Thursday, March 25, 2010

mahalnya sesuap nasi..

Bayangkan anda seorang wanita tinggal di lembah pergunungan yang jauh terpencil. Hendak ke pekan mengambil masa berhari-hari merentas gunung. Tapi anda terpaksa keluar. Suami anda sudah meninggal dunia. Hilang tempat bergantung. Mujur ada adik beradik anda yang sudi memelihara anak anda yang masih merah. Kerana adik anda bukan orang kaya dan masih seorang manusia. Anda harus keluar bukan ke kota tetapi lebih jauh dari itu. Mengharung samudera yang penuh badai dan gelora. Kata mereka ada peluang di sana. Di negara lain yang sangat asing bagi anda. Tutur bicara, adat resam dan budayanya. Mencari peluang bekerja dan meraih sedikit uang untuk meneruskan hidup demi anakanda tercinta yang dititipkan kepada saudara. Tidak rindukah anda kepadanya? Hilai tawa, tangis, keletah manjanya. Sihatkah dia? Selamatkah dia? Mujur teknologi sekarang mampu menghubungi dia dengan telefon bimbit.
Tapi kita di sini meninggalkan anak beberapa jam saja pun sudah gelisah. Cuba kita jadi mereka sekejap.

* entry ini ditulis jam 2 pagi sambil menyusukan An-Nur yang merengek lebih dua jam ketika aku dah pun tidur. Satu kerja yang dah lama aku tak buat. Kisah di atas adalah kisah bibik si An-Nur dan kakaknya Annisa. Setahun bekerja baru hari ni dia demam.

7 comments:

joegrimjow said...

ramai yg nak fikir bila dah terkena

mamai said...

demis sesuap nasi kita buat apa sahaja

Fa-T said...

tertepek di dahi baru tergadah...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

teringat mak aku... ayah meninggal aku masih 6 tahun adik yang bungsu 3bulan dalam kandungan . abang yang besar baru 13 tahun... mak berjaya besarkan kami 8 beradik

kulupSakah said...

brutal,
itulah hebatnya mereka. Tapi kita belum tentu boleh jaga mereka seorang...

mamai,
ya! kerja salah pun sanggup dilakukan.

Fa-T dan joe,
aku lebih suka kalau kita sendiri bayangkan nasib kita kalau jadi mereka bukan memadanmukakan sesiapa..haha!

aku said...

sampaikan salam gua satu famili utk bibik,kakak dan adik.
juga utk sham..

Term Papers said...

Thanks for sharing. Keep up the good work.