Sunday, May 17, 2009

samseng taik minyak bangang!

Meor kelihatan agak terganggu konsentrasinya sewaktu mengamen petang tadi. Nik dan Black pun rasanya begitu kerana berdekatan mereka ada sekumpulan anak muda yang rata-ratanya datang dari "tempat lain". Namun mereka terus menyanyi walau sesekali anak-anak muda yang mabuk dan memekak ini akan menyampuk seolah-olah mempermainkan mereka.

Satu demi satu lagu dimainkan dan persembahan makin rancak dengan kehadiran Syed Imran (adik Siso Kopratasa) yang turut sama mengamen. Anak-anak muda semakin bising dan semakin mabuk. (kata Black minum sekole mabuk tujuh kole). Aku sound salah seorang dari mereka "korang ni bisinglah!" dan dia yang agak baik sedikit hanya tersengih tapi tidak pula menyampaikan kepada grup mereka yang sebenarnya turut merimaskan pengunjung yang lain.

Aku, isteri dan anak-anak kemudiannya berpindah tempat duduk di belakang mereka 'busking' bersama brader Sham dan Saimi. Isteri aku ternampak salah seorang dari mereka ada pisau tetapi kawan-kawan mereka menyuruh mamat ni simpan. Syed yang sedang berjalan dari tempat duduk ke tempat duduk bikin 'potter' agak terkejut apabila mamat tu berkata,"duit takde brader, tapi ni adalah!' katanya sambil menunjukkan pisau di pinggang. Syed buat tak tahu aje sambil meneruskan persembahan.

Entah apa jinnya tiba2 salah sorang mamat ni mengejar seorang Mat Bangla dan mencekak lehernya lalu menumbuk. Mat Bangla yang tak tahu apahal ni terus berlari puntang-panting sambil dikejar dua tiga taiko mabuk ni. Aku terus bangun dan menyuruh mereka jangan bikin kacau di sini dan salah seorang dari mereka cuba memelukku seakan-akan menyatakan takde apa-apa, cuma Mat Bangla tu terlanggar bahu mereka tadi. Nik sempat berkata kepada mereka,"Kesianlah mamat tu sorang, korang ramai!".

Mamat ni tak puas hati dengan Nik dan cuba mengganggu Nik. Brader Sham dan Saimi panas lalu mendapatkan taiko-taiko mabuk ni. Panggilan sudah dibuat kepada bouncer CM. Mamat yang paling mabuk ni mula menjerit dan membuka talipinggangnya berkata,"Siapa? Siapa yang nak gaduh dengan aku?" tanpa dia sedari bouncer2 CM dah sampai di belakangnya. Sekali tempeleng dan cekakan bouncer2 tu cukup untuk menyenyapkan taiko2 ni.. Brader Saimi dan Sham sempat juga "menguruskan" geng-geng taiko yang lain agar berambus dari situ. "Ini CM tau! Jangan jadi taiko di sini!" jerit otai berdua ni. Aku pun panas hati apabila melihat mereka mula mengganggu persembahan kawan2ku dan juga mengacau suasana hingga menggelisahkan orang awam.
Bouncer2 CM menghantar mereka ke balai kerana mendapati mereka juga menyimpan senjata.

Potong stim punya pasal, kami pun memberhentikan persembahan dan pergi mengeteh di CM. Cuma lawak pulak mengingatkan mamat-mamat mabuk tujuh kole tu, ingatkan hebat benor, disergah sekali terus menikus.

Kami yang dah lebih 35 tahun (ada yang dah 50 tahun) hidup ni kesal kerana kekacauan begini tak sepatutnya berlaku di sini.. di tempat kami mencari rezeki, di tempat kami sayangi, kami bertemu jodoh di sini, kami membesar di sini, mengharung hidup hingga kami masih hidup hari ini.

Tolong jangan bikin pai-say!!
Jangan ganggu kami!

14 comments:

alang said...

Bertemu jodoh di CM bro?haha. Mesti romantik gila time tu kan. :D

CYL said...

Dah terlalu lama aku tak melepak kat CM....Dari Masjid India ke station Bas klang aku pasti singgah di CM..

Anonymous said...

alamak,rugi la tak join.gua kt pahang bro.
lain kali kena ikut la..

binjidan said...

gua betol2 ucapkan terima kasih pada brade KS n family,abg sham,abg mie dan boncer CM,gua rasa klu tak de diorang ni semua waktu tu mungkin gua dh kena beli gitar baru sb gitar gua agaknya dh jd songkok bdak2 mabuk secawan tu...:)

mohahz said...

kt CM la dulu 1st jumpa awek.Ngahaha...awek tu ntah kemana.CM...CM...rindu sungguh....

kasutlama said...

KIRA BERNASIB BAIKLA..AKU TAKDA KAT SITU BRO, MAKAN GIGI BEBUDAK MABUK SEKOLE TUH! HEHE..

Unknown said...

Pak Din dah cakap, samseng tidak semestinya berani!

Syabas di atas kegigihan mereka buat persembahan.

meorpestajiwa said...

ha haa ha..apa pun terimaksih pada sahimi dan kawan2..that moment is beautiful..rare,..

ubi said...

Phuyooooooo.....samseng taik minyak akibat pengaruh tengok pilem Bohsia kut..he..he..nik..sabo wehhh..ahak..ahak..

faizsaaid said...

CM-erti kehidupan

mamai said...

samseng kampung dusun turun bandar...mau jadi taiko lalu di baling dengan teko...

pemanduteksi said...

kalau samseng songkok tinggi lak berapa koleh dia punya mabuk..?? kahkahkah..!!!

Pyanhabib said...

dah cukup baik boncer cm tak kasi makan tangga!

sepol utusan said...

hahahaha btoi tu bro pyan... tangga plus tiang skali