Friday, May 29, 2009

pulanglah USTAT!


(sekadar gambor hiasan, takde kena mengena dengan cerita di bawah, tih tih tih!)


Satu Malaya heboh apabila penceramah bebas Ustat Alkulup yang juga bekas penyanyi irama thrash metal tidak pulang ke rumah sehingga isterinya Puan Dewi Ayu tampil menemui pihak media mengadu hal. Ibu kepada 8 orang anak ini berkata ustat Alkulup sudah 3 bulan gagal dihubungi. Dipercayai juga ini ada hubung kait dengan gossip panas hubungan cinta ustat Alkulup dengan Wahdeeya, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Wakatsini" dan irama lagu padang ragut.
Sebagai sebuah akhbar yang gemarkan cerita rumahtangga, cerai-berai seperti kisah pemain badminton negara yang mengaku tak pernah cret bekas isterinya atau penyanyi pop lelaki yang terlajak mendayung walaupun dah lafaz cerai, kami telah menghantar wartawan kami KulupSakah untuk menerjah ustat Alkulup yang dikatakan tidur di masjid Seri Petaling. Dan kami berjaya mendapatkannya sewaktu beliau sedang pekena mihun sup sambil membaca buku "Panduan menjadi suami mithali" karya beliau sendiri.

KS : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, ustat! Kenal ana?

Ustat : Waalaikumussalamwarahmatullahitaalawabarakatuh, wamaghfiratu! Mana boleh tak
kenal, datang pun ana dah tahu pasal apa!

KS : Tau takpe! Nak tanya sikit, betulke dah 2 bulan ustat tak balik rumah?

Ustat : sebelum tu..Alhamdulillahirabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala asrofil anbia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain....er sebenarnya dah 3 bulan!

KS : Pasaipa tak balik ustat? Burung pun tau balik sarang, kerbau seharian di bendang pun
bila senja balik kandang juga sebab stim bau garam dalam timba.

Ustat : Ana sebenarnya bukan tak nak balik cuma..er..aa..anu..emm..

KS : Lupa kat mana rumah?

Ustat : Ya! Lupa..tu yang tidur sini je..hihihi! (ketawa hambar)

KS : Kesian 8 orang anak tu..bini pun cun lagi..apakah ini ada kena mengena dengan gossip
cinta ustat sama Wahdeeya?

Ustat : Ana ada telefon sama Wahwah (nama manja Wahdeeya) suruh dia sabar dan tabah
hadapi dugaan ini!

KS : Aik? Sama Wahdeeya ustat ada call tapi bini ustat tak dapat hubungi ustat dah 3 bulan?

Ustat : err..aa..ohh! Itu dah lama, lepas gambar kami berdua kutip tapak sleman tepi pantai
tersebar di internet dan akhbar..dah lama juga tak contact Wahwah!

KS : Ustat masih sayang lagi isteri dan anak2?

Ustat : (terdiam lama dan kemudian mengesat air hidungnya yang meleleh) Ini dugaan bagi
Allah Subhanahuwataala kepada ana, kepada keluarga ana, rakyat Malaysia dan juga
wartawan seperti enta yang sebok nak tahu dalam kain orang, jaga kain sendiri dulu!

KS : Pulak! Ana pun kena jugak? Ini kerja ana, melariskan akhbar walau apa cara sekalipun
agar boss ana gembira dan bagi bonus hujung tahun.

Ustat : Beginilah! Sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaikinya. Bumi mana yang
tak ditimpa hujan. (sambil mengalunkan lagu seperti dalam ceramahnya selama ini)

KS : Betul betul betul! Ok ye Ustat, terima kasih bebanyak!

Ustat : eh nanti dulu! err..ada nombor Salleh Yaacob tak? Saja nak minta tips sikit sebagai
suami mithali bukan suami menyesali!

KS : Entah tak tau!

14 comments:

Anonymous said...

kah kah kah!! interview xklusif ni ada kuar melodi x esok??

kulupSakah said...

KELUAR "MELOBI"

Tinta Hitam said...

Saya teringat kata kata Azmil Mustapha dlam wawancar dgn akhbar Harakah.kAtanya utk menguatkaniman kena putus terus dari dunia hiburan.Kena keras hati jika tikda kita kan tertarik balik dgn suasana lama.Saya yakin hamba Allah tu ikhlas dgn usah usah dakwahnya.Tetapi satu saja silap nya.Beliau terlalu mencampuri dunia hiburan adan ahli ahlinya.

Akhirnya tewas juga dgn gaya kehidupan dunia hiburan ni.Banyak yg tewas dah.Ogy salah seorang daripadanya..

Perlu berhati hati lah pada sesiap shj

abgBro said...

hahahaa..baekk punye terjah nie,,aku tunggu ko terjah wahwah plak!

aku said...

dasat gek napsu ostat ni yek..

dulu koi tok caye...ikan meliuk-liuk depan mate weh..

meiowwwggghh..
kekoh jee...

Anonymous said...

Untuk ustaz akhil

Apa hukum menibggalkan isteri tanpa memberi nafkah? tentunya ustad lebih maklum

ronasina said...

belum akhil baligh tak bole jawab tuu..

meorpestajiwa said...

hahahaha..very entertaining

Anonymous said...

kau ni waras ker lup?
makin hari makin rabun aku baca labun2 mu
kekeh sampai kuor air mate
aku mmg tak mampu nak paham org jantan nih
ada bini cantik solid tp masih meleleh melilau
siwahwah tu udah ler kurus kedenking
bukak molot jer terjojol gigi cam tengkorak
kat mana yg ostat tu dok gerenyam
jantan oh jantan

shakil hay said...

kalau ustat jadi ustat insyaallah selamat kalau ustat jadi artis rumahtangga boleh berantakan...
apa pun saya yakin ustat yg dimaksudkan akan kembali kepentas ceramah spt dulu....

kulatlapok said...

salam Bro:

Para ulamak telah menyatakan bahawa ARTIS ADALAH GOLONGAN YG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI (HIPOKRIT).

Persoalan ini ada 110% kebenarannya. Untuk artis yg ceraiberai je Kalau nak bongkarkan tak cukup muka surat.

mamai said...

kisah benar nie...masuk melodi...ada can kita melobi...nie ustat ker start...

Snowflake said...

Salam bro,
Cool. Nanti masuk CNN. Huhuhu

Term Papers said...

Term Papers Amazing post and the picture was fabulous.