Wednesday, March 17, 2010

jangan macam tak sekolah!

Sebaik memarking (aduh bahasaku!) motosikal di Brickfields (aduh nama tempatku..padang batu-bata) aku berjalan menuju ke pejabat. Bukan aku tak mahu parking motor berhampiran pejabat yang tiada ruang untuk motosikal parking, tapi malas kena saman. Saman hari itu pun tak bayar lagi. Leceh kalau DBKL kaya.
Tiba-tiba (Ya! Memang selalunya tiba-tiba atau bahasa dulunya sekonyong-konyong) aku terdengar suara orang menjerit-jerit. Ceh! Pegawai penguatkuasa (ketuanya)..(berapa banyak kurungan dalam ayat-ayat aku daa) sedang menjerit2 memarahi seorang pelanggan warung. Dipendekkan ceritanya begini, (untuk elak banyak sangat kurungan....eh! Kurungan lagi) warung tu meniaga takde lesen, ada orang komplen dan pernah diberi amaran tetapi masih belum menghentikan operasi lalu mereka datang nak angkut khemah warung ni. Pelanggan buta ni terus memaki ketua pegawai penguatkuasa ni.

"Saya hormati pak cik yang lebih tua dan saya hormati pak cik yang OKU. Bukankah saya datang cara baik tadi, bagi salam kenapa maki saya? saya datang dengan uniform dan bukan pak cik yang bayar gaji saya. Saya jalankan tugas saja. Menggigil saya pak cik buat saya begini!". dia mengarahkan anak buahnya mengambil gambar dan mengangkut khemah tersebut. Seorang lelaki buta cuba berdiplomasi dengannya dan dia kelihatan tenang. Tetapi wajah kecewanya tetap tak hilang. Pak Cik buta tadi hanya diam saja, barangkali tersedar akan kekasarannya. Aku tak sempat dengar macamana pak cik buta tu memakinya tapi aku rasa mesti kaw punya sampaikan dia berkata "Allah jadikan kita begitu muhasabahlah diri.". Dan pak cik buta tu tak melawan dah.

"Kalau nak laporkan ke pihak atasan, silakan. Nama saya sekian..sekian..." dia menyebutkan namanya. Yakin kerana dia sedang menjalankan tugasnya dengan betul agaknya. Dia juga menerangkan kepada lelaki buta yang cuba berunding itu yang surat komplen sampai kerana warung ini menghalang bangunan orang. Aku memandang sekeliling dan terdapat juga warung pacak yang lain tapi tiada kena apa-apa. Ada pilih kasihkah?

"Tumpang tanya tuan. Gerai lain tak mengapakah?' tanyaku.

"kalau ada lesen tak mengapalah encik." jawabnya lembut.

Aku terdiam tak kata apa-apa. Ya! Aku faham dilema dia. Antara tugas, tanggungjawab dan timbangrasa.
Dalam keadaan ekonomi sakit ni memang ramailah terpaksa meniaga tapi fikirkan dulu lokasinya selamat atau tidak, mengganggu atau tidak dan janganlah buat kotor.
Begitulah kita. Kadang-kadang bertindak macam tak sekolah.Kita renovate rumah tanpa pelan. kemudian bila disaman mulalah mencarut-carut. Kita potong barisan dalam kesesakan jalan, bila kereta bergesel kita bergaduh dengan orang. Kita pergi membeli -belah, oleh kerana nak senang kita masuk parking tempat OKU. Bila dimarah kita melenting.
Minta projek, bila tak dapat kita lompat parti.

Jangan macam tak sekolah!

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

malas sekolah sebab kena bayo ...
malas ambik lesen sebab takde orang dalam. malas ambik plan sebab kena pau... suka jadi katak sebab ingat hujan emas .. suka melompat sebab ada hantu sorok yang beso...

aku said...

pusin sana pusin sini, katak gak yg kena hahahaha
jgn jd katak..

mamai said...

sekolah tak cukup tinggi bro

author faethal said...

Kah! Kah! Kah!
Bila tak dapat projek,
Melompat parti!!

Kah! Kah! Kah!
Terbaik la Lup!

I help you, you help me wakakaka... said...

Aduss...kena lagi mamat katak.

Sekarang katak dah advance boleh bertukau jadi anjing lak...

uncle gedek said...

-gedek! likes this.