Sunday, January 31, 2010

Anak muda kuasai dunia!

Bangun anak muda bangun!
Tekak dah mual dengan kelentong si oligarki!
Bangun bangun!
Student power! Student power!

Berikan seribu anak muda, bergegarlah dunia.
Putera-puteri sejati jiwanya merdeka
bukan tunduk tuli dan buta.
Pecacai ditarik hidung bukanlah kita..
kalau takut potong saja punai bagi makan anjing gila!

9 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

belajar dari sekarang tentang undi tipu nanti bila mengundi tak la kena tip sampai mati
yang sedang ada kuasa jangan la kacau budak budak ni .

aku said...

..malangnya gua dah tua..

maun said...

Persediaan untuk itu sudah lama hilang...aku tidak nampak cahayanya. Mereka dididik kental fizikalnya, namun lemah batinnya. perjuangan anak muda bukan di sini. Hari-hari putera harapan bangsa dan puteri tiang negara sudah lama dukanya....kebangkitannya agak lemah malah tidak mampu berdiri lama...apa sebabnya, aku sendiripun sentiasa mencari jawapannya....

Unknown said...

Diibaratkan cahaya yang suram kian hilang namun tercetus sedikit sinar bila digilap...Moga minda x dibelenggu oleh akta yg merantai. Kuatkan diri, teguhkan pendirian...moga perjuangan kalian nampakkan sirna kegemilangan

Anonymous said...

Kenapa hutang jutaan ringgit Talam Corporation (Talam) boleh ‘disedut’ tetapi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor terus ditekan!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan tanpa rasa bersalah kerajaan Selangor mengambil alih hutang syarikat pemaju hartanah, Talam berjumlah RM391 juta walaupun tindakan itu dikritik oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

“Sepatutnya tolonglah YBK yang ikhlas membantu orang miskin dan bukannya membantu syarikat korporat. Macam mana yayasan ini hendak bayar cukai apabila tiada projek dapat dilaksanakan di tanah milik mereka itu?

“Apabila kerajaan Pusat ikhlas membantu YBK untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), ia bukan sahaja akan membantu kewangan mereka tetapi akan memberi limpahan rezeki kepada penduduk sekitar yang akhirnya akan menguntungkan Selangor juga.

“Tetapi kini kampus itu akan dipindahkan ke Melaka, sekarang siapa yang rugi? Apabila perkara ini terjadi sudah pasti mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN) pula kerana tidak membantu membawa pembangunan ke Selangor,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut YBK yang belum selesai apabila kerajaan negeri cuba mempolitikkan isu berkenaan.

Semalam pimpinan YBK membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau telah memberi sumbangan ratusan juta ringgit kepada yayasan itu.

Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan peruntukan tambahan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Talam sebanyak RM391 juta daripada empat anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Antara yang paling lantang mengkritik tindakan itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meletak jawatannya pada 7 Januari lalu. Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan taktik yang selalu digunakan oleh ‘penyangak’ dalam sektor korporat untuk mencapai motif tertentu.

Tambah Noh, hanya yang tamak haloba, gila kuasa dan mementingkan soal politik sahaja sanggup mensabotaj YBK, badan yang selama ini telah banyak membantu orang miskin dan golongan kurang bernasib baik. Beliau juga menyifatkan Abdul Khalid seperti ‘budak-budak’ dalam menangani isu YBK selepas usahanya untuk menjadi pengerusi yayasan itu gagal.

“Abdul Khalid mahu dilantik sebagai Pengerusi YBK, apabila permintaannya tidak diendahkan, YBK diugut pula supaya membayar cukai tanah jutaan ringgit atau tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta milik yayasan itu akan dirampas,” katanya.

Tegasnya, jika Abdul Khalid ikhlas dan jujur membantu orang-orang miskin dan tidak bernasib baik di Selangor, beliau tidak perlu meletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal.

http://belantan.blogspot.com/2010/01/kenapa-sanggup-sabotaj-ybk-noh.html

Agus@ kayu jabon said...

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....

Resume Writing said...

Resume Professional:I’ve bookmarked this because I establish it interesting. I would be very interested to take notice of more news on this. Thanks!

Custom Essay Writing said...

nice post. will be looking for more

Term Papers said...

Your post is really instructive, and I like your post a lot, Thanks a lot for giving out such useful information.

Book Report