabila mendapati lif apartmentku bersih dan tiada contengan atau luahan di dindingnya. Bau rokok dalam lif sudah tiada seolah-olah faham papantanda dilarang merokok tertampal di situ. Lif pula berbau perfume.
Di tempat letak kereta juga kelihatan teratur. Tiada kereta parking bertindih dan menghalang kenderaan lain. Aneh tetapi aku tak hairan semua itu. Aku terus memandu dan singgah di Restoran Nasir untuk bersarapan. Orang kita memang tiada masa bersarapan di rumah, kalau sempat pun tetap akan minum di luar. Rutin!

Selepas membuat pesanan makan minum aku duduk di suatu sudut yang menghadap ke jalanraya. Tidak jauh dariku ada sekumpulan anak muda rugged duduk mengeteh sambil berborak. Ada gitar disandar di dinding. Aku terdengar juga topik perbualan mereka berkisarkan asal-usul muzik dan hubungkaitnya dengan sejarah penaklukan Islam di Andalus. Ada kitab Muqaddimah Ibnu khaldun di atas meja mereka.

Di sebelah kiri pula aku nampak sekumpulan orang tua lelaki berketayap, bersongkok dan berpakaian "agama" sedang ketawa besar berbual sesama mereka. Perkataan lucah dan kotor-kotor lancar keluar dari mulut mereka. Salah seorang dari mereka sengaja mengangkat majalah lucah tinggi-tinggi dan membacanya dengan kuat. Matanya menjeling-jeling tajam ke arahku sambil menyeringai menampakkan tunggul-tunggul gigi dan gusi hitamnya.

Seorang lelaki berdada tinggi dan berjalan lenggang lenggok melintas dan disiulkan oleh sekumpulan orang tua tadi. Lelaki berbuah dada itu memuncungkan mulutnya. Di belakang mejaku ada seorang lelaki berpakaian kemas berkot dan bertali leher sedang makan..er..seperti bangkai tikus di dalamnya. Tekakku terasa mual! Khakk tuihhh!!

Aku berlari ke tandas sebab rasa nak muntah teramat sangat. Aku membasuh muka dan merenung ke dalam cermin. Mataku merah dan kulit muka terasa kotor berlumpur. Aku terasa nak melompat apabila dua orang manusia keluar dari tandas sambil ketawa mengilai. Aku dah cukup yakin yang aku tak salah masuk. Ini tandas lelaki dan dua orang yang keluar dari tandas yang sama itu pun lelaki, cuma ketawanya kedengaran lembut. Aku merenung zip seluarnya yang kelihatan agak leper tetapi aku disergah mereka. "Apa tengok? Tak pernah tengok pantat?"...

Aku terus berlari keluar menuju ke keretaku. Terus aku memecut dengan laju tanpa menoleh lagi. Sewaktu sampai di selekoh tajam 2 km dari rumahku aku hilang kawalan apabila seekor kucing kurap melintas dan.....

"Apahalnya abang ni? Tak pasal-pasal tergolek jatuh katil ni? " tegur isteriku..

...Masya Allah!

10 comments:

binjidan said...

hahhahaaaaaaaaa banyak pengajaran loooo..anak muda,orang tua dan gayy

mamai said...

orang muda, orang tua, lelaki berkot dan lelaki berdada tinggi tu....saper mereka nie yer spesis sekarang atau masa hadapan...

zaim said...

hahaha. Dalamm maksudnya tu bro.hehe.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Lumayan sungguh pengalaman dalam mimpi loe tu. Tapik, gw rasa babnya kucing tu, jangan lah cakap kurap... sensitive ma... Tapik di Malaysia, kayak nya ramai juga pemimpin kurap (corrupt). He he, jangan mare..
Wassallam

Anonymous said...

hahaha malay see aa

(gua layan kashmir stone)

Basuh Baju said...

hahahah macam2 la..

Al Hamzah Gold said...

Assalamu'alaikum...

saudara.. ayat yang saudara gunakan itu..

MasyALLAH.. ( jika melihat keindahan ciptaan ALLAH..@ benda² yang baik)

Astaqfirullah haladzim.. ( jika melihat benda² yang tak baik.. benda yang menjijikan..)

harap saudara perbetulkan saya kalau saya salah..

Anonymous said...

Salam ks,

Ni betoi punya mimpi atau reka2?
atau angan2 jer?
mcm babun berlabun jer...
hey, bkn menghina ya,
babun pon makhluk Allah jg kan?

kulupSakah said...

lampu suluh,
aku tak nak terangkan benda2 ni sebab istilah2 Arab yang selalu disebut kita ni sepatutnya dah selesai lama dah oleh diri kita sendiri, hehe!

Kalau Astaghfirullahal adzim tu disebut apabila nampak benda2 jijik dan tak baik mengapa wirid lepas solat tu kita sebut astaghfirullahal adzim allazi lailaha illa hual hayyul Qayyum...?

adapun perkataan "masalah" atau masaalah ejaan lamanya dipercayai berasal dari "masya Allah"..maknanya? hmm....KulupSakah kedekut sikitlah nak bagitahu, cuba tengok tempat lain..hehe (bukan aku nak ngelak atau berlagak tahu walhal tak tahu)

kulupSakah said...

anonymous,
kalau dikaji kisah Abu nawas atau Bahalul atau Umar Umaiyah yang suka memperolok-olokkan orang apatah lagi dengan penguasa anda akan dapati mereka seolah2 bengong atau mengarut..Abu Nawas kau akan gelar dia Mawas, Bahalul kau kata bahalul...

Cerita tak penting, kau kena tengok isinya haha!
rasanya tak payah bagitahulah bende2 gini..