Edward Norton berikan lakonan yang hebat dalam filem ni. Aku mula meminatinya dalam filem "The Score" bergandingan dengan Robert DeNiro dan arwah Marlon Brando.
Derek (lakonan Norton) budak Skinhead dari Southern California seorang yang racist. Baginya Amerika adalah milik kulit putih. Negro, orang Korea, Mexico dan pendatang lain menyusahkan negara dan merampas hak-hak mereka. dasar sempadan baginya melucukan dan betapa negara menghabiskan wang yang banyak untuk pendatang. Dia dihukum penjara kerana membunuh negro yang cuba mencuri keretanya. Sewaktu polis menangkapnya dia hanya tersenyum bangga membunuh 'nigger' dan adiknya Danny (Edward Furlong- budak yang diburu Terminator dalam filem Terminator 2) yang menyaksikan segala aktiviti abangnya hingga abangnya ditangkap telah menganggap abangnya seorang wira.
Tugas Derek menjadi berat apabila dia dibebaskan kerana adiknya juga telah mula menceburkan diri dengan kumpulannya dahulu. Dia berusaha menarik adiknya keluar dari situ. Sewaktu pergaduhan dengan ketua kumpulan tersebut, adiknya memarahinya lalu diceritakan pengalamannya sewaktu di dalam penjara. Siapakah 'nigger' jika di dalam penjara, siapa kawan dan lawan. Dia berkawan dengan seorang negro di dalam penjara.
Cerita ini menarik dan penuh falsafah. Katanya jangan bermusuh dan kita semua berkawan. Jadilah kawan.
"life is too short to pissed off all the time. it's not worth it"..
babak yang cukup mengesankan- sekeras mana pun taiko ni, apabila ditangkap beramai-ramai dan diliwat, dia menangis juga dan semangatnya luntur. barangkali dia kena belajar dari Saiful Bukhari yang boleh tersenyum mengangkat tangan ketika report polis diliwat Anwar.Kah kah kah!
(ulasan pendek je raya-raya ni)
11 comments:
Aku pernah ada cd cita ni > simpan sbb tunggu masa lapang untuk enjoy the movie > member pinjam > hilang sebelom sempat aku nonton > member aku xpalin 'cd kau dah history'
aku boring camtu...
ceh, lu tak cerita pun si adik terjongoi masa si abang sibuk bersenggama dengan kerasnya. tih tih tih...
yang tu sensorlah bro..tih tih tih!
Cam mana ngan romper stomper...lakonan russel crowe
aussie skinhead...
aduh bro..aku kalau menonton filem kena tengok pelakon dulu..russell crowe aku x minat termasuklah tom cruise, harrison ford pasal depa sokong serangan ke atas palestin..automatically reject!haha!
begitu juga steven seagal, van damme, lorenzo lamas..hisy! bosan..
anehnya pelakon yg aku minat amat positif dan kritis terhadap pemerintahan AS dan dasar perang mereka seperti Mel Gibson, Tom Hanks, Al Pacino malah Angelina Jolie yang bibir mungil tu pun baguih
Gua pon x minat sangat ngan labon nie badan jer besaq..otak xdak...tapi
mel gibson...(wiliam wallace)....freedooommmmmm...best tahap cipan..
filem2 lakonan Matt Damon dan Leonardo Di Caprio(kecuali Titanic) pun banyak mempersoalkan kerajaan Amerika dan agensi2 cia,nsa tu semua dan byk unsur2 kemanusiaan..
matt damon pun masuk dlm list aktor kesukaan aku, kepala genius dia dan ben affleck bikin skrip 'good will hunting' dalam usia muda buat aku teruja..
Well, the article is actually the freshest on this worthy topic. I agree with your conclusions and will eagerly look forward to your forthcoming updates. Saying thanks will not just be adequate, for the exceptional lucidity in your writing.
College Research Papers
Pretty insightful post. Never thought that it was this simple after all. I had spent a good deal of my time looking for someone to explain this subject clearly and you’re the only one that ever did that. Kudos to you! Keep it up
College Papers
Post a Comment