Aku baru balik dari sebuah majlis persandingan saudara aku di sebuah dewan serbaguna. Setelah makan minum dan bertanya khabar aku pun pulang dengan dibekalkan tuan rumah buah tangan dalam paper bag gula-gula, manisan dan kuih.
Ya! Buah tangan begitu agak popular menggantikan bunga telur warisan tradisi lama kita dahulu. Mungkin orang tak berapa ambil pot sangat tentang buah tangan ni, asalkan buah tangan sudahlah sebagai penghargaan tuan rumah. Orang Melayu memang memuliakan tetamu seperti yang diajarkan Islam. Tapi bagi aku budaya memberi bunga telur ni kurang difahami mahu pun dihayati orang kita sekarang melainkan sekadar cenderamata pelengkap majlis. Tok nenek kita dulu bijak pandai orangnya dan segala amalan sebenarnya mempunyai makna tertentu.
Telur bagi mereka lambang 'kesuburan'. Pemberian telur yang dihias dengan bunga bertangkai atau diletakkan di dalam bekas yang cantik mempunyai simbolik makna agar mempelai dikurniakan kesuburan memiliki zuriat penyambung warisan adat bangsa dan agama, juga menyuburkan kasih sayang antara suami isteri, keluarga dan saudara seagama. Menyuburkan minat mendalami ilmu. Ini hakikat makna "bunga telur". Ia bukan lucah disebabkan air dari telur nak bercantum dengan sel telur sang hawa.
Mungkin orang akan berkata memberi manisan atau gula2 sekarang juga ada makna simbolik agar segala-galanya "manis" dan menyenangkan. Tetapi telur itu melambangkan keaslian (originality). Ia tak perlu lagi dibancuh itu ini agar menjadi manis. Ia adalah lambang permulaan sebuah kehidupan. Di dalam telur ada sebuah kelahiran. Ada kesucian dan ia mulus!
Sebab itu telur penyu boleh dimakan akan tetapi apabila sudah menetas, penyu sudah jadi haram.
nota serius:
(jangan merepek dengan aku bertanya soalan bodoh mengapa telur ular, buaya atau yang lain tak boleh dimakan? Fikirlah sendiri, takkan tak boleh fikir.. nak berlawak pun cari masa lain)
37 comments:
Bro,
Ini soalan serius jugak..., dah lu bawak balik telur orang kahwin tu... skang ni orang kahwin tu dah takda telur la...
Macamana dia nak menyambung zuriat... ha...ha...ha... aku serius ni...
Berapa biji lu ambik... satu atau dua biji...
Bro..
Aku juga nak tanya 1 soalan ...
Selalunya orang bagi telur ayam... tak ada telur itik atau telur penyu..
Nak tanya mana dulu.. ayam dulu ka telur dulu..
isa,
mana ade telo, gula2 je..
manjung,
aku tak kisah yg mana dulu, yg aku musykil pasaipa telo ayam kalu digoreng namanya jadi telo mate kerbau? tak pasai2 kerbau sangkut..
Bro.
Sebab tu budaya bagi telur dah takda, sebab itu sekadar budaya orang melayu abad ke 20.
Sama juga dengan budaya bersanding, tepung tawar beras kunyit yang dikutip dari amalan hindu.
Elok juga budaya hindu tu semua terhakis secara perlahan-lahan dan terapkan majlis walimatulurus secara Islam.
Apa yang nak dibanggakan dengan dengan budaya dan adat, sekadar ambil yang perlu sudah la... yang tak perlu tu tinggalkan jer...
"Biar mati emak jangan mati adat" tak ke bodoh bunyinya tu.... banggang betul orang yang cipta dan mempertahankan pepatah tu.
T/kasih - dari blogger jahat... ha..ha...ha...
isa,
saya org negeri sembilan. awak meletakkan pepatah "biar mati anak jangan mati adat tu di tempat yg salah" kerana awak sendiri tak faham adat pepatih itu sendiri dan kalau tak faham jgn menghina adat org.
Biar mati anak maksudnya, apabila anak sendiri buat salah yg perlu dihukum oleh ketua adat maka hukumlah anak itu... didlm ini saya tak perlulah mengulas panjang carilah buku yg berkaitan.
begitu jugalah pasal harta pusaka ramai yg tak faham harta mana yg perlu diwarisi oleh kaum perempuan, dan harta mana yg perlu di faraitkan.
jgn sesedap mengatakan org bodoh kerana dah tak pakai adatlah org melayu makin kurang ajar.
tak tahu sejarahlah kita jadi tak keruan, semua benda kita kata dari hindu habis apa yg org melayu ada?.
drp
isteri kulupsakah.
musim mengawan sekarang nie....rasanya elok telur dari gula atau manisa...
telur baik untuk kesihatan...
manisan tak elok untuk kesihatan...
isa,
add di atas salah awak pi ke sini
http://pasns.blogspot.com/2007/08/adat-perpatih-rujuk-al-quran-sebagai.html
di sini ada link utk lebih mengetahui apa itu adat pepatih yg awak kata bangang tu.
gaduh, jangan tak gaduh.
Tak ada sapa yang suka di bodohkan. Oleh itu, biarkan saja. Sebab semua orang pandai
Abang Yong masa mengkahwinkan anaknya dulu bagi buah epal dan pear je kat tetamu. Katanya gula2 boleh buat orang kena kencing manis. Telur rebus pulak ramai budak tak suka makan. Buah pun melambangkan sesuatu tak? Kata peribahasa Melayu, Jadilah seperti biji benih, dibuang ke laut menjadi pulau. Lebih kurang gitule. Malangnya bila kenduri tak musim buah2an terpaksa guna buah import.
salam bro..
elok gak bagi telo tu diteruskan.
skrg ni org dok bg manisan,madu la tu.sbb tu kawen jap je dh nk bmadu.
dulu gua pn kira silap gak,gua bg telo,patutnye gua bg manisan kan kan kan.. hehehe
aku sekadar mencetus untuk mereka yg mahu berfikir..kesan paling terukk akibat penjajahan dulu dan sekarang ialah penjajahan minda di mana kita sudah dimandulkan keupayaan fikrah!
Bro,
Lu pernah tanya tak tuan rumah apasal tak bagi bunga telur? Adik beradik aku ramai yg dah kawin. Tapi segelintir je boleh bagi bunga telur . Yang lain tu tak berapa mampu. Berapa sen telur sebiji wa nak tanya lu? Berapa sen plak gula2 sebijik klau lu beli paket yang ada seratus bijik? Zaman dah berubah bro. Dulu telur dianggap perkara wajib kenduri. Tapi skrang orang kita dah tak mampu. Telur2 telah dikomersialkan. Harga kini ngn dulu dah tak sama. Salah sapa, aku rasa bro lagi tahu.
Bro... berapa ramai isteri lu..., yang ini garang sikit.... adat perpatih ko....
Peduli apo..., den ikut apo yang Islam ajar yeo...
Buat isterikulupsakah... kot teraso... den mintak maap la...,
Apo beza Budaya dongan Adat...? ha..ha..ha...
isa,
alahahi, org nak jadi blogger awak nak jadi blogger tapi kosong. zeroooooo
belajarlah lagi.....
alang,
senang je..aku pedulik hapa nak bagi telur ke gula2 ke dodol ke mempelam ke..
cuma aku nak jelaskan MENGAPA mereka menjadikan telur sebagai buah tangan. Kerana ramai yang tak faham okey?
Macam pakej makan satay yang disekalikan dengan timun dan bawang. MENGAPA? iut je soalannya, kau boleh tak mau makan timun apatah lagi bawang atau tonggang aje kuah tu tanpa makan yang lainnye tetapi kehebatan orang tua2 yang tak perlu mendokumentasikan kajian mereka mendapati timun dan bawang meneutralkan sikit bahang dari satay daging tu dan memampuskan pengaruh karbon (sisa bakar) pada satay tu..fuyoo...
isa,
isteri aku tu memang garang woo..cuma kalau kau kata kau ikut ajaran islam aje itulah yang menyebabkan dia marah kot kerana adat pepatih adalah susunan ulama-ulama zaman itu yang mahir dengan kitab selaras dengan pepatah HIDUP MENDUKUNG ADAT, ADAT BERSENDIKAN AGAMA DAN KITABULLAH (lebih kurang bunyinya gitu, tak sempat nak kaji sangat, sekadar menggunakan pengetahuan sedia ada)..
ADAT PEPATIH jelas mendokong agama cuma disalahtafsirkan oleh puak2 bengong dan juga disalahguna pula oleh manusia yang tamak. Ia memberikan pilihan untuk menggunakan hukum faraid (seperti dalam Surah An-Nisaa') atau seperti adat pepatih yang bertujuan membela anak-anak perempuan jika sekiranya mereka kematian suami, dizalimi suami maka sekurang2nya ada tanah untuk mereka berlindung dan bercucuk tanam.
mungkin cerita2 tamak haloba yang membuatkan orang salah faham tentang adat ini.
dalam Islam juga ada beberapa kitab dan peraturan yang menyerupai adat ini...
aku barangkali kena tulis bab adat, budaya dan agama ni kot..
Anon 2.59am,
Kosong adat perpatih takpa... isteri kulupsakah dah bagi link address gua boleh belajar..., gua pun dah minta maaf...
Jangan kosong macam lu... nama pun takda... itu baru betul takda telur... ha..ha..ha...
At least gua ada juga benda nak tulis... bukan macam lu kosong... zeroooo... telur... apa pun tarakkkk apa barang beb...
kalau bersanding adat hindu (semua orang tau) camana adat melayu? sedangkan semua bangsa dan agama seperti orang cina, org kristian malah org asli pun ada adat perkahwinan mereka. Melayu/Islam macamana? Tanpa Islam, Melayu apa cerite?
Rasulullah S.A.W berpesan, kalau nak minta mas kahwin janganlah harganya terlalu mahal sehingga membebankan pengantin lelaki tetapi janganlah terlalu rendah hingga menjatuhkan maruah pengantin perempuan, dan pesan baginda buatlah kenduri untuk mengisytiharkan pernikahan itu. Di dalam riwayat ada dikisahkan Rasulullah menziarahi majlis perkahwinan kaum Badwi yang ada mainan bunyi2an, Baginda duduk menonton dan apabila azan baginda pergi solat. Ada juga upacara yang baginda tonton di majlis2 sebegitu seperti tarian pedang,bernazam nasyid..
cuma sekarang ni dah jadi karaoke, catering pasal kejiranan dah tak sesuai untuk bergotong royong kenduri. sedara mara datang makan je pastu balik..
adat dan budaya dah makin melarat2 berubah. Nak kata ikut Islam tak juge...macam hari raya semua dah pakat menyembah tuhan baru dengan penuh khusyuk iaitu tengok tv, kunjung mengunjung dah takde, kalau berhimpun pun masing2 dok tot tet tot tet bersms dengan orang lain..
tak caya ko tengoklah nanti anak2, sedara mara ko buat nanti..
isa,
lebih baik tak yah tulis kalau kosong macam tu.. telo hampeh namanye tu..
woi anony,
isa sekadar menyatakan pandangan dan meminta maaf kat isteri kulupsakah yg ko kutuk jadah hapa?
berbeza pendapat x salah asalkan buka hati utk berbincang..
KS,
Lu pun tau apa gua punya jawapan bila lu jemput gua ke rumah Wak Jono.
Gua sedia terima kritikan kalau gua salah... dan gua dah minta maaf dengan isteri lu... (gua serius ni...)
Terima kasih atas penjelasan lu berkenaan adat perpatih... walaupun lu sendiri pun belum khatam lagi... jom kita melawat link yang isteri lu bagi tu...
Gua bukannya jenis manusia yang tak boleh terima teguran, atau menegakkan benang basah dan bukannya jenis berlagak pandai macam anon tu... ha..ha..ha....
Kepada Isteri KulupSakah dan Rakyat Negeri Sembilan di sini.... (Berdasarkan kepada penjelasan En. KulupSakah berkaitan adat perpatih di atas)
Lagi sekali saya memohon maaf yea... atas kekhilafan pepatah tersebut dan saya tarik balik kata-kata yang kurang elok dalam komen saya di atas. T/kasih.
isa,
memohon dan memberi maaf adalah sikap yg paling hebat tetapi tak ramai sanggup lakukan.
lu hebat!
T/kasih bro...
Rasulullah digelar Al-Amin kerana beliau jujur pada diri sendiri, maka timbul rasa malu pada ALLAH, bukannya pada makhluk.
Jadi jangan rasa malu untuk berkata benar atau memohon maaf hatta kepada anak kecil sekalipun.
"Kehebatan itu milik Allah..."
Kirim salam kat isteri lu...
ADAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH.
contoh,
"kalau anak sendiri buat salah hukumlah...."
dipercayai ulama dan para cendiakiawan dari minagkabau, pagar ruyung yg mendraf adat pepatih. tidaklah adil mengatakan nenek moyang saya sebagai org bangang.
Nabi S.A.W. bersabda " DEMI ALLAH KALAU FATIMAH MENCURI AKAN KU POTONG TANGANNYA"
anak Umar R.A. dituduh berzina dan dihukum sebat sebanyak 100 kali. tapi situkang sebat tidak sampai hati dan hanya mampu menyebat sebanyak 97 kali maka Umar R.A.lah yg mencukupkan sebatan iatu 3 kali menjadikan 100 kali.
itulah dia dengan bahasa dan sastera melayu dicipta ungkapan "BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT". Kalau hukum kazaf dikenakan kepada anak kita dengan hukuman bunuh jika kita ditempat sebagai "pemimpin" maka bunuhlah. kerana pada masa dulu tiada hukum gantung atau sistem demokrasi. dulu org islam guna hukum hudud dan khazaf.
Dan sangat sedih kerana apabila penjajah datang ke tanah melayu mereka menjauhkan nenek moyang kita dng hukum islam dan mengajar kita dengan adat dan budaya yg entah apa2 dan paling malang kerana org melayu islam itu sendiri (pada zaman ini) malas mahu mengkaji adat dan budaya sendiri.
isa,
sama-samalah kite..
wassalam, moga hari ini mendapat sesuatulah kite semua amin!
haha. Ok bro. Penjelasan lu memang logik. Aku salah paham.
p/s garang gak bini lu eh.hehe.
ALANG,
KAMI NI MMG KELUARGA YG GARANG TAPI JGN RISAU HATI BAIK... HE HE HE
MARAH2 SAYANG
Salam kulup sakah n isteri,
sungguh indah perjalanan adat pepatih yg tertulis, sayangnya dah tak ramai yg mahu memertabatkannya secara total spt isterimu lup.,syabas.
ditakdirkan Allah saya menjadi menantu kpd org beradat pepatih.
diawal pertemuan lg saya diberitahu (oleh ibu mentua) ttg adat2 yg mmg saya tak pernah ambil peduli sebelum ini, diantaranya sekiranya ibu mentua saya meninggal dunia, maka tiada satu pun diantara brg2 atau harta miliknya boleh saya milikki hatta sehelai kain batik buruknya sekalipun kerana saya hanya seorg menantu perempuan.
apa2 jua brg miliknya (saya tak tahu kalau dia ada harta lain spt tanah pusaka atau tidak) semuanya mesti jatuh kpd anak perempuannya (yg saya dapati begitu biadap dan kurang ajar pembawakan dirinya tp tak pernah saya lawan balik demi harga diri - bukan kaki gaduh).
ada saya kisah? tanpa kain buruknya pun pakaian saya ttp menimbun sampai boleh sedekah2 pada org lain. Alhamdulillah.
namun agak terkilan bila apa pun perolehan yg suami saya (anak lelakinya) milikki harus pula jatuh ketangannya terlebih dahulu, samada buah tgn yg suami bawa dr luarnegara atau apa2 punlah, semuanya dia scan dulu, dh lebih2 barulah tercampak kpd saya kiranya yg sampai kpd saya semuanya dia punya reject la.
pernah terasa nk campak dia punya reject tu kemuka dia semula sambil menjerit, 'ko amiklah semua tuh! haku tak hingin pon, hamik! hamik! pi bawak masuk kubor!!!' tp tak kesampaian sebab mak bapak saya didik sya jgn menderhaka pada suami dan mentua bila dah kahwin nanti.
lalu saya terfikir, harta dia dikatakan jatuh pada anak perempuannya, tp harta suami saya (walhal bahagian utknya telah didahulukan) jatuh ketgnnya pula, habis apa yg tinggal utk saya? tau takper! tinggai teloq jer ler..huhu...
sikit2 dia n anak pompuan dia kata, 'bini berapo ramai pun bulih cari...omak sorang yo...' hish, kdg sampai tahap saya nak ganyang mulut depa ngan tempurung berbulu, habis depa ingat mak bapak saya ada berapa juta? sampai dia dgn begitu kejamnya atur arahan tiap2 raya dari raya posa sampai raya haji kena utamakan umah dia dulu!!!tiap2 tahun...!!! arggggh...sengsaranya aku...
pelik betoi,ada satu peraturan tu ttg gotong royong/kerjasama (saya dh bengang nak kaji2), sampai satu tahap, sekor ayam tu (nak masak sambut raya punya kes lah ni) kalau bolehlah, kalau menantu pompuannya ada lima, maka lima2 mesti kerjakan ayam tu bersama2 agar adil, sedangkan anak 'tino'nya duduk goyang kaki mengarah dan memndang sambil duduk sila panggung, kuang ajor lah tu namanya kan? kalau ikut adat sayalah.
yg laki aku plak, balik2 mintak aku bersaborr..yer ler, selagi boleh, aku cuba, bukan senang tau nak dpt isteri spt saya, hmmmm...
bersabar pun ada batasannya kan, dlm tak kisah dan tak endah, ntah cemana satu hari tu saya naik meroyan akhirnya malatopp! bila meroyan tu apalagi, dpt lesen besor le saya menggila! membuak2 ler lahar dari gunung berapi yg meruap2 debu dan asapnya..
tersenyap n terlopong dia, bila menantunya yg paling sunyi yg tk pernah berbunyi wlp dibahasa berkali2...mentua saya ni cukup pedas bila membahasakan org, bg saya tak rugi mengalah wlp hati cukup bengkak bahkan tanpa kemahuan saya hingga membawa kpd berdendam. bila dia kutuk org tak beringat2, tp jgn dia terusik, siaplah, tak tunggu esok lusa lg dah...
ntah darimana saya dpt kekuatan, mungkin berkat kesabaran selama ini,( waktu dia terlantar sakit anak perempuannya pun cabut lari, sayalah yg cuci itu cuci ini, suap itu suap ini), akhirnya itulah yg menjadi kunci keberanian saya kot.
menyatakan yg hak!
maaf kpd isteri ks.
saya sedar mentua begini bersepah dari utara hingga selatan.
maaf sekali lg kerana celupar melepas perasaan.
ini hanya sekadar pengalaman sebuah kenyataan...
terimakasih kerana keterlanjuran ini dibenarkan...
wassalam.
maaf ks,
sambung sket lg bulih?
ada ka masa anak sulung saya umur 9 bln (baru pandai duduk), mentua n anak 'tino' dia tu bukak satu kaset ceramah ugama suruh anak saya dgr.
tajuk apa? kisah alqamah..dgn bersemangat depa menceramah kat anak saya yg baru pandai kenal org bahawa jgn suka utamkan isteri, nanti nak mati tak boleh ngucap...hati saya gelak pada sibangang tu lah, nak tujukan pada saya - cakap jer terang2, bukan saya tarak baca punya worang! cakap pada 'baby' saya apa yg dia tau kan?
pastu dia pesan kalu naik keta, isteri mesti duduk belakang, utamakan mentua duduk depan, mcm saya kisah? duduk belakang lagi mcm mem beb! kicik punya hal pun nak kecoh.
sekarang apa cerita?
lepas dia dipinggirkan menantu yg ijazah berjela yg dulu dijunjung dibatu jemala
lepas anak 'tino'nya cuma mau hartanya dari penyakit dan waktu uzurnya
lepas waktu sakitnya takder sorang pun jiran pedulik bahana lidahnya
akhirnya...
sihina inilah yg disebut2
bila rindu ku sebut namamu...
mmg geram mmg dendam
namun demi Yg Maha Pengasih lagi Maha Pengampun
benarlah kemaafan itu
dendam yg terindah.....
sekian.
Salam KS and Anony 10.47am,
Sodih bonar den membaco keluh kisah ekau tu, bagi pendapat den... itu bukannyo bersabit dongan adat.
Itu lobih kepado attitude problem..., bab pembahagian harta tu den pun akui ado kelomahannyo kat situ... tapi den tak mau cakap banyak sebab den pun belum khatam lagi dalam pengajian adat perpatih ni.
Harap saudara Kulup dan Isterinya dapat membantu dengan posting berkenaan adat perpatih ni.
Tak rugi bertanya dan belajar jika tak tahu... tak gitu
Terima kasih.
Den pun nak sambung sikit lagi... terlupo la pulak...
link yang isteri kulupsakah beri tu tidak banyak membantu, hanya secara am sahaja...
nampaknya den kena bertanyo dongan Pak Long isteri den yang tinggal di Labu Johnson, N9.
Dio tu pokat dongan adat tuh... kadang2 den pun tak tahu apo yang dio sembangkan... tak paham...
anon,
saya tak dapat nak bantu.. bak kata ks ramai org memutar belitkan. mcm agama juga ramai org menggunakan agama demi kepentingan diri. suami tunggak keluarga. kalau suami pandai main perananan semua org akan puas hati. org yg tak guna adat pepatih pun banyak buat hal juga. kerenah manusia biasalah apa pun sistem semua nak di manipulate.
isa,
mmg link yg saya beri tu tak cukup. ringkas aje. tapi kalau awak gogle banyak cerita pasal adat pepatih.
terima kasih anon dan simpati dgn kisah anda..(wah Isa pun dah jadi pembantu kaunselor sekarang)
Ya, ramai yang tak faham lalu memberikan gambaran negatif tentang pembahagian harta tu termasuklah org yang mengamalkan adat pepatih itu sendiri, yang salah selalunya manusia yg diselubungi kejahilan, tamak haloba dan dengki khianat. Yang tak tahu malas belajar dan terus menyalahkan itu ini. Seperti isu poligami yang dihalalkan Islam tetapi disalahertikan orang sehingga menghina Islam kerana peraturan itu dimanipulasi oleh puak2 gila betina. Nak kawin pun kena ada ilmu (tanya salleh Yaacob) hahaha! Salahkah Islam? Terukkah Islam?
Aku malas nak tulis banyak2 di sini, cuba dapatkannya di mana2 sumber. Kami bukanlah mengamalkan adat tu malah keluarga isteri aku pun tak amalkan adat ni tetapi terbukti tanah adat di NS dapat diselamatkan dari tergadai dan dijual sewenang2nya seperti di tempat2 lain.itupun ada jugak puak2 bengong memanipulasinya.
selagi adat bersendikan syarak yang terdapat dlm kitabullah, ia tak pernah SALAH tetapi manusia itulah sendiri yang silap..
aku bukanlah kata aku bagus tetapi tak dinafikan hari ini kita sebagai suami,ayah atau ketua keluarga sudah kehilangan ROH dan AURA sebagai pemimpin di dalam rumahtangga hingga lemah institusi keluarga. Sebab kita jahil agama dan tak amalkannya sebab itu tiada kekuatan dan keyakinan. Anak pun boleh perintah itu ini kepada kita sehingga kita takut nak menegur..
"janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu, kelak kamu akan tergolong dalam golongan yang rugi..
sekurang2nya cari buku Tan Sri Samad Idris dan Hamka kerana mereka orang minang yang tahu dan mengamalkan adat pepatih..
diterangkan amalan mereka sejak kecik apa yang diterapkan kepada anak lelaki dan anak perempuan..pernah dengar lagu minang "mari kito merantau poie merantau"?
anak lelaki sejak 7 tahun dah disuruh tidur di luar rumah di pondok2 agama berdekatan utk menuntut ilmu dan apabila dewasa mereka merantau mencari ilmu dan harta kekayaan...
cuba cari
last kopek komen dari anon 10.47am
(yeay yeay! dpt nama dah dari isa, kacih),
ks n isteri, isa dan sapa2 yg sudi baca,
setuju sgt dgn komen2 anda tu semua,timekasih ngan rasa kesian anda, tak sangka hehehe...
mmg betullah tuh n saya pun tak kata mentua tu begitu kerana dia org n9,
sbb tu saya kata mentua begitu bersepah dari utara hingga selatan.
kedengarannya mcm suami saya tak tegaskan?
suami saya penyenyap orgnya,
salah saya tak suka mengadu domba,
tak tau naper, tiapkali nak bukak mulut kat suami,
ada rasa siaaan sgt kat dia,wlp waktu tu mmg waktu senggang dn bersantai, sayang nak cemarkan dgn citer2 ngokngek2 begitu,
bimbang dia malu, bimbang dia tak percaya,
sbb semua yg mentua saya lakukan dibalik belakang dia,
depan dia semuanya jadi siuman belaka,
jauh daritu, saya sebaiknya berlapang dada, tanpa org tua yg comolot tu, takder la saya meenjadi isteri lelaki yg mencintai dan amat saya cintai inikan?
org tua itulah yg telah melahirkan suami saya,
org tua itulah yg membesarkan suami saya dgn air susunya wlp suami saya minum susu tin, hisap puting getah, tp....
org tua itulah segala2nya bg suami saya. semua suami rasa camtu kan?
saya bimbang kalu perbuatan sumbang org tua itu ketahuan dek suami dan suami menegur, saya bulih jamin seranah yg suami akan terima, maklum dlm donia ini cuma mentua sja yg pandai yg betui, ceh, oraitnyer...!
tak mau saya menjadi tuba dlm kejernihan air yg terpandang dimata cuma,
lalu diam2 saya telan semua lumpur semua nanah tp saya bahagia,
kerana saya ada Allah...
demikianlah semua, kdg saya rasa hidup ini sekadar permainan belaka,
but dont worry kerana kita ada hakim yg Maha Besar lagi Maha Adil kan?
so now, the game is over
n i believed tat the very magic award goes to.....me.
Alhamdulillah.
jzkk ks
sudi menumpangkan saya dlm ruangan keramat ini
sekarang saya lega sekali
infiniti kebaikan ku pohon dari Allah swt utkmu dan keluarga tercinta,amin.
Post a Comment