Friday, May 22, 2009

ketuanan nasi lemak!

Hari-hari dan dah bertahun mengeteh di restoran Kadir ni. Pendek kata kalau kami cakap mamak Malbari ni sepupu kami dah tentu orang percaya punya. Tapi Kadir tetaplah Kadir. Jangan harap ada diskaun atau dia nak bagi minum free walaupun sekali. Kawanku Ajis beberapa tahun lepas pernah mengusahakan kilang mee kecil-kecilan dan menawarkan diri untuk membekalkan mee kepada Kadir. Harammm!! Tak mahu ditolongnya sedara seagama dia. Sesekali musim durian kalau kita nak jual kepadanya pun haram dia nak beli.
Seorang mak cik pernah nak minta sedikit ruang tepi restorannya untuk jual otak-otak pun dia tak bagi. Kah kah kah! Apa punya ketuanan daa, nak niaga di tanahair sendiri pun nak kena minta izin pendatang!

Tapi kami tetap pengunjung restoran dia. Tahapa ke sedap sangat pun tak tahulah!

Sejak ekonomi tak berapa segar ni banyaklah orang berniaga. Menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi-tepi jalan. Depan restoran dia je ada 3-4 gerai. Kadir pening!

"Kau pikirlah Lup! Aku bukan nak dengki, ini rezeki masing-masing! Tapi susah jugaklah aku! Walaupun customer bungkus nasi lemak dan order minum kat sini tapi aku terjejas jugaklah! Diorang tak bayar sewa, tak bayar pekerja, tak pakai elektrik dan air! Aku kena bayar semua tu!" keluh Kadir.

"Eleh! Kau import pekerja dari India dan bayar murah2! Kerja macam nak mati, kos makan depa murah je. Kalau kau ambil orang sini dengan bayaran yang baik tentu kurang masalah. Peluang pekerjaan untuk rakyat bertambah!" kataku.

"Orang Melayu pemalas Lup, kerja tak bersemangat! Curi tulang pandai, tak boleh kena marah sikit, merajuk terus blah! Macamana aku nak ambil?" Kadir berceloteh.

"Siapa kata Melayu malas kerja? Kau tengok bebudak Melayu kerja kat KFC, McD, Pizza ke apa ke sikit punya produktif dan cergas apa? Sebab apa? Sebab tempat2 tu diurustadbir dengan baik dengan gaji dan kemudahan yang baik. Ada EPF lagi. Kau tak boleh buat gitu? Ini kau je yang nak untung! Orang nak tumpang niaga kat tempat kau, kau halang! Customer tetap kau nak jadi pembekal mee kau tak nak bantu, sekarang masa kau pulak susah- rasakanlah bagaimana mereka susah! Sama-samalah kongsi peluang!" aku belasah si Kadir.

"Oklah! Tapi macamana dengan gerai-gerai nasi lemak yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni?" nyata sebenarnya Kadir tak senang walaupun tadi dia juga yang kata rezeki masing2.

"Lantak depalah Kadir! Ini tanah tumpah darah depa! Hak depalah nak cari rezeki di sini. Depa tak curi harta kau!". Aku bangun dan belahh!

Sungguh tah kenapa aku sesekali hangin juga bila bangsaku diperlekehkan di tanah sendiri. Aku rasa ketuanan nasi lemak perlu juga dipertahankan!

14 comments:

maun said...

Apa nak buat Lup..Kewibawaan Tun Perak, keberanian Hang Jebat, kesrikandian Tun Fatimah dah lama hilang dari darah orang Melayu. Cuma yang tinggal cuma hanyalah tinggal kengobrolan Hang Tuah, cakap tak serupa bikin, cakap berdegor-degor taik kering berlumut di lubang bontot.

Itulah sebabnya bila ketuanan nasi lemak nak bergerak sikitpun ada je yang menganggu sebab nasi lemak pun dah hilang ketuanannya sebab mamak korner memang terror dalam bab korner-korner ni..

majoi said...

hamtam aje Lup....jangan bagi muka kat depa tu...yg dia orang tu kalu berniaga abis kaki lima kedai dan parking kete jadi hak depa tu...orang lain tak bising pun...ni baru nak berniaga nasi lemak pun dah nak bising....tu sebab aku tak suka makan kat kedai zambri tul...lepas tu pekerja tu islam ke tidak...nak cakap melayu pun tak berapa pandai..

Panglipulara® said...

Ketuanan tu ada harga lup, lagi banyak kijang putih dalam kepuk, itu le tandanya ketuanan...
Kat malaya ni kalau dihulur kijang putih lu nak tapak berniaga lendir pun boleh lup...

mamai said...

nasi lemak kukus aku berniaga di tepi jalan ajer....itu pun kerap kena kejar nak mintak yang sah..depa kata tak usah buat orang susah ajer

D'ayo said...

Dah lama tak jejak Kedai Mamak... kalau ada orang nak belanjapun... aku terus cakap aku tak gie situ... kalau nak belanja juga cari kedai lain... kalau tak, lain kali ajelah...

Anonymous said...

same ler kite lup. teman pun tak sior si zambry tu jadi mb perak. hari selasa (26 mei) depan ni dia buat program hari bertemu pelanggan di arena square batu gajah. bila pulak dia bukak kedai di bg? teman harap warga bg buat nohei akan majlis tu.

lanbg.

PG said...

Daki-daki dunia selalu membuat hati manusia keras dan hina

BUJANG SUSAH said...

Dah namanya pun mamak zamry...

Anonymous said...

Salam ks,

org melayu kalu nk meniaga dibumi sendiri kenalah bak kata petitih;
TEBANG BULUH GUNA KAPAK
KENA HULUR BARU NAMPAK,
tak hulur kalu jgn harap, aku segan nk merasuah mpaj ker dbkl ker sb tak gamak bg anak mkn hasil tuh, wlp yg aku niagakan tu brg halal tp laluannya tu yg aku seriau.

tidak melayu hilang di dunia
yg hilang cuma maruahnya...

Anonymous said...

salam lup,

dulu aku hilang ketuanan rumah haram dek pendtg haram, la aku hilang ketuanan rumah pangsa dek pendtg haram juga yg menjajah, pelik aku lup, duduk tak sampai 6 bulan dh ada kartu penduduk ttp, ori plak, kira tangkap lepas tangkap lepas, lama2 jiran2 melayu aku pindah randah sbb tk sanggup dikelilingi pendtg haram yg dihalalkan ini, lama2 aku perati depa besaq kepala sungguh, kalu aku pi ngadu pun pegawai2 melayu tak mampu wat pape, yg sedihnya aku ni antara sbb2 pemegang amanah bangsa aku sendiri ni hilang kuasa adalah dah dikunci gerak langkahnya dgn cewek2 lonyot tuh, boleh ko beri aku sket ubat penyejuk pikiran dak? atau penawar loya aku nih?

kulupSakah said...

kau pukimakkan je yang lorat2 ni..waktu aku niaga pasar malam dulu aku pernah dimarah mamat indon jual air tebu sebab meja niaga aku dikatanya melebihi sempadan kawasan dia padahal tidak. Terjadilah pertengkaran. Aku sound dia, "Jangan cakap banyak pukimak! Beruntungla kau boleh niaga kat sini, kalau aku buat perangai macam kau di tempat kau dah lama aku kena pijak!" dia diam..kahhakah!

Di Domino Pizza, isteri aku yang sedang menunggu order siap berasa terganggu sebab ada 4 orang (2 pasang kekasih) yang rasanya dari India (bukan Malaysian) yang juga sedang menunggu pizzanya. Perangainya memang tak sopan, berpeluk2an, membuat bising dan duduk di atas tong sampah. Hapa lagi!! Isteri aku sound dia dalam bahasa Melayu, "Kurang ajar punya budak! Datang sini buat perangai pulak, nak mampus"..hihi! Paham pulak depa, terus senyaaapp!!

Anonymous said...

salam KS,

bila aku bangsatkan atau pukimakkan depa, depa tunjukkan aku sederet dukun ilmu hitam depa, depa kata gue kesini bukan kosong2 yah!

aku kdg rasa lebih baik aku pukimakkan jer bangsa melayu yg bacul dlm menjalankan tanggungjawab depa tuh, apa pandangan ko kali nih? jzkk lup.

kulupsakah said...

kasi tempeleng itu dukun, tapi maki bangsa yg khianat adalah lebih afdhal

Unknown said...

I am very enjoyed for this site. It’s a nice topic. It helps me very much to solve some problems. Its opportunity is so fantastic and working style so speedy. I think it may be help all of you. Thanks.


Term paper