Wednesday, May 6, 2009

WANG, KUASA DAN PENGARUH adalah GURU anak-anak kita!

"Bila perempuan beranak, anak keluar dari mana cikgu?"
Dan kami dalam kelas Tingkatan 1 Utara ketawa malu-malu, terkejut dan kelucuan apabila cikgu Sains menjawab, "Di sini!" sambil menunjuk gambar alat kelamin wanita pada buku kerja Sains. Yang bertanya tu adalah seorang pelajar cina perempuan yang sudah menjangkau 14 tahun .
Hari ni , pada tahun masehi 2009 adakah dalam usia 14 tahun masih ada bebudak yang tak tahu bagaimana bayi keluar? Kalau seorang dua tak tahu tak mengapa, ini sekelas?

Ahh! Hari ni anak-anak kita menjadi dewasa dengan cepat kerana apabila buka saja mata di dunia ini, mereka sudah dapat melihat babak cium, bergomol-gomol di kaca tv, hidup mewah dengan pakaian warna-warni, menjadi kaya segera dengan memenangi program nyanyi2 dan berlakon. Lama kelamaan ini menjadi biasa dan bukan perkara pelik lagi.

Lorenzo Anello (lakonan Robert DeNiro yang juga pengarah filem A Bronx Tale ini) begitu risau dengan perkembangan anaknya yang terdedah dengan pengaruh persekitaran di kejiranannya. Dia bekerja sebagai pemandu bas. Anak-anak kecil di situ termasuk anaknya begitu kagum dengan Sonny, ketua samseng di situ yang mempunyai ramai pengikut dan mereka menjalankan kegiatan-kegiatan haram seperti berjudi dan berhibur. Dia mahu anaknya Calogero belajar di sekolah tetapi Sonny(lakonan hebat Chazz Palminteri) mengajar anaknya 'bersekolah' di jalanan. Tentang falsafah kehidupan.
Semua orang mahu bersahabat dengan Sonny tapi Calogero diterima sebagai anak didik Sonny kerana sewaktu disoal polis adakah Sonny telah menembak lelaki di tepi jalan depan rumahnya, Calogero telah menyelamatkan Sonny dengan menjawab "tidak" padahal dia nampak jelas Sonny menembak lelaki tersebut.

Sejak itu sehinggalah meningkat remaja,Sonny akrab dengan C (nama timangan Calogero yang diberikan Sonny dan amat disukai Calogero) dan mengajarnya tentang kehidupan. Tentang wang, kuasa dan pengaruh. Banyak pelajaran dan pengajaran berlaku termasuklah mempraktikkan teori Machiavelli. Timbul juga persoalan yang manakah anda pilih dalam kehidupan ini terhadap penerimaan masyarakat kepada anda- disukai atau ditakuti?

Walaupun dia seorang ketua samseng, tapi Sonny tidak mengajar C menjadi jahat sebaliknya memahami "peluang" (oppurtinity) yang ada dan jangan mempersia-siakannya. Dia selalu berpesan jangan contohi dirinya. Banyak falsafah dalam cerita ini seperti frasa "nobody cares' (tiada siapa yang peduli). Seperti contohnya C amat marah dengan seorang budak yang berhutang $20 dengannya. Apabila dia menagih hutangnya budak itu selalu berdalih dengan pelbagai alasan dan ketika C cuba hendak mengejarnya, Sonny berkata, "Biarkan dia! Dengan harga $20 dia sudah berambus dari hidupmu kerana dia tu hampeh!". Dan juga apabila C menyatakan yang dia sangat meminati Mickey Mantle pemain Softbol, Sonny mengubah persepsi C dengan berkata "Jika bapak kamu susah nak bayar sewa rumah, adakah Mickey yang banyak buat duit itu akan tolong? Jangan harap! Lupakan dia!" dan C terus melupakan idolanya itu. Perlahan-lahan juga C renggang dengan bapanya. Dia sudah malu menemani bapanya memandu bas dan cuba meyakini bapanya yang Sonny menjaganya dengan baik. Bapanya cuba membuktikan yang orang yang membanting tulang bekerja sepertinya adalah wira keluarga dan bukan orang seperti Sonny. Mereka bukan sayangkan Sonny tetapi takutkannya.

Banyak percanggahan ajaran antara Sonny dengan bapanya yang mengelirukan C (juga kita) tetapi tak semua pendapat bapanya betul. C yang terpikat dengan gadis negro direstui Sonny tetapi fahaman kolot bapanya tidak bersetuju dengan perhubungan itu.

Sewaktu mayat Sonny terbujur dalam keranda di gereja kerana ditembak, Lorenzo melawatnya dan berkata kepada mayat Sonny "Aku tak marah kamu, tapi aku bengang apabila kamu mengajar anak aku menjadi dewasa dengan cepat, mengajarnya mengenal baju, wang dan kuasa."..

Aku menonton filem ini berkali-kali dan yang paling berkesan padaku ialah ungkapan
"The Saddest Thing in life is Wasted Talent!"

12 comments:

benludinx said...

de niro mmg rulezzz!!

Ah Win said...

sesuatu utk difikirkan.

aku suka.

alang said...

Bro, lu punya summary memang gempak la. Tabik spring. Wa nak download movie tu la. Best2.haha.

binjidan said...

wang kuasa dan pengaruh...memang jadi amalan dewasa ini bukan saja anak2 tp mak2 dn bapak2 jga.

kulupSakah said...

binjidan,
makbapak hampeh tulah yg serapkan kpd anak2..

meorpestajiwa said...

de niro...gua punya fav..cuma yg ni gua tak perasan,kena check balik..haha

Basuh Baju said...

haha blog ni cool.. aku akan terus baca.. keep it up bro

benludin said...

de niro org kmpong keh...ha..ha usop selam mampu ke buatciter nih

AloyCaricature said...

best..best..

Pyanhabib said...

cerita `siapa bunuh atan tuya' akan lingkup dalam kepala lu!

nan blues said...

Ada juga filim2 dari Hollywood yg banyak papar tntang real life,tentang orang sepatutnya 'berfikiran'.Filim Malaysia? Jangan harap."Mat Rempit" binatang tu yg filim sini boleh jadikan tontonan.Cuba pikir.Amacam nak majukan fikiran beb!Duit!Duit! Duit dan burit!!

Term Papers said...

Thank you for the text, I really found it interesting and enjoyed reading the text. Great job done.