Sunday, May 3, 2009

kalau macam tu lebih baik baik macam ni!

PAS bergaduh dengan PKR kerana berebut siapa nak bertanding di DUN Penanti. PAS rasa dia yang layak sebab calon-calon PAS terbukti setia pada perjuangan (setakat muZAKARah atau muqabelalah) takde hal punya. Tak khianati perjuangan macam PKR. Memang betul tak khianat tapi projek kroni pun lajuuu je berbanding parti PR yang lain..Isy! Jangan nipu le..orang pun tahu.. PKR mendakwa pengaruh merekalah yang mencetus tsunami politik pada PRU lepas.. dalam PKR sendiri bermacam-macam fahaman ada..banyak rimau. Kalau pegang Malaya nanti rimau2 ni akan tunjuk taring dan akan cuba jadi jaguh. Tak caya tengoklah nanti.

Hah! Eloklah tuu!! Bergaduh! Berlagak rasa diri lebih hebat..belum tawan Malaysia dah berlawan. Kalau menang esok bertumbuk pulak sapa yang layak jadi PM, TPM dan lain-lain..

Kadang-kadang aku rasa lebih baik begini..PR menang 5 negeri selebihnya BN. Lain kali tukar pulak, BN amik 5 negeri selebihnya PR..jangan bagi mana-mana menang besar nanti berlagak besar kepala!!

*Aku sebenarnya secara peribadi suka PAS memerintah tapi bukan dengan "pimpinan" yang ada sekarang. Aku menyenangi Tok Guru dan tokoh2 yang depa gelar "Puak Erdogan". Kenapa? Aku punya sukalah, aku ada pandangan sendiri sebagaimana orang lain pun ada pandangan masing2.. tapi kalau ada plan nak muZAKARah, aku ucapkan Piiraahhhh!!!

p/s: sdr Lutfi, betulke sale HARAKAH merudum sebulan dua ni?

17 comments:

Anonymous said...

bos, segelintir pemimpin PAS sudah mula perasan depa glamer, depa ingat depa tu top, depa tu bagus tp hampeh, depa ni sebenornyer giler kuase ngalohkan UMNO, geng2 giler koase ler yang duk sibuk nok bermuZAKARoh tuh, nok join BN kut2 dapat jd menteri, jd MB, pemilihan PAS akan kiokkan geng2 depa nie, kalu dok UMNO=PAS jer

kulatlapok said...

salam bro:

aku tengok PKR lahni semacam dah mendabik dada seperti hang cakap merekalah pencetus tsunami politik negara ini. Pas pulak hari dah bercakau sesama sendiri. Pastu macam hopikrit nampaknya bila pengakuan Nik Abduh disangkal oleh pemimpin2 mereka. Dah mula piulak nak menolak golomngan profesional takut tergelincir ke jalan yg salah. Hipokrit2....

Lebih baik kita buat satu parti 'buat2 tak tahu' dan tak ambil tahu. lelama kita semua jadi apapun tak tahu..

maun said...

Bila dah ramai minat dengan PAS, macam-macam pandangan le bro. Pemimpin yang jumud pemikirannya nye mulalah panas bontot. Eloklah Islam tu disyariatkan dengan cara yang lebih berkesan. Gunakan Islam untuk rahmat sekelian alam bukan semata tujuan politik.

Anyway, aku setuju pendapat bro KS, nak muzakar dengan UMNO jangan sekali...berapa kali bau kena kencing beb. Silap-silp hancingnya pun tak hilang lagi.

alang said...

Slam bro. Puak erdogan? haha. Wa pantang ngn puak ni. Wa sokong TG Hadi. ;D

BUJANG SUSAH said...
This comment has been removed by the author.
yan said...

gua sokong puak erdogan. puak hj hadi sombong dgn org asing yg bukan jemaah diaorg. tak minat sgt. tapi tok guru nik aziz mmg humble.

U.B said...

Bila pemimpin cinta dunia..susah lah nak menang lagi ha..ha..ha.Tok Guru tu je yg menabat hati teman...ha..ha

kulup sakah said...

aku takdelah sebok sangat mana puak erdogan atau tak, tapi bila dibandingkan tokoh2 yg pernah berbual dgnku dan melayan kutu macam aku dengan mesra, kdg2 mereka dulu yg menegur dan memberi salam tanpa disengajakan didapati mereka itu tergolong dlm puak tu sementara yg pro muzakarkeraih kdg2 salam pun tak pandang muka..depa kena belajar jadi peramah drpd tian chua..haha!

Sayiddina Umar pun tegas dan garang tapi dikhabarkan dia menyantuni rakyat dengan mesra dan tiada moody

meorpestajiwa said...

ya betul bro..seperti zunar cakap tahun 90an dulu dalam satu program TV..'satu saja saya nak nagitau,KEBENARAN ITU PAHIT'..hehe

Anonymous said...

ok tu bro,kali ni PR dpt 5,sok-sok BN dpt 5 plak..
baru berlumba2 nak wat yg tbaik utk rakyat.
jgn berlumba2 nk dptkn projek dh la..

Unknown said...

saya sokong saudara. Tapi tak payah berebut macam budak-budak berebut gula-gula. Bersetiakawan dan bertolak ansurlah.

fikiranlicin said...

bro, gemar membaca tulisan bro..harap2 satu hari nanti boleh kita sembang2 sambil pekena kopi...gua tunggu bro, amacam?

binjidan said...

sejak dari dulu lagi diorang di pihak pas atau dipihak pkr memang mementingkan parti semata mata..bila dh ada kuasa smua janji pada rakyat sudah tidak berharga sama la macam umno pun...

benludin said...

encik kulup..masuk sini:

http://sloone.wordpress.com/2009/05/05/hk-tv-series-to-show-how-altantuya-was-killed/

lu nanti buleh buat teater gak pasal tajuk yg sama....haha

mamai said...

Dah jadi sifat manusia mesti ada rasa tamak dan riak bila dah berjaya...dalam mana2 parti pun mesti ada yang tak sehaluan inikan pula nak jadi one malaysia

Cikgooden said...

salam kulup, macam macam topik no hang labun..ha ha ha

kulupsakah said...

fikiranlicin,
engkau gilah menebeng kat cm petang sabtu atau ahad tengok meorpestajiwa dan kawan2 seperti nik dan black busking, pastu kami akan mengeteh di annexe belakang cm..kalau kau minum kopi pun takpe, takde hal punye!