Wednesday, May 27, 2009

siri bercakap dengan Jins part2..

Kawan aku, seorang guru sedang mengajar bila mana seorang lelaki menjerit-jerit memanggilnya dari luar kelas.
"Rizal! Rizal! Mari keluar kejap!" jerit mamat ni yang sebenarnya suami kepada salah seorang guru wanita yang bertugas di sekolah yang sama.

Rizal mengisyaratkan supaya tunggu sehingga waktu mengajarnya habis. Dan apabila waktu mengajarnya tamat dia mendapatkan mamat tu.
"Kenapa dalam ramai-ramai cikgu kat sekolah ni kau bomohkan bini aku? Tak de orang lain ke?" jerkah mamat ni. Rizal yang isterinya juga cikgu mengajar di sekolah yang samadi situ agak terkejut.
"Isy! Bila pulak saya bomohkan? banyak kerja lain lagi saya tak siap, takde masa nak pi jumpa bomoh aihh!" jelas Rizal.

Isteri mamat ni memang dikatakan agak pelik kelakuannya sejak akhir-akhir ni. Sering kemurungan dan kadang2 seperti dirasuk.
"dah tiga bomoh kami jumpa semuanya mengatakan yang membuat bini aku ni cikgu sepejabatnya yang berbadan besar macam kau!!" sang suami terus menuduh.

Rizal memang guru yang cool. Dia menjawab, "Takpelah! Saya doakan awak suami isteri bahagia dan dijauhkan dari segala kezaliman.

Rizal berceritakan hal ini kepadaku. Walaupun Rizal totok Umno tapi aku baik dengannya dan aku respek juga dengan ketenangannya. Cuma aku cakap padanya, "Kau memang baguslah Rizal, tapi kalau aku kena macam tu aku akan suruh dia bawak aku jumpa bomoh puaka tu, biar aku seligi telinga dia. Tak pun aku bawak lawyer dan suruh bomoh tu buktikan aku sihirkan dia. kalau dia gagal, aku saman dia RM50 juta baru dia tahu langit tinggi rendah."

Rizal ketawa berdekah-dekah. Sehingga hari ini aku tak tahu perkembangan seterusnya. Oh Ya! Bab nak nyekeh bomoh ni memang aku ada pengalaman peribadi..keh keh keh!

(komputer aku disampuk jin virus, terpaksa tulis kat CC. Aku bawak pi jumpa kawan aku si bomoh IT, Osmang Serawak- kata dia ada orang santaukanvirus kat komputer aku sebab marah dengan blog ni..Hisy!! Terpaksalah Osmang campak ke laut jin virus ni dan reformat komputer aku..harap2 komputer aku siap direincarnation esok supaya aku terus boleh berblog!)

7 comments:

mamai said...

dah kau mandikan jer pc tu ngan air yasin....itu bomoh it dapat kesan ker siapa yang antar jin tu....

Yong said...

Nih cerita betui ke lawak? Nak tau citer bior Yong citer pengalaman Yong masa keroje di Sabah. Yong suka main squash hujung minggu selepas subuh. Tempat main dalam satu bangunan tak jauh dari rumah Yong. Yong main sorang je. Bila penat Yong pun rehat. Yong dengar ade orang main squash kat bilik sebelah. Semuanya ada 3 buah bilik main squash. Yong dengar bunyi bola terantuk (biasale bolah squash kan) dan sorak2. Tapi ape buah butir sorakan tak jelas. Yong ingat ade orang main. Yong tak kisah. Bila dah puas main Yong pun keluar. Tak nampak sesapa pun, Keretapun ade satu. Yong punya parking kat luar. Minggu depan Yong main lagi. Keadaan sama juga. Kali ni Yong jengok bilik sebelah. Takde sapa pun. Bunyi main pindah ke dewan badminton. Yong pergi tengok, takde sapa kat situ. Sunyi sepi je. Bunyi main dan sorak2 pindah keluar bangunan. Yong keluar dan dengar bunyi dari arah padang bolasepak. Tapi sapa pun takde. Minggu seterusnya, Yong ajak kawan, seorang India. Peristiwa sama berlaku. Kawan ni tanya Yong sapa main kat bilik sebelah?. Saja Yong suruh dia tengok. Katanya takde sapa. Dia pun takut ajak Yong balik. Hmm...itulah citer Yong.

Unknown said...

Salam sdr. kulup

Komputer saya pun biasa kena sampuk jin dan iblis ni. Tapi saya bunuh sendiri, lagi puas hati.

Anonymous said...

ish...mcmna rupa bomoh yg kena piat telinga tu..mesti dia sumpah seranah ko...kihkihkih

Snowflake said...

Salam
Yeah rinsing ... matakaji... applum! Esok mesti komputer bang kulup ok. Wakaka...Wassallam

wartamaya said...

Mandikan komputer tu dengan air 7 kolah masjid. Kemudian perasap dengan kemenyan 7 malam. Akhir sekali, campak ke longkang.

Beli baru.

Anonymous said...

sorang kwn aku nih bomoh, mmg sepenuh masa, tp jgn tak tau, ada dua bini lup, yg sorang suri rumah tangga yg muda stafnurse.

kalu nengok umah dia mmg ko akan ingat bisnesmen mana yg berjaya sgt nih, banglo besor.

mana tak besor lup, pelanggan dia insan terpilih sumernya, vip2 termasuk la org2 politik.
dia dh pecahkan rahsianya pada aku. kata dia agak2 dia dh 'kering', dia antor lah 'org2' dia pi kacau mana2 vip yg dia berhajat. pastu relax tunggu..

lat dua tiga ari, muncullah vip tu serahkan diri dan secekak ringgit selepas dirawat.

cerdik lup....

tp kelakornya bila Allah uji dia ngan sebijik bisol kat tgh ponggong meraung dia lup, aku bekam ngan gelas dan api, memancut darah pekat campur nanah penuh segelas, aku suruh dia panggil 'org2' dia, aku nak jamu dgn jus nanah tu, kuar sumer dia punya carut marut ha haha...