Sunday, September 27, 2009

Jin Notti filem reformasi?

Terus terang cakaplah, aku dah lama hilang keyakinan terhadap filem Melayu (filem pun ada bangsa?) sejak berakhirnya era Rahim Razali dan Nasir Jani. Jogho dan Kaki Bakar arahan U-Wei adalah filem terakhir yang memberi kesan pada aku selain Amok buah tangan Adman Salleh. Setakat ini Mamat Khalid saja yang mampu menarik aku menonton. Mungkin aku tak adil kerana terlalu menaruh harapan yang tinggi dan akhirnya aku kecewa.
Kerana itulah idea menonton JIN NOTTI tayangan midnite bersama isteri yang tercetus 40 minit sebelum tayangan tidak membekalkan aku harapan apa-apa pun terhadap filem ini. Masih skeptikal.
Cita-citaku cuma satu, sebaik saja habis menonton wayang, kami akan sms heroin filem ni dengan kata-kata, "woit! jadi deejay lagi baguslah dari berlakon" sebagaimana aku sms dia sewaktu nak masuk panggung, "kami tak minat kamu, cuma nak nonton Mawi je!". haha! Fara kawan kami dan saja nak tengok sebagai menghargai dia.

Tapi kejutan demi kejuta aku alami pada sesetengah babak dalam filem ini. Kisahnya lebih kurang begini. Notti (Fara) seekor (seekor ke?) jin yang dihukum 100 tahun lebih kerana melakukan kesalahan berkelakuan baik. Di dunia jin, melakukan kebaikan adalah suatu kesalahan (Kah kah! Ini saja dah cukup pedih) sebagaimana yang dikatakan sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia. Dia dijatuhkan hukuman dibuang ke dunia manusia tetapi masih diberi peluang turun ke dunia dulu untuk melakukan kejahatan agar dia dipertimbangkan semula kesalahannya untuk terus kekal di dunia jin.
Tapi dia tetap gagal melakukan kejahatan dan di sinilah berlakunya banyak peristiwa-peristiwa lucu dan akhirnya..macam biasalah..dia sengaja membiarkan dihukum kerana mahu hidup di dunia dan bercinta dengan heronya, Mawi.

Habis cerita..

Apa yang menariknya?
babak mahkamah Jin, ketua hakim Bob Lokman, Adibah Noor, Accapan dan seekor jin tanpa kepala. Si Accapan, juri yang asyik menyebut "correct, correct correct!"..(ingat siapa?) sehingga penonton ketawa mengajuk tagline tersebut yang aku rasa mereka tak tahu pun perkataan keramat tu.

ada lagi?
dialog-dialog seperti, "orang baik memang duduk penjara" (lebih kurang gitulah), "suratkhabar ni dari muka belakang sampai muka belakang semuanya cerita jahat, sukan pun jahat!".."takpelah jadi peguam jahat nanti boleh jadi ketua hakim!"

Untuk menjadi jahat, dia mesti meresap ke dalam tubuh orang jahat juga seperti gangster, minah punk dan salah satu bidang yang jahat ialah menjadi 'peguam'..di mahkamah Jin pun ada "kawtim'..

ada bab melatah tersebut 'hakim jahat'..

Ada banyak lagi yang aku tak sempat perasan dan aku rasa nak tengok lagi untuk mengesan "benda-benda" lain. Kah kah kah! Tulisan ini juga ditulis tanpa homework dan mengetahui siapa penulis skrip dan pengarah. KRU adik beradik boleh diberi pujian kerana berani menerbitkannya. Cubaan yang baik dari Mawi walaupun ada beberapa babak agak kaku dan seakan terlalu memaksa diri tapi okeylah..
Sang heroin tu? Bab nakal tu memang dia okey, bab romantik agak kurang natural, mungkin kerana "chemistry" dia dengan Mawi agak "kureng" tapi cubaan pertama kalian amat membanggakan..boleh bersaing merebut award kerana kepelbagaian karektor. (belanjalah Fara dah puji nih!)

kaki reformasi semua! Tak rugi pi tonton sebagai satu alternatif macam Gedung Kartun..kalau nak beli dvd nanti pun layak dibeli ori punye!

12 comments:

Airmas sz said...

habis la kena gam filem tu

aku said...

filem melayu..
mmm...
isk isk isk...
ok ke..?

buyung_ans said...

En Kulup,

Mana nak cari filem The Score tuh. Try carik kat Kota Damansara tapi tak jumpe. Kat ne leh dpt ar?

kulupSakah said...

airmasz,
kalu gam, dia lagi femes

aku,
tulah..sebab ada perkataan 'melayu' tu kot..

buyung,
aku beli dulu pun zaman vcd cetak rompak mula2 dulu..cd 2 dia pun sangkut2, aku bnyk tanya kat kedai2 takdelah sekarang..

roslaini saad said...

macam tak percaya Kulup sakah..tengok wayang..hehehhe

budak kampar said...

kalau anda semua nak tahu,KRU dalam filem cicakman lagi dah sindir-sindir kerajaan.kalau tak pasti leh tengok balik kedua-dua cite cicakman.kerajaan teruk kene sindir dengan KRU.

Unknown said...

bang, sindir sindir juga tapi jgn lah sampai hilang seni untuk menonton. bosan la bang

kulupSakah said...

dik, sindir pun seni jugak..

Marini Kamal said...

bang, tapi tak nampak bijak dalam sindiran pun boleh jadi mesej tak sampai. ;)

Sukatikaulah said...

Harap maaf.Kenyataan `Sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia` satu ungkapan turun temurun di kalangan orang melayu..tapi takde nas dalam hadis dan quran.Syurga pun di jadikan untuk jin jugak...bukan manusia saja.Harap maklum.

Term Papers said...

Looks quite a great post, it's having good information for research analysis. great job.

Unknown said...

The locale is beautiful, all the colors are vibrantly displayed and everything looks crisp. There are some scenes with intriguing camera work that works well to add intensity and be intuitive.


College Paper